MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday, October 14, 2009

Ada benar nya

...kata orang, kalau ada masalah rumahtangga atau masalah cinta, jangan sekali-kali berkongsi dengan kawan lelaki. Lebih elok atau lebih selamat cerita la kat kawan perempuan. Tapi pastikan la kawan pompuan kita tu bukan mulut macam tempayan atau besen atau yang sewaktu dengannya. Maknanya...boleh simpan la rahsia pohon cemara kita tu.
  • Kadang-kadang masalah rumahtangga tu kecil je tapi bila dah ada yg sudi mendengar, kekadang lupa siapa gerangan diri kita. Makin lama makin rapat. Alasan nya, sekadar tempat meluahkan perasaan. Yang si dia pulak...rasa simpati.
  • Dari detik tu, mula lah episod baru dalam hidup. Aku bercerita berdasarkan cerita yang berlaku sekeliling aku saat ni. Memang mulanya dia (kawan kepada kawan aku) hanya nak meluahkan rasa...berkongsi cerita. Akhirnya...kami semua terkejut beruk bila tahu diorang dah kawin. Tak jemput pulak tu.

Tapi, mungkin dah Allah tentukan jodoh yang lama berakhir, maka bertemu jodoh baru dengan cara dan jalan begini. Semuanya di tangan Dia. Ada baik ada buruk...sama-samalah kita renungkan. Yang penting, pilih jalan yang kita suka.

  • notakaki: Selamat Pengantin Baru, semoga kekal ke akhir hayat.

5 comments:

naz ilyn said...

salam... akak mmg tak suka cite masalah rumah tangga dengan kekawan apatah lagi orang lelaki kalau kawan perempuan pun yang betul-betuk kita percayai atau pun orang yang lebih tua dari kita.

Fara said...

kak naz...betul tu...bahaya tau.

~ As ~ said...

cerita la masalah rumah tangga ngan mak....habis. titik.

Fara said...

as...betul gak. tapi, klu mak dah tak de...cari la kawan yg bleh percaya.

+ cik pinky boomboom + said...

herm..hardly nk komen ni...dahi lg.dahi lg....

IKLAN