MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Thursday, November 17, 2011

Terima kasih banyak

Salam.....

Aritu dah kata babai kan.

Masa tu tgh merajuk sebenarnya.

Dgn sape lagi, dgn blogspot ler.

Malas ar nak citer pjg.



Tapi memang ada niat pun nak tukar domain.

Dah try buat wordpress, tapi rasa kureng la.

Maybe dah lama kot dgn blogspot ni.

Dah terbiasa.



Jadi hasrat nak tutup dibatalkan.

Hanya tukar domain.

Ok ler kan....

Terima kasih la kat korang yang sudi lagi singgah belog tak seberapa ni.

Lepas ni cari kat SINI yer



kat SINI tau!!!




Sunday, November 13, 2011

Terima kasih daun keladi

Salam...
Kawan-kawan ku sekalian.
Aku nak buat satu pengumuman penting.
Penting bagi aku, mungkin langsung tak penting bg korang.
Kalau tak penting sila tekan X di atas sana skg. Terima kasih.


Mulai hari ini aku akan kata...


kepada blog kesayangan aku ini.

Kenapa?
Mengapa?

.......................rahsia........................

:tiadajawapan:

Nantikan pengumuman seterusnya.
Terima kasih.Terima kasih. Terima kasih.



Saturday, November 12, 2011

Jalan-jalan ke mana?

Salam semua...
Jumaat tadi kitorang jenjalan ke Kuala Selangor.
Dah lama tak lalu ke sana sejak arwah atok takde.
Saja bawa anak2 gi Bukit Malawati.
Tapi tak sempat singgah Taman Alam sebab kejar ke solat jumaat.
Timing tak betul....

Gambar snap dari dalam kete.
Pantulan beg merah pun nampak :)

Layan je la...........
Gini la jadinya bila nak berjalan takde plan
Kuar gi sarapan tetiba merayau ke lain.
Tu papa dah siap solat.
Lepas ni nak kemana pulak??

Indah baru bangun tido.

Gambar kat Kuala Selangor kat kamera. Lenkali upload yer.
Gambar2 kat atas nun guna henpon buruks jer.

Keluar dari pagi sampai rumah malam. Letih...
^____^
Esok2 ai sambung story ye.
Ni pun penat lagi.
Tadi siang jenjalan lagi.
Sampai rumah pun dah dekat2 maghrib.

Friday, November 11, 2011

Jumaat yang indah dgn tarikh yang cantik


Salam jumaat yang indah geng!!!
Hari ni tarikh yang cantik kan?
11.11.11
Mesti ramai yang buat keputusan berkahwin dan keputusan2 penting harini.
Bff saya juga kononnya nakkan tarikh harini unt czer baby ketiga yang juga 1st boboi dlm family dia.
Tapi tak dapat....:(
Doktor nak dia keluar awal....takpe la Cek Ah, janji sumenya selamat.

Saya???
Macam biasa hari yang indah ker, tarikh yang cantik ker, saya macam ni lah juga.
Meneruskan kehidupan seperti biasa.
Belum sempat plan apa2 yang best unt harini dgn En Lovey Dovey saya.
Mungkin akan bawa anak2 jalan2, makan2 area KL ni je kot :)
Kebetulan En Lovey Dovey off day harini :)

Korang macam mana?
Buat yang terbaik untuk hari anda!
Kalau nak buat azam, atau perubahan pun OK gak tarikh ni.
Tak payah tunggu tahun baru.....boleh cam tu?

Ok daaaaaaaa



Thursday, November 10, 2011

Cubaan merampas

Cubaan merampas apakah ittew???
Takhta ku sebagai Mem Besau dalam rumah ni la.
Hihihihi....tidak laaaaaa.

Anakanda sorang ni dah pandai berebut lappy dgn mama yer puan2.
"Mama tepi abang nak belajar...mama tu asyik pesbuk je"
Ha ambik ko kena sebijik.
Mengalah la mama ni.
Tapi dalam hati.....aduiiiiii.



Di petang hari raya haji



Kesian mama tgk duduk kat lantai sejuk, ubah lappy masuk bilik dia.
Kasi meja, kasi chair.
Lagi la...3-4 jam duk mengadap lappy mama.

Bilik berserabut...
Belum sempat nk 5S.
(alasan!!!)

Sudahnya...mama meluahkan isi hati.
Soklan yang sama papa bidas.
Boleh ke tolak incometax??
^___^

agak2 ada harapan ker?
*berangan jap*

Tuesday, November 8, 2011

Percubaan petama ku yang berjaya!

Cewah! Tajuk cam bagus je kan. Poyos!!!
Bangga ler sangat aku ni sebab berjaya buat.
Layan gambar dulu...




Hahahaha....Percubaan pertama membuat kek gula hangus. Kan aku dah kata berjaya, makna nya menjadi la kek aku tu. Korang tak percaya?? Layan gambar kt bawah ni...


Menjadi kan kan kan? Haaaa....jangan pandang ku sebelah mata :) Berjaya pun puas jugak lah nak membuatnya tu. Almaklum aku kan "pro" bab membuat kek ni. Sampai kena letak resepi depan idung baru bleh buat kek. Pro kan aku....???

Lepas ni bleh buka kedai kek...nak lawan kak Zura dan Bff aku ni. Hihihihihi

Monday, November 7, 2011

Tambah koleksi

Tambah lagi, lagi, dan lagi...
Kalau dah minat jangan cakap apa la yer.
Pantang berkenan sambar terus.
  •  


































  •  

Hahaha...FM jer. Kan dah cakap, memang dah terminat dgn hobi ni. Asal jumpa yg berkenan di hati rembat je la. En Lovey Dovey pun geleng kepala. Tak leh buat apa dah. Nasib baik dia tak bagi lekat kt depan fridge kalau tak, mau penuh sampai ke kaki ;) Dia bagi ruang tepi secotet je untuk aku berhobi-hobian.

Nanti aku tayang lagi FM terbaru yg aku order. Hihihihi....Makcik aku pun sekepala dgn aku, apa lagi...sakan la order, hihihihi.

Ok Chawww dulu. Niat nak buat kek gula hangus dah ke laut.

Gajet terbaru saya

Salam semua...
Pertama sekali nak ucap terima kasih berjuta-juta kat en Lovey Dovey saya sebab sudi belikan  water purifier idaman kalbu :)

AMARAN!
*** bukan nak menunjuk tapi nak sharing jer. lgpun makcik saya minta storykan. Acik sila baca yer. ***

Standard la kita orang pompuan ni kan...kalau gajet terbaru mesti bab2 barang rumah. Setuju???


Ini la rupa bentuk idaman kalbu saya tuh.
Cantik kan....??? Macam tuan dia :)
Bukan nak sangat cantik tapi kualiti air tu yang penting. Untuk kesihatan bersama.
Yang bagusnya...ada saluran air untuk keluarkan air kotor. Maknanya air yang diminum benar2 bersih.

  • Menggunakan teknologi R.O terkini

  • Menyediakan air pada suhu bilik, air sejuk dan air panas

  • Suhu air sejuk (4 'C) & air panas (97 'C)

  • Terbukti efektif menentang bakteria

  • R.O MEMBRANCE sehingga 0.0001 Micron

  • Bacaan pH air 6.8

  • Kadar penggunaan elektrik kurang dari RM 10.00 sebulan 

Hajat hati memula tu nak Elken brand, tapi tak mampu laaa....mahai sgt. Yang ni pun setanding dan yang penting i loikkeeee :)

Sunday, November 6, 2011

Kami buat hal sendiri

....betul, tak tipu.
Kami memang sedang buat hal masing2.
Hurm...





Papa tgh buat menu. (berkenaan keje dia la tu)
Mama tgh melipat kain baju sambil layan belog :) (Multitasking kan saya?)
Putra tgh mengacau papa dan mama.
Adik Indah dah tido. (Ops..Indah dah bangun, nk join abang putra la tu)

TAPI

kami masih sangat2 berbahagia...hahaha

Poyo kan n3 saya malam ni?
Terlebih makan rendang kot. Ayat coverline. Harap maklum :P



  

^__^
 
*Terima kasih sebab sudi singgah belog saya walaupun saya tau kamu menyampah dengan entry ni :P*

Penyakit "M" menyerang

Aduhai...malasnya nak mengupload gambo ke Melaka awal minggu tadi. Bukan apa, tempat dah biasa pegi, feel tu kureng la skit. Anak2 la eksited nya. Si abang tu tak yah citer la...
 Gambar google je. Kan dah cakap tadi, malas nk upload. Korang tunggu je la time aku rajin aku up ye. Hari kitorang pegi tu hujan dari tenghari ke malam. Tu yang tak de feel. Hihihihi...tapi aku suka Melaka. Bila2 pun leh pegi lagi.

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam Aidiladha semua....
Bersiaran langsung dari rumahku sorgaku. Kat mana lagi, nasib badan la en. Lovey Dovey koje. Tapi aku tak kisah pun. Bukan pertama kali tak balik beraya kat kampung, dah biasa sangat. Ada tu Aidilfitri pun selamba je kitorang raya kat sini. Adat la orang takde adik beradik mcm aku ni. Balik ke tak balik ke sama je. Tak kisah dah.

Korang beraya kat mana? Mesti bestkan. Pagi tadi surau kat rumah aku ni ada buat korban. Putra tengok kat tingkap je la. Sian dia. Tapi tadi aku dah bawa dia gi beraya kat sini. Rumah jiran2 yang tak balik kampung.

Oklah, saja singgah nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha. Yang balik kampung tu hati2 di jalan raya. Jangan banyak sangat makan daging :)

Wednesday, November 2, 2011

Part 4 - Dari alam rahim ke alam dunia

Sambung lagi....

Mama hampir2 nk kena induce.
Panjang sangat ceritanya.
Mama pendekkan yer.

EDD (LMP) mama 05.06.2011
Tarikh scan 22.06.2011
Tak ke jauh bezanya tu kan?
Doktor yg scan mama advice suruh minta doktor kat klinik desa tukar tarikh EDD mama.
Ikut tarikh scan.
Bila mama bgtau doktor, dia tak nak ubah katanya kita ikut LMP.

Mama tak kisah pun asalkan semuanya selamat.
Check up macam biasa dan sampai ke tarikh 5.6.2011 tu masih tak de tanda2 adik nak keluar.
Nurse bg tempoh seminggu, pastu kena refer hospital unt induce katanya.
Pada 12.6.2011 tu, adik masih steady dalam perut mama.
So, terpaksa la kita pegi hospital.
Alhamdulillah....
Doktor kat hospital tu check balik buku merah mama, check semua scan.
Dan dia berani untuk ubah tarikh ke 22.06.2011

Kita pulang ke rumah dengan gumbiranya.
Dalam masa tu, mama selalu bercakap dengan adik.
Abang Putra pun selalu tanya adik.
Adik cepat la keluar, adik bila nak keluar?
Adik ingat tak masa abang tanya tu? Hihihihi

Mama jugak time tu dah tak larat sangat dah.
Bayangkan berat mama masa mula2 mengandungkan adik hanya 45kg.
Sekarang pada trimester ke3 ni berat mama dah mencecah 64kg.
Fuhhhh!!!! Mengah.
Rasa nak adik cepat2 je keluar.
Barang2 adik mama dah standby dalam kete.
Anytime sakit straight je ke hospital.

Proses melahirkan adik bermula.
Mama dah mula rasa contraction pada 20.06.2011 pagi.
Rasa sikit2 je.
Tapi tak de tanda. Mungkin sama macam abang dulu jugak.
Mama bertahan lagi.
Waktu tu kita sempat gi jenjalan lagi adik.
Papa bawa mama jalan2 supaya adik senang keluar.
Kita pegi makan-makan, jalan-jalan sampai la petang.
Petang tu mama dah mula rasa kuat sikit contraction tu.

Dalam pukul 6ptg kita pegi hospital dan bukaan mama baru 2cm.
Doktor suruh balik.
Aduh...mama dah sakit di suruh balik. Wad penuh...biasa la hospital kerajaan kan.

Kat rumah dalam pukul 10 malam tu memang mama dah sakit sangat.
Terlalu sakit. Kuat betul contraction sehinggakan mama menangis.
Apa lagi...terus ke hospital la kita dalam pukul 11.30mlm tu.
Adik memang dah nak keluar....mama dah buka 5cm
Tak lama sayang....sakit mama semakin kuat.
Mama terus panggil nurse dan nurse terus tolak katil ke Labour room.
Baiknya nurse tu....tapi mama tak sempat tgk nama dia.

Cuma 3 kali push adik pun selamat.
Masa tu mama tak sabar nak tau girl ke boy?
Bila nurse tanya, scan haritu nmpak tak jantina dia?
Mama cakap tak nampak.
Dia tanya lagi. Anak sulung lelaki ke perempuan?
Mama jawab lelaki.
Dia senyum. Dia angkat dan tunjuk kat mama.
Haaaaaaaa...........girl :)
Alhamdulillah dapat sepasang.

21.06.2011 jam 1.46 pagi dengan berat 3.06kg
Lahirlah anakku.


Syukur ya Allah.
Engkau permudahkan segalanya.
Engkau anugerahkan kami zuriat yang sempurna.

~orang yang paling happy malam tu mesti la abang Putra~

Tuesday, November 1, 2011

Part 3 - Dari alam rahimke alam dunia

Ok mama sambung...
Masuk trimester ketiga mama dah mula tak larat.
Ye la adik dah semakin membesar. Berat mama pun naik dan naik dan terus naik.
Masa ni dah mula susah nak buat keje rumah. Perut pun semakin memboyot, tapi masa tu memang mama perasan yang mama ni wanita tercantik di donia walaupun boyot. Hahahahaha.....

Waktu ni juga mama dan papa sibuk beli barang untuk adik.
Tapi ada masalah besar.
Mama susah nak belikan adik baju.
Nak beli pink ke biru?
nak beli yang untuk gegirl ke boboy?
Sudahnya...baju, mitten dan booties adik semuanya plain.
Pilihan selamat.

Checkup sebulan sekali, dah jadi 2 minggu sekali.Lepas tu seminggu sekali.
Mama tak pernah tak pegi. Papa temankan mama ke klinik.
Owh mama terlupa.
Bab makan memang tak boleh nak kata apa. Berselera sungguh.
Mama ingat lagi, papa sanggup bawa mama balik Kedah sebulan sekali semata-mata mama nak makan Nasi Kandar Hj Ramli. Thank you papa :)

Adik tahu tak, masa mama mengandungkan adik mama teringin sangat nak makan tepung talam Mak Anjang kat jitra tu.
Tapi sampai adik lahir mama tak dapat makan kuih tepung talam tu. Sedihnya...Timing tak betul.
Kita balik Kedah kedai Mak Anjang pula tutup. Hurmmm...
Harap-harap air liur adik tak meleleh la yer.
Owh lagi satu.
Susah payah ibu Mia buatkan mama laksam gara-gara mama mengidam.
Dari awal2 mengandungkan adik lagi mama dah nak makan laksam yang dia buat.
Tercapai juga akhirnya.

Nanti mama sambung lagi yer....
Kesilapan doktor hampir-hampir buatkan mama di "induce".

IKLAN