Apakah perasaan anda sekiranya rumah anda kena lelong?? Malu, marah, geram, sedih, atau ape?? Rasa nya semua perasaan tu bercampur aduk sekali dan menjadi sebati. Apa lagi rumah idaman anda itu baru je diduduki tak sampai 2 tahun. Hmmm…dah kena lelong. Sape nak jawab dik nun?? So klu rumah lelong biasanya harga tu tak la semahal harga yang di beli dulu betul tak? Kalau salah tolong betul kan ye. Jadinya cepat lah di kebas owner baru. Owner baru yang baik hati ni pun bagi la masa untuk x-tuan rumah ni untuk mengosongkan kediaman. Tapi…dah 3 bulan baru nak mengangkut barang2 dia. Bukan saja barang sendiri diangkutnya malah habis dengan gril semua di kopak angkut sekali. Lampu2 dan kipas usah cerita la,memang semua habis di cabut nya.
Aku?? Di baginya pasu2 dan pokok2 bunga yang dah lama dibiarkan tidak terjaga tu. Sesekali je la kalau aku rajin dan baik hati, aku tolong siramkan. Mungkin sebab tu dia bagi kat aku kot. Aduhai…nanti owner baru tu tau jugak kau bagi kat aku dol. Tak apelah dah orang bagi aku cakap terima kasih je la. Bila aku tanya kenapa kopak gril2 ni?? Dia jawab "pak aji tu nak pasang grill baru". Owh…aku yang tak bersalah ni pun diam kan je la. Dah selesai semua,dia datang memanggil-manggil nama ku dan menitipkan kunci rumah itu. Dan aku yang lurus ni pun ambil dan simpan la.
Tak lama selepas itu, owner barunya datang menjerit-jerit namaku. Aku seperti biasa keluar dan membawa sekali kunci rumah itu. Dan sambil menepuk-nepuk bahu ku dengan agak kuat (sib baik tak rebeh sebelah) owner baru itu berkata "Kenapa ko tak kol akak Farah oiiiiii tengok la habis semua dia kebas" Memang sebelum ni owner baru penah pesan dgn aku kalau ape2 kol bgtau dia. Aduh!!! Bersalahnya aku… "Tapi dia kata pak aji nk pasang grill baru" cubaan untuk membela diri J. " Memang la…tapi semua lampu kipas dia sapu Farah oiiiiii. Buat apa la nk pasang gril baru, yg ni kan OK lagi". Dengan perasaan bercampur baur … Kak Intan 'membakar 'owner baru ittew. "Alah…akak pasang gril yang cantik lagi dari ni. Pasang gril yg mahal2 tu…lagipun saya dh boring tgk gril ni" kata Kak Intan. Cubaan untuk memujuknya…tapi gagal kot.
Sbb dengar cerita kes ni telah dilaporkan ke pak polisi…dan akan di keluarkan saman ganti rugi yang berpuluh ribu jugak kepada mereka yg berkenaan. Huh…dah la awak tu bermasalah lagi akan di timpa masalah la jawabnya. Lain kali jangan la mencari masalah…Kalau bermasalah pun selesaikan lah dengan elok. Bak kata aku berfikir sebelum bertindak. Bertindak dengan iman BUKAN dengan nafsu. Cewah!! Pesan untuk diri sendiri jugak J
**Yang baik jadikan teladan…yang tak baik saya minta ampun dan maaf kot2 menyingggung mana2 pihak**
No comments:
Post a Comment