MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Tuesday, July 1, 2014

Puasa : Putra belajar berpuasa


Bismillah. Assalamualaikum
Selamat berpuasa kepada semua. Harini dah hari ketiga di bulan Ramadhan, Alhamdulillah.
Biasanya di bulan Ramadhan sana sini Bazaar Ramadhan kan. Korang dah menjejaki bazar Ramadhan?Setakat hari ketiga ni kami suami isteri berjaya mengelak bazaar Ramadhan. Nak masak sendiri katanya. Bukan apa kitorang ni kalau ke bazar 10 jari tak cukup. Rambang mata. Tambah pulak I ni sekarang hormon makan tu berlebih-lebihan la pulak, Pantang nampak makanan mesti nak. Sebab tu dah semakin kembang gebussss gitu. Bila nak kurus macam ni?

Tajuk dah lari. Nak story mory pasal anak jantan sorang tu dah melalut kisah bazar pulak. Ok jom balik ke pangkal jalan. Hehehehe...

Hari pertama sebelum sahur tu beriya-iya dia remind mama untuk kejut dia bangun sahur, esok nak puasa katanya. Tapi hari tu mama dgn papa ko terlambat bangun la pulak. Adui laaaa....tak sempat nak panaskan lauk apalagi nak masak maka kami laki bini makan kurma dan minum air cincau je. Bila kejut dia bangun nak ke sekolah pagi tu menangis2 la dia sebab tak sempat sahur. Maka bersarapan la dia dengan muka tension kat mama papa.

Sampai ke petang dia punya stress tu smpai mama pun tumpang stress jugak, Hadoiii la anak. Malam tu kemain lagi dia ingtkan mama untuk kejut dia bangun sahur. Siap pesan " mama nnt kejut abang sahur tau. kalau abang tak bangun mama simbah je air". Hamboiii ko sampai nak suruh mama simbah air bagai.

Malam sahur kedua. Papa masak chicken chop untuk sahur. Wahh memang berselera kami laki bini makan, sampai licin pinggan. Tetiba anak jantan yg aku kejut mcm nak roboh rumah tadi tu terbangun la pulak. Tadi tak nak bangun. Apalagi mencuka la muka dia. Nak jugak sahur tapi chicken chop dah habis mama papa bedal. Huahuahua...

Sebenarnya mama ni tak berapa konfiden nak bagi anak puasa sebab tu mama tak paksa dia bangun sahur. Ye la baru 6 tahun dan tak berapa faham lagi erti puasa yang sebenar. Kalau bole tak nak paksa dia berpuasa tapi dia sendiri yang nak sangat berpuasa.Mungkin mualimah dan kawan2 kat Pasti cerita pasal puasa tu dia jadi eksited nak berpuasa.

Oklah...bincang2 dengan papa malam tadi kejut dia bangun sahur. Memang susah sikit nak bangun tapi bila dah bangun cuci muka dia nampak ok dan seronok nak bersahur. Papa panaskan nasi tomato dan ayam masak merah lebihan berbuka tadi. Berselera jugak di makan, habis sepinggan. Alhamdulillah. Makan sebiji kurma minum air masak lepas tu sambung tidur balik. Lega mama, bangun pagi ni takde yang mencuka lagi. Hehehehe...

Kita tunggu dan lihat berjaya ke tak dia bertahan sampai petang. Memang mama tak pernah paksa dia. Ikut kemampuan dan ketahanan diri dia la. Maktok dia pun sms jangan paksa2 cucu dia puasa. Idok le mak oiiii. Risau sangat kita dera cucu dia tu.

p/s: Mama catat ni supaya satu hari nanti abang boleh review balik bila abang mula berpuasa dan macam mana abang belajar berpuasa.










No comments:

IKLAN