MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Tuesday, March 18, 2014

Catuan air

Assalam sahabat maya.

Hujan di kala menaip entry ni. Rasa macam nak tarik 'gebor' kata orang Perak. Hehehehe. Alhamdulillah. Harap-harap lepas ni tak ada la lagi catuan air segala. Letih dah mak enon beranak 2 ni. Masa mula-mula tak  ada air tu menggelabah jugak la. Mau taknya...notis apa tak ada tetiba tak ada air. Terkontang - kanting sorang diri mengangkut air dari lori Syabas, dah le tengah2 hari rembang pulak tu.

Pengalaman tu. Dah dekat 30 tahun hidup ni kali pertama merasa tak ada air.Memang sadis la. Rasa nak menangis pun ada. Mana taknya nak membasuh nak mandi dengan anak kecil lagi hanya Allah je yang tau. Malam-malam pegi tadah air kat masjid KLIA. Bawa 2 tong besar 30liter dengan segala botol2 yang ada. Penat yang teramat-amat...ulang alik 3-4 trip juga la. Penuhkan tong2 besar kat rumah.

Seminggu sekali bawa baju bajan g dobi. DIY dobi. Masa tu rumah ni memang dah rasa mcm tak terurus sangat. Dah la saya ni jenis tak boleh tengok rumah bersepah apa lagi sinki penuh. Stress tahap gaban ko tau.

Alhamdulillah dah 2 minggu ni catuan. 2hari on 2hari off. Lega la sikit. Masa ada air tu basuh segala kain baju, mop lantai tadah air penuh2. Nasib baik ada air tangki, anak2 nak mandi tak de la susah sangat.

Hikmah juga sebenarnya tak de air ni. Dalam kata penat letih sedih stress bagai. Kita belajar menghargai dan bersyukur. Syukur masih ada tempat untuk tumpang ambil air, syukur masih ada rezeki Allah bagi untuk makan minum membasuh semua.

Tempat korang catuan tak?


Monday, March 17, 2014

Ulu Kalong


Bismillah...Assalam sahabat maya semoga sihat sentiasa.

Pernah dengar atau pernah pegi ke Ulu Kalong, Batang Kali? Kami pun baru pertama kali pegi ke sana. Boleh tahan jauh dari Sepang ke sana. Melalui highway Plus - Guthrie kemudian exit Hulu Selangor. Rasa nak nyayi lagu Sungai Lui pulak bila datang ke sini. Tenang...


Kawan saya yang cadangkan tempat ni sebab dia selalu ke sana bawa anak-anak mandi manda. Anak - anak saya pulak memang takut denga air sungai apalagi hutan. Saja bawa diorang nak biasakan. Asyik mandi pool je kan biar kali ni diorang rasa mandi air yang sejuk dan berpijak di batu batuan pulak.
 
 Si putra ni nampak daun kering dalam air pun menjerit-jerit. "Mama abang takut nanti ikan gigit kaki..."
 
Air cetek je. Best jugak. Tapi hari tu kami tak bawa makanan kalau tak dapat berkelah lagi best. Rasa nak makan durian dalam air. Hehehehe. Musim buah mesti sangat-sangat best sebab nampak banyak pokok durian dan rambutan dekat-dekat situ.
 

Sekali-sekala lari dari kotaraya apa salahnya kan.
Tapi kan...anak-anak saya balik je dari mandi manda ni terus kena chicken pox. Ada kaitan ke?




Friday, March 14, 2014

Solat hajat #doa unt MH370

Bismillah...Assalam sahabat maya sekalian. Sihat-sihat semuanya ye. Dah semakin kurang aktiviti blogging saya akhir-akhir ni. Sibuk menguruskan kehidupan, almaklum ibu beranak dua memang kurang skill pengurusan lagi-lagi baru menjawat jawatan baru..."babysitter terjun". Hehehe

Kita semua memang dah tahu cerita mengenai MH370 yang hilang. Harini dah hari ke 7. Subhanallah hanya Dia yang mengetahui di mana beradanya pesawat MH370 itu. Sama-sama lah kita doakan semoga kekusutan dan kebuntuan ini lenyap dengan segera, amin.

Malam tadi kami anak beranak turut serta solat hajat dan bacaan yasin di Anjung Tinjau KLIA. Sejak hari pertama lagi memang hati ni jadi tak keruan walau tiada sahabat atau saudara mara yang terlibat. Mungkin sebab kedudukan kami yang sangat dekat dengan KLIA jadi perasaan tu lain macam sikit. Bila melalui jalan ke KLIA tu hati tu jadi sangat-sangat tersentuh. Sememangnya saya ni jenis cepat tersentuh kot :) Bila dapat tahu anak sulung saya yang bersekolah di PASTI kena hadir ke solat hajat tersebut kami suami isteri pun tumpang sekali meramaikan. Jom kita layan gambar :)

Ramai yang datang. Alhamdulillah
 
Pray for #MH370
Si kecil baju oren pun nak tumpang bergambar. Dia tengok abang dia kat situ dia pun nak jugak.
 
 Putra di interview...tapi malu-malu nak cakap siap garu-garu kepala.

 
Papa pun di interview...apa-apa je la bang.
Kita datang bersama untuk berdoa dan memohon pertolongan Allah. Itu yang penting.
 
Tetttt....tuan tanah harus lah ada gambar kan.
Bersama cikgu-cikgu Pasti sekolah Putra.
Comel-comel cikgu nya kan?
 
Tetttt....lagi sekali enterframe.
Bersama anak-anak PASTI .
 
 Tetttttt tetttt tettttt
Apa yang pasti kelu lidah.
 
Saya insan biasa yang hanya mampu bersujud dan memohon pertolongan dan belas kasihan daripada Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Semoga doa kami di perkenankan. Tiada daya dan upaya untuk membantu keluarga 'mangsa' melainkan dengan doa.





IKLAN