MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Friday, July 30, 2010

Yehaaaaaaaaa!!!

 

Salam semua....Kami bertiga menggedik balik Kedah yer. Huhuhu...macam dah lama tak balik padahal baru 2 bulan tak balik.


Ok la cau cin cau...



Wednesday, July 28, 2010

Apa yang tak kena

   

Awat pulak Fb tak leh buka ni...? 
Sign in pastu kosong...
Awat...awat...?
Mak budak ni boleh meroyan kalau tak berfb.....

Korang boleh berFB tak?


How old are you...?

   



Allahuakbar....mama lupa nak publish cerita birthday papa la...Sorry la papa :(
Anyway, papa punya birthday was on 24th July lepas. No celebration at all just makan2 untuk kami bertiga je malam tu. InsyaAllah mama plan sebelum puasa ni mama nak buat sikit la...tapi papa la kena masak yer, hihihi. Oh masih muda suamiku....29 tahun. Sila kembangkan lagi idung tu pa yer ;)

Mama doakan papa sentiasa sihat, di berikan kekuatan untuk menjadi ketua keluarga dan membimbing kami ke jalan yg baik. Semoga juga papa berjaya dalam cita-cita papa dan yang penting mama dan Putra saaaaaaaaaaaayang papa .


Tuesday, July 27, 2010

Season 4 - Cute funny eating baby




Salam...
Kali pertama ni mama nak join contest. Setakat ni, inilah gambar yang paling lucu dan comel Putra tengah makan yang mama ada. Makan aiskrim ye kawan-kawan. Sila buka mulut besar-besar yer...hihihi. Ada macam gaya pegang micropon nak nyanyi pun adakan?


Nama : Muhammad Darwisy Shahputra bin Suhaimin
Umur : 2 tahun 6 bulan

Korang pun jom lah meriahkan contest ni....Boleh jugak klik di sini (peganjur kedua)
Lagi ramai lagi meriah...
 Mama memang teringin sangat nak menang kerana hadiahnya yang sangat menarik....apakah itu? Hadiahnya ialah......
" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM" 

 Hadiah di taja oleh : http://damiaqish.blogspot.com/

 

Assalamualaikum....
Ni cerita Sabtu tadi. Malu nak tayang gambar...tapi, kalau xder gambar rasanya tak best kan? Huhuhu...
Korang...sila jangan gelak okeh.

~Menu dinner kami bertiga~


  

Ala....nak gelak pun gelak ler. Huhuhu...Nama je bini chef tapi masak hampeh. En chef pun semakin M nak masak kalau hari coti. Gasak la...janji perut kenyang, tido pun lena. Hihihihi...


 
Sayur campur...tumis campur sos tiram sikit. Marbeles u olls!!!

 
Sambal belacan...made in lesung batu. Terangkat!!!

Ikan kembung goreng hangit garing....Layan!!!

Itu sajor yg aku pandai masak....sekian.

Friday, July 23, 2010

Penangan pulut doroyan



Aduh!!! Pinggang ni sengal semacam. Ni lah gara-gara melantak makan pulut durian tak ingat dunia. Bisa rupanya. Masa makan tak ingat sakit ke apa. Yang tau sedap je. Almaklum la dapat pulak isi duriannya fuh!!! (sila buat mcm Awal Akhir tu yer...) memang terangkat.

Dinner makan pulut durian, esok sarapan pun pekena pulut durian. tengahari pun pekena lagi, malam pun pekena lagi. Maunya tak sakit pinggang ni. Dah masak pulut seperiuk (periuk kecik comei je), nak buang sayang...lagipun durian ada. Apa lagi...kita makan le. Hihihi...

Teringat pulak masa muda2 dulu. Kalau tak silap dalam form 3. Masa tu mak ai beli 3 biji durian kawin. Durian kawin tau je la isinya mcm mana kan. Balik rumah ai melantak tak hingat sampai kan keluar darah kat hidung. Terlalu panas agaknya. Serik sekejapje pastu....bila nampak je durian mula meroyan balik. Hakhakhak....

Sesekali terfikir jugak patut la aku ni tak kawin dengan anak tokei durian...kalau tak mau abis aku makan. Hihihi...Ni sang suami duk perli.... "nak makan lagi ke pulut durian?" Tak mo dah...makan pulut. Durian nak la....hahahaha.

  • notakaki : bestnya kalau dapat makan durian kat dusun....

Tuesday, July 20, 2010

Adakah kau penyebabnya...?




Hahaha...gelak jahat. Inilah penyebab kenapa aku sakit gigi. Oopps!!! Tu la sapa suruh takut nak jumpa dentist. Padan ler. Bising en suami. Dah tau sakit gigi sekali rembat sampai dua. Agak2 la kot yer pun. Mana ada...gigi ni memang dah sakit sebelum makan coklat ni. Ala lepas makan gosok lah gigi kan. Lagipun next week memang nak gi dentist pun. Kalau berani...hihihi



Oh keberanian marilah kau. Makkkkk nak balik jumpa dentist dengan mak. Dasar anak manja mak.




  
Kali yg ke berapa pun dah tak ingat...tapi papa memang suka sangat bawa mama pegi makan kat Restoran Dulang, Kg Baru. Sebab mama suka sangat chicken chop dia. Cantik dan sedap. Papa tu memang macam tu, kalau mama suka makan kat mana-mana mesti dia akan bawa mama makan kat situ sampai la mama boring, hihihi.
Tapi, ni cerita dah basi. Kalau tak silap mama, kami pegi makan ni 2 minggu lepas kot. Semalam pun nyaris-nyaris papa nak bawa mama makan kat situ, tapi nasib baiklah teringat ada pasar malam kat area rumah. Korang layan jer la gambar makan-makan kami yer ;)


  
Eh eh Putra ni, senyum ke macam tu?
Fun fries tu Putra punya yer...




 
Taraaaaa chicken chop mama dah sampai.
Jom makan....
   
  • notakaki : bila papa nak masak chicken chop untuk mama ni? asyik makan kat kedai je, tak best la

Steambot di mana?

 

Burppp!!! Alhamdulillah. kenyang nya makan stimbot. Hihihi...malas nak cerita banyak, korang layan je la picasa picca kami yang tak seberapa ni yer.



 
Ni, masa mula2 sampai. Tapi dah lewat sikit. Biasa la KL ni mlm2 pun jam kan. Putra pun dah ala-ala ngantuk dah tu.

 
Jauh gi cari stimbot. Sampai ke Restoran@MAEP, Serdang. Kenapa? Sebabnya....kat situ best. Hihihi. Betul tak tipu. Erk...ok lah cerita sikit yer. Sikit jer. Anak kepada owner ni ialah chef kepada papa Putra masa di Hotel Palace of the Kuda Emas dulu. Lagi satu, head chef (Chef Arif) kat sini sangat lah baik dengan papa Putra. Papa pun selalu pegi tolong kat sini sebab diorang memang banyak sangat function besar. Tu la sebabnya ;)

Tapi stimbot dia memang best!!! Marbeles!!!

  
 
Ada macam-macam sos. Semuanya sedap
 Yang ni 1st round punya...tak ingt berapa kali refill tapi memang penuh ler perut ni ;)
 
Tuan tanah kedaung pun nak enterprem, hihihi...tengah kopek ketam.

Tu...en suami tengah sedap makan. Putra pulak makan aiskrim dengan jajan je. mula2 je behave lelama tu berlari-lari.Ops lupa. Kitorang bukan bertiga jer...tapi chef Arif pun bawa wife dia sekali, hihi. Mama dapat kawan baru lagi ;)


Mama nak makan pun tak senang...Putra berlari sana sini.


 
Meriahkan meja kami...? Hihihi air pun meriah. Biasa la kalau dah makan buffet kan. Oklah so far mama memang rasa best makan kat situ, korang pun kalau nak rasa sila la...hihi. Murah je Buffet Steamboat RM 19.90 seorang.

Balik rumah gedebum tido. Papa pukul 3pagi datang sini balik, ada function esoknya. Biasa la papa Putra kan rajin keje...;)

Monday, July 19, 2010

Steamboat


   



Yeay!!! Papa baru je call bgtau malam ni kita makan steamboat. Wah wah wah gumbiranya mama. Dah lama duk bertanya-tanya papa bila nak bawa mama makan stimbot. Akhirnya....hihihi

 Apa yang penting...malam ni tak payah masak. Yeay!!! Kat mana best makan stimbot yer? Ada idea tak? Cadangan anda amat dihargai ;)

Cerita yang patutnya dipublishkan semalam ;p

Salam.... Korang buat ape ptg2 ahad ni? Kitorang ada je melapuk kat rumah ni. Mendung berangin pulak hari ni kan? Sampaikan terbang semua kain kat ampai tu. Putra pulak tak berapa sihat. Tu tengah tido, jap lagi bangun bawa la dia keluar siar-siar. Semalam petang bangun je tido nak naik horse pulak anak manja sorang tu. Papa pun bawa la entah kali yang ke berapa pun mama dah tak ingat pegi tasik titiwangsa la mana lagi. Puas la hati si bujang tu dapat naik horse.
Gerak balik tu perut dah berkeroncong mana taknya semalam mama tak masak tengahari tau. Hish!!! tak senonoh la mama kamu ni Putra. Hahaha...kenyang lagi la kunun2nya sarapan kat Subaidah pun dah pukul berapakan. Orang makan tengahari kita baru nk sarapan. Singgah menyantap rojak. Papa pulak layan mee rebus. Kenyang. Putra pulak kena cendol semangkuk. Bukan masuk ke mulut abis tumpah ke baju. Melekit-lekit. Gerammmm je mama ni. Balik rumah tak payah masak dah. Hihihi...
Tengok la tu...macam terror je padahal tak masuk pun mulutnya. Rojak tu, ok la sesedap rasa je. Tapi mama suka lagi yang rojak mamak kat sg buloh tu. Apapun habis jugak. Kenyang perut sampai ke pagi tadi. Hihihi...




Posted by Picasa

IKLAN