MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday, September 30, 2009

Luahan hati~ teremosi la pulak

Korang...aku sedih tau. Tengok gambar korang semua ada mak, ayah, adik, abang, kakak. Aku? Huhuhuhu....cuma ada suami dan seorang permata hati yang sangat nakal dan comeii ittew. Di mana wahai kaum kerabat aku? Sesungguhnya aku hanya sebatang kara. Itu yang patut aku mengerti, fahami, dan terima hakikat ini. Sesekali merenung kehidupan ni, sebenarnya aku sedih sangat. Ye la...tak de adik beradik. Yang ada cuma...mak. Tapi syukur la kan. Sekurang-kurangnya ada jugak seorang ibu. Tak ada sorang pun yang tahu hati kecil aku ini bergelora dengan rasa sedih mengenangkan nasib diri yang tak ada ayah. Langsung tak pernah dapat kasih sayang daripada ayah. Cepat sungguh Dia ambil ayah ku. Redha...hanya tu yang mampu terucap di saat jiwa mula mempertikaikan. Kawan-kawan sekeliling ni sentiasa tengok aku ceria dan gembira. Tak pernah aku tunjukkan kesedihan aku. Setiap kali aku sedih...aku selalu bersyukur dengan apa yang Tuhan beri pada aku sekarang. Kasih sayang daripada seorang suami yang tak pernah kurang. Kehadiran si manja yang amat membahagiakan hidup kami. Dan keluarga mentua yang sangat baik pada aku. Hidup aku dah sempurna!!! Tapi, di sebalik nya, aku masih menyimpan satu perasaan "sedih"....yang tak mampu aku ungkapkan lagi. Belum masa atau lebih tepat. Belum ada kekuatan untuk aku coret kan di sini derita yang aku tanggung dari dulu hingga kini. Kawan-kawan...doakan aku kuat, tabah hadapi ujian Allah.

Terima kasih ya Allah. Kau uji aku dengan dugaan yang hebat, tapi Kau titipkan aku seorang suami yang hebat juga. Dan Kau temukan jua aku dengan insan yang dah lama aku cari.Tempat menumpang kasih...siapa sangka di alam maya ini aku bertemu ''dia''. Terima kasih Ya Allah. Dugaan mu ku terima dengan hati yang redha.

notakaki: sori la teremosi pulak entry ni.

7 comments:

~ As ~ said...

jgn la sedih2 Fara...
meh add aku fesbuk "Puan Azmah"

~ As ~ said...

jgn la sedih2 Fara...
meh add aku fesbuk "Puan Azmah"

~ As ~ said...

jgn la sedih2 Fara...
meh add aku fesbuk "Puan Azmah"

Fara said...

as...okeh. tp tetap sedih huwaaaa

Ietams said...

alahaii sedihnye...genang air mata ai..
jgn sedih2..yer..

Fara said...

ietams...sediah dlm hati je.kt luar hepi cm biasa

Nazilyn said...

salam...
begitulah hidup ini penuh dengan dugaan laluilah dengan sabar sesungguhnya Dia maha mengetahui dan bersyukur dengan apa yang kita miliki.

IKLAN