Terima kasih ya Allah. Kau uji aku dengan dugaan yang hebat, tapi Kau titipkan aku seorang suami yang hebat juga. Dan Kau temukan jua aku dengan insan yang dah lama aku cari.Tempat menumpang kasih...siapa sangka di alam maya ini aku bertemu ''dia''. Terima kasih Ya Allah. Dugaan mu ku terima dengan hati yang redha.
notakaki: sori la teremosi pulak entry ni.
Wednesday, September 30, 2009
Luahan hati~ teremosi la pulak
Korang...aku sedih tau. Tengok gambar korang semua ada mak, ayah, adik, abang, kakak. Aku? Huhuhuhu....cuma ada suami dan seorang permata hati yang sangat nakal dan comeii ittew. Di mana wahai kaum kerabat aku? Sesungguhnya aku hanya sebatang kara. Itu yang patut aku mengerti, fahami, dan terima hakikat ini. Sesekali merenung kehidupan ni, sebenarnya aku sedih sangat. Ye la...tak de adik beradik. Yang ada cuma...mak. Tapi syukur la kan. Sekurang-kurangnya ada jugak seorang ibu. Tak ada sorang pun yang tahu hati kecil aku ini bergelora dengan rasa sedih mengenangkan nasib diri yang tak ada ayah. Langsung tak pernah dapat kasih sayang daripada ayah. Cepat sungguh Dia ambil ayah ku. Redha...hanya tu yang mampu terucap di saat jiwa mula mempertikaikan.
Kawan-kawan sekeliling ni sentiasa tengok aku ceria dan gembira. Tak pernah aku tunjukkan kesedihan aku. Setiap kali aku sedih...aku selalu bersyukur dengan apa yang Tuhan beri pada aku sekarang. Kasih sayang daripada seorang suami yang tak pernah kurang. Kehadiran si manja yang amat membahagiakan hidup kami. Dan keluarga mentua yang sangat baik pada aku. Hidup aku dah sempurna!!!
Tapi, di sebalik nya, aku masih menyimpan satu perasaan "sedih"....yang tak mampu aku ungkapkan lagi. Belum masa atau lebih tepat. Belum ada kekuatan untuk aku coret kan di sini derita yang aku tanggung dari dulu hingga kini. Kawan-kawan...doakan aku kuat, tabah hadapi ujian Allah.
Gambar raye
Selamat Hari Raya Aidil Fitri daripada kami sekeluarga.
Amacam...gambar raya kami? Hihihihi....walaupun tak berapa nk sedondon, tapi masih dalam tema yang sama iaitu coklat. Ni lah satu-satunya gambar raya kami. Langsung tiada gambar lain pada hari raya ini...melainkan yang ini. Tu la akibatnya kalau beraya sakan. Ni pun ambik gambar dah petang. Dah abis beraya sebelah suami, on da way nak balik rmh tok...singgah kejap kat kedai gambar. Tapi nasib baik muka menten cantik....hihihihihi.(perasan la pulak!!!)
- notakaki: sungguh bahagia kami kan?
Monday, September 28, 2009
Selamat hari raya
Salam Aidil Fitri....semua orang dh sibuk2 mengupdate cite raya. Tapi aku? Bukan malas...tapi belum sempat. Sibuk dengan macam2 perkara. Sibuk nak beraya rumah sedara mara. Sibuk dengan segala aktiviti yang tak pernah habis. Banyak nk di ceritakan tapi...masih berkira-kira yang mana patut dan tak patut untuk di kongsi bersama.
Raya tahun ni penuh dengan suka duka...yang sukanya...banyak yang duka nya satu jer. Hmmmm...Apapun selamat hari raya buat semua. Nanti lah ku kumpulkan kekuatan untuk ku kongsi bersama korang. Sabar ye...
- notakaki: tetiba je mata ngantuk...
Wednesday, September 16, 2009
Bye-bye
Hari ni adalah hari yang aku tunggu sejak awal Ramadhan lagi....kenapa? Sebab hari ni kami sekeluarga...akan balik ke kampung. Yeayyyyy!!!! Nak beraya sakan kat Kedah. Semua barang dah siap kami packing semalam. Gigih suami ku lipat baju, basuh kain, kemas rumah. Bajet tak nak susahkan isteri terchenta la tu. Iye ke...ke dah tak sabar jugak nak balik kampung?
Tak kisah la apapun..asalkan perjalanan kita petang ni selamat sampai. Korang doakan kami selamat yer. Mudah-mudahan jalan tak jammed, cepat sampai kampung...Lagi-lagi tahun ni nak beraya dgn miss "viva" i tu...Kecil, comel, dan jimat minyak hendaknya, amin.
- notakaki: duit raya...belum dapat lagi daaa.
Tuesday, September 15, 2009
Cat baru sempena hari raya...
Berjalan meronda ke rumah Siti
nampak cantik berseri pulak "rumah" dia...macam tuan punya rumah. Hihihi...bodek skit :)
Ku pun bersusah payah mengecat rumah, tukar perabot, semua la nak tukar baru. Kan dah nak raya tak berapa hari lagi....
Kawan-kawan, cantik ke tak? Kalau korang nak tukar jugak klik je kat atas sebelah kiri. Ansuran mudah, tanpa interest tau. Cepat-cepat tukar perabot baru....!!!
- notakaki: rumah ini je berwajah baru...rumah sebenar cam ner?
Balik kampung...ho ho ho balik kampung
"...Balik kampung ho ho ho balik kampung..." dalam kepala aku sekarang ni hanya lah nak balik kampung. Nak buat keje pun dah rasa malas yang teramat sangat kerana jiwa raga bakul semua dah ada kat kampung. Lagi2 kalau mama aku setiap hari kol...lagi 20 hari nak balik...lagi 19 hari nak balik. Sampai la hari ni...esok dah nak balik....dah siap packing baju raya ke? Semua dia tanya...aku tak buat checklist tapi mama aku plak yang berchecklist bagai. Hahahaha...nampak tak, betapa seorang ibu itu sentiasa menanti kepulangan anaknda terchenta untuk beraya bersama...? Tapi, aku rasa mama aku terlebih excited sebab tahun ni tahun pertama dia nak beraya dengan cucu. Patut nya tahun lepas...tapi di sebabkan masalah teknikal kami beraya kat KL. So, tahun ni memang aku plan cantik sangat...sampai sanggup bertikam perut lidah dengan bos semata-mata nak cuti awal.
Balik nanti, lepas buka puasa aku kena packing semua barang...jangan ada yang tertinggal sudah. Esok lagi satu hari...balik keje je terus caucincau la....huhuhu dah tak sabar ni.
- notakaki: duit raya belum tukar daaaa
Friday, September 11, 2009
Berbuka @ Holiday. Villa.
Wanita-wanita cantik...hihihihi Maliki..Faradilah...makan x ingat dunia
Putra...mamam je dari tadi
Hihihi...ingat lagi keluarga hijau nak ke mana? Ha...ini lah tempat nya. Holiday Villa Subang. Majlis berbuka puasa untuk staff.
Boleh di katakan best jugak...sebab semua datang dan bawa famili lagi. Makanan, pada aku biasa jer, tapi kenyang la. Hahahahaha. Putra pun makan tak ingat. Pastu nampak plak swimming pool kat tepi tu. Mula la dia minta buka baju. Ada hati tu nak mandi....
Apapun...best la kami semua malam tu. Mana tau tahun depan aku berhenti ke...ada jugak kenangan dgn korang kan :)
Thursday, September 10, 2009
Wednesday, September 9, 2009
Kasut Raya?
Hari yang indah...09/09/09
Hihihihi...belum apa -apa dah ku tayang gambar makanan. Fuh ni mesti ramai yg tergoda. Baru tgh hari ni...mesti semua tgh kelaparan. Kisahnya...petang ni opis ku buat majlis berbuka puasa kat Hotel Ho.liday Vil.la Suba.ng Ja.ya. Sebab tu la aku ni terlebih excited...Hahahaha buleh makan smpai lebam. Kena pulak tu dengan tarikh hari ni yang sangat cute..09/09/09. Harap -harap nya semua berjalan lancar. Putra pun aku bawa jer...bila lagi nak belasah duit company kan? Perut ni memang tengah kosong...tengok lah nanti mampu ke kitorang aku makan sampai lebam macam opis mate aku duk heboh2 ni. Masing2 dah beria sakan nak serang...aku pn dh siap dah. Hari ni ingat nk tema "hijau" bertiga. Tunggu...
- notakaki: dengar citer ada bonus next week...horeyyyyyy!!!!
Tuesday, September 8, 2009
cuti raya
Ngeeee...mula2 pas aku submit form cuti ni. Big bos aku ngamuk...Mana boleh cuti awal!!! huhuhu..tak kira nak cuti jugak!! tak de la aku cakap cam tu depan dia kang tak de bonus plak.
Apa tak nya...aku cuti start 17hb sampai 27hb. Hahahahaha lama giler kan. Nak beraya sakan tau. Pastu dalam meeting puas la bos aku duk bercakap tak boleh cuti awal la itu la ini la. Aku tak kira...aku nk cuti jugak. Unpaid leave pn unpaid leave laa.
Akhirnya...big big bos kata ok laaaaa. Huhuhuhuhuhu.....Yahooooo!!!! Lagi seminggu nak balik kampung. Mama aku dah tak sabar nak jumpa cucu kesayangan tu. Korang dh apply cuti ker?
- notakaki: yey yey yey...nak balik kampung!!!
cuti nuzul quran
Semalam Selangor kan cuti nuzul quran. Jadi aku pun kat rumah je la melayan si bujang sorang tu. Papa dia keje...KL tak cuti kan...
Terasa rajin sikit semalam...so berbuka aku masak la. Mee goreng, cucur udang, kuah kacang, dan bubur kacang hijau. Bagi sikit untuk jiran2...
- notakaki: gambar lupa nk snap sebab dh penat bertungkus lumus masak ;)
Friday, September 4, 2009
JIMAT edisi suami ku...apakah?
~nenen dulu~
~ mama.....adik nk mamam jugak. angkat laaaa~
- Sebelum berbuka kena layan dulu anak bujang. Nenen kenyang2...bila time mama n papa nk berbuka dia tak kacau.
~air...teh panas (papa punya air - wajib)~
~oren sunkist~
~sambal sotong~
~ my peberet....kerabu mangga~
(jiran bagi)
Tengok la...penuh meja
Oh, ada ikan bakar dan kari ikan juga...Semua ni bukan aku masak tapi beli. Huhuhuhu. Semalam tak sempat la nak masak. Terpaksa pegi kedai dan bungkus dan bayar.
- Hari ni...? Rasa macam nak makan nasi tomato. Bungkus lagi agak nya. Misi nak masak sendiri tak kemana pun kan. Tapi ubah sikit...kali ni dah tak ke PaRam tapi, ke kedai peberet. Alahai lebey kureng laaaa....
- notakaki: kalau aku masak...hubby kata kesian. elok kita beli je JIMAT masa. apakah? aku nak jimat duit laaa
Subscribe to:
Posts (Atom)