MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Friday, July 25, 2014

Luahan hati yang tak terluah.


Assalamualaikum.
Sila abaikan tajuk yang tak bley blah tu ye :)

Seronok baca status kat fb kawan2. Ramai dah gerak balik kampung. Ada yg dah selamat sampai di kampung dan yang tak sabar2 nak balik keje pastu nak zasssss berdesub. Terbayang-bayang kampung di mata. Macam2 ragam. Senyum sendiri. Aku tumpang happy untuk korang. Semoga selamat sampai dan bergembira di hari raya nanti.

Kami? Ermmmm dh biasa beraya di perantauan. Hahahaha. Perantau la sangat kan. Belum ada keputusan muktamad nak balik beraya di kampung sebelah mak saya dan suami atau beraya di sini sambil ziarah kubur arwah abah saya di Bukit Kiara. Setiap tahun macam ni lah. Kegembiraan berhari raya tu cuma bila dapat tengok anak2 gembira, tak kisah di mana pun.

Beruntung kawan2 yang ada mak ayah dan adik beradik yg ramai. Musim raya ni mesti berkumpul ramai2 kan. Saya tak ada tu semua. Saya anak tunggal. Huhuhuhu tak yah nak tacing2 la. Dah biasa. Senyummmm je. Allah jadikan setiap sesuatu tu memang terbaik untuk kita kan.

Lagipun tahun  ni suasana nak sambut raya pada saya kurang sikit sebab terkesan dengan MH370 dan MH17. Maklum la duduk dekat dengan KLIA. Tiap2 minit nampak kapal terbang atas kepala. Lagipun masa pertengahan Ramadhan tadi adik angkat dari sekolah rendah saya baru je pergi menghadap ilahi. Sedih dan terkejut dengan berita pemergian dia. Dan yang terbaru ni...dapat tau bff zaman kolej pulak jatuh sakit. Allahu memang sedih. Semoga Allah beri kesembuhan buat sahabat ku, amin.

Beruntung korang yang Allah bagi kesihatan, rezeki, anak2, ibu ayah, adik beradik dan kelapangan. Jangan lupa bersyukur tau.

Saya memang redha dengan ujian ni...takpe jangan risau. Doakan saya berbahagia dengan apa adanya. Korang selamat balik kampung nanti makan ketupat rendang tu ingat2lah saya di perantauan ni ye.




Thursday, July 24, 2014

....sambungan Putra belajar puasa (part 2)

Assalamualaikum

Entry sambungan lagi pasal Putra belajar puasa. Alhamdulillah akhirnya Putra berjaya puasa penuh jugak dan harini dh 11 hari dia berpuasa. Alhamdulillah. Mama memang tahu Putra ni kalau nak sesuatu memang dia akan usaha sampai boleh. Masa awal2 belajar tu tak tahan pastu mama bagi dia buka puasa. Pastu dia kata esok abang nak cuba lagi dan memang dia mampu bertahan. Mama memang tak pernah paksa dia yang nak sangat berpuasa.

Bila dah berpuasa ni masa berbuka tu lah dia paling happy. Biasanya dia akan tanya hari ni berbuka apa. Kadang2 tu dia siap  request nak makan itu ini. Memang kitorang layan kan jugak sebab nak bagi dia seronok. Macam-macam dia nak makan dan memang dia makan dengan berselera waktu berbuka tu. Hehehehe seronok tengok.

Waktu sahur pulak memang senang nak kejut dia bangun sebab setiap hari sebelum tidur memang berkali-kali dia ingatkan mama untuk kejut dia bangun sahur sampai lenguh mulut ni nak jawab ye ye ye ye. Dia kata abang nak ingatkan mama nanti mama lupa sebab tu abang bagitau banyak kali. Ye la anak oiii...

Alhamdulillah. Lega rasa bila dia dh faham macam mana berpuasa. Dia pun tak pernah minta apa-apa ganjaran dan kami pun memang tak pernah janjikan apa-apa. Yang selalu dia tanya saya ialah...
" Mama harini abang dapat pahala tak?"
"Pahala abang banyak tak harini mama? Sebab abang penat tapi abang tahan"
"Mama kalau orang puasa dia tolong orang Allah bagi pahala banyak tak mama?"

Macam tu la setiap hari." Abang nak banyak pahala sebab nak masuk syurga". InshaAllah, mudah-mudahan abang jadi anak yang soleh dan beriman, ameen.













Thursday, July 10, 2014

sambungan... Putra belajar berpuasa

Bismillah ar Rahman ar Rahim
Assalamualaikum

.....sambungan daripada entry Putra belajar berpuasa. Nak tahu abang Putra berjaya berpuasa penuh atau tidak? Ikuti sambungan nya di bawah. Hehehehe macam iklan drama bersiri pulak ni.

Hurm...mama memang tak reti nak mengarang panjang-panjang. Mama cuba ringkas kan sepadat mungkin.

Abang...balik dari rumah ustazah petang tu dengan muka yang gembira kuat dan sihat. Mama dah agak dah. Abang tak larat nak puasa sampai ke petang. Kata abang, abang letih dan penat. Ustazah pun suruh abang buka puasa. Makan roti minum air. Tak apa lah anak, mama tak memaksa pun abang puasa. Abang dah berani mencuba berpuasa pun mama dah gembira. InshaAllah tahun depan abang dah 7 tahun harap-harap abang mampu puasa penuh ye.

Mama suka bila abang kata, abang dah cuba mama tapi abang tak larat sangat...sebab tu abang buka puasa. Okey abang percubaan kali pertama gagal. Sekurang-kurangnya abang cuba dan berusaha kan. Jangan putus asa, nanti cuba sampai berjaya ye.



p/s: bila abang dah besar abang baca tulisan mama ni mesti abang akan ingat balik semua memori pertama abang belajar berpuasa kan. mama kan selalu pesan kita berpuasa kerana Allah dan kita nak memahami perasaan orang miskin. jangan suka membazir makanan. jangan berlebih-lebih dalam semua hal sebab ada orang lain yang kurang bernasib baik daripada kita. mama harap abang akan sentiasa ingat pesanan mama ni.


Wednesday, July 9, 2014

Susun atur : Make over bilik anak

Bismillah ar Rahman ar Rahim
Assalamualaikum
Harini nak share susun atur dan sedikit make over bilik anak-anak saya. Dorang ni bukannya tidur bilik sendiri pun tapi beriya-iya minta jugak nk bilik cantik. Layan kan jugak sebab nak bagi diorang bersemangat nak tidur bilik sendiri kan.



Ni lah hasilnya. Tak seberapa, tapi alhamdulillah anak-anak gembira. Terima kasih buat encik suami yang bersusah payah mengecat dan make over katil tu. Ini semua hasil idea dan cadangan daripada group Kami Suka Susun Atur. Terima kasih banyak korang ;)


p/s: alasan taknak tido bilik ni sebab takde aircond. panas. huishhh melampau anak-anak zaman sekarang. inshaAllah klu ada rezeki lebih kita pasang aircond ye bilik ni.








Tuesday, July 8, 2014

Susun atur: Bekas rempah

Bismillah.
Assalamualaikum.

Nak share susun atur bekas garam dan rempah. Macam ni la keadaan nya. Saya letak di sudut paling dekat dengan dapur memasak supaya mudah kerja-kerja memasak. Tak ada lah berterabur sana sini nanti.


Dalam bekas kaca tu saya letak rempah 4 sekawan. Semuanya Ikea mari. Korang pun dah tau kan. Dekat  corner shelf tu pulak garam, gula, serbuk kunyit dan chicken stock. Saya memang tak guna ajinomoto dalam masakan sebaliknya saya guna chicken stock :)
Meh kita close up sikit.

 
Yang atas tu garam dan gula
Yang bawah bekas merah chicken stock dan bekas kuning tu serbuk kunyit. Bekas-bekas ni saya guna Tupperware. Senang sebab bekas merah kuning tu dah di sediakan sudu kecik dalamnya.
 
Corner shelf tu saya beli kat Daiso. Dah tentu tentu la RM5 sahaja. Nak pasang tu kena DIY sikit sebab dorang bagi paku kecik je bukan skru. Jadi kena diy sikit supaya bole pasang skru dan drill ke dinding.

Lepas ni nak upgrade label pulak. Yang ni saya main hentam je taip guna ecxel pastu print kat A4. hehehehe.





Monday, July 7, 2014

Dapat free Header


Bismillah. Assalamualaikum kawan-kawan.
Nampak tak apa yang baru kt blog saya ni? Ala....tak nampak? Sedihnya...:(
Ok la saya bagitau. Cuba tengok header baru saya tu. Ye ye header tu la yang baru. Dapat free je tau kawan-kawan. Ada seorang sahabat kita ni bermurah hati bagi free header yang cantik-cantik ni tau.
Nak jugak...? Boleh je singgah ke blog yang comel lotei ni.



                                                         www.suesukasusun.blogspot.com

Kata orang..."Orang berbudi kita berbahasa..." kan. Lepas dah dapat free header ni jom la kita pakat-pakat klik nuffnang advkawan kita ni ye sebagai tanda terima kasih :)

p/s: terima kasih daun keladi ye Sue.
p/s: dah lama tak deko-deko blog ni.

Tuesday, July 1, 2014

Puasa : Putra belajar berpuasa


Bismillah. Assalamualaikum
Selamat berpuasa kepada semua. Harini dah hari ketiga di bulan Ramadhan, Alhamdulillah.
Biasanya di bulan Ramadhan sana sini Bazaar Ramadhan kan. Korang dah menjejaki bazar Ramadhan?Setakat hari ketiga ni kami suami isteri berjaya mengelak bazaar Ramadhan. Nak masak sendiri katanya. Bukan apa kitorang ni kalau ke bazar 10 jari tak cukup. Rambang mata. Tambah pulak I ni sekarang hormon makan tu berlebih-lebihan la pulak, Pantang nampak makanan mesti nak. Sebab tu dah semakin kembang gebussss gitu. Bila nak kurus macam ni?

Tajuk dah lari. Nak story mory pasal anak jantan sorang tu dah melalut kisah bazar pulak. Ok jom balik ke pangkal jalan. Hehehehe...

Hari pertama sebelum sahur tu beriya-iya dia remind mama untuk kejut dia bangun sahur, esok nak puasa katanya. Tapi hari tu mama dgn papa ko terlambat bangun la pulak. Adui laaaa....tak sempat nak panaskan lauk apalagi nak masak maka kami laki bini makan kurma dan minum air cincau je. Bila kejut dia bangun nak ke sekolah pagi tu menangis2 la dia sebab tak sempat sahur. Maka bersarapan la dia dengan muka tension kat mama papa.

Sampai ke petang dia punya stress tu smpai mama pun tumpang stress jugak, Hadoiii la anak. Malam tu kemain lagi dia ingtkan mama untuk kejut dia bangun sahur. Siap pesan " mama nnt kejut abang sahur tau. kalau abang tak bangun mama simbah je air". Hamboiii ko sampai nak suruh mama simbah air bagai.

Malam sahur kedua. Papa masak chicken chop untuk sahur. Wahh memang berselera kami laki bini makan, sampai licin pinggan. Tetiba anak jantan yg aku kejut mcm nak roboh rumah tadi tu terbangun la pulak. Tadi tak nak bangun. Apalagi mencuka la muka dia. Nak jugak sahur tapi chicken chop dah habis mama papa bedal. Huahuahua...

Sebenarnya mama ni tak berapa konfiden nak bagi anak puasa sebab tu mama tak paksa dia bangun sahur. Ye la baru 6 tahun dan tak berapa faham lagi erti puasa yang sebenar. Kalau bole tak nak paksa dia berpuasa tapi dia sendiri yang nak sangat berpuasa.Mungkin mualimah dan kawan2 kat Pasti cerita pasal puasa tu dia jadi eksited nak berpuasa.

Oklah...bincang2 dengan papa malam tadi kejut dia bangun sahur. Memang susah sikit nak bangun tapi bila dah bangun cuci muka dia nampak ok dan seronok nak bersahur. Papa panaskan nasi tomato dan ayam masak merah lebihan berbuka tadi. Berselera jugak di makan, habis sepinggan. Alhamdulillah. Makan sebiji kurma minum air masak lepas tu sambung tidur balik. Lega mama, bangun pagi ni takde yang mencuka lagi. Hehehehe...

Kita tunggu dan lihat berjaya ke tak dia bertahan sampai petang. Memang mama tak pernah paksa dia. Ikut kemampuan dan ketahanan diri dia la. Maktok dia pun sms jangan paksa2 cucu dia puasa. Idok le mak oiiii. Risau sangat kita dera cucu dia tu.

p/s: Mama catat ni supaya satu hari nanti abang boleh review balik bila abang mula berpuasa dan macam mana abang belajar berpuasa.










IKLAN