MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
Showing posts with label macam-macam hal. Show all posts
Showing posts with label macam-macam hal. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Gedik la pulak

*Amaran : Gedik yang tidak terlampau =) Boleh ditonton secara UMUM

Apa kes dua beranak ni duk menggedik tak pasal-pasal. Hahaha...ni time dah boring la ni. Penat menunggu papa ada hal kat tempat keje masa hari cuti. Hari cuti pun pegi tempat keje....sah la nk belikan bini nya banglo 15 tingkat.
Balik je dari klinik, cucuk Indah terus je papa bawa kami ke KLIA.( tempat keje dia la tu.) Ermmm....sah2 la kena tunggu sampai lebam dalam kete. Papa jumpa big boss bagi reason kenapa tak nak pegi outstation ke Langkawi hari ni. Hai, kalau terpaksa pergi, mama pun terpaksa la berani-berani kan diri duduk kat rumah dgn anak2. Dua minggu tu, klu setakat 2 hari tahan lagi. Alhamdulillah dorang cari alternatif lain dulu...tapi standby je la papa tu bebila je kena terbang jugak klu dipaksa.

Dah settle keje papa...abang Putra dah mula menuntut janji manis papa. Apa kah itu....nantikan sambungannya. Mama nk mandikan adik dulu yer.


Monday, September 27, 2010

Balik kampung mesti pekena ni

Sape yg dh lama kenal aku sure dah tau. Kalau aku balik kampung tak singgah makan bihun sup utara memang tak sah. Hari raya lepas pun aku singgah juga makan bihun sup ni. Kalau tak silap masa hari raya ke4. 
Ni lah kedai tu. 
Jangan konpius pulak. 
Specialty dia maybe Mee Rebus la. 
Tapi aku suka bihun sup dia ;)

Ini budak bukan mau makan. 
Mainan je yg dia nak. 
Nasib baik kat kampung, maktok dia punya wang. 
Hahahahahaha 

Ok....ini dia my peberito!!!! Sedap tak terhingga... 

Mee Rebus En Roomate punya. Aku tak makan daging, harap maklum.

 Kalu  tak makan bihun sup ni konpom dari Kedah sampai KL mulut aku bising, hahahahaha. Silap haribulan mggu depan kena balik semula semata-mata nk mkn bihun sup ni. Hihihihi...tak senonoh pny perangai kan.

Posted by Picasa

Saturday, September 4, 2010

Tak tau apa nk cakap....

Jom layan budak bucuk ni makan nasi minyak syurga cinta air tangan mamanya =)
Ini adalah kesinambungan entry sebelum ni yer...sila jgn buat2 pitam yer...hahahahaha.

Ok...sudah. The pictures tell everything....;)

Mama memang buat khas ayam masak kicap untuk beliau. Sebab tu beliau lajuuuuuu je makan. Berkali-kali tu puji mama...."sedap betulll mama macak "...ermmm memang drama king la anak mama ni. hihihihi....

Wednesday, September 1, 2010

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

Entry merdeka pun ko xsempat buat Fara? Apa nak jadi...bizi mcm menteri. Hihihi....
Yer...saya memang menteri, menteri kewangan merangkap menteri pertahanan bagi kerajaan Suhaimin ;)

Sebelum terlambat dan ketinggalan terus...SELAMAT HARI MERDEKA KE 53...1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI. Sama2 lah kita jaga negara kita ;) Di luar negara tuh suka hati mak bapak dorang je pijak2 bendera kita.

Malam merdeka...korang gi mana? Kitorang gi shopping baju raya la....hihihihi. Pastu ingat nak singgah Dataran tgk bunga api, tapi tak sanggup nk redah lautan maknosia. Mat rempit pun ramai, ah tak kuasa makcik. balik rumah tido lagi bagus. Esok pagi bangun ngadap tv layan sambutan merdekat kt Bukit Jalil aman....


Puasa tahun ni memang pecah rekod sebab saya masak sepenuhnya. Erk...tidak juga setakat ni baru sekali berbuka buffet ( saya belanja) dan sekali kat KFC tu pn sbb nak shopping baju raya ;)

Saya ada duit ke nk blanja en roomate buffet? Erkkk..

Thursday, August 26, 2010

Dah berapa hari tak menghupdate ini belog....
Tuan tanah kedaung ni asyik tak sempat jer....
Padahal dlm henfon dh penuh gambar menu berbuka...
Kononnya nak sharing dgn kengkawan....
Sudah nya tak kemana...
Siang hari perut lapar, nk mengarang pun ala-ala lemau gitu
Malam pulak dah kenyang dh jadi ular sawa...hihihi
Keje rumah pn banyak sgt pending ni...hihihi mcm keje opis pulak ada pending2.
Kalau sempat malam baru nk mengadap segunung intan kain nak melipat, sebab siang melepet...
Hurmmm...

Sunday, August 22, 2010

Berbuka sorang2 jugak hari ni

Hari ni buka pose sorang2 lagik. En roomate masih kena handle function kat Bangi nun...Memang tersangat malas nak masak...Dah pukul 5 lebih baru masuk dapur sambil mengintai kat peti ais ada apa yg boleh di masak. Dan yang paling penting...paling senang nk masak. Hihihi

Talapia berlada
Ayam Kuzi...panas kan je...en suami bw blk smlm ;)
Kacang panjang + telur
Mee bandung....(jiran pulangkan mangkuk...)
Mee bandung...yummy
Sedia untuk di makan

Banyak jugak kan atas meja saya tu. Sila abaikan set pinggan saya yang bercampur tu. Hihihi..Saya cuma masak ikan talapia dan goreng sayur je. Pastu panaskan ayam kuzi tu. Last2 saya hanya makan mee bandung je. Nasi belum makan lagi. Kenyang dah...Tu ayam dua ketul tu Putra punya dgn sup.

Kejap lagi encik roomate saya balik, kalau dia nak makan nasi saya tumpang sekaki, kalau tak makan nanti sahur...senang, tak yah masak dah.

Tuesday, August 17, 2010

Putra dan Mia

Ok selingan sedikit....asyik cerita pasal menu berbuka yang tak semegah mana tu. Mesti ada yang boring kan? Mari saya nak bercerita pasal anak bujang saya yang soleh ini.

Sejak pindah sini....korang tau ke kat mana? Putra dh jatuh hati. Ops!!! Dia terbekenan pulak kat baby cute sorang ni....Sebenarnya mama Putra pun terbekenan jugak. Hihihi....

Geram sangat sebab dia cute, tembam pulak tu....Putra kecik2 dulu takde nak tembam macam ni tau.


Ni pic semalam...masa saya gi hantar juadah berbuka. Sibuk je Putra tu nak peluk Mia. Tapi yg best nya...Mia pun diam je kalau Putra peluk cium dia. Hihihihi....Nanti dah besar tak leh ye Putra. Silap2 kena kejar dengan penyapu.

  • bila nak dapat baby girl pulak ni.....

Saturday, August 14, 2010

Join GA lagi~

Assalamualaikum....
Pagi ni terasa nak join GA la kawan2.....Hadiahnya sangat menawan insang kalbu ku....hihihi...

Menawan kan? Set English style...memang cantik.

Nak join ker...? Jom la meriahkan GA ni.  
Syarat nya pun sempoi je....
KLIK je kat sini


Kalau ada rezeki, alhamdulillah ;)

Tuesday, August 10, 2010

Selamat datang ya Ramadhan

Assalamualaikum...
Esok insyaAllah kita semua umat islam akan berpuasa.
Semua dah tahu kan...
Nak jugak buat entry sambut puasa. Hihihi...

Malam ni dah berterawih dan bersahur.
Selamat bertawih dan bersahur buat semua....
Moga Ramadhan kali ini lebih barakah

Saya berdoa mudah2an Allah memberikan kekuatan untuk kita menjalani ibadah.


  • notakaki : heran dgn sesetengah org, belum pose tapi baju raya dh ready 3 bln lepas. semangat nk beraya...pose mcm mana?

Cempedak oh cempedak

Salam....
Selamat petang...
Tetiba je insang perut ni terasa nak makan cempedak. Entah ada entah tak. Dah pesan kat En.roomate tadi. Tersangkut jammed kat Curve pulak dia. Kalau tak dah selamat sampai rumah waktu ni.

Hari tu  masa balik kampung makcaq ada buat cempedak goreng untuk menyorok*, sedap nya sampai hari ni duk terkenang-kenang. Hihihihi....

  • notakaki : * menyorok....sapa tau? dh lama tak dengar perkataan tu

Mama kena gastrik...?

   



Bila dah berteka-teki kenapa lah aku ni rasa mual....perut pun berlagu keroncong versi rock, sakit nya tak payah di cerita. Memang derita. Terus la mengadap dukun doktor kat sini....

 
Doktor kat klinik ni memang best. Dah lama kitorang dengan doktor sini....sejak mengandungkan Putra lagi. Serasi....



Nampak tak ape yang tertulis kat ubat tu....GASTRIK. Huhuhu...dah agak sebab sebelum ni pun memang selalu sakit perut kalau lambat makan. Tapi kali ni teruk, sebab balik kampung mggu lepas langsung tak jaga makan. Makan tak tentu.

Alhamdulillah hari ni dah Ok....makan pun mengikut time. Nanti mem besar dengan roomate saya akan call tak pun sms tanya dh makan ke belum. Bulan puasa ni insyaAllah saya boleh berpuasa...kurma kan ada.

  • notakaki : boleh rujuk di sini tentang gastrik

Monday, August 9, 2010

   




Assalamualaikum kawan2.
Perasan macam ramai je la yang nak membaca blog aku ni kan. Tak pe la....terima kasih pada yang sudi singgah yer. Ya Allah hari ni mmg terasa sangat cepat. Langsung tak sedar tengok2 jam dah pukul 5.15 ptg. Kejap lagi my roomate akan sampai. Dua tiga hari ni tuan tanah kedaung ni tak sihat. Bila update kat fesbuk ramai yang berteka teki Putra nak dapat geng. Hihihi....

Nanti saya story kenapa saya tak sihat....hihihi. Wiken tadi memang yang paling padat. Seharian kat luar...rumah langsung tak berkemas. Tapi sempat lagi berjalan ke i city dengan bekas roomate...hihihi. BFF saya waktu menimba menggali ilmu dulu. Yg tu pun nanti saya share dengan u olls yer.

Ok la roomate saya dah sampai. Nak kena buat air teh ni. Nak minum petang...jom la pekena goreng pisang sama2.



  • notakaki : Putra tido lambat tadi patut la mama ni rasa cepat sgt masa. Kalau tido lama sure mama dah penat bermuka buku rasa mcm lama je hari nk ptg ;)

Wednesday, July 28, 2010

Apa yang tak kena

   

Awat pulak Fb tak leh buka ni...? 
Sign in pastu kosong...
Awat...awat...?
Mak budak ni boleh meroyan kalau tak berfb.....

Korang boleh berFB tak?


Friday, July 23, 2010

Penangan pulut doroyan



Aduh!!! Pinggang ni sengal semacam. Ni lah gara-gara melantak makan pulut durian tak ingat dunia. Bisa rupanya. Masa makan tak ingat sakit ke apa. Yang tau sedap je. Almaklum la dapat pulak isi duriannya fuh!!! (sila buat mcm Awal Akhir tu yer...) memang terangkat.

Dinner makan pulut durian, esok sarapan pun pekena pulut durian. tengahari pun pekena lagi, malam pun pekena lagi. Maunya tak sakit pinggang ni. Dah masak pulut seperiuk (periuk kecik comei je), nak buang sayang...lagipun durian ada. Apa lagi...kita makan le. Hihihi...

Teringat pulak masa muda2 dulu. Kalau tak silap dalam form 3. Masa tu mak ai beli 3 biji durian kawin. Durian kawin tau je la isinya mcm mana kan. Balik rumah ai melantak tak hingat sampai kan keluar darah kat hidung. Terlalu panas agaknya. Serik sekejapje pastu....bila nampak je durian mula meroyan balik. Hakhakhak....

Sesekali terfikir jugak patut la aku ni tak kawin dengan anak tokei durian...kalau tak mau abis aku makan. Hihihi...Ni sang suami duk perli.... "nak makan lagi ke pulut durian?" Tak mo dah...makan pulut. Durian nak la....hahahaha.

  • notakaki : bestnya kalau dapat makan durian kat dusun....

Tuesday, July 20, 2010

Adakah kau penyebabnya...?




Hahaha...gelak jahat. Inilah penyebab kenapa aku sakit gigi. Oopps!!! Tu la sapa suruh takut nak jumpa dentist. Padan ler. Bising en suami. Dah tau sakit gigi sekali rembat sampai dua. Agak2 la kot yer pun. Mana ada...gigi ni memang dah sakit sebelum makan coklat ni. Ala lepas makan gosok lah gigi kan. Lagipun next week memang nak gi dentist pun. Kalau berani...hihihi



Oh keberanian marilah kau. Makkkkk nak balik jumpa dentist dengan mak. Dasar anak manja mak.

Sunday, June 13, 2010



Hurm..hari ni nak masak ke nak jalan-jalan cari makan? Kalau nak masak, dalam peti ada ayam jer. Buat masak apa yer? Ada idea ke? Tapi perut ni rasa macam nak ke Padang Kota Corner. Pekena nasi dalca yang marbeles tu sekali lagi. Oh no. Kalau mak and mak mentua den tahu, abis ler. Tapi, ada satu masalah. Apakah itu???

Wa sakit gigi lor....huhuhu. Benci!!! Tu lah jadi bila takut sangat nak berdating jumpa Doktor gigi. Ermm...makan bubur nasi je la.


  • notakaki : Padan muka aku. Asyik berjalan cari makan je kejenya. Dah sakit gigi makan bubur nasi je la.

Thursday, June 3, 2010

Istana menanti pasti



Waaaaaaaaa.....nak menangis rasa. Belum jumpa lagi rumah sewa yang sesuai. Ada yang aku suka, encik bos pulak tak suka. Ada yang dia suka aku pulak rasa tak sesuai. Alahai...macam mana ni. Hish!!! Maktok pulak duk memujuk suh balik Kedah. Adoiiiii. Siap bagi masa suruh fikir sampai hujung tahun ni. Mak aiii. Sesak kepala otak cik kiah ni.

Kenapa la sayang sangat nak meninggalkan bumi Selangor ni? Apa yang best sangat kat Subang ni? Ingat kat Kedah tak best ker ha? Tu dia bila maktok Putra hentam aku bertubi-tubi macam tu memang senak perut jugak nak jawab.

Sekarang ni tiap-tiap petang kami keluar cari "istana" pasir baru, tapi belum jugak berhasil. Cepat la dapat rumah. Dah menggedik nak pindah ni. Huhuhu...pastu menangis nak mengemas.

  • notakaki : di mana di mana kau rumah?
  • tajuk memang gempak...

IKLAN