MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Friday, November 28, 2014

Hari Anugerah Cemerlang Pasti : Putra dah grad!!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Alhamdulillah
Anak mama dah grad
Selepas dua tahun belajar di Pasti Ummu Hasanah

                                                    Tok Ketua Kampung sampaikan sijil


 Peace!!!
Saya dah grad. Alhamdulillah
 
 
 Ini kawan saya...
Nama nya Siti Fatimah Az-Zahra
Umur dia 5 tahun
Saya suka kawan dengan Fatimah sebab dia baik hati dan cantik
 
 Terima kasih banyak-banyak buat Mualimah semua.
Mualimah Ijan
Mualimah Lina
Mualimah Nisa
Semoga Allah memberkati dan membalas semua jasa baik mualimah
 
Last but not least
Mama pn nak bergambar kenangan dengan semua mualimah yang banyak berjasa ni.
Semoga ilmu yang di berikan akan di manfaatkan oleh semua anak2 Pasti Ummu Hasanah.
Alhamdulillah.
Jazakallah mualimah.
Semoga Allah memberkati kalian semua
 
 



Anak mama nak keluar rumah mesti pakai seluar panjang.
Alhamdulillah dah mula faham pasal aurat.
Nak masuk bilik air mesti baca doa dan pakai kopiah atau tutup kepala dengan towel (buang air besar)
Makan minum berdoa dan duduk
Suka berzikir dan bernasyid

Alhamdulillah syukur.
Walau anak mama tak sehebat orang lain yg speaking mat saleh mcm makan popcorn, tapi anak mama faham hukum Allah dan 'kenal' Allah.
Semoga terus membesar dengan kasih sayang Allah. InshaAllah.

::Bila abang dah besar nanti dan baca tulisan mama ni ketahui lah abang bahawa mama sangat berbangga melahirkan dan membesarkan abang. Syukur Allah berikan yang terbaik untuk abang. Cukup sempurna. Teruslah belajar mengenal Allah. Kejar lah akhirat inshaAllah dunia pasti akan ikut. Mama akan lebih berbangga jika abang mampu menghafal Al-Quran berbanding Ensiklopedia. Ketahuilah wahai anakku Muhammad Darwisy Shahputra doa mama sentiasa mengiringimu setiap waktu. Semoga menjadi anak yang soleh buat mama dan papa.








1 comment:

Fazidawani said...

Tahniah dah dapat sijil tamat tadika. anak awak sebaya dengan anak saya juga. tahun depan dah masuk tahun 1.
salam perkenalan.
jemput ke blog www.ddiamondvitshop.blogspot.com

IKLAN