MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Tuesday, September 1, 2009

Putra tak sihat

Entah kali yang ke berapa pun aku dah lupa. Sebab dah kerap sangat Putra tak sihat sejak aku mula keje dan hantar dia ke babysitter. Sabtu lepas, Putra demam + muntah + cirit-birit. Tengah malam...tengah sedap tido, tetiba je aku terjaga. Rasa macam Putra rimas. Tup tup dia bangun dan terus bueekkkkk atas katil. Habis la semua cadar, bantal. Terpaksa la aku bangun, bersihkan badan Putra, tukar cadar semua. Tunggu sekejap, Putra pn nampak mcm mengantuk lagi. Mungkin dh Ok kot fikir aku. Tak sampai seminit dia baring...muntah lagi. Kali ni kurang sikit dari muntah yg first. Mula dia menangis...Kesian dia, mata mengantuk tapi perut tak sedap agaknya. Terpaksa lah aku tukar lagi cadar, tukar baju Putra. Tak sempat nak siap tukar cadar...Putra muntah lagi. Dan kali ni...aku bangun terus siap dan ajak papa ke hospital. Dah mula risau, sebab Putra dah naik lembik sebab dah banyak kali muntah. Terus kitorang bergerak ke hospital Sg Buloh. Pukul 2 pagi kat hospital. Lama nya menunggu doktor sempat Putra muntah 2 3 kali lagi. Masuk bilik doktor...bukannya periksa apa pun...just tanya2 and doktor cakap, tak de apa2 cuma keracunan makanan jer. Ubat pun dia bagi 1 jer..ubat tahan muntah. Okey fine...kitorang gerak balik rumah. Cepat2 papa panaskan lauk untuk sahur. Putra dalam pada tido tu...muntah lagi. Aduhai...mama ni pun dah letih. Menukarkan baju, cadar semua... Lepas subuh mama dan papa terlelap sekejap. Sedar2 Putra dah bangun. Mama ingat dia dah sihat...tapi tak lama tu dia minta 'deda'. Sekejap tu...muntah lagi. Alamak...belum sihat ke? Kali ni mama ajak papa pegi klinik pulak. Alhamdulillah lepas ambik ubat klinik, Putra nampak semakin OK...dia dah sihat. Lega rasa...muntah dah xde. Selera makan pun dah ada.
  • notakaki: sabtu..ku EL, bos plak menyalak. Apakah?

2 comments:

cik seLamaH KunDang said...

ok ler tuh dah sihat dah

Ietams said...

siyan putra..
tapi takpe, dah okey tu! leh lompat-lompak lagi..

IKLAN