SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

~My All~

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 11, 2009

Syukur...

Alhamdulillah...baru je dapat tau ada rezeki lebih untuk kami. Syukur sangat ya Allah. Walaupun tak banyak tapi kami tetap bersyukur. Mudah-mudahan rezeki kami semakin banyak.
  • notakaki: seronok sangat!!! bleh la beli apa yang patut. simpan sikit...hihihi.

Thursday, November 5, 2009

Tak de maknanya...

Rasanya cita-cita nk jadi SAHM tak kan kemana...sebabnya, baru setengah hari ni aku duk rumah melayan karenah bujang senang ni dah rasa macam nak pitam. Serius...penat sangat. Aku mengemas kat sini...dia sepah kat sana. Duk sekejap tumpahkan air. Baru siap lap lantai tumpah biskut pulak. Aku duk berehat layan TV dia masuk bilik...selongkar buku2 aku pulak. Hadoiiiii. Macam nak hantar je dia ke rumah ibu. Aku masuk bilik air melepaskan hajat...berdentum pintu bilik air dia ketuk, menangis tak ingat. Aku nak sidai baju, dia menangis nak dukung...ajak deda. Macam-macam hal la. Aku hari ni sempat tenggek nasi je. Tu pun nasib baik guna rice cooker kalau tak...tak tau la. Lauk sempat beli je. Hahahahaha....macam mana nak masak kalau macam ni. Mau aku pengsan. Sempat aku membloggong ni pun sebab dia baru je kekenyangan deda...aku on aircond terus tido. Alhamdulillah...lega sikit. Ni dah separuh hari, rumah belum berkemas. Memang tak tahan la kalau tiap2 hari gini. Aku rasa aku keje lagi sedap. Balik petang je nak melayan karenah dia. Paling2 2-3 jam dia dah tido. Aku pn dapat rehat. Puas la minggu ni aku jadi surirumah sepenuh masa sebelum start keje next week. Cuti pn macam tak cuti, lagi penat adalah. Rasanya budak yang duk dgn orang memang cam tu kot. Bila mak dia ada, dia pun mula la buat perangai. Tak pe la...layan je la. Next week back to normal routine. Tapi sesekali ingat...best jugak melayan dia. Bukannya selalu dapat macam ni. Bahagia nya la kalau duk rumah je duit masuk ribu riban dalam akaun. Huhuhuhu...
  • notakaki: kalau keje nak cuti...bila cuti penat pulak.

Wednesday, November 4, 2009

SAHM...best ke?

Wah bestnya dapat berehat kat rumah. Tak de nak pikir masalah keje...(sementara je nih). Kalu bleh duk rumah jadi SAHM kan best...
  • notakaki: sori ler entry pendek secotet. tetiba sakit peyut. daaa

Thursday, October 29, 2009

Belum lagi daaa

Hari ni pun belum ke? Aku dah makin tension ni...Hati dah memberontak nk moping shopping esok. Nak kena pinjam dengan asben ke...guna kad hutang? Alahai...
  • notakaki: ~berhenti berharap~

Wednesday, October 28, 2009

Bila ?

Plan hari Jumaat nak g shopping...tapi hari ni belum gaji lagik. Bosannyaa!!!
  • notakaki: patutnya hari ni gaji kuar, tapi bos tu buat2 bizi lak nk sign chq. Perasaan ku hampeh. Tak de mood nk buat list shopping-moping

IKLAN