MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday, March 10, 2010

Kami yang kehilangan...

Salam semuanya...kawan2 kat FB rasanya dah tahu yang aku dah kehilangan Paklong tersayang pada 07.03.2010 (ahad) di Balai Bomba Sg Besi. Dia bukan saja Paklong malahan sebagai bapa juga kerana pada usia ku bayi maklong (isteri arwah) telah menyusu kan aku. Waktu tu mama aku hantar ke maklong sebab mak aku kerja dan waktu tu jugak maklong menyusukan Angah ( sebaya dgn aku). Sebab tu la maklong susukan aku sekali. Hormat aku pada paklong dan maklong adalah sama hormat aku pada mak dan abah aku. Sayang aku pada Along, Angah, Amy dan Siti sama seperti sedara kandung aku jugak. Mereka lah kehidupan ku, yang melengkapkan segala kekurangan aku. Walau pun jarang sangat aku ke Sg Besi tapi dalam hati memang mereka sentiasa ada. Tapi, sejak paklong tak ada ni, aku kena selalu call tanya khabar maklong. Sian maklong...aku tau kami semua kuat menerima takdir Allah ini. Along selalu pesan...kita semua kena kuat. Hati masih sedih, sayu dengan permergian dia, tapi redha. Aku mohon jasa baik kawan2 sedekah kan Al Fatihah buat arwah. Semasa hayat dia memang orang yang baik, dan penyayang. Jasa dia dalam Bomba jugak banyak. Moga rohnya aman di sisi Mu ya Allah.

Friday, March 5, 2010

Putra lelah?

Hari Khamis Putra memang ada selsema dah pegi ambik ubat pun. Kahak and batuk pun ada sikit-sikit. Tapi tak sangka hari Jumaat tu nampak dia macam susah nak bernafas. Asyik merengek je...Sebelum tu sempat lagi ikut papa pegi 'makeup' kete comei mama ni. Masa kat kedai tu pun Putra dah macam tak selesa. Laju semacam je nafas dia dan ada bunyi bising. On the way balik tu mama terus ajak papa gi Klinik yang memang dah biasa kami pegi tu. Dari mama pregnant kat Putra sampai la sekarang, tapi malangnya tutup pulak. Ye la cuti Maulidur rasul. Terus la mencari klinik kat Kota Damansara ni. Alhamdulillah Poliklinik An-Nisa tu buka. Tu yang kena sedut gas ni. Sebelum ni memang Putra tak ada asthma, tapi kali ni sebab dia tak pandai buang kahak lagi tu yang stuck kat saluran pernafasan dia. Mama rasa klinik ni pun Ok jugak, doktor dia bagus...dan caj pun berpatutan. Selesa la walaupun fist time pegi. Ubat dia pun serasi dengan Putra.
  • notakaki: Putra dah sihat dan dah mula buat mama dengan papa pusingggggg

Thursday, March 4, 2010

Idaman Putra

Susah payah mama mencari keinginan si bujang sorang ni. Merata tempat tawaf tapi tak jumpa. Di Care4 je yang ada. Kalau ada pun kat The Store Sg Buloh tu...yang besar punya, tak padan pulak dengan tuan. Beg BEN10 idaman Putra dah dapat. Kecik lagi dah pandai BEN10. Mahai pulak tu...cenonet je beg nya RM17.90. Kasut BEN 10, beg BEN10, mainan BEN10,baju BEN10 je tak de saiz lagi. Haish!!!
  • notakaki: asyik menggalas beg dia je keje nya

Syioknya

Assalamualikum... Kita sambung cerita minggu lepas. Balik keje hari Khamis tu Mama belanja Papa dengan Putra makan. Hihihi...Lepas sembahyang Maghrib kami pun keluar mencari "sesuatu" untuk di isi. Kemana kah destinasi nya...??? Hurm...makanan nya memang best. Banyak pulak tu. Kira puas hati la. Kalau korang nak makan Western memang aku boleh suggest ke sini Tu yang Putra makan tu memang aku minta untuk dia, (children menu) tak sangka pulak banyak. Memang best...sedap, banyak dan murah. Kami bertiga makan beserta 1 Apple juice dan 1 Carrot susu hanya RM 56++. Aku rasa murah sebab puas hati. Korang try la.... Hari Jumaat kami serang SOGO hingga terasa kempisnya purse aku. Huh!!! Mentang-mentang RENOMA ada sale, En suami dengan berat hati kembang - kempis idung telah pow aku. Huhuhu...tak pe sekali sekala je.
  • notakaki : nampak kepala je...tgh enak menjamu selera. hahahaha

Tuesday, March 2, 2010

Tak ada mood

Assalamualaikum... Bercuti panjang kita hujung minggu lepas? Aku sambung lagi satu hari...semalam MC. Tekanan darah rendah...104/59, semalam checkup 86/64 pulak. Hari ni start keje dengan mood yang bercampur. Banyak nak share story dengan korang tapi...kena keluar pulak ke MITI. Nanti nak upload gambar apa yang patut pastu kita story ok? Keje pun menimbun...tapi MALAS. Huh!!!
  • notakaki: melayang di awangan

IKLAN