MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Sunday, February 15, 2009

Mee Rebus

Hari ni suami terchenta ku offer nk masak MEE REBUS. Apa lagi...Layan la!!! Aku sure ramai dah tahu nk buat mee rebus ni, tapi saja nak kongsi jugak resepinya. Sila la cuba sendiri ye :)

Bahan-bahan:

  • 1 paket mee kuning ( dicelur)
  • 17 gram udang kering (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 6 ulas bawang besar (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 15 tangkai cili kering (dikisar)
  • 2 biji keledek (direbus dan dikisar)
  • 4 sudu besar rempah kari daging
  • Air (agak2 ler...)
  • Udang (suka hati nk letak byk mana)
  • Garam & gula secukup rasa

Cara membuatnya:

Tumis semua bahan kisar, dan serbuk kari sehingga naik bau. Masukkan air dan keledek dan masak hingga mendidih. Tambah garam dan gula secukup rasa. Hidang kan bersama taugeh, sawi, dan kobis. Hiaskan dengan limau nipis dan telur rebus (jika suka)

4 comments:

ietams said...

bestnye cek suami masak spesel

Fara said...

:) nak rasa?? Jemput la datang rumah. Cik abe kita mmg suka memasak.

naz ilyn said...

salam...
alahai cik abang fara kusyuk memasak sampai tak sempat pakai baju... hihihi... tapi mee rebus memang best.

Fara said...

chef ni kalau kat rumah mmg itu la uniform dia:) hehehe...

IKLAN