MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Friday, November 28, 2014

Hari Anugerah Cemerlang Pasti : Putra dah grad!!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Alhamdulillah
Anak mama dah grad
Selepas dua tahun belajar di Pasti Ummu Hasanah

                                                    Tok Ketua Kampung sampaikan sijil


 Peace!!!
Saya dah grad. Alhamdulillah
 
 
 Ini kawan saya...
Nama nya Siti Fatimah Az-Zahra
Umur dia 5 tahun
Saya suka kawan dengan Fatimah sebab dia baik hati dan cantik
 
 Terima kasih banyak-banyak buat Mualimah semua.
Mualimah Ijan
Mualimah Lina
Mualimah Nisa
Semoga Allah memberkati dan membalas semua jasa baik mualimah
 
Last but not least
Mama pn nak bergambar kenangan dengan semua mualimah yang banyak berjasa ni.
Semoga ilmu yang di berikan akan di manfaatkan oleh semua anak2 Pasti Ummu Hasanah.
Alhamdulillah.
Jazakallah mualimah.
Semoga Allah memberkati kalian semua
 
 



Anak mama nak keluar rumah mesti pakai seluar panjang.
Alhamdulillah dah mula faham pasal aurat.
Nak masuk bilik air mesti baca doa dan pakai kopiah atau tutup kepala dengan towel (buang air besar)
Makan minum berdoa dan duduk
Suka berzikir dan bernasyid

Alhamdulillah syukur.
Walau anak mama tak sehebat orang lain yg speaking mat saleh mcm makan popcorn, tapi anak mama faham hukum Allah dan 'kenal' Allah.
Semoga terus membesar dengan kasih sayang Allah. InshaAllah.

::Bila abang dah besar nanti dan baca tulisan mama ni ketahui lah abang bahawa mama sangat berbangga melahirkan dan membesarkan abang. Syukur Allah berikan yang terbaik untuk abang. Cukup sempurna. Teruslah belajar mengenal Allah. Kejar lah akhirat inshaAllah dunia pasti akan ikut. Mama akan lebih berbangga jika abang mampu menghafal Al-Quran berbanding Ensiklopedia. Ketahuilah wahai anakku Muhammad Darwisy Shahputra doa mama sentiasa mengiringimu setiap waktu. Semoga menjadi anak yang soleh buat mama dan papa.








Wednesday, November 26, 2014

Susun Atur : Ruang Menonton



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum..

 
Ini lah ruang menonton kami.
Takde ruang khas pun.
Ruang ni kat ruang tamu.
Rumah teres biasa je.
Rumah sewa je.
Alhamdulillah ini yang termampu
Deko pun tak pandai sngat.
Biasa sangat ruang menonton kami
Takde kapet gebu gebas
Takde kerusi empuk untuk baring2 pun kat area ni.
Syukur Alhamdulillah
 
Cable cover tu belum sempat nak cat.
Nanti - nanti kita cat.
Sementara ni biar je macam ni dulu asalkan wayar2 tu tak berserabut.
 
 
 

Tuesday, November 25, 2014

Deko : Langsir Murah (Bilik Air)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Mood mendeko semakin bertambah.
Walau sebenarnya daku ni tak pandai langsung nak berdeko apa lagi berhias.
Memang tak reti.
Yang saya tahu...kemas bersih tu je.
Hehehehe....

Tapi baru - baru ni terjebak group DRKSK pulak
Tengok rumah kawan-kawan semua cantik-cantik belaka
Memang pandai kawan-kawan berdeko

Harini kita pasang langsir kat pintu bilik air
Beli langsir RM5  kat Daiso Aeon Equine
Beli sekali penyangkut langsir tu kat Mr DIY RM 2.90 (klu x salah)
Murah je kan?



Sedap sikit mata memandang
Alhamdulillah







Wednesday, November 19, 2014

Susun Atur : Ruang Dapur

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Inilah dapur masak saya
Biasa sangat.
Rumah sewa, ini je yang termampu.
Ruang pun kecil sebab dapur ni memanjang bersekali dengan ruang makan dan laundry.
Saya cuba susun atur sebaik mungkin walaupun tak pandai sangat nak menyusun.
Janji sedap mata memandang dan senang nak capai.

Nak mendeko pun tak pandai jugak baru berjinak-jinak.
Tu kabinet dah berbaju baru sebab terpersona tengok kawan2 dalam group DRKSK semua pakaikan baju kat kabinet.
Kita pun cuba jugak la.
Cari wallpaper murah dan tampal.
Berseri-seri jugak kan...






Tuesday, November 18, 2014

Susun Atur : Pinggan mangkuk


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Dah lama sebenarnya saya fikir macam mana nak simpan pinggan mangkuk.
Rumah takde kabinet, yang ada kabinet dapur yg biasa tu je
Mula - mula kawin dulu saya beli rak pinggan yg biasa tu
Memang elok je..banyak bole isi tapi berhabuk dan risau serangga.

Lepas tu sy cuba susun dalam kabinet.
Memang ok. Kemas, tersusun dan tak serabut
Masalah lain pulak datang.
Seminggu sekali kena buat operasi pembersihan.
Kena tukar daun pandan, sebab sy memang letak daun pandan untuk halau lipas.
Tapi tiap2 kali nak guna pinggan tu bila saya cium mesti bau lipas.
Dah kena basuh dulu lepas tu lap baru bole guna.
Ada sekali tu masa tengah kemas2 dalam kabinet tu, saya angkat semua drawer keluar.
Ternampak pulak cicak tu elok je duk menyorok belakang drawer.
Aduhhhh lagi la saya jadi geram.

Puas la memikir.
Puas la google
Puas jugak tanya sana sini
Macam mana korang yg takde kabinet ni simpan pinggan mangkuk?

Akhir sekali ada kawan share dalam group KSSA macam mana dia simpan pinggan mangkuk.
Terus rasa macam...wahhhhh best ni.
Hujung minggu tu terus pegi mencari.



Ini lah dia.
Tempat simpan pinggang mangkuk sudu saya
Senyum sampai telinga bila dah dapat.
Saya beli dengan harga RM 75 sahaja.
Saya beli ni ada 2 laci.
Ada jugak yg 1 laci...harga dalam RM65
 
 
 
Rasa selamat sikit simpan pinggan semua dalam ni.
Tak berhabuk dan yang penting tak de bau lipas lagi.
 

Alhamdulillah.
Seronok sangat.
Ini lah kebaikan bila join group KSSA ni.
Kawan2 semua tak lokek, baik hati dan suka bagi pendapat.

Notakaki :
Harga RM75
Saaka Nilai (Nilai 3)





Sunday, November 2, 2014

Susun Atur : Bilik anak merangkap bilik tetamu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Rumah teres 3 bilik je.
Jadinya bilik ke dua kami jadikan bilik anak2
Walaupun depa tak tido bilik ni pun
Tempat mainan dan salin pakaian je
Si abang yang dah 6 tahun tu penakut sangat
Lagipun bilik tengah ni siling nya tinggi melangit
Di tambah pulak ada bocor.
Kalau hujan memang habis la basah
Nasib badan duk rumah sewa
Macam ni laaaaaa

Sebenarnya bilik ni kami jadikan bilik tetamu jugak
Walaupun teramat lah jarang nak ada tetamu bermalam kat rumah kami ni
Tapi kalau ada tu bole je tumpang tido bilik ni.





Taraaaaa...
Sebelum ni guna cadar kartun Angry Bird
Sekali sekala ubah selera pulak.
Guna cadar merah Mak Ngah
Hehehehe
 

 
Susun atur atas almari baju.
Saya rasa macam dh semak atas ni.
Tak suka letak banyak2 barang.
Nampak berserabut.
Tengah fikir mana nak susun semua ni...
 
Mainan Indah
 
 Meja belajar.
Motor tu pun semak je mata mama tengok
 
 Almari pakaian
Berserabut nampak
Kena fikir unt improve susun atur lagi
 
 
Mainan lagi.
Kawasan ni paling bersepah
Kena selalu kemas



Tengah kumpul idea dan semangat untuk kemas kan lagi bilik anak ni.
Korang perasan tak...dekorasi yang langsung takde dalam bilik ni.
Memang eden ni biol sikit bab mendeko
Kalau ada cadangan dan idea sila la lontarkan ye.












IKLAN