MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday, December 10, 2014

Deko : Langsir murah (Pintu Bilik)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum



Pasang langsir kat pintu bilik ke 2 dan ke 3
Sebelum ni togel je kan
Letak langsir ni nampak comei sikit
Hehehehe

Langsir RM5 je
Beli kat Daiso Aeon Seri Kembangan
Rail langsir beli kat Mr DIY Aeon Seri Kembangan
Deko bajet nama nya ni

Pintu master bedroom je masih togel.
Takpe next time kita pasang ye.






Friday, November 28, 2014

Hari Anugerah Cemerlang Pasti : Putra dah grad!!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Alhamdulillah
Anak mama dah grad
Selepas dua tahun belajar di Pasti Ummu Hasanah

                                                    Tok Ketua Kampung sampaikan sijil


 Peace!!!
Saya dah grad. Alhamdulillah
 
 
 Ini kawan saya...
Nama nya Siti Fatimah Az-Zahra
Umur dia 5 tahun
Saya suka kawan dengan Fatimah sebab dia baik hati dan cantik
 
 Terima kasih banyak-banyak buat Mualimah semua.
Mualimah Ijan
Mualimah Lina
Mualimah Nisa
Semoga Allah memberkati dan membalas semua jasa baik mualimah
 
Last but not least
Mama pn nak bergambar kenangan dengan semua mualimah yang banyak berjasa ni.
Semoga ilmu yang di berikan akan di manfaatkan oleh semua anak2 Pasti Ummu Hasanah.
Alhamdulillah.
Jazakallah mualimah.
Semoga Allah memberkati kalian semua
 
 



Anak mama nak keluar rumah mesti pakai seluar panjang.
Alhamdulillah dah mula faham pasal aurat.
Nak masuk bilik air mesti baca doa dan pakai kopiah atau tutup kepala dengan towel (buang air besar)
Makan minum berdoa dan duduk
Suka berzikir dan bernasyid

Alhamdulillah syukur.
Walau anak mama tak sehebat orang lain yg speaking mat saleh mcm makan popcorn, tapi anak mama faham hukum Allah dan 'kenal' Allah.
Semoga terus membesar dengan kasih sayang Allah. InshaAllah.

::Bila abang dah besar nanti dan baca tulisan mama ni ketahui lah abang bahawa mama sangat berbangga melahirkan dan membesarkan abang. Syukur Allah berikan yang terbaik untuk abang. Cukup sempurna. Teruslah belajar mengenal Allah. Kejar lah akhirat inshaAllah dunia pasti akan ikut. Mama akan lebih berbangga jika abang mampu menghafal Al-Quran berbanding Ensiklopedia. Ketahuilah wahai anakku Muhammad Darwisy Shahputra doa mama sentiasa mengiringimu setiap waktu. Semoga menjadi anak yang soleh buat mama dan papa.








Wednesday, November 26, 2014

Susun Atur : Ruang Menonton



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum..

 
Ini lah ruang menonton kami.
Takde ruang khas pun.
Ruang ni kat ruang tamu.
Rumah teres biasa je.
Rumah sewa je.
Alhamdulillah ini yang termampu
Deko pun tak pandai sngat.
Biasa sangat ruang menonton kami
Takde kapet gebu gebas
Takde kerusi empuk untuk baring2 pun kat area ni.
Syukur Alhamdulillah
 
Cable cover tu belum sempat nak cat.
Nanti - nanti kita cat.
Sementara ni biar je macam ni dulu asalkan wayar2 tu tak berserabut.
 
 
 

Tuesday, November 25, 2014

Deko : Langsir Murah (Bilik Air)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Mood mendeko semakin bertambah.
Walau sebenarnya daku ni tak pandai langsung nak berdeko apa lagi berhias.
Memang tak reti.
Yang saya tahu...kemas bersih tu je.
Hehehehe....

Tapi baru - baru ni terjebak group DRKSK pulak
Tengok rumah kawan-kawan semua cantik-cantik belaka
Memang pandai kawan-kawan berdeko

Harini kita pasang langsir kat pintu bilik air
Beli langsir RM5  kat Daiso Aeon Equine
Beli sekali penyangkut langsir tu kat Mr DIY RM 2.90 (klu x salah)
Murah je kan?



Sedap sikit mata memandang
Alhamdulillah







Wednesday, November 19, 2014

Susun Atur : Ruang Dapur

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Inilah dapur masak saya
Biasa sangat.
Rumah sewa, ini je yang termampu.
Ruang pun kecil sebab dapur ni memanjang bersekali dengan ruang makan dan laundry.
Saya cuba susun atur sebaik mungkin walaupun tak pandai sangat nak menyusun.
Janji sedap mata memandang dan senang nak capai.

Nak mendeko pun tak pandai jugak baru berjinak-jinak.
Tu kabinet dah berbaju baru sebab terpersona tengok kawan2 dalam group DRKSK semua pakaikan baju kat kabinet.
Kita pun cuba jugak la.
Cari wallpaper murah dan tampal.
Berseri-seri jugak kan...






Tuesday, November 18, 2014

Susun Atur : Pinggan mangkuk


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Dah lama sebenarnya saya fikir macam mana nak simpan pinggan mangkuk.
Rumah takde kabinet, yang ada kabinet dapur yg biasa tu je
Mula - mula kawin dulu saya beli rak pinggan yg biasa tu
Memang elok je..banyak bole isi tapi berhabuk dan risau serangga.

Lepas tu sy cuba susun dalam kabinet.
Memang ok. Kemas, tersusun dan tak serabut
Masalah lain pulak datang.
Seminggu sekali kena buat operasi pembersihan.
Kena tukar daun pandan, sebab sy memang letak daun pandan untuk halau lipas.
Tapi tiap2 kali nak guna pinggan tu bila saya cium mesti bau lipas.
Dah kena basuh dulu lepas tu lap baru bole guna.
Ada sekali tu masa tengah kemas2 dalam kabinet tu, saya angkat semua drawer keluar.
Ternampak pulak cicak tu elok je duk menyorok belakang drawer.
Aduhhhh lagi la saya jadi geram.

Puas la memikir.
Puas la google
Puas jugak tanya sana sini
Macam mana korang yg takde kabinet ni simpan pinggan mangkuk?

Akhir sekali ada kawan share dalam group KSSA macam mana dia simpan pinggan mangkuk.
Terus rasa macam...wahhhhh best ni.
Hujung minggu tu terus pegi mencari.



Ini lah dia.
Tempat simpan pinggang mangkuk sudu saya
Senyum sampai telinga bila dah dapat.
Saya beli dengan harga RM 75 sahaja.
Saya beli ni ada 2 laci.
Ada jugak yg 1 laci...harga dalam RM65
 
 
 
Rasa selamat sikit simpan pinggan semua dalam ni.
Tak berhabuk dan yang penting tak de bau lipas lagi.
 

Alhamdulillah.
Seronok sangat.
Ini lah kebaikan bila join group KSSA ni.
Kawan2 semua tak lokek, baik hati dan suka bagi pendapat.

Notakaki :
Harga RM75
Saaka Nilai (Nilai 3)





Sunday, November 2, 2014

Susun Atur : Bilik anak merangkap bilik tetamu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Rumah teres 3 bilik je.
Jadinya bilik ke dua kami jadikan bilik anak2
Walaupun depa tak tido bilik ni pun
Tempat mainan dan salin pakaian je
Si abang yang dah 6 tahun tu penakut sangat
Lagipun bilik tengah ni siling nya tinggi melangit
Di tambah pulak ada bocor.
Kalau hujan memang habis la basah
Nasib badan duk rumah sewa
Macam ni laaaaaa

Sebenarnya bilik ni kami jadikan bilik tetamu jugak
Walaupun teramat lah jarang nak ada tetamu bermalam kat rumah kami ni
Tapi kalau ada tu bole je tumpang tido bilik ni.





Taraaaaa...
Sebelum ni guna cadar kartun Angry Bird
Sekali sekala ubah selera pulak.
Guna cadar merah Mak Ngah
Hehehehe
 

 
Susun atur atas almari baju.
Saya rasa macam dh semak atas ni.
Tak suka letak banyak2 barang.
Nampak berserabut.
Tengah fikir mana nak susun semua ni...
 
Mainan Indah
 
 Meja belajar.
Motor tu pun semak je mata mama tengok
 
 Almari pakaian
Berserabut nampak
Kena fikir unt improve susun atur lagi
 
 
Mainan lagi.
Kawasan ni paling bersepah
Kena selalu kemas



Tengah kumpul idea dan semangat untuk kemas kan lagi bilik anak ni.
Korang perasan tak...dekorasi yang langsung takde dalam bilik ni.
Memang eden ni biol sikit bab mendeko
Kalau ada cadangan dan idea sila la lontarkan ye.












Thursday, October 30, 2014

Rahsia kulit wajah saya gebu gebas cerah berseri

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Harini nak cerita pasal diri sendiri.
Pada zaman dolu2 kulit wajah saya memang hancus
Bukan sikit2 hancus tapi memang sangat teruk
Muka saya jenis yang tak ada jerawat tapiiiiiii
Masalah kulit muka tak sekata
Memang super duper teruk la
Nak keluar pun malu sampai kena tempek bedak banyak2
Betapa la saya sangat stress.

Korang tak caya?
Meh saya tunjukkan muka saya suatu masa dahulu.




Waaaaaa....
Rasa nak nangis tengok wajah sendiri
Ni tahun 2011 klu tak salah saya
Sangat kusam dan teruk kan
Jerawat takde tapi kulit tak sekata dan nampak sangat la tak bermaya

Ni lagi satu gambar
Korang telek la sepuasnya
Memang teruk!!!
Kusam !!!
 
 
Tapi...
Tu semua dulu.
Saya yang dulu bukan lah yang sekarang
 
 

 
Alhamdulillah
Taraaaaaa
Lain tak lain tak?
Alaaaaaa
Ni Camera 360 la
Betul!!!
Memang yg ni sy guna Camera 360 Effect
 
 
 
 
Cuba bezakan gambar yang ni dengan yang atas
Ada beza tak?
Yang ni 100% original
No edit no effect
 
 
Susah nak bezakan?
Meh saya tunjuk
 Kiri - No effect atau edit
Kanan - Camera 360 Effect


Sekarang saya dah tak malu lagi.
Kulit dah ok
Cerah sekata
Alhamdulillah
Nak keluar rumah tak payah nak susah2 tempek bedak tebal seinci kata orang
Tangkap gambar tak guna effect pun dah comei
Kawan2 yang rapat dengan saya memang tegur sebab perubahan ni
Dan diorang pun join sekaki nak cantik
Hehehehe

Saya tak kedekut.
Saya share apa yang saya guna
Korang yang rasa nak kulit mulus gebu gebas meh kita pm
Nak respon laju2 korang wasap je 0192843010



p/s: Yang baik2 kita kongsi bersama






Wednesday, October 29, 2014

Realiti di sebalik kemasnya sebuah rumah

Bismilllahirramanirrahim
Assalamualaikum

Asyik2 citer susun sana atur sini je kan.
Meh harini kita tengok realiti sebenar
Hahahaha...
Gelak jahat ni

Rutin harian memang mengemas rumah
Tapi kadang tu tak terdaya juga bila ada anak kecik ni kan
Takkan 24 jam nak mengemas je kan
Letih jugak.
Sekali sekala tu begini la rupanya....



\
 
Haaaa...siap bawa keluar mixer segala bagai
Nak buat roti ke kek mama pn tak pasti
Yang pasti berteraburrrrrrr




Yang ni duk iron kain baju tgh2 rumah
Acaner?
Rumah dah la secoet je.
Pasrahhhh...


Yang ni memang mama berangin satu badan
Nak buat burger katanya
Playdoh melekat kat lantai
Adoiiii la

Hati kena banyak2 bersabar bila ada anak kecil
Bila dah siap main kena ajar dia kemas
Tapi kita pn kena kemas sekali
Kalau dia je yg kemas memang tak kemas la jawabnya.

Bila suruh main dalam bilik banyak alasan.
Sekali sekala je mama bg main kat ruang tamu
Biasanya memang diorang berkubang dalam bilik je
Pasrah jugak bila bilik dh jadi kapal karam.


Realiti kehidupan  (^__^)
Tapi...ada je kan org yang rumahnya sentiasa kemas.



Tuesday, October 28, 2014

Susun Atur : Wayar TV

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

Sekian lama menyepi harini baru muncul kembali. Dah macam lirik lagu pulak. Hehehe entry pertama bulan Oktober 2014. Ok lets straight to the entry.




Cerita susun atur lagi.
Jangan ada yang bosan ye
Almaklum tuan tanah kedaung dah terjebak dengan geng susun atur.
Asyik nak meyusun je keje nya.

Minggu lepas Encik suami kene kerah pasang 'cable casing' ni.
Berbulan jugak rasanya menahan sakit mata menengok wayar berselirat.
Huishhh memang kena banyak2 bersabar.
Akhirnya berjaya jugak kemas.
Horeyyyy!!!







Kemaskan...
Dah tersembunyi semua wayar2 yang berselirat sebelum ni
Takde la sakit mata ni.
Aman bahagia rasanya.








Korang...
Meh sini nak tunjuk kan perbezaan sebelum dan selepas.

Haaaa....hambik kau!!!
Nampak kan betapa berserabut wayar2 tu kan.
Bila dah di kemaskan baru la lega jiwa ni.
 
 

notakaki :  Apalagi korang2 yang wayar berselirat berserabut sampai senak urat perut tu p kemas cepat2.


 




Friday, September 19, 2014

Susun Atur : Peti Ais ( Bahagian Beku)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Wahhhh baca tajuk memang gempak kan. Macam besarnya projek aku kan. Susun atur dalam peti ais aku je pun. Saja nak kongsi dengan korang walaupun aku tahu peti ais korang 200% lebih tersusun drp aku. Hehehehe....



Macam ni je susun atur nya. Dalam bekas biru kat bahagian atas tu memang aiskrim anak2. Yg bekas bawah tu pulak freezermate Tupperware isi bahan mentah. Harini dah Jumaat memang stok tak banyak dah. Ada udang, sotong, ayam, dan ayam hancur je. Sikit2 je semua tu...Pastu aku isi jugak fun fries dan daging burger dalam tu. Yg kat dalam tipuware lutsinar belakang tu ialah perencah mee goreng mamak kawan aku bagi. Sebab aku teringin sangat nak makan mee goreng abang dia tapi abang dia takde g mekah tu yang dia bagi perencah ni. Alhamdulillah rezeki...

Itu je susun atur peti ais bahagian beku aku. Bahagian bawah aku belum kemas nanti aku kemas aku cerita kat korang ye. Kena jenguk group Kami Suka Susun Atur ambil mood.

Sekian



Wednesday, September 17, 2014

Popia basah dan Sup Mamak Best in Town.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Semalam 16 September 2014 cuti Hari Malaysia. Kitorang ni kalau hari cuti mana boleh duduk rumah. Panas vontot. Plan asal nk berpiknik kat PD. Tapi tak jadi sebab cuaca mendung dan hujan rintik.

Kebetulan pulak minggu ni cik Puan mengidam nak makan popiah basah. Daripada hari Sabtu lagi punya teringin nak makan. Biasa la tekak org mengada-ngada kan lebih teruk daripada orang mengidam tau. Pak encik tak kuasa nak layan buat popiah basah. Google je mana tempat best jom kita gi katanya. Google2 terjumpa la kat sini....

RESTORAN HUSSIN SUP & POPIA, SETAPAK

Dengan bantuan papazola, papago, waze dan sebagainya sampai juga kami ke situ. Kalau takde bantuan kompom x jumpa. Susah jugak nak cari sebab Setapak ni besar jugak kan. Pastu restoran ni tersorok sikit. Bukan kat jalan besar...

Jom layan gambar kitorang ...

 Popia basah terbaik. Memang sedap. 1 set RM1.40 (2pcs)
 


 Pak encik nak makan sup ayam dengan nasi putih.
Memang tak pandang kiri kanan dah.
Saya kat depan pun dah tak pandang. Hahahaha
 


 Budak bajet encem ni makan sup ayam cicah roti.
 
 Budak bajet comei ni makan maggi goreng
 
 Pinggan popia licin. cik puan dah ngap 2 set. Hehehehe
 


Amacam...? Bestkan tengok kitorang makan. Memang best pun. Kalau korang nak pegi bole klik kat sini untuk bantuan. https://maps.google.com/maps?daddr=3.188250902314477,101.70224189758301

klu taknak guna bantuan google...sy bagi direction korang cari lah sendiri! Dari Bulatan pahang tu terus je sampai susur ke Jalan Gombak. Bawah jejambat tu ada lorong kecik, jalan masuk ke Masjid Jamiul Ehsan. Kedai ni betul2 depan masjid tu. Selamat mencari!!!





IKLAN