MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Monday, October 12, 2009

Edisi terjah open house lagi

Weekend tadi kitorang penuh dengan jemputan open house. Mula dengan hari Sabtu. Aku keje 1/2 day... balik je keje pukul 1.00...solat zohor pastu terus serang rumah kak ina mamat tgkat 3. Suami aku? Ku tinggal kan...hihihihi. Tak de la. Dia sibuk tolong2 abg ezham masak. Petang nanti rumah abg ezham pulak open house. Jadi ku terjah dengan kak ina isteri abg ezham. Makan ape yek...oh nasi impit kuah kacang. Peberet aku. Dua kali tambah tu. hihihihi. Sedap kuah kacang nya. Ada bihun tomyam, kek...apa lagi yek. Lupa da Pastu naik tingkat 4 pulak blok 4 dengan en suami la...rumah abg Jo. Kat sana makan soto. Fuhh!!! memang best. Ada lagi macam2 makanan aku pun dah tak ingat. Rona-roni macaroni pun ada. Putra, apa yg dia makan...? Biasa la peberet dia...kerepek, kacang. Turun dari tingkat 4 terus pegi rumah kak ina abg ezham. Hihihihi ada nasi beriani, ayam masak merah, dalca, rendang daging...kek..bubur durian dan macam-macam lagi. Fuh! Kenyang... Balik rumah, semayang maghrib. Siap-siap keluar pegi Batu Caves plak sebab ada open house lagi rumah kawan suami. Kat sana aku makan lagi lemang, nasi impit, rendang...ada jugak kek. Besday anak dia rupanya...si Irfan. Aduhai, tak tahu la pulak. Sori, la Irfan, tak de hadiah. Kat sana macam jejak kasih pun ada. Bukan apa dah lama tak datang rumah dia. So mak dia pun dah macam ingat2 lupa kat i. Tapi bila di telek betul2 baru makcik ingat katanya. Mula la dia peluk cium aku. Bayangkan dah 3 tahun tak jumpa. Last, masa kawan abang ni kahwin le. Sekarang ni...anak dia pun dah 3 tahun kan. Tapi, satu je tak leh lupa kata makcik...dulu Farah kan gemuk...kenapa dah kurus? Huhuhuhuhu.

Layan je la gambar yang tak seberapa clear ni. Almaklum snap guna henpon cabuk jer

Balik tu terus tido. Ngantuk sangat plus letih. Mana taknya menggelabah semua rumah kita terjah. Esok lak sambung open house.

  • AHAD
Mula dengan aktiviti sarapan pagi. Pastu buat aktiviti yang memang tak patut. Banyak lagi yang patut di buat tapi tak buat. Hihihihi...aktiviti nya ialah bawa Putra pegi hospital. Cirit birit si bujang kami ni tak mau elok jugak. Tak lama kat hospital sebab kami terus terjah kat Klinik Pakar. Hari Ahad pun buka, tapi ramai yang tak tau. Settle ambik ubat bagai. Balik rumah, rehat pastu teruskan aktiviti open house balik. Rumah pertama ialah, tingkat 5. Rumah kak Jue...mee rebus dia marbeles wooo. Settle. Turun tingkat 3 pulak...dah tak larat nak makan. Hanya merasa ketupat palas. Pastu turun lagi...tingkat bawah sekali, rumah Rosyam.Noor Syam kak ita. Kat situ aku memang dah tak larat sangat nak makan. Minum je la...cendol. Tapi suami ku yang boroi hensem itu sempat lagi pekena laksa. Settle. Balik rumah rehat jap. Mandi, solat asar. Keluar pulak, menuju laju ke rumah Faisal kak Anne. Sib baik rumah dia bawah je. Papa dah jumpa geng pulak... Kat sana makan sikit je lontong. Putra makan kacang2 je. Sambil sibuk duk melayan baby cik Faisal yang tembam tu. Ingat kan dah settle. Rupanya ada lagi satu rumah daaa. Tingkat 1 kat blok i. Terjah la jugak walau sekadar minum jer. Tapi suami ku macam biasa, masih mampu mengisi perut nya dengan laksa johor dan pelbagai lagi yang sedap2. Aku...? hanya mampu menggeleng kepala. Abang, sila jangan komplen kalau seluar tak muat ok. (Amaran keras dari isteri mu!!!) Habis la sudah edisi terjah rumah terbuka untuk minggu ini. Next week? Tunggu...
  • notakaki: "Makan sampai muntah" memang muntah pun aku. Huhuhuhhu

2 comments:

+ cik pinky boomboom + said...

gelap awat?

Fara said...

edisi malam. kompom x baca berita. eh...cerita

IKLAN