MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Tuesday, February 24, 2009

Pesanan buat semua

PESANAN NABI MUHAMMAD S.A.W KEPADA SAIDINA ALI R.A

"Wahai Ali, kau amalkan perkara-perkara berikut setiap malam sebelum tidur"

  1. Bacalah Al-Quran sekali

    maksudnya: Dengan membaca sepenuh surah Al Ikhlas 1 kali meyamai 1/3 daripada isi Al- Quran, maka bacalah 3 kali.

  2. Dermalah 4000 dirham

    maksudnya : Membaca sepenuhnya surah Al Fatihah bersamaan dengan menderma 1000 dirham, maka bacalah 4 kali.

  3. Lawatilah Kaabah

    maksudnya : membaca "Laa ilaaha illallahu wahdahhu laa syriikalah lahul mulku wa lahul hamdu yuhyil wa ymiitu wahua'alla kulli syai in qadir" sebanyak 10 kali bersamaan kita telah sampai ke Kaabah.

  4. Memohon ampun untuk musuh2

    maksudnya: membaca " La haula wala quwatailla bil laahil a'liyyil a'dhim" sebanyak 10 kali , umpama kita memohon keampunan Allah akan kesalahan musuh2 kita

  5. Jagalah tempat mu di akhirat

    maksudnya: membaca " Astaghfirullah hul 'adhimm, alladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyum muwa atuubu ilaih" sebanyak 10 kali memadai dengan menjaga kita di syurga

**Yang baik di kongsi bersama…

**untuk peringatan sendiri jugak..

Monday, February 23, 2009

Spagetti… ulalala

Minggu ni papa offer nak masak spagetti pulak. Mama macam biasa…OK jer. Nak jugak enterprem...

Hehehehe best sangat bila jiran2 pun dapat gak merasa. Bukan apa, selalunya papa masak sikit je untuk kami 2 orang je. Tapi kali ni mama suruh papa masak lebih…boleh bagi kawan-kawan kan??

Kak ida, kak eyda, kak ros, kak naini, kakzu, kak midah…n kak rozie. Mama tukang hantar je kepada mereka2 ini. Oops!!! Kak Zu datang makan kat rumah sbb kalau kat rumah dia maybe dia tak lalu makan. Ye lah abe dia kan kat Maldives lagi…Next week baru balik Malaysia.

Untuk member2 blog…jamu mata je la yeJ

Saturday, February 21, 2009

Bosan!!!!!!!

Boring giler hari ni. Papa kena keje daaaa….Waaaaa…

Kenapakah???

Malam tadi mama diserang penyakit MALAS. Kenapa jadi begini?? Mama dah berjaya sebelum ni tapi tertewas jua akhirnya. Kenapakah??????? Mama dah berazam nak masak dan makan di rumah. Lagipun mama kan permaisuri rumah sepenuh masa. Masak je la…barang dapur semuanya cukup lengkap. Kenapa makan kat luar juga???? Kenapakah????

Putra tak makan??? Main henfon case mama je.

Tapi takpe…jadikan ianya malas yg terakhir kerana mama dah kuat kan azam dan tanam tekad untuk masak selepas ini. Cewah!!! 28 hengget tu boleh beli lauk dan sayur untuk seminggu tau. Tapi lesap gitu je. (Walaupun mengenyangkan)…Papa, please bagilah sokongan sikit.

Friday, February 20, 2009

Ketulan duit??

Apakah itu??
Kak ida dan kak eyda (nama sama ek..) sedang berusaha mengangkat "ketulan" duit. Hehehehe.
Apa lagi kalau bukan operasi menjahit butang...seperti yg kawan2 sedia maklum la kan.
Kami surirumah dan yg bukan surirumah juga berminat nk menambahkan pendapatan. Contohnya kak eyda (baju merah) keje ada gaji bulanan ribu-riban pun nk jugak menambahkan kepukan duit2 nya. Hahaha...Kak Eyda kalau baca entry ni jangan marah ye...gurau2 je.
Jom kita menambahkan pendapatan...kan tgh ekonomi gawat ni?? p/s : dah lama x update pasal jahit butang ni kan? semalam baru dapat stock

Thursday, February 19, 2009

Kebetulan

Pagi ni aku terima satu email daripada seorang kawan yg juga jiran aku la. Rumah dia atas rumah ku. Tapi aku bukan nk cerita pasal dia (kak eyda). Tapi pasal email yg dia forward tu. Kebetulan mengenai enty aku yg sebelum ni. Pelakon citer S** Q iaitu Marlia n Zaefrul (nama dlm citer ni la). Dalam email ni ada beberapa gambar mereka berdua dan ada juga dgn pelakon lain. Yang pastinya seksi dan seksa ahaks! Boleh ke share kat sini. Tak kena tahan ISA ke??? Hehehe

Dengan bangganya nak bagi tau bunga ni ambik kat "rumah" Kak Rozamimi.

Tuesday, February 17, 2009

Allergic

Hari ni aku nk update pasal cerita semalam.

Ape pun sebenarnya aku ni allergic tgk citer SP* Q tu. Pertama menyampah tgk si tua gedik yang panggil nama laki dia mcm nk tergeliat lidah. Dh jadi terlebih omputih sgt. Kedua bab pakaian…kalau monyet tgk pun kompom terkeluar biji mata monyet tu. Mana taknya gebu2 peha yg di tayang tu. Ini la cerita melayu.

Sbnarnya aku mmg tak tgk atau layan sgt cerita ni. Tapi kebetulan tertengok apa lagi allergic aku datang la. Maaf la pada peminat cerita ni. Aku mmg tak leh layan klu cerita melayu seksi mcm ni. Rasa malu sendiri…

Monday, February 16, 2009

Perasaan @ perasan ?

Mode: Geram, marah, kecewa, sedih, dan yang sewaktu dengannya.

Tapi insyaAllah sedang berusaha mengawal. Tapi siapa kah yang menyebabkan perasaan ini terjadi? Suami ku?? Mungkin tidak. Anakku pastinya juga tidak. Pelikkan?? Tetiba je perasaan ini datang. Sungguh kurang menyenangkan. Adakah ini gejala ibu2 mengandung? Owh TIDAK sama sekali.

Nanti la aku update apa kes mlm (sebenarnya dari ptg tadi) perasaan ini terjadi. Atau aku hanya perasan?. Hahaha…Nak pi join suami terchenta tengok TV daaa.

Valentine Day?

HARI VALENTINE mengikut sejarah datang dari zaman pemerintah Ratu Isabella di Sepanyol…. perkataan VALENTINE diambil sempena nama Pederi besar Kristian Saint Valentine, beliau amat disayangi oleh Ratu Isabella dan juga rakyat jelata kerana beliau berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordava, Sepanyol pada 14 feb (tarikh hari valentine) 270 masihi.

Kejayaan beliau begitu bermakna bagi Ratu Isabella oleh itu, 14 Feb disambut setiap tahun bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan hari valentine..

Oleh itu, jikalau anda (umat Islam) menyambut hari VALENTINE sama seperti anda bergembira dengan menumpaskan kerajaan Islam di Cordava … HANYA ALLAH SAHAJA YG LAYAK DISEMBAH…

 

Inilah email yang aku terima daripada seorang sahabat. Memang dari dulu, kini dan selamanya insyaAllah tak pernah menyambut Valentines Day. Mungkih kah dah terlewat untuk memperingati semua muslimin? Mungkin tidak kerana setiap tahun tarikh ini pasti di nanti setiap pasangan. Oleh itu, sekiranya anda meraikannya pada tahun ini, jadikan ianya yang terakhir. Dan sekiranya anda belum pernah menyambutnya jangan sesekali berniat untuk itu.

Jangan cari pasal

Apakah perasaan anda sekiranya rumah anda kena lelong?? Malu, marah, geram, sedih, atau ape?? Rasa nya semua perasaan tu bercampur aduk sekali dan menjadi sebati. Apa lagi rumah idaman anda itu baru je diduduki tak sampai 2 tahun. Hmmm…dah kena lelong. Sape nak jawab dik nun?? So klu rumah lelong biasanya harga tu tak la semahal harga yang di beli dulu betul tak? Kalau salah tolong betul kan ye. Jadinya cepat lah di kebas owner baru. Owner baru yang baik hati ni pun bagi la masa untuk x-tuan rumah ni untuk mengosongkan kediaman. Tapi…dah 3 bulan baru nak mengangkut barang2 dia. Bukan saja barang sendiri diangkutnya malah habis dengan gril semua di kopak angkut sekali. Lampu2 dan kipas usah cerita la,memang semua habis di cabut nya.

Aku?? Di baginya pasu2 dan pokok2 bunga yang dah lama dibiarkan tidak terjaga tu. Sesekali je la kalau aku rajin dan baik hati, aku tolong siramkan. Mungkin sebab tu dia bagi kat aku kot. Aduhai…nanti owner baru tu tau jugak kau bagi kat aku dol. Tak apelah dah orang bagi aku cakap terima kasih je la. Bila aku tanya kenapa kopak gril2 ni?? Dia jawab "pak aji tu nak pasang grill baru". Owh…aku yang tak bersalah ni pun diam kan je la. Dah selesai semua,dia datang memanggil-manggil nama ku dan menitipkan kunci rumah itu. Dan aku yang lurus ni pun ambil dan simpan la.

Tak lama selepas itu, owner barunya datang menjerit-jerit namaku. Aku seperti biasa keluar dan membawa sekali kunci rumah itu. Dan sambil menepuk-nepuk bahu ku dengan agak kuat (sib baik tak rebeh sebelah) owner baru itu berkata "Kenapa ko tak kol akak Farah oiiiiii tengok la habis semua dia kebas" Memang sebelum ni owner baru penah pesan dgn aku kalau ape2 kol bgtau dia. Aduh!!! Bersalahnya aku… "Tapi dia kata pak aji nk pasang grill baru" cubaan untuk membela diri J. " Memang la…tapi semua lampu kipas dia sapu Farah oiiiiii. Buat apa la nk pasang gril baru, yg ni kan OK lagi". Dengan perasaan bercampur baur … Kak Intan 'membakar 'owner baru ittew. "Alah…akak pasang gril yang cantik lagi dari ni. Pasang gril yg mahal2 tu…lagipun saya dh boring tgk gril ni" kata Kak Intan. Cubaan untuk memujuknya…tapi gagal kot.

Sbb dengar cerita kes ni telah dilaporkan ke pak polisi…dan akan di keluarkan saman ganti rugi yang berpuluh ribu jugak kepada mereka yg berkenaan. Huh…dah la awak tu bermasalah lagi akan di timpa masalah la jawabnya. Lain kali jangan la mencari masalah…Kalau bermasalah pun selesaikan lah dengan elok. Bak kata aku berfikir sebelum bertindak. Bertindak dengan iman BUKAN dengan nafsu. Cewah!! Pesan untuk diri sendiri jugak J

 

**Yang baik jadikan teladan…yang tak baik saya minta ampun dan maaf kot2 menyingggung mana2 pihak**

Sunday, February 15, 2009

Mee Rebus

Hari ni suami terchenta ku offer nk masak MEE REBUS. Apa lagi...Layan la!!! Aku sure ramai dah tahu nk buat mee rebus ni, tapi saja nak kongsi jugak resepinya. Sila la cuba sendiri ye :)

Bahan-bahan:

  • 1 paket mee kuning ( dicelur)
  • 17 gram udang kering (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 6 ulas bawang besar (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 15 tangkai cili kering (dikisar)
  • 2 biji keledek (direbus dan dikisar)
  • 4 sudu besar rempah kari daging
  • Air (agak2 ler...)
  • Udang (suka hati nk letak byk mana)
  • Garam & gula secukup rasa

Cara membuatnya:

Tumis semua bahan kisar, dan serbuk kari sehingga naik bau. Masukkan air dan keledek dan masak hingga mendidih. Tambah garam dan gula secukup rasa. Hidang kan bersama taugeh, sawi, dan kobis. Hiaskan dengan limau nipis dan telur rebus (jika suka)

Hepy Besday Echot!

Hari ni harijadi teman sebilik aku masa belajo dolu2...
Hepy besday to u...E-CHOT ops! Aishah...15 Feb 1984 lahir la seorang budak perempuan yang comel lagi cun dan kembang idungnya. Dah besar pun ko ye...dah 25 tahun. Eh, sama la dgn aku. Lupa pulak. Terperasan aku ni muda lagi, hehehe. Aku harap hidup ko bertambah maju dan bertambah ahli keluarga baru, hehehehe. Sila la terima kek tu ye. Jamu mata pun jadi la. Aku doakan ko berbahagia dengan Kamal hingga ke akhir hayat, amin.

Friday, February 13, 2009

Renung-renungkan...

KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. “(Surah Al-Baqarah ayat 286)

RASA KECEWA?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.”(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). “(Surah Al-Imran ayat 200 )
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”(Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DRP SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…..(Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. “ (Surah At-Taubah ayat 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” (Surah Yusuf ayat 12)

***Buat peringatan diri sendiri dan semua sahabat***

Wednesday, February 11, 2009

Jom solat :)

Siap sedia untuk solat

:

:

:

:

:

:

:

:

v

Eh??
Buat apa ni??
La...baru nk pakai kopiah ke?? Papa dh siap solat pun

Saturday, February 7, 2009

Tayang gambar lagi

Takut... tak penah naik buai Luzman ni
Meriahnya Jemputan khas berbaju hijau... Potong jambul dia :)
Sila la layan gambar2 ini. Memang best giler

**kak Zu layan je la gambar ni ye:)

Sekitar majlis cukur jambul

Harap maaf gambar kurang jelas. Al maklum....tukang ambik gambar tak profesional lagi kalut dgn Putra yang nak "berjalan" ke sana - sini di celah keramaian ni :)

Friday, February 6, 2009

Majlis cukur jambul dan berendoi beramai-ramai

Mama & the geng berbaju biru semuanya

Ada 8 orang baby yang akan di cukur jambulnya...
Yang baju merah tu kembar. Seorang lg ada kat nun pak Haji baju ijau.

Baby yang sedang nyenyak tido ni lahir pada 1.1.2009
(yang tido ngiring tu)
Salah sorang yang akan di cukur jambul nya. Muhd Luzman Hakimi.
Tapi...dah botak daaa, mcm mana ni??
Aku & Kak Midah. Tukang jahit baju kurung kitorang semua ni :)
Nak jugak enterprem...

Thursday, February 5, 2009

Gotong royong majlis cukur jambul

Bergotong royong...untuk majlis cukur jambul dan berendoi. Masih ingat lagi dengan entry yang ini? Ini lah suasana sehari sebelum majlis.

Wednesday, February 4, 2009

Award...@ tag

Terima kasih ye :) kerana sudi memberikan award ni. Tapi best ke gila2-gila ke atau GILA? Hehehe...ape ape pun terima kasih byk2. Untuk itu saya menyampaikan anugerah ini kepada:-
  1. ibukauthar
  2. Kak Shais
  3. Kak Opie
  4. Nazilyn

Sila la ambik ye. Jangan malu2...Terima kasih

IKLAN