MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Saturday, November 21, 2009

November rain

Wah…tajuk cam gempak je. Ye la sekarang ni kan musim ujan. Pakaian bersidai banyak tak kering yang menunggu turn nak masuk machine pn banyak. Aduh, kena plak Putra 2-3 hari ni tak sihat. Muntah atas katil dah bertukar-tukar cadar pulak. Sama je cam kisah dgn si Ealyie tu. Huhuhuhu…

Gambar: ihsan pakcik Google

Tadi aku baru je siap basuh 3set cadar, dgn 1 selimut. Mana nak sidai??? Dah pening…ampaian aku yang berkurun tu  dah reput siap tumbang minggu lepas. Dah ku suruh suami angkut buang kat tong sampah. Ni duk berkira-kira nak pi sidai kat pagar belakang tuh. Hahahahahah…tapi takut plak security sound. Ye la…kalau tak, mana nak sidai kan?

  • notakaki: minta2 la hari ni panas sampai ke petang.

Monday, November 16, 2009

Bila aku sudah fenin...

Tak tau.....feninn la. Mau buat satu keputusan yang susah!!! Susah bila keputusan tu boleh buat orang rasa susah. Jadi senang bila keputusan tu orang rasa senang tapi kita rasa susah. Apa ni?? Adooooiiiiiiiiiii. Sakit jiwa nk fikir and buat keputusan.
  • notakaki: idea ke lain, otak pusing ;p

Friday, November 13, 2009

-sakit-

Hari ni dah Jumaat, plan untuk berpoya-poya dh siap dalam kepala. Hahahaha. Tapi en drebar cuma bersetuju untuk ke Jasko je. Jasko OU, Jasko Midvalley, Jasko Bikit Tinggi? Mana satu Jasko tak tau... Tapi mood nk berpoya-poya tu hilang sebab aku SAKIT GIGI hari ni...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
  • notakaki: cepat la baik wahai gigi. aku ni dah la penakut nk jumpa dentist

Wednesday, November 11, 2009

Syukur...

Alhamdulillah...baru je dapat tau ada rezeki lebih untuk kami. Syukur sangat ya Allah. Walaupun tak banyak tapi kami tetap bersyukur. Mudah-mudahan rezeki kami semakin banyak.
  • notakaki: seronok sangat!!! bleh la beli apa yang patut. simpan sikit...hihihi.

Thursday, November 5, 2009

Tak de maknanya...

Rasanya cita-cita nk jadi SAHM tak kan kemana...sebabnya, baru setengah hari ni aku duk rumah melayan karenah bujang senang ni dah rasa macam nak pitam. Serius...penat sangat. Aku mengemas kat sini...dia sepah kat sana. Duk sekejap tumpahkan air. Baru siap lap lantai tumpah biskut pulak. Aku duk berehat layan TV dia masuk bilik...selongkar buku2 aku pulak. Hadoiiiii. Macam nak hantar je dia ke rumah ibu. Aku masuk bilik air melepaskan hajat...berdentum pintu bilik air dia ketuk, menangis tak ingat. Aku nak sidai baju, dia menangis nak dukung...ajak deda. Macam-macam hal la. Aku hari ni sempat tenggek nasi je. Tu pun nasib baik guna rice cooker kalau tak...tak tau la. Lauk sempat beli je. Hahahahaha....macam mana nak masak kalau macam ni. Mau aku pengsan. Sempat aku membloggong ni pun sebab dia baru je kekenyangan deda...aku on aircond terus tido. Alhamdulillah...lega sikit. Ni dah separuh hari, rumah belum berkemas. Memang tak tahan la kalau tiap2 hari gini. Aku rasa aku keje lagi sedap. Balik petang je nak melayan karenah dia. Paling2 2-3 jam dia dah tido. Aku pn dapat rehat. Puas la minggu ni aku jadi surirumah sepenuh masa sebelum start keje next week. Cuti pn macam tak cuti, lagi penat adalah. Rasanya budak yang duk dgn orang memang cam tu kot. Bila mak dia ada, dia pun mula la buat perangai. Tak pe la...layan je la. Next week back to normal routine. Tapi sesekali ingat...best jugak melayan dia. Bukannya selalu dapat macam ni. Bahagia nya la kalau duk rumah je duit masuk ribu riban dalam akaun. Huhuhuhu...
  • notakaki: kalau keje nak cuti...bila cuti penat pulak.

Wednesday, November 4, 2009

SAHM...best ke?

Wah bestnya dapat berehat kat rumah. Tak de nak pikir masalah keje...(sementara je nih). Kalu bleh duk rumah jadi SAHM kan best...
  • notakaki: sori ler entry pendek secotet. tetiba sakit peyut. daaa

IKLAN