MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Saturday, January 31, 2009

Tension

Bengang nya!!!!! kenapa la tenet hari ni lembab sangat. Lembab selembab-lembab nya. Kalah siput b**i. Tension aku menunggu. Nk update blog pun susah. Huh!!!

Thursday, January 29, 2009

SI gathering

Huhuhu...baca kat blog Kak Zety tadi. Ada gathering Susu Ibu hari Ahad ni 1 Feb. Memang nk join. Tapi...aku ada program kat surau. Ada majlis cukur jambul. Aku kan ahli kelab surau. Baju kelab pun dah nk siap tu...Nnt aku update tentang program tu. Tapi, memang sedih tak dapat nk pegi gathering tu. Kepada mereka2 yang pergi semoga berseronok la ye.

Saje nak enterprem

Ni maktok Putra masa annual dinner 18 Jan 09. Cuba teka yang mana satu maktok dia?? Heheheh...takkan yang tengah tu kot:) Ok lah...yang baju kaler sama macam Cat Mentor tapi bertudung. Haaaa tu la mama aku a.k.a maktok Putra. Yg baju oren tu...Kak Fid (sepupu Dr Mashitah) Huhuhu...sedeynya tak dapat ikut. Sejak kawen ni dh byk program dgn mama tak dpt join. Apa boleh buat, dah duduk jauh....

Pesanan buat seseorang

Pesanan ini khas ditujukan buat sahabatku...Kak Zue. Semoga kuat menghadapi hari2 yang mencabar. Bekerja lah dengan gembira, senyum selalu. Mudah-mudah pesakit yang datang tu cepat sembuh dengan melihat senyuman di bibir Kak Zue. Walau jasad di sini, tapi hatimu tetap di sana, Maldives....Bukannya lama Kak Zue. Sabar la untuk beberapa bulan.Lagipun kemudahan internet kan ada. Walau jauh beribu batu, walau terpisah benua tapi tetap dekat juga rasanya. Awra kan ada, peneman sepi...Kalau ada apa2 nk minta tolong jangan la segan silu nk bgtau. InsyaAllah pasti kami bantu Kak Zue.
Kak Zue...semoga dapat mengubat kerinduan....tgk gambar pun jadi la.

Monday, January 26, 2009

Pengumuman

Salam.
Minta perhatian!!!
Anda semua di jemput ke blog PUTRA .
Ini adalah kerana mama Putra terlebih rajin membuat satu blog khas untuk anak kesayangannya ittew.
Blog yang hanya bercerita tentang perkara berkaitan PUTRA sahaja.
Tiada kena mengena dengan yang tidak berkenaan.
Sekian terima kasih

Thursday, January 22, 2009

Teruskan boikot

Flyers dari PPIM.
Majlis pada hari Ahad turut di hadiri oleh En.Noor Nirwandy Mat Noordin (PPIM).
Sape kenal yang berkopiah putih ni?? Cuba teka...Hehehe...ahli kumpulan Rabbani. Jgn tak tau kitorang ni berjiran.

Wednesday, January 21, 2009

Demonstrasi secara aman

Antara demonstrasi aman yang dianjurkan Persatuan Penduduk Apartment Subang Impian. Yang dorang bakar tu ialah BUSH!!!!! Tengoklah bukan main semangat lagi Kak Zu. Huhuhu...macam nk gi berperang kat Palestin.

Besday cake

Kek harijadi daripada papa & mama untuk Putra.

Tuesday, January 20, 2009

Putra- Genap 1 Tahun

ALHAMDULILLAH...
Muhammad Darwisy Shahputra hari ini genap 1 tahun. Mama dan papa doakan Putra akan terus membesar menjadi anak yang sihat, cergas, cerdik, dan soleh.
Amin.
Terima kasih maktok bagi hadiah kat Putra. Papa, & Mama x de hadiah ke??
** Sape ada cadangan hadiah apa yang sesuai untuk Putra??

Gotong royong

Baby Kak Ina ni sedap je tido walaupun bising
Tgk...mcm mana mama nk buat keje klu dh Putra duk kat atas riba??
Ini lah antara yg dapat di snap pada hari Ahad lepas. Gotong royong kat surau...Best sangat hari tu. Walaupun tak dapat menolong sangat tapi datang la jugak nk meramaikan lagi. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yg di rancang.

Monday, January 19, 2009

Besday Shafiq

Minah Karipap....Awra, sedap ke karipap tu?
Nmpk tak pinggan yg ada tulang je tu? Hahaha...Kak Zu makan nasi dagang sampai licin pinggan, tinggal tulang je. Isyh!! sedap sungguh. Sib baik dia tak telan dgn tulang tu sekali, hehehe. Awra dengan karipap lagi... Inilah orang yg suka sgt mkn nasi dagang tu:) Yg ni kak Zu tolong perabiskan yang aku punya. Tekak xleh masuk dah sbb kenyang makan mee kari.
Jom kita gerak ke surau pulak!!
**Besday boy tido daaa...

Sekilas pandang

Sekilas pandang...Aktiviti kami semalam (18.01.08)
BEST!!!!

Saturday, January 17, 2009

Demonstrasi

Esok 18 Jan 09 akan diadakan Demonstrasi Bantahan terhadap Kekejaman Israel kat kawasan aku duduk bermastautin ni. Siap ada bentang banner lagi kat security guard depan tu minta semua berkumpul esok jam 4 ptg. Huhuhu....nk buat demonstrasi macam mana la agaknya tu. Tapi yang pastinya secara aman. Dan insyaAllah pada malam nya akan diadakan solat hajat di Surau. Aku and the geng insyaAllah akan turun untuk join apa yang patut. Sebenarnya program ni akan start dari awal pagi untuk acara gotong royong membersihkan surau, masak2, dan ada ceramah agama selepas solat Maghrib. InsyaAllah akan aku upload gambar apa yg patut esok ye...

**Dapat jemputan harijadi Syafiq esok lepas zohor

**AJL la pulak mlm tu. Mcm mana?? (ni soalan dari KakZu) hehehe. Ampun ye Kak Zu :)

Thursday, January 15, 2009

Best Friend

Salam...Anda ada best friend?? Saya rasa semua orang ada dan pernah ada best friend. Saya pun ada best friend jugak. Tapi dah lama tak jumpa dia. Rindu sangat walaupun tiap2 hari dia call saya. Waaaaa....nk pegi jumpa best friend saya ni. Banyak sangat nk story. Story dalam tipon tak puas. Tak real...tak best. Tapi suami ku pula tak banyak cuti nk pegi jumpa best friend ku ini. Best friend ku pun tak dapek cuti lama nak datang jumpa aku ni. Waaaa sedih nya. Sape best friend saya ni?? Ye ye je saya mengaku dia ni best friend ntah2...??tapi confirm dia pun anggap saya ni BEST FRIEND dia gak. Klu tak takkan la dia sanggup berkorban segalanya??? Cewah!!! Sape dia?? Nantikan...hehehe

Putra melayan tetamu

Lihat lah anak bujang ku melayan tetamu...Kejap aku cakar muka kau, kejap kau cakar muka aku. Tapi elok je main 2 orang ni, tak nangis. Mama2 nk story mory pn aman. Kaum bapak kat depan rumah citer pasal kete. Tu je la idea dorang. Kaum ibu...banyak story...sampai berlori-lori.

Tetamu istimewa

Ini lah tetamu kami hari tu...yang aku masak bubur kacang tu. Alahai tembam Nana...Nk enterprem bubur kacang macam segan je rasa. Maklum la yang biasa2 jew. Lain la yang luar biasa boleh la nk tayang, hehehe. Nk enterprem yg orang lain punya masakan...Rasanya tak mungkin...

Tuesday, January 13, 2009

Bubur kacang hijau

Salam... Sedara aku kata nk datang jap lagi...adui!!! Abg keje ni, nk masak ape la kan?? Dalam peti ada udang, ikan je. Ayam dah abis smlm aku masak lemak cili api. Ingat nk buat bubur kacang je la. Tapi santan plak x de. Adui...terpaksa la aku sms sedara aku yg nk datang tu tolong belikan santan. Hahaha. Aci la kan...dia nak mai rumah aku. Klu aku tak masak kang lain plak cerita. Kita tunggu je la jadi ke tidak bubur kacang ku itu. Ntah2 ralit bersembang...banyak sangat nk bercerita ni nk bergosip tentang isu semasa lagi, hehehe. Chaw, PEACE V!!!!

Monday, January 12, 2009

Jom Boikot lsrael Laknatullah!!!

Salam semua....
Wahai sahabat dan saudaraku sekalian. Marilah kita bersama memboikot Israel dan sekutunya Laknatullah.
Walaupun kebanyakkannya adalah barang yg memang kita selalu guna atau memang dah sebati dengan diri kita, tapi...demi saudara kita di sana, tolonglah boikot. Apa yang saya tahu 2.5% dari harga yang kita bayar adalah peluru yang akan membunuh umat ISLAM di sana.
ALLAHU AKBAR!!!!!!!

Friday, January 9, 2009

Dusta Berkalang

Tajuk: Dusta Berkalang Artis: AIMAN Lagu: Hafiz Hamidun Lirik: Fedtri Yahya Susunan: Hafiz Hamidun

Semua yang nista Semua yang dusta Tidak kan bertahan Tidak kan tersimpan Jadi debu berhamburan Menjadi mangsanya Permainan mayapada Begitu al-kisah nya Kanan kiri berkalang Pantas cari lindungan Usah rebah hati Manis racun dunia Ramai insan tertawan Rawan tersiksa Ranumnya sang bulan Merdunya seri bayu Hanyalah puraan Di alam khayalan Dalam ombak hidup Kita yang layari Jangan kau tenggelam Di arus masa Harus kau kemudi Pulang ke hakiki

::Lagu peberetku::

Enterprem Awra

Anak sape lak ni?? Comeikan... Ayunya pakai tudung bunga2.
Inilah Awra Farzana...anak kak Zu. Cantik mcm mama dia ker?? Hehehe. Suka-suki je tempek gambar anak orang kan?? Kak Zu, bila nk enterprem gambar "adik" Awra plak?? Hehehe

Jom karaoke

Huhuhu bestnya karaoke...Inilah artis terkenal tanahair yang album mereka tidak akan keluar sampai bila-bila. Hehehehe Layan la Kak Zu...Jom karaoke sampai ujan, hakhakahak. Hehehe...inilah koje kami kalau x de aktiviti. Abaikan timbunan baju tu sebab tuan rumah pun nk join sekaki berkaraoke, hehehe.

IKLAN