MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday, November 2, 2011

Part 4 - Dari alam rahim ke alam dunia

Sambung lagi....

Mama hampir2 nk kena induce.
Panjang sangat ceritanya.
Mama pendekkan yer.

EDD (LMP) mama 05.06.2011
Tarikh scan 22.06.2011
Tak ke jauh bezanya tu kan?
Doktor yg scan mama advice suruh minta doktor kat klinik desa tukar tarikh EDD mama.
Ikut tarikh scan.
Bila mama bgtau doktor, dia tak nak ubah katanya kita ikut LMP.

Mama tak kisah pun asalkan semuanya selamat.
Check up macam biasa dan sampai ke tarikh 5.6.2011 tu masih tak de tanda2 adik nak keluar.
Nurse bg tempoh seminggu, pastu kena refer hospital unt induce katanya.
Pada 12.6.2011 tu, adik masih steady dalam perut mama.
So, terpaksa la kita pegi hospital.
Alhamdulillah....
Doktor kat hospital tu check balik buku merah mama, check semua scan.
Dan dia berani untuk ubah tarikh ke 22.06.2011

Kita pulang ke rumah dengan gumbiranya.
Dalam masa tu, mama selalu bercakap dengan adik.
Abang Putra pun selalu tanya adik.
Adik cepat la keluar, adik bila nak keluar?
Adik ingat tak masa abang tanya tu? Hihihihi

Mama jugak time tu dah tak larat sangat dah.
Bayangkan berat mama masa mula2 mengandungkan adik hanya 45kg.
Sekarang pada trimester ke3 ni berat mama dah mencecah 64kg.
Fuhhhh!!!! Mengah.
Rasa nak adik cepat2 je keluar.
Barang2 adik mama dah standby dalam kete.
Anytime sakit straight je ke hospital.

Proses melahirkan adik bermula.
Mama dah mula rasa contraction pada 20.06.2011 pagi.
Rasa sikit2 je.
Tapi tak de tanda. Mungkin sama macam abang dulu jugak.
Mama bertahan lagi.
Waktu tu kita sempat gi jenjalan lagi adik.
Papa bawa mama jalan2 supaya adik senang keluar.
Kita pegi makan-makan, jalan-jalan sampai la petang.
Petang tu mama dah mula rasa kuat sikit contraction tu.

Dalam pukul 6ptg kita pegi hospital dan bukaan mama baru 2cm.
Doktor suruh balik.
Aduh...mama dah sakit di suruh balik. Wad penuh...biasa la hospital kerajaan kan.

Kat rumah dalam pukul 10 malam tu memang mama dah sakit sangat.
Terlalu sakit. Kuat betul contraction sehinggakan mama menangis.
Apa lagi...terus ke hospital la kita dalam pukul 11.30mlm tu.
Adik memang dah nak keluar....mama dah buka 5cm
Tak lama sayang....sakit mama semakin kuat.
Mama terus panggil nurse dan nurse terus tolak katil ke Labour room.
Baiknya nurse tu....tapi mama tak sempat tgk nama dia.

Cuma 3 kali push adik pun selamat.
Masa tu mama tak sabar nak tau girl ke boy?
Bila nurse tanya, scan haritu nmpak tak jantina dia?
Mama cakap tak nampak.
Dia tanya lagi. Anak sulung lelaki ke perempuan?
Mama jawab lelaki.
Dia senyum. Dia angkat dan tunjuk kat mama.
Haaaaaaaa...........girl :)
Alhamdulillah dapat sepasang.

21.06.2011 jam 1.46 pagi dengan berat 3.06kg
Lahirlah anakku.


Syukur ya Allah.
Engkau permudahkan segalanya.
Engkau anugerahkan kami zuriat yang sempurna.

~orang yang paling happy malam tu mesti la abang Putra~

6 comments:

Ietams said...

tercari² gak mane part 3 nya fara..
mmg dari part 2 terus ke part 4 eh,.. ke saya tersilap pandang..

syariza09 said...

sib baik senang gak bersalin tu 3 x push jer...slmt dh smuanya

~~*Lady Salwa*~~ said...

Teringat masa bersalinkan anak ke-2... Sama la, sampai bersalin tak tau jantina anak...

Dah selamat bersalin, doc tanya kat suami nampak tak jantina anak. So, suami la yang bisikkan ke telinga "perempuan"... masa tu senyum sampai telinga rasa... hehe

Fara said...

ita: hahaha part 3 schedule salah letak tarikh...hihihihi

Fara said...

kak riza: alhamdulillah...mudah sungguh. maybe sbb dh ada experience kan.

Fara said...

ladysalwa: erm...memang nk surprisekan kita la tu. sungguh, fara pn excited sgt bila dh bersalin tu. xsabar nak tau...

IKLAN