MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday, June 16, 2010

Jalan-jalan ke Genting Highlands


Sabtu lepas...12 June 2010. Sepeti biasa kami memang tiada arah tujuan. Hanya keluar ke Subaidah Kota Damansara jer. Nak mengisi perut di pagi hari. Tetiba je En suami kata, jom kita gi Genting. MasyaAllah...rumah baru pindah tu tak sedar ke. Bersepah lagi tu. Erm...apa boleh buat stereng dgn minyak kat dia. Yang duduk kat sebelah ni diam jer la.


Waktu kami naik tu gerimis...sejuknya agak terasa. Sian Putra dah la pakai T shirt dengan short pant je. Aku pn pakai yang ado jer la. Tak bajet pn nak berjalan...Memang tak senonoh la laki aku ni. Nak berjalan langsung tak pernah plan. Sakit ati tau.


Nasib baik bila naik atas tu terjumpa butik Poney...gigih mama cari sweater untuk Putra, harus la yang bertopi...kan gerimis. Tengok la tu....dah tak sabar-sabar nak pakai. Hihihi.....Siap berposing lagi kat depan butik Poney tu. Tu dah tunjuk2 tu nampak mainan la tu.




Tapi bila dah sampai atas tu...rasa best la jugak. Ala biasa-biasa jer, takde la nak menggedik macam tak pernah naik Genting kan hahahaha. Hari cuti sekolah maknosia memang ramai. Ada la main 2-3 permainan yang Putra nak. Yang lainnya kami berjalan-jalan je. Papa ada hati nak bermalam kat Genting...tak kose mak nak melayan. Dah la sehelai sepinggan sepinggang ni. Putra tu nasib baik ada bawa beg Ben 10 tu ada isi 2keping pampes dgn sepasang baju. Kalau dia terpoopoo tak ke haru kalau tak bawa ape2.


Korang jangan geli yer tengok gambar2 kami ni. Hihihi....ini lah kisah kejadian yang tidak di rancang sama sekali. Sesekali tu teringin jugak nak bercuti-cuti Malaysia secara terancang. Bukannya apa...kalau merancang ni best sikit kan dari terjah macam ni.


Apa pun kami memang happy sangat hari tu...Anyway thank you papa walaupun main redah jer tapi at least dapat jugak spend time together and Putra pun fun sesangat. Kempis jugak la poket papa tu...hahaha.

  • notakaki : balik jer terbungkang...esok br bgun pepagi ngemas


8 comments:

~ As ~ said...

gila kaki jalan, asyik2 entry jalan...ahjahahaha...aku jeles tggu aku dah abis pantang..

Rizziela said...

Bestnya..
biasanya percutian yg x dirancang ni lagi best..sebab x plan kan

hajarus said...

hubby hajar pun hubby fara la sker klu nak p mane2 xdirancang pun terus jer pegi... tp nasib la biler pelawa tu still kat rumah lagi so sempat la nak bawa baju... hehehe...

comey putra... anyway dah lame hajar xnaik genting...

Fara said...

rizziela : best sbb ala-ala terkejut gitu....hihihi

as : hahaha....ko pn sama. selamat berpantang yer ;)

hajar : ye ke....klu kt rmh ok lgi, ni dh sampai ke mana baru nk cakap. mmg geram kdg2 tu

Ku Tak Sempurna said...

bercuti tak plan la yg selalunya menjadi.. kita ni, plan je memanjang.. tp last2 minit kensel.. lagi sakit ati tau.. hihihi.. mengadu kat org plak :D



.
.

tak cuba naik rolerkoster ke?? ;D

cik selamah kundang said...

gilala.ni melampau punya plan wei.skali jln genting.keji gila

Fara said...

KTS : hahaha.....rollercoster? si tecik ni nk campak mana yang oiii? naik ketapi bengong pusing2 dlm tu ada ler.


cik selamah: laki aku ler pny kaki....sampai ke genting. mmg x senonoh

Ietams said...

bestnye main terkejut-kejut dah berjalan jauh.
best ape mcm tu.. happy!

IKLAN