MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
Showing posts with label mama papa. Show all posts
Showing posts with label mama papa. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Keputusan mama

Mama dah buat keputusan. Tak nak balik kampung. Mama nak stay kat rumah dengan anak2. Kalau balik kampung pun nanti susah jugak. Papa pun penat nak drive dari KL ke Kedah pastu nak naik feri lagi. So, sebagai isteri yang sangat-sangat memahami (cewah perasan la pulak) mama sanggup bersama anak2 je kat rumah walaupun mama ni jenis yang PENAKUT.

Biarla mama tak tido sepanjang malam asalkan papa senang hati buat keje kat sana. Daripada mama balik kampung pastu macam2 hal pulak kat sana nanti lagi masalah kat papa.Yang penting opening kat Langkawi tu berjaya dan papa akan dapat apa yang papa cita-citakan selama ini.




......Itulah yang akan mama bagitau papa nanti. Kita tunggu keputusan papa pulak mcm mana....


Pegi outstation?

Sedih....sedih....sedih...
Semalam papa dah bagitau mama, kemungkinan BESAR memang dia kena jugak pegi outstation ke Langkawi. Ingatkan dorang cari alternatif lain papa dah tak payah pegi. Aduyaiiii......dah le aku ni spesis penakut ya rabbi. Erm, rasa2 macam nak ikut je ke Langkawi, tapi mengenangkan anak2 yang masih kecil ni. Risau pula dorang tak selesa nak duduk lelama kat hotel. Alternatif lain.....balik kampung oooo balik kampung...Malas ar nak menyusahkan orang kampung ;p

Sesekali aku terfikir juga. Inilah masa aku kena belajar berdikari kerana tugas papa memang menuntut dia untuk outstation. Dah rezeki kami sekeluarga macam tu pula. Terima seadanya.;) Dan yang pastinya papa mesti dan wajib bagi best performance kat Langkawi kerana dia dijanjikan "sesuatu" yang best lepas ni.

Korang2 yg ada experience duk sendiri dgn anak2 je bg la nasihat dan motivasi kat aku, pleaseeeee....tak lama pun seminggu je outstation dia tu. Kalau bole mama nak papa keje dengan aman, tak perlu risaukan kami anak beranak kt sini.




Saturday, October 9, 2010

Kemana yer?

Ehem2...En roomate saya cuti seminggu. Sekolah cuti kan. Erk...ni international school jgn terkonpius plak yer. Memang tak sama dengan cuti sekolah biasa. Dalam hati ni menggedik-gedik nak berpoya-poya berjalan-jalan. Tapi tak tau nak kemana. En roomate ni tak abis2 nak gi PD. Tak sukeeee sebab dah byk kali pegi. Haih!!!

Tapi, kalau balik kampung takpe. Hahahaha....selalu pun tak pe. Putra pun baru sihat. Oh. Lupa nak story mory pasal anak bujang sorang tu. Nanti la ye.

Monday, September 27, 2010

Balik kampung mesti pekena ni

Sape yg dh lama kenal aku sure dah tau. Kalau aku balik kampung tak singgah makan bihun sup utara memang tak sah. Hari raya lepas pun aku singgah juga makan bihun sup ni. Kalau tak silap masa hari raya ke4. 
Ni lah kedai tu. 
Jangan konpius pulak. 
Specialty dia maybe Mee Rebus la. 
Tapi aku suka bihun sup dia ;)

Ini budak bukan mau makan. 
Mainan je yg dia nak. 
Nasib baik kat kampung, maktok dia punya wang. 
Hahahahahaha 

Ok....ini dia my peberito!!!! Sedap tak terhingga... 

Mee Rebus En Roomate punya. Aku tak makan daging, harap maklum.

 Kalu  tak makan bihun sup ni konpom dari Kedah sampai KL mulut aku bising, hahahahaha. Silap haribulan mggu depan kena balik semula semata-mata nk mkn bihun sup ni. Hihihihi...tak senonoh pny perangai kan.

Posted by Picasa

Wednesday, September 15, 2010

Pagi raya

Assalamualaikum...
Raya sakan lagi ke korang? Den dah abis raya...hihihi tetiba. En roomate dah start keje 2 hari lepas. Boring dowh duk je kat rumah  ni. Tapi apa nak buat :(

Ni nak story mory cerita pagi raya. Kitorang tiap2 tahun kalau balik beraya di kampung mesti akan gi semayang raya kat masjid. Best...barulah terasa hari raya. Tapi tahun lepas ai tak semayang raya sebab bawa si kecik tu.Asyik berjalan sana sini, almaklum baru dpt kaki time tu. Tahun ni, sebab dia dah semakin besar dan dah faham arahan, makan ai memberanikan diri.


 
Muka tanpa mekap...haruslah sebab ada wudhuk 

 
My mom, makcaq n si budak gomok yg xmo enterprem
The hero......sangat2 well behave time mama solat. Tapi last2 masa tahiyyat akhir tu dia ternampak spek maktok dia. Berusaha gigih nak pakaikan kt maktok. Hihihihi.......nasib baik maktok dapat tahan gelak. Kalau tak, sia-sia.
Selesai solat...kami ziarah pusara yang telah mendahului...tokwan, pakcik dan tok2 sedara yg lain. Lepas tu gerak balik ke rumah mentua pulak.

ps: baju raya tema merah...tapi lupa daaa nk snap family potret.

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya.....Jemput la datang rumah ;)

Salam petang Ramadhan yg ke 28. Uishhh lagi 2 hari nk raya. Tapi rasanya dh ramai yg gerak pulang ke kampung halaman. Oh, saya ada kampung dan halaman jugak. Esok petang insyaAllah bertolak. Tapi sebelum tu haruslah pegi menyopping dulu. Hihihihi....yer puan2 jgn tak tau ai belum abis menyopping lagi. Sila jgn buat2 tak percaya =)

Sessi sentap menyentap sebelum raya biasa sudah. Bukan berebut nak balik raya mana tapi...........ermmmm. Cuti raya yg panjang terpaksa di pendekkan . Huwaaaaaaaaaaa....ni bukan menangis tau, tapi suka. Sudah ku bilang suamiku ittew makan, tido, sakit, demam semuanya hanya untuk kerja !!!!!! Kalau bonus 5bulan ai relaaaa...ni hampeh. Tapi takpe jugak, ai nak melapuk lelama kat kampung tu bukannya ada apa pun. Adik beradik pun tak der...mama pun sibuk dengan bisnes dia jugak. Ermmm.....so, 13hb ai akan berada di sini yer. Sila jemput datang rumah ;) ~ positive thinking ~

Kan cik Farah dah melalut ke laut....tak pe, bukan ada yg baca pun. Suma dah balik kampung. Hihihihihi.....Sebenarnya ai hanya nak hantar kad raya untuk korang tetapi entah bagaimana...terlajak pulak perahu ni;) Anyway...






Selamat Hari Raya Maaf  Zahir dan Batin.... ;)

  • jgn ada pulak yg sentap menyentap pasal nk balik kg yer...

Sunday, September 5, 2010

Hari ni sudah genap 7 tahun ;)

Salam...

Harus bergerak pantas sebab masa untuk masak akan tiba =)

Entry ringkas jer ni. Nak kabor ke semua...hari ni dh genap 7 tahun kami menjadi suami isteri....peeeeewwwiiiit. Lama dah tu. Dah melepasi 5 tahun baru terasa betul2 kenal siapa pasangan kita, siapa diri kita. Tapi kan terasa begitu cepatnya masa...Umur pn dh semakin tua ;(

dah 7 tahun ker? Dia tanya aku mcm tu...

Ye la bang.....7 tahun dah la. kita kawin tahun berapa....? Aik sejak bila xpandai kira ni.

Ermmm rasa mcm baru je. (alasan sebab lupa tarikh akad nikah...)



Oh saya pn terasa mcm baru =). Alhamdulillah.

Lepas ni rasa nk wat entry jiwang2....sesapa yg nak baca harap sediakan payung sebelum hujan baldi  yer.

Ku godek2 xjumpa plak gambar akad nikah....terjumpa yg ini aje...



IKLAN