Salam semua. Di kala kita semua bergembira menyambut tahun baru dengan pelbagai hiburan, hadiah, dan dentuman bunga api. Tapi alangkah sedih dan pilunya bila mengenangkan penderitaan saudara se ISLAM kita yang sedang menderita di Palestine. Sebenarnya, hati ku ini sangat tersentuh mendengar khatib membaca doa ketika Solat Jumaat (TV1) tempoh hari. Semua yang mengaminkan doa itu turut sama sedih dan menangis. Dan jauh di lubuk hati memang kita mengharapkan pembebasan untuk sahabat2 kita di sana.
Dan rakyat Palestine juga telah mengisytiharkan jihad... Marilah sama2 kita panjatkan doa buat saudara2 kita. Selamatkan ISLAM di bumi Palestine. ALLAHUAKBAR!!!!!
"Sebenarnya, aku mengenali seseorang dari Palestine. Walaupun mengenalinya melalui YM, tapi insyaAllah aku memahami penderitaan yg selalu di ceritakan. Semoga dia tabah mengahadapi
dugaan yang sangat hebat ini. Dan terdetik juga di hati ini, nasib sahabatku
di sana. Semoga dia selamat, insyaAllah"
2 comments:
mudah-mudahan selamat semuanye..
Salam...
moga sahabatmu dan juga seluruh rakyat palestine dilindungi oleh Allah dan selamatkan buminye.
Post a Comment