MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Tuesday, March 31, 2009

Kek Batik

Akhirnya berjaya juga aku buat Kek Batik sendiri. Minta resepi drp Kak Ida, tima kasih ye Kak Ida:) Org siap buat jual aku nk mkn sendiri pun terkial-kial nak buat...Tapi tahniah buat diri sendiri berhasil juga sentuhan kali ni. Rasanya ni yg kali ke 3...sebelum ni GAGAL.
Nak kongsi jugak la resepi...mn tau kertas tu ilang boleh buat rujukan kt sini. Sape nak cuba, sila la :)

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 ketul butter
  • 1 cawan milo/koko
  • 1 peket biskut marie
  • 4 biji telur
Cara membuat:
  • Cairkan mentega
  • masukkan air dah mendidih masukkan gula, milo/koko kacau hingga sebati
  • masukkan telur yang telah dipukul sambil kacau adunan
  • terus kacau hingga pekat
  • kecilkan api, masukkan biskut marie, gaul rata
  • tuang adunan ke dalam loyang...tekan hingga padat

Aku suka kalau simpan dalam peti...sedap!!!

Selamat mencuba!!!

Monday, March 30, 2009

Earth Hour

Di kala semua rakyat Malaysia menyertai menyambut Earth Hour...kami di sini mengadakan sambutan Maulidur rasul dan ceramah di surau. Aku dh bersiap cantik nak ke surau...kononnya nk dengar ceramah dan makan2 la. Tapi anakku yang baik ni tido pulak. Baru pukul 8mlm...dia dh nyenyak di buai mimpi indah buaian. Jadi, aku duk je la kt rumah.Nk padam lampu...takut. Dah la perut ni berlagu keroncong. Bajet malam ni nak makan ramai2 kat surau...Tapi, apakan daya. Waaaaaaaa Tiba2 lepas isya' suami terchenta ku itu teringat akan isterinya yang baik duk kat rumah belum makan malam. Dia balik hantar sepinggan nasi....

Siap dgn ikan bakar n air asam lagi.

Alhamdulillah...kenyang.

Saturday, March 28, 2009

Ahli keluarga terbaru...sudah tiba!!!

Dalam pada duk sibuk merewang kat surau...tetiba dapat call drp seseorang. Suruh datang ambil ahli keluarga terbaru kami. Apa lagi...dah lama mama tunggu ni. Hihihi....inilah dia :)

Ini lah dia Miss Viva mama. Papa...pasni tak yah berebut lagi, ok?

Cuaca tidak mengizinkan

Rewang...

Aduh...petang ni ujan lebat dgn guruh petir sekali. Nampaknya acara berarak membawa sepanduk untuk majlis maulidul rasul ni terpaksa lah di batalkan. Sungguh tidak best...apa boleh buat cuaca tidak mengizinkan. Hanya ceramah dan makan2 je la lepas isya' nanti. Rasanya aku tak pegi la, Putra dah ngantuk ni. Papa je la ke surau.

Putra suka dapat jalan2 dlm surau ni

Adakah aku akan bergelap pada jam 8.30 mlm ni? Hmmm....???

Al kisah si comel ku

Rasanya dah lama jugak aku tak story pasal si comel kesayangan kami ni. Sape lagi...Putra la. Putra ni pantang nampak mama on lappy dia mesti sibuk nak tekan2 jugak. Lagi satu kalau on je lappy mesti kena layan Upin & Ipin seround...kalau tak, mesti dia ngamuk. Hahahaha...Anak sape la ni suka ngamuk2 ni? Petang semalam mama saje je download "Burung Murai" drp Jitegha Blogger...Bukan main suka lagi Putra tengok kakak tu. Siap landing tu...

Semangat

Kami bangun awal hari ni...bersemangat nak raikan sambutan Maulidur Rasul. Kalau ada yang menarik pasti akan aku kongsi di sini. Owh...hari ni Earth Hour. Haruslah kita padamkan lampu malam ni jam 8.30-9.30. Tapi, malam ni ada ceramah...???

Friday, March 27, 2009

Berwajah baru

Gatai tangan lagi...rumah dh bertukar wajah. Hihihi...termakan hasutan kak yana la ni. Sebenarnya, saja nk tukar selera. Harap korang suka la wajah baru rumah i ni ye:)

Thursday, March 26, 2009

Apa yang kami makan

Ayam Percik Si Dara

Sambal udang petai Ni je la yang kami makan malam tadi. Poyo kan??? Ni pun nak tunjuk...hahaha bukan apa saja nak share dengan kengawan. Mana tau korang tengah pikir nak masak apa malam ni...?? Tapi sambal udang petai tu jiran sebelah aku bagi. Aku cuma masak ayam percik je. Sebenarnya, suami ku juga yg masak. Terlebih rajin...Apa kes ni?? Tapi musykil la...kenapa ayam percik si dara, bukan mak dara ker?? Abang tolong jawab..

Wednesday, March 25, 2009

Dinner :)

Malam tadi asben volunteer nk masak untuk dinner. Wahhhh...aku bergoyang kaki dengan si Putra comel sambil melayan TV. Hahahaha!!!! Bahagianya kalau hari2 gini. Tak ada maknanya!!Kalau anak jantan dia ni tak buat perangai sampai mama nya letih bagai nak pitam, tidak la rasanya papa tu nak masak pada hari bekerja gini. Tapi tu la kalau papa yg masak western food la jadi nya. Apa boleh buat...skg ni papa handle Western Food kat kitchen dia. Nampaknya sampai ke rumah la western food nya tu. Apa pun, papa memang rajin tolong mama...Tima kasih ye bang!!
Hahahaha....nak jugak enterprem. Sebenarnya aku ni lapar nasi. Tapi dah ini yang di masak. Belasah je la. Minta maaf la ye. Tak jemput korang. Hihihi...Jom makan. Entah la sedap ke tidak:)

Biarlah pinggan ini yang menjawabnya. Sedap ker???

Monday, March 23, 2009

Saya Ibu Terjahat Di Dunia Ini

  • Dapat emel drp mama. Jom kita baca dan fikirkan. Yang baik jadi ikutan:)
SAYA IBU TERJAHAT DI DUNIA INI Oh, Tuhan, izinkan aku menceritakan hal ini..., sebelum ajal menjemput ku... 20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Sam, suamiku memberinya nama Eric. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Sam mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga. Pada tahun kedua kelahiran Eric, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Angelica. Saya sangat menyayangi Angelica, begitu juga Sam. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah... Namun tidak demikian halnya dengan Eric. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Sam berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Sam terpaksa menuruti kata saya. Saat usia Angelica 2 tahun, Sam meninggal dunia. Eric sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Angelica. Saya tinggalkan Eric yang sedang tertidur lelap begitu saja. Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Brad, seorang lelaki dewasa. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Brad, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Angelica sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Eric dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya Hinggalah le satu malam... Malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak... Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali... Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata, "Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!" Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya, "Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?" "Nama saya Eric, makcik." "Eric...? Eric... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Eric???" Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu. Ya, saya patut mati..., mati..., mati... Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Eric melintas kembali di fikiran saya. Ya Eric, mama akan menjemputmu Eric, tunggu ya sayang!... Petang itu saya membawa kereta Civic biru saya berhenti di sebuah pondok, dan ia membuatkan Brad berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya, "Mary, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?" "Oh, Brad, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu," Aku terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak... Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Brad dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya. Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Eric..Eric... Di manakah engkau? Saya meninggalkan Eric di sana10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu...Gelap sekali...Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya! Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul... Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Eric setiap hari... Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu... Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Brad mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau. "Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!" Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya, "Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Eric yang dulunya tinggal di sini?" Ia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Eric terus menunggu ibunya dan memanggil, 'Mama..., mama!' Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu Eric meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini ntukmu..." Saya pun membaca tulisan di kertas itu... "Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? Mama marah pada Eric, ya? Mama, biarlah Eric yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Eric. Bye, mama..." Saya menjerit histeria membaca surat itu. "Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!" Brad memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah. "Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang, Eric sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana... Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini... Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana. Dosa kamu tidak akan terampun!" Saya kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi. Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang akan berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Tuhan. Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Tuhan. Dan cuba bersabar. Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.

Acara makan-makan

Petang: Sebelum acara BBQ bermula. Papa tengah marinade lamb.
Malam: Acara bermula...Jom makan!!! Macam2 ada...
Sebenarnya, ni majlis doa selamat sempena pembukaan mini market kat kawasan perumahan kami ni. Tuan empunya kedai buat makan2. Apa lagi...?? Kita makan la. Macam2 makanan ada. Lamb, ayam, ikan, mee, mihun, koteow goreng, salad, coleslow...Alhamdulillah, kenyang. P/s: hujung minggu ni (28hb) ada majlis sambutan maulidur rasul. Mesti best!!

Sunday, March 22, 2009

Assalamualaikum.... Kami sekeluarga nak pegi makan BBQ :)

Saturday, March 21, 2009

Putra - 14 bulan

Inilah anakku yang comel. Dengan idungnya yang jambu dan keningnya mcm ZZ
Putra dah 14 bulan...kejap je rasanya. Alhamdulillah anak ku itu semakin bijak. Sentiasa ceria...dan dah pandai berjalan sikit2. Semoga terus membesar sebagai anak yang soleh ye, amin:) Kat sini pun ada citer Putra

Friday, March 20, 2009

Tag drp Qaseh

Ini aku nak menjawab TAG drp Qaseh. Dah lama peram sampai nak jadi pekasam. The rules :
  1. make a list of what you want on your birthday
  2. the list should be 10 numbers
  3. post the image of this award to your posting
  4. give it to 10 friends of yoursheres are my 10 wishlist
Jom layan!!!!
  1. Semoga sentiasa sihat...panjang umur, dan bertambah rezeki yang halal drp Allah
  2. Nak cupcakes yang comel2 dan sedap...buatan sendiri, huhuhu...
  3. Nak langsir baru satu rumah...tak yah tunggu raya baru nak tukar
  4. Nak kete baru...huhuhu. Sape nak bayar??
  5. Nak kad ucapan yang ada thumbprint Putra...kihkihkih
  6. Nak bercuti lagi, dan lagi...tanpa perlu memikirkan ongkos
  7. Kalau boleh tambah la yang "bersinar dan lebih besar" di badan ku ini, hahahaha.
  8. Nak makan makanan yang sedap2 hasil sentuhan suami. Eik??? Selama ni x sedap ke??
  9. Shopping....dan shopping...
  10. Semoga suami dan anak sentiasa sihat dan gembira. Hidup kekal bahagia hingga ke syurga, insyaAllah.
Pada aku yang penting ialah kebahagiaan bersama keluarga tersayang. Yang lain tu...Lu pikir la sendiri ( pinjam kata ko ye NABIL) Seterusnya penerima anugerah ini ialah:
  1. Ieta
  2. Kak Nazilyn
  3. Kak salwa
  4. Umi sufira
  5. Kak Yana
  6. Siti@Nurie
  7. Semua la....yang mana follower aku tu
  8. Sesiapa je yang menjenguk ke sini
  9. Sesiapa yang sudi
  10. Sesiapa yang rajin nak buat TAG ni

Tag- Mom of the year drp As

Aku terima lagi Award daripada Pn As. Layak ker? Insya allah layak la ye.
  • Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!
  • Ada satu hari yang mana Putra betul2 buat perangai. Asyik nk berdukung je sampaikan aku nk mandi pun tak boleh, nak makan pun susah pendek kata nak bergerak pun tak boleh. Kena duduk je dekat dia atau pun dukung kemana je aku pegi. Angin satu badan...aku letak dia kat ruang tamu aku masuk bilik tutup pintu. Aku biarkan dia menangis sekuat hati. Dlm pada tu aku terkenangkan betapa susahnya aku nak mendapatkan seorang zuriat. Terpaksa berubat sana sini...Bila di uji sikit mcm ni pn aku tak boleh sabar. Akhirnya aku buka pintu tengok Putra dh bengkak mata dia. Sampai teresak- esak...Baju basah dengan air mata. Aku dukung peluk dia bagi nenen, terus dia tidur...Mlmnya aku yang menangis sambil cerita kat suami. Itu adalah yang pertama dan terakhir kerana aku semakin bersabar dengan kurniaan Ilahi yang comel dan keletah ini.
  • List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.
  1. Mata Putra yang bulat. Mcm mama kecik2 dolu
  2. Keningnya macam Ziana Zain ( semua org ckp mcm tu) suke angkat kening...
  3. Bila Putra senyum/ketawa nampak gigi tersusun...Lebar je senyum.
  4. Putra suka kalau mama/papa agah dia, ketawa nya bukan main lagi
  5. Suka kalau mama baring sebab boleh nenen pelbagai posisi
  6. Kalau mama nak berdendang karaoke je, dia dulu sibuk cari mic...pastu nak cucuk kat speaker :)
  7. Petang2 suka sgt mama bawa ronda2 naik motor dgn papa...main2 kat taman. Pastu bila balik rmh terus nak "dek" kehausan la tu.
  • Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.
  1. Ieta
  2. Kak Salwa
  3. Kak Nazilyn
  4. Qaseh
  5. Kak Yana

Thursday, March 19, 2009

Penantian

Tak sabar menanti kehadiran "ahli keluarga" terbaru...hihihihi.

Wednesday, March 18, 2009

Bayar hutang AS

Dengan terrornya...As telah berjaya mengTAG aku...hihihi. So, aku sambil menggaru kepala yang tak gatal baru je bershampoo nak menjawabnya dengan jawapan yang paling tepat, agar mendapat markah tertinggi daripada cikgu As. Merepek je la aku ni....OK Jom layan!!!
  • Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
~::Bitter Sweet Story Mory:: asalnya ::CERITAKU CERITAMU:: Sebab di "blog" ni la kita berkongsi cerita, macam2 cerita yang ada. Cerita saya dan cerita anda...di sini kita bermula, cewah!!
  • Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
~www.myfara.blogspot.com ~sebenarnya aku nak gabungkan dengan nama laki aku...MIE. Patutnya aku letak faramy...saja gatal terbalikkan.
  • Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Cerita mengenai sekeliling...isu semasa...dan anak. Bak kata aku, ROJAK. Semua ada...
  • Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Tak pernah terfikir lagi...
  • Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
~AS....seronok baca blog dia. Banyak citer pasal Azam (buah hatinya) dan macam2 cerita di sekitarnya. BEST!!! Sabah banyak tempat cantik kan??
  • Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.
Kak Opie Ieta Kak Nazilyn Qaseh Kak Salwa Umi Sufira Kak Yana
  • Maaf terlebih senarai TAG...hehehehe....

Bayar hutang Kak Yana

Terima kasih KAK YANA...bagi Award nih. Walaupun yang tahun lepas punya, tapi masih ku terima dengan hati terbuka. Kalau sudi bagi la lagi ye. Tulis Sepuluh Perkara Mengenai Orang Yang Beri Award Ini.
  1. Isteri kepada En. Dzul.
  2. Suka story mory tentang anak2 kesayangannya
  3. Mama kepada Danish dan Damia Batrisyia...
  4. Orang Kedah
  5. Berumah tangga dan menetap kat SP
  6. Dengar citer nak buat PJJ tak lama lagi
  7. Ada kakak nama Kak Zura
  8. Kaki bengkak...tak mengandung pun sakit kaki
  9. Sblm ni keje ulang alik SP-AS (woooo jauh tuuuu)
  10. Mungkin akan tambah lagi seorang "D"....hihihihi
Tu je la yang saya tahu rasanya...kalau salah minta maaf ye Kak Yana. Jangan serik nak TAG Fara lagi. Anda perlu memilih penerima awards seterusnya & nyatakan nama mereka di blog anda
  • Sesape saje yang sudi...sila la ambil :)

Hutang belum berbayar

Aku ada hutang TAG dengan AS...Kak OPIE...Kak YANA. Tu je kan?? Nnt aku siapkan ye. Sabor...OoopSSS!!! Hutang Kak Opie sudah ku bayar. Yang lain tu, tunggu....

Tuesday, March 17, 2009

Tag - I LICKED MY SCIENCE TEACHER UNDER YOUR BED BECAUSE I’M SEXY AND I DO WHAT I WANT

Kak Opie, Fara jawab ye tag ni…Jom kita tengok ape yang kena!!!

 

Keep this going. Type out the sentence you end up with in the TITLE of your note and tag your friends.Have fun. :D

Pick the month you were born:
January-------I kicked
February------I loved
March--------I karate chopped
April----------I licked
May----------I jumped on
June----------I smelled
July-----------I did the Macarena With
August--------I had lunch with
September----I danced with
October-------I sang to
November-----I yelled at
December-----I ran over


Pick the day (number) you were born on:
1-------a birdbath
2-------a monster
3-------a phone
4-------a fork
5-------a snowman
6-------a gangster
7-------my mobile phone
8-------my dog
9-------my best friends' boyfriend
10-------my neighbor
11-------my science teacher
12-------a banana
13-------a fireman
14-------a stuffed animal
15-------a goat
16-------a pickle
17-------your mom
18-------a spoon
19------ - a surf
20-------a baseball bat
21-------a ninja
22-------Chuck Norris
23-------a noodle
24-------a squirrel
25-------a football player
26-------my sister
27-------my brother
28-------an iPod
29-------a surfer
30-------a homeless guy
31-------a llama

What is the last number of the year you were born:
1--------- In my car
2 --------- On your car
3 ----------- In a hole
4 ----------- Under your bed
5 ----------- Riding a Motorcycle
6 --------- sliding down a hill
7 --------- in an elevator
8---------- at the dinner table
9 -------- In line at the bank
0 -------- in your bathroom

Pick the color of shirt you are wearing:
White---------because I'm cool like that
Black---------because that's how I roll.
Pink-----------because I'm NOT crazy.
Red-----------because the voices told me to.
Blue-----------because I'm sexy and I do what I want
Green---------because I think I need some serious help.
Purple---------because I'm AWESOME!
Gray----------because Big Bird said to and he's my leader.
Yellow--------because someone offered me 1,000,000 dollars
Orange--------because my family thinks I'm stupid anyway.
Brown---------because I can.
Other----------because I'm a Ninja!
None----------because I can't control myself!

Now type out the sentence you made, write 'em in my comment box and also as the TITLE line and tag your friends in the note!

I LICKED MY SCIENCE TEACHER UNDER YOUR BED BECAUSE I'M SEXY AND I DO WHAT I WANT

 

Ceh!!! Ape kes ni?? Huhuhu…

 

Sila la sambut TAG ni wahai :-

  1. As
  2. Kak Salwa
  3. Kak Yana
  4. Kak Nazilyn
  5. Ieta

 

 

Berjaya akhirnya!!!

Akhirnya....berjaya juga aku atasi masalah ini. Tak sia-sia belajar pasal IT dulu kan. Walaupun tau basic je...Alhamdulillah berguna juga walaupun kekadang otak ni lembap sebab jarang ada pressure untuk laksanakan sesuatu. Tapi bila ianya memerlukan masih boleh berfungsi, insyaAllah. Hahaha....seronoknya.

Apa hal plak ni??

~~PENING~~
~~PUSING~~
~~TAK FAHAM~~
~~GERAM~~

Kenapakah?????

Kenapakah aku tak boleh nk view aku punya blog??? Apa kesalahan yang sudah aku lakukan??? Huhuhuhu...Tiap kali aku klik kat view blog mesti keluar menatang ni..."internet operation aborted". Apa ke hal nya ni???? Adoi tensen!!!!!!

Monday, March 16, 2009

Tayang gambar jer

Layan je la!!!
Putra tengok je ker...?

Hidup berjiran part 2 :)

Assalamualaikum semua... Aku rasa aku la orang yang paling bertuah punya jiran seperti jiran sebelah ni, Kak Ani nama dia. Kenapa aku kata gitu??? Sebabnya...dia bagi lagi makanan kat Putra, kononnya. Padahal mama Putra yang bedal dengan Papa Putra. Hehehehe...Kalau setakat bagi biskut T*iger sepeket kat Putra tu memang perkara biasa, kan Putra?? Hari Ahad lepas...suami terchenta ku kena pulak pegi tempat keje pepagi buta, so kami ni tak dapat la break the fast makan roti canai. Cik Ani yang baik hati belikan nasi lemak untuk Putra. Aduhai...Sedap pulak tu nasi lemak daun pisang. Dah tu, tengahari...mama bajet nak masak simple je sebab papa tak tau balik pukul berapa. Nak makan sorang, goreng telur pun OK...Cik Ani bagi pulak sepinggan Ayam pencen masak rendang dengan pegaga. Patut la tadi dia duk tanya mama, ko makan pegaga tak Farah?? Rupenya....Kena pulak pukul 2.30 ptg papa dah balik, apa lagi...jom makan!!!

ps: Dah makan br teringat nk snap gambo. dah berapa pinggan Kak Ani tak berbalas?? dah 3 rsnya. huh!

Sunday, March 15, 2009

Breakfast vs Dinner

Hari ni suami terchenta ku itu diam2 pi dapur masak ...aku duk melayan Putra dalam bilik main mainan. Tetiba je dia panggil makan. Rupanya dia masak American Breakfast (aku tanya apa ke nama masakan ni?) untuk dinner kami. Orang putih makan sarapan kami makan malam. Hentam je la janji kenyang. Kalau makan western aku suka suami yang masak sebab boleh tambah, hahahaha. Kuat makan aku ni ye...tapi kurus jugak! **p/s : ingat nk masak ayam masak kicap je mkn mlm ni. Diam2 dia dah masak...alhamdulillah

Saturday, March 14, 2009

Tag lagi...[My Hubby]

Aku dengan jayanya telah di TAG oleh Kak Yana. Oleh itu dengan bangganya aku nak menjawab dengan sempoi seperti Kak Yana minta. Okey, jom layan!!!!!

  • Rules:Here’s a chance to see how well you really know your husband/boyfriend/lover. Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband/boyfriend/lover to see how right you really are.
  1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen? ~Selalunya bola dan cerita masak-memasak mcm HK
  2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?~Thousand island
  3. What’s one food he doesn’t like?~ Sotong, kecuali sotong kering (sotong kembang)
  4. You go out to eat and have a drink. What does he order?~Tengok time kalau sarapan mesti teh tarik dan roti canai. Kalau time lain ikut suka rasa dia nk makan ape.
  5. Where did he go to high school?~SMK Bukit Besar
  6. What size shoes does he wear?~Size 7
  7. If he was to collect anything, what would it be?~Buku resepi
  8. What is his favorite type of sandwich?~Turkey ham dan Cheese
  9. What would this person eat every day if he could?~Sambal ikan bilis. Kalau masak ini setiap hari pun tak pe. Boleh tambah 2-3 pinggan nasi.
  10. What is his favorite cereal? ~Nesvita Honey
  11. What would he never wear? ~Singlet dan baju lengan panjang. Kalau uniform keje tu pun mesti dilipat kat tangan tu sampai ke siku.
  12. What is his favorite sports team?~Pasukan Hijau Kuning - (sama dgn hubby K.Yana). Orang Kedah la katakan...
  13. Who did he vote for? ~ Rahsia kot hihihi (PnC)
  14. Who is his best friend? ~ Arwah Yang@Shidi (kawan sekampung) Tp sebenarnya suamiku ini ramai sangat kawan...
  15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do? ~Terus BF Putra sampai umur 2 tahun. Selalu bagi sokongan kalau aku rasa letih, penat nk BF.
  16. What is his heritage? ~ Melayu + Pakistan sebelah arwah tokwan
  17. What is his favourite colour? ~Putih (aku yang menderita nak mencuci baju2) dan Merah
  18. What is his habit? ~Dah dekat nak Maghrib baru kelam - kabut nak mandi nak pegi surau. Setiap hari begitu la...
  19. What is he proud of? ~Putra, dan saya a.k.a isterinya yang cantik
  20. Lastly, do you think he will read this? ~Mungkin TIDAK. Dia lagi sibuk menulis menu dan mencipta resepi baru. Tapi aku akan paksa dia baca jugak pasal entry ni,huhuhu...
  • Dengan ini, aku nak memanjangkan TAG ini kepada:-
  1. Nazilyn
  2. Ieta
  3. Kak Opie
  4. Kak Salwa
  5. Qaseh
  6. Kak Mimi

  • **saja gatai nak tempek gambar hubby, hihihihi...

Friday, March 13, 2009

Si Buntal

Aku menapak naik ke tingkat 3 blok 1 dengan mendukung Si bujang nakal Putra. Pegi ke rumah geng bercanda di tepi taman Kak Ina. Dengan tujuan menghantar "sesuatu" apa kah itu? Tak payah la nak ku kaborkan di sini. Sebab nya aku hanya nak cerita pasal si Buntal ini. Hihihi...sesedap je cik Farah panggil ko buntal ye Hakimi? Memang buntal pun... Dia dah pandai tanggalkan stokin...tinggal sebelah je stokin dia. Hihihihi...Rambut bila nak naik?? Tu pasal la Putra sesedap rasanya mengurut kepala Kimi kan? Teringat masa Putra baya buntal ni, memang suka sangat cabut stokin.

Hidup berjiran

Pepagi lagi jiran sebelah dah hulur sepinggan kari ikan. Baru 2-3 hari lepas jiran aku ni bagi rendang ayam. Belum berbalas pinggan nya dah di bagi lagi. Sekarang dah terhutang 2 pinggan. Hihihi...semalam belikan kuih sarapan kat Putra. Macam ni la hidup berjiran...Aku pun kalau ada masak lebih mesti sibuk nak hantar kat jiran. Tak kira la masak sedap ke tidak... Sebenarnya jiran aku ni namanya Kak Ani...suami dia pun Chef jugak. Sama la kami ni...tapi bezanya dia pandai masak. Aku ni pandai makan je. Chef berjiran...korang boleh bayangkan tak? Korang ada ke jiran macam ni? Jiran sebelah rumah ni memang la kita selalu tukar2 pinggan kan, tapi aku duk sini dah 2 tahun lebih. Bukan je jiran sebelah rumah tapi jiran tingkat atas pun kadang2 suka bagi makanan. Memang best la jiran2 kat sini. Sesetengah tempat tu, jiran sebelah pun tak kenal. Macam aku duk Sg Besi dulu 2 tahun duk situ aku kenal sorang je. Tu pun jiran sebelah pintu. Sejak duk sini Alhamdulillah...walaupun aku yang paling muda tapi boleh campur dengan semua. Ada apa aktiviti mesti join...

Thursday, March 12, 2009

Dah sampai

Ini la yg aku nk cerita semalam. Tapi tak boleh nk update sebab gangguan line yang sangat teruk!!!
Apakah itu????
Tadaaaaaaaaa........
2 pasang baju Disney Anakku untuk Putra kesayangan ku
Cantik tak?? Mama telah berjaya merembatnya dari sini tanpa pengetahuan papa Putra suka tak??? Ala nk lari ke mana pulak tu? Baju dah sampai baru mama bagitau papa. Hihihi...papa senyum je tengok baju Putra yang cantik itu.

IKLAN