MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Friday, March 14, 2014

Solat hajat #doa unt MH370

Bismillah...Assalam sahabat maya sekalian. Sihat-sihat semuanya ye. Dah semakin kurang aktiviti blogging saya akhir-akhir ni. Sibuk menguruskan kehidupan, almaklum ibu beranak dua memang kurang skill pengurusan lagi-lagi baru menjawat jawatan baru..."babysitter terjun". Hehehe

Kita semua memang dah tahu cerita mengenai MH370 yang hilang. Harini dah hari ke 7. Subhanallah hanya Dia yang mengetahui di mana beradanya pesawat MH370 itu. Sama-sama lah kita doakan semoga kekusutan dan kebuntuan ini lenyap dengan segera, amin.

Malam tadi kami anak beranak turut serta solat hajat dan bacaan yasin di Anjung Tinjau KLIA. Sejak hari pertama lagi memang hati ni jadi tak keruan walau tiada sahabat atau saudara mara yang terlibat. Mungkin sebab kedudukan kami yang sangat dekat dengan KLIA jadi perasaan tu lain macam sikit. Bila melalui jalan ke KLIA tu hati tu jadi sangat-sangat tersentuh. Sememangnya saya ni jenis cepat tersentuh kot :) Bila dapat tahu anak sulung saya yang bersekolah di PASTI kena hadir ke solat hajat tersebut kami suami isteri pun tumpang sekali meramaikan. Jom kita layan gambar :)

Ramai yang datang. Alhamdulillah
 
Pray for #MH370
Si kecil baju oren pun nak tumpang bergambar. Dia tengok abang dia kat situ dia pun nak jugak.
 
 Putra di interview...tapi malu-malu nak cakap siap garu-garu kepala.

 
Papa pun di interview...apa-apa je la bang.
Kita datang bersama untuk berdoa dan memohon pertolongan Allah. Itu yang penting.
 
Tetttt....tuan tanah harus lah ada gambar kan.
Bersama cikgu-cikgu Pasti sekolah Putra.
Comel-comel cikgu nya kan?
 
Tetttt....lagi sekali enterframe.
Bersama anak-anak PASTI .
 
 Tetttttt tetttt tettttt
Apa yang pasti kelu lidah.
 
Saya insan biasa yang hanya mampu bersujud dan memohon pertolongan dan belas kasihan daripada Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Semoga doa kami di perkenankan. Tiada daya dan upaya untuk membantu keluarga 'mangsa' melainkan dengan doa.





No comments:

IKLAN