MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Friday, August 28, 2009

Jimat tak?

Semalam (6 Ramadhan) gigih ku balik masak. Kelam kabut balik dari keje. Bulan puasa ni ofis ku bagi balik pukul 4.30. Dah la hujan lebat pulak petang semalam. Redah je la nak ke kedai beli bahan nak masak. Cadangnya nak buat kerabu taugeh, ayam masak pedas, kobis masak lemak. Tapi...bahan nak buat kerabu tak de pulak. Ku turn ke kedai sebelah beli kerabu mangga ready made. Balik rumah gegas masak ayam masak pedas and masak lemak. Senang je kan.

Oh lupa ku beli jugak...pengat pisang. Teringin...dah siap semua tunggu nak berbuka aje, datang pulak jiran aku menghantar bihun goreng semangkuk setupperware. Rezeki...

Air Ribena and teh o panas sejag. Alhamdulillah kenyang. Jumlah wang yang aku belanjakan semalam ialah: RM 7.50 jimat kan? Dapat makan sampai ke sahur.

Hari ni cadang nak masak mee goreng. Lauk semalam yg masih ada boleh panaskan.

notakaki: semangat nak berjimat :) sesungguhnya pembaziran itu amalan syaitan.

1 comment:

Siti @ nurie said...

tahniah..tahniah...mcm tulah namanyer bulan pose...he he he

IKLAN