MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Wednesday, September 17, 2014

Popia basah dan Sup Mamak Best in Town.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Semalam 16 September 2014 cuti Hari Malaysia. Kitorang ni kalau hari cuti mana boleh duduk rumah. Panas vontot. Plan asal nk berpiknik kat PD. Tapi tak jadi sebab cuaca mendung dan hujan rintik.

Kebetulan pulak minggu ni cik Puan mengidam nak makan popiah basah. Daripada hari Sabtu lagi punya teringin nak makan. Biasa la tekak org mengada-ngada kan lebih teruk daripada orang mengidam tau. Pak encik tak kuasa nak layan buat popiah basah. Google je mana tempat best jom kita gi katanya. Google2 terjumpa la kat sini....

RESTORAN HUSSIN SUP & POPIA, SETAPAK

Dengan bantuan papazola, papago, waze dan sebagainya sampai juga kami ke situ. Kalau takde bantuan kompom x jumpa. Susah jugak nak cari sebab Setapak ni besar jugak kan. Pastu restoran ni tersorok sikit. Bukan kat jalan besar...

Jom layan gambar kitorang ...

 Popia basah terbaik. Memang sedap. 1 set RM1.40 (2pcs)
 


 Pak encik nak makan sup ayam dengan nasi putih.
Memang tak pandang kiri kanan dah.
Saya kat depan pun dah tak pandang. Hahahaha
 


 Budak bajet encem ni makan sup ayam cicah roti.
 
 Budak bajet comei ni makan maggi goreng
 
 Pinggan popia licin. cik puan dah ngap 2 set. Hehehehe
 


Amacam...? Bestkan tengok kitorang makan. Memang best pun. Kalau korang nak pegi bole klik kat sini untuk bantuan. https://maps.google.com/maps?daddr=3.188250902314477,101.70224189758301

klu taknak guna bantuan google...sy bagi direction korang cari lah sendiri! Dari Bulatan pahang tu terus je sampai susur ke Jalan Gombak. Bawah jejambat tu ada lorong kecik, jalan masuk ke Masjid Jamiul Ehsan. Kedai ni betul2 depan masjid tu. Selamat mencari!!!





Tuesday, January 28, 2014

Saya penggemar ayam potong.

Salam geng.

Tajuk macam apakah...??? Ayam potong??? Alih bahasa sangat kannnn.

Sebenarnya kan, saya ni penggemar western food terutama sekali ayam potong chicken chop. Ada hari-hari tertentu tu kan rasa macam nak makan chicken chop hari-hari. Boleh gitu? Boleh jer kalau boleh masak sendiri kat rumah. Kalau ada followers kat sini yang follow fb saya mesti korang perasan saya selalu upload gambar chicken chop. Kadang tu saudara-mara datang rumah pun kitorang masak kan chicken chop. Lagi best makan kat rumah sebab lagi puas dan jimat :)



 Ini lah rupa chicken chop sentuhan suami saya.
 
Indah pun dah tak sabar nak makan tu.
 
Anak - anak saya kalau nak  makan western mesti nak papa yang masak sebab boleh makan banyak-banyak. Termasuk  lah saya. Hehehe.

Ada sesiapa kat sini nak makan chicken chop? Mai saya buat frozen nanti korang just goreng je :)



Sunday, September 25, 2011

Makan free lagi

Ehem ehem....dh makan malam ke korang? Ai xder selera nak makan sensorang. Cik abang keje petang....belum balik lagi. Abang Putra pulak dah kenyang makan roti...dah tido pun dua beradik tu. Pagi tadi sempat le kami anak beranak pegi makan free ^__^ Jamuan hari raya anjuran UMNO Bukit Subang. Marbeles tul dia punya lontong dan kuah kacang. Ai makan sampai kenyang...hihihihi. Sebab memang dah lama teringin nak makan lontong...Malam tadi jamuan hari raya kat kawasan rumah dorang buat nasi beriani, mihun goreng singapore, spagetti, roti jala n kambing bakar. Lontong...kuah kacang nan ado.

Muka ai yang tak ready langsung.
Cik abang memang failed kalau bab snap menyenap ni.
Ok la nak pegi mengemop lantai jap. Biasa la time anak2 dah tido ni la baru aman mama nak buat keje rumah.

Daaaaaa



Makan free

Salam...
Ada lagi ke jemputan open house harini? Erm...semalam kawasan tempat tinggal kitorang ni pun ada buat jamuan rumah terbuka. Mula nya tu ingat tak nak pegi sebab papa keje petang. Susah la nak handle anakanda yang sulung tu. Tapi rasa kesian plak tengok dia duk intai je dari rumah. Duk ajak2 mama pegi. Last2 pegi la juga....nasib baik la makcik saya pun duk dekat sini juga. So boleh la tumpang, buat teman.


Budak bucuk ni la sibuk ajak mama.
Dapat jajan langsung tak nak makan nasi dah.
Baby Indah yang behave sangat.
Mama angkat tengah tido pun dia rileks je.
Ni la makcik saya...duk blok sebelah jer

Tuan tanah pun nak jugak enterprem
Masa ni dah konyang.
Duk lepak2 sambil dengar dorang2 tu "menyumbangkan" suara.
Haih, rasa cam nak "menyumbang" jugak...

Dapat bawa balik makanan lagi.
Pagi ni panas kan je mihun tu buat sarapan....
Eh, papa ajak gi jamuan open house lagi...

Makan free lagi. Rezeki....

Saturday, September 24, 2011

Janji manismu ku tagih jua

Ini lah tuntujan janji-janji manis mu .....yg mama bgtau kat entry lepas

Gara-gara si abang layan JJCM kt tv3 ahad lepas....











Puas le hati kamu yer nak....

jam2 tu jugak kol papa. "Abang nak pegi kedai Ipin ni, abang lapar..."
papa yg tau ape2 kt tmpt keje blur kejap. "ada ke kedai Ipin....kat mana?"
"Kt tv la....abang nak pegi  ni..." papa pun bikin janji manis...."esok papa off kita pegi yer...."

* janji-janji manis papa kat mama bila nk tuntut yer...? hukhukhuk

Pendapat mama: Cafe ni biasa2 je...tapi bg bebudak mungkin best giler sebab banyak sangat gambar2 karakter dalam cerita Upin Ipin. Teruja sangat sampai susah nk makan. Harga pun...boleh tahan la. Senang je nak cari cafe ni. Betul2 belakang Jakel seksyen 7 Shah Alam.

Monday, September 27, 2010

Balik kampung mesti pekena ni

Sape yg dh lama kenal aku sure dah tau. Kalau aku balik kampung tak singgah makan bihun sup utara memang tak sah. Hari raya lepas pun aku singgah juga makan bihun sup ni. Kalau tak silap masa hari raya ke4. 
Ni lah kedai tu. 
Jangan konpius pulak. 
Specialty dia maybe Mee Rebus la. 
Tapi aku suka bihun sup dia ;)

Ini budak bukan mau makan. 
Mainan je yg dia nak. 
Nasib baik kat kampung, maktok dia punya wang. 
Hahahahahaha 

Ok....ini dia my peberito!!!! Sedap tak terhingga... 

Mee Rebus En Roomate punya. Aku tak makan daging, harap maklum.

 Kalu  tak makan bihun sup ni konpom dari Kedah sampai KL mulut aku bising, hahahahaha. Silap haribulan mggu depan kena balik semula semata-mata nk mkn bihun sup ni. Hihihihi...tak senonoh pny perangai kan.

Posted by Picasa

Saturday, September 4, 2010

Tak tau apa nk cakap....

Jom layan budak bucuk ni makan nasi minyak syurga cinta air tangan mamanya =)
Ini adalah kesinambungan entry sebelum ni yer...sila jgn buat2 pitam yer...hahahahaha.

Ok...sudah. The pictures tell everything....;)

Mama memang buat khas ayam masak kicap untuk beliau. Sebab tu beliau lajuuuuuu je makan. Berkali-kali tu puji mama...."sedap betulll mama macak "...ermmm memang drama king la anak mama ni. hihihihi....

IKLAN