MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday, June 30, 2010

Anak mama


Budak busuk ni hari-hari minta nak gi skol dengan mama. Dah boring agaknya duk rumah dengan mama je. Hari2 kena marah kan? Sian dia. Mama cari taska yang paling dekat dengan rumah kita ni cuma ada REAL KIDS tu. InsyaAllah kalau papa approved dapat la Putra gi skol next year.

Nak buat "peace" tak menjadi....jadi hi five pulak.

Sekarang ni mama perasan Putra dah dapat banyak words. Dah pandai susun ayat...Tapi pelat sikit. Kelakar dengar dia bercerita kadang-kadang tu. Lagi satu, maktok mesti kena call Putra tiap-tiap hari...sekurang-kurangnya sekali. Dah pandai tau...bercerita dengan maktok ;) InsyaAllah kalau Putra gi skol mesti dapat belajar banyak lagi. Mudah-mudah jadi anak pintar dan soleh.


TAPI saya masih...................



  •  



  •  





*deda.......macam mana nak gi skol?
  • notakaki : bila Putra nak jadi abang...sedap je dia bahasakan diri dia "adik"?

Monday, June 28, 2010

Jiran baru, suasana baru, tapi saya tetap sama...


**Tajuk memang tak boleh blah. Hahahaha.

Baru je duduk rumah baru ni tak sampai 3 minggu pun rasanya. Alhamdulillah jiran-jiran kat sini nampak macam ok. Tapi saya memang tak kisah sebab saya ni jenis yang semua boleh masuk. Hihihi...biasa lah kebanyakannya semua lebih berumur dari saya. Ahaks!! Mula perahsan muda....

Alhamdulillah...semalam dapat jemputan kenduri cukur jambul dan khatam Quran anak jiran. Saya kan peramah...orang jemput mesti saya datang. Hihihihi...dapat jugak berkenalan kan. Macam tu lah saya, senang je dapat kawan.


 

Dah siap nak gi kenduri...

Baby tak cukur pun rambut sebab memang dah xder rambut. Hihihi....

Tapi saya takut jugak nak berlebih-lebih ramah mesra ni. Biasa-biasa je la. Tak nak orang kata sombong. Lagipun saya ni kan selalu je berjalan mana ada masa nak bergaul sangat. Setakat gitu-gitu layan je la. Papa Putra pun sekarang ni tak berapa suka mama join macam kat rumah lama dulu. Kalau tak sibuk memanjang...

  • notakaki : jiran oh jiran...saya tak sombong kan?

Senyum sampai telinga



Salam kawan-kawan. Mama tengah kembang kempis idung ni. Hihihi....Tetiba je yer. Bukan apa, bangga sangat dengan en suami tu...mcm yang ku update kat fb tu....tp xder la cerita kenapa. Sebabnya nak cerita kat sini ;)


Al kisah kejadian yang membanggakan itu....en suami berborak dengan abang yang datang pasang grill kat istana rumah kami ni. Rupanya abang tu baru je dapat baby girl. Aku dari kejauhan curi-curi je dengar. En. suami dengan bangga sambil bertambah kembang idungnya itu promote penyusuan susu ibu. "Anak saya dari baby langsung tak pernah minum susu tin....sihat, xder masalah. Kalau demam pun kejap je baik. Sampai sekarang ni pun minum susu mama dia lagi. Anak abang kalau orang rumah keje pun boleh bagi susu badan. Macam org rumah saya dulu. Pam je masuk botol...bla...bla..bla..." 

Memang panjang lagi yang en suami duk cerita. Semangat pulak tu. Bangga bangga...tak sia-sia beli majalah Pa&Ma dulu masa pregnant. Alhamdulillah...dia menyokong saya sepenuhnya. InsyaAllah untuk next baby pun kalau ada rezaki lagi mesti teruskan bf jugak.


  • notakaki : senyummmmmmmmm

Thursday, June 24, 2010

Dah terantuk baru terngadah~ nasib baik belum



Pastikan rumah anda selamat!!!  (sila abaikan tajuk yang tah hape-hape tu)

Bila baca berita ni pertama sekali terlintas kat kepala otak ni ialah...aku suka letak pencuci segala mak nenek berkaitan cuci di bawah sinki. Benda tu pulak terang benderang nampak, senang capai, senang segalanya. Sebab aku memang nak buat keje senang. Tapi macam rasa terantuk sekejap bila dah baca berita ni. Hurm...anak aku kecik lagi, bukan dia tahu nak beza ni botol sunlight, ni botol vanish, ni botol harpic...betul tak? Ya allah minta simpang perkara buruk pada keluarga aku dan kawan semua. 

Terus cakap kat papa Putra tadi...malam ni kita kemas , kita letak kat tempat yang tinggi yang susah nak capai. Biar susah sikit asalkan selamat. Ye tak? Korang baca la kat bawah ni. Klik klik. Yang baik kita kongsi bersama...yang tak baik saling ingat mengingatkan.  

Sesat ke hujung dunia...kembali ke pangkal jalan




Assalamualaikum...
Hari ni tak nak blogwalking dulu. Nak masukkan cerita kami yang masih panas. Hihihi....selalunya masukkan cerita yang dah lemau je kan.Sedar pon kan kan?

Tak de la sepanas cuaca kat luar tu. Sebenarnya tak de la apa pun saja nak cerita kat korang. Aku berjaya jugak sampai ke rumah bff aku ni walaupun sesat hingga hujung dunia. Penat sey mencari tp dah memang dasar orang terror walau di hujung dunia pun pasti ketemu jua. Hahahaha....perahsan. Sila gunakan khidmat gps jika tak nak sesat ye.

Malas nak story panjang berjela...korang layan gambar je la yer. Di sebabkan kesusah payahan kami mencari itu condo sampai jumpa....maka tuan puan rumah dengan baik hati di paksa oleh aku untuk buat kek. Coklat moist okey, my feverito. Hahaha....

 
Putra main dengan abang and baby sampai tak ingat mama....

 
Dah puas bersembang kat rumah....jom kita turun bergosip di tepi pool sambil anak2 layan air.

Tu dia....my bff yang bizi. "Haisy orang nak mandi pun tak boleh la ibu ni"....kata baby nomi


Taraaaaaaaaaaaaa.........ni lah kek yang sempat aku snap sebelum semuanya selamat. Hihihi..

Kawan aku ni tiap2 kali aku datang rumah dia sure terpaksa dan di paksa masak yang sedap-sedap. Sebab apa tau....sebab dia ni memang pandai masak. Tak macam aku, pandai makan je. Hahahaha... tu pasal mak aku suh kawin dengan chef. (sila jangan percaya...) Chef tu aku yg pilih sendiri....hihihihi. 

  • notakaki : sape2 nak datang rumah aku sila bgtau sebulan lebih awal sbb aku nak google resepi. hahahaha. jap, tajuk ada kena mengena jugak kan...? sila jawab ya, kalau tidak....u are fired!!! hahahaha.

Monday, June 21, 2010



Weekend tadi alhamdulillah tidak merayau kemana-mana hanya di dalam kawasan lembah klang jua. Hihihi...bawa Putra ke Titiwangsa layan kete. Itu sajork. Malas mama nak merayau letih tiap2 minggu berjalan. Oh lupa hari Ahad tadi ialah Hari Bapa. Selamat Hari Bapa buat semua yang bergelar bapa....juga untuk suami terchenta. You are the great Papa. Putra pun dah genap 2tahun setengah. Tapi masih lagi deda* .

 Putra with Papa



Pastu Putra mengamuk tanak balik....nak naik horse lagi. Tapi sian Putra, tengahari horse pun nak berehat mandi makan. Tak dapek la....Lain kali je lah yer.

  • notakaki : * deda = nenen

Wednesday, June 16, 2010

Jalan-jalan ke Genting Highlands


Sabtu lepas...12 June 2010. Sepeti biasa kami memang tiada arah tujuan. Hanya keluar ke Subaidah Kota Damansara jer. Nak mengisi perut di pagi hari. Tetiba je En suami kata, jom kita gi Genting. MasyaAllah...rumah baru pindah tu tak sedar ke. Bersepah lagi tu. Erm...apa boleh buat stereng dgn minyak kat dia. Yang duduk kat sebelah ni diam jer la.


Waktu kami naik tu gerimis...sejuknya agak terasa. Sian Putra dah la pakai T shirt dengan short pant je. Aku pn pakai yang ado jer la. Tak bajet pn nak berjalan...Memang tak senonoh la laki aku ni. Nak berjalan langsung tak pernah plan. Sakit ati tau.


Nasib baik bila naik atas tu terjumpa butik Poney...gigih mama cari sweater untuk Putra, harus la yang bertopi...kan gerimis. Tengok la tu....dah tak sabar-sabar nak pakai. Hihihi.....Siap berposing lagi kat depan butik Poney tu. Tu dah tunjuk2 tu nampak mainan la tu.




Tapi bila dah sampai atas tu...rasa best la jugak. Ala biasa-biasa jer, takde la nak menggedik macam tak pernah naik Genting kan hahahaha. Hari cuti sekolah maknosia memang ramai. Ada la main 2-3 permainan yang Putra nak. Yang lainnya kami berjalan-jalan je. Papa ada hati nak bermalam kat Genting...tak kose mak nak melayan. Dah la sehelai sepinggan sepinggang ni. Putra tu nasib baik ada bawa beg Ben 10 tu ada isi 2keping pampes dgn sepasang baju. Kalau dia terpoopoo tak ke haru kalau tak bawa ape2.


Korang jangan geli yer tengok gambar2 kami ni. Hihihi....ini lah kisah kejadian yang tidak di rancang sama sekali. Sesekali tu teringin jugak nak bercuti-cuti Malaysia secara terancang. Bukannya apa...kalau merancang ni best sikit kan dari terjah macam ni.


Apa pun kami memang happy sangat hari tu...Anyway thank you papa walaupun main redah jer tapi at least dapat jugak spend time together and Putra pun fun sesangat. Kempis jugak la poket papa tu...hahaha.

  • notakaki : balik jer terbungkang...esok br bgun pepagi ngemas


Tuesday, June 15, 2010


Ingat nak berentry tadi tapi tak berkesempatan ler. Sempat menjenguk rumah kawan-kawan jer. Ada yang aku tinggalkan jejak ada yang tak. Mana tak nya sambil bertandang rumah korang sambil masak. Lauk atas api, jadinya kejap-kejap ke dapur. Nak berentry kan perlukan mood, ketenangan dan kewarasan. InsyaAllah nanti aku masukkan entry kami ke Genting sabtu lepas.

gambar ihsan : pakcik Googles
  • notakaki : bila si tecik ni bangun lagi ler mama tak sempat nak buat apa



Sunday, June 13, 2010



Hurm..hari ni nak masak ke nak jalan-jalan cari makan? Kalau nak masak, dalam peti ada ayam jer. Buat masak apa yer? Ada idea ke? Tapi perut ni rasa macam nak ke Padang Kota Corner. Pekena nasi dalca yang marbeles tu sekali lagi. Oh no. Kalau mak and mak mentua den tahu, abis ler. Tapi, ada satu masalah. Apakah itu???

Wa sakit gigi lor....huhuhu. Benci!!! Tu lah jadi bila takut sangat nak berdating jumpa Doktor gigi. Ermm...makan bubur nasi je la.


  • notakaki : Padan muka aku. Asyik berjalan cari makan je kejenya. Dah sakit gigi makan bubur nasi je la.

Jalan-jalan lagi


Sambungan daripada entry haritu. Cerita dah basi tapi nak jugak publish. Dasar blogger tegar. Hahaha...Eh suka hati ler, huhuhu. Ini kisah Sabtu lepas. Saja bawa Putra pusing-pusing Tasik Titiwangsa. Nampak jer "horse" apa lagi  melompat-lompat la dia nak naik "horse". Layan jer la si bujang sorang ni. Padahal bila papa dia dekat jer dengan kuda tu, takut pulak. Tapi ok lerrrr...dapat jugak pengalaman baru untuk dia kan.

  • notakaki : rasa kesian pulak kat kuda kecik tu...murah jer rupanya. Sorang seringgit jer. Budak free.


Friday, June 11, 2010

Makan-makan lagi



Layan je la gambar kami yang tak seberapa ni. Hanya menggunakan kamera Nikon D5000 henfon yang canggih buruks ni sajork

Tarikh kejadian yang sudah basi iaitu pada 1hb June yang lepas. Alkisahnya...bff En.Suami yang beriya-iya menceritakan kesedapan melihat Serina makan dalam JJCM. Padahal kami tak tengok pun. Di sebabkan kegedikan mama putra yang over gediks ni. Aku gagahkan juga layan online semata-mata nak dapatkan alamat. Hurm...gediks kan?

Dah dapat jer address berdesub sms papa Putra...Malam ni kita makan kat Padang Kota. Gitu la kisah kejadiannya. Anyway Nasi dalca memang best!!! Superb!!! Dia punya rempah tu memang terasa. Tak caya...? Tengoklah gambar-gambar kat atas tu. Licin pinggan kami belasah. Rasa macam nak pekena lagi kat situ.

  • notakaki: best wooo. korang tengok sini lagi best

Thursday, June 10, 2010

Rumah baru



Salam semua....harap2 kawan saya semuanya sentiasa sihat. Sekarang ni kami tengah sibuk mengemas rumah baru kami. Yer....kami dah berpindah. Alhamdulillah semua nya berjalan lancar. Penat memang lah penat. Tapi apa boleh buat adat orang menyewa. Nak rumah sendiri...insyaAllah kalau ada rezeki ;)


Erm...nanti lah saya update cerita weekend lepas. Putra naik kuda kat Tasik Titiwangsa...Oklah bye.


  • notakaki : sengal-sengal badan dah ni

IKLAN