- notakaki: ~berhenti berharap~
Balik ke cerita sebenar, Putra dah makin cerdik, makin berisi sikit, dan yang penting masih ''deda'' dengan mama. Sengeh sampai ke telinga (gambar). Mama snap pagi tadi...baru je bangun tido, muka pn tak basuh lagi tu. Pastu laju je menuju ke dapur nak ambik pinggan sambik mulut duk sebut "nak cik", "nak cik" . Hihihihi...nak makan nasi rupanya. Seawal jam 7 pagi dah makan nasi goreng. Nasib baik la mama bangun awal hari ni, sempat menggoreng nasi jugak. Macam tau2 je anak mama lapar pagi ni.
Kat ofis kitorang ni siap ada tukang urut. Hihihihi. Akak cleaner ni memang pandai mengurut tau.
Kat bawah meja pn jadik la...yang penting lenguh2 badang ilang. Angin pun keluar...hihihihi. Fara pun penah urut dengan akak ni last week masa jari ni terkehel gara-gara si bujang senang aku tu.

Dorang coverline la tu. CCTV on, tapi gatai jugak nk berurut...pandai2 la cari pot. Kat bawah kaki aku jugak dorang duduk.
Tapi, mungkin dah Allah tentukan jodoh yang lama berakhir, maka bertemu jodoh baru dengan cara dan jalan begini. Semuanya di tangan Dia. Ada baik ada buruk...sama-samalah kita renungkan. Yang penting, pilih jalan yang kita suka.
Jom layan gambar baby :)
Semalam, balik keje bersusah-payah panjat ke tingkat 5 semata-mata nak tengok baby baru ni. Baru je berusia 3 hari (semalam). Oh sungguh comel macam mak dia.
Sama tak dengan muka mak dia? (sila jawab dengan tak berapa jujur) Hihihihi...ni bukan mak dia la...Saje je Kak Zu ambik berkat, mana tau bleh dapat anak laki nanti. Kan?
Pinjam tempat bos kejap. Laptop i belum siap install perkara berkaitan kerja. Perkara yang di luar kerja semua dah siap. Hahahaha. Jahat.
Penuh kusyuk menyettlekan apa yang patut. Sambil tu sempat lagi berkebun.
Tempat i nun di sana...Tempat yang paling strategik. Nak tau kenapa? Biarlah rahsia...hihihihi
Kan betul aku cakap, ramai yang tak leh bangun, kekenyangan dan mengantuk dan sewaktu dengannya. Muka tak nampak kan? Yang pasti itu bukan aku. Hahahaha sebab aku yang snap gambar ni. Hihihihi...CCTV rosak kan kan? Kalau tak...?



Layan je la gambar yang tak seberapa clear ni. Almaklum snap guna henpon cabuk jer
Balik tu terus tido. Ngantuk sangat plus letih. Mana taknya menggelabah semua rumah kita terjah. Esok lak sambung open house.
Semalan layan NU.R.KA.SIH dengan suami. Dia pun dah terkena penangan NU.R yang sweet tu. Tak sabar rasanya nak tengok episod minggu depan walaupun dah tahu jalan ceritanya macam mana. Huhuhuhu...tapi nak jugak layan. Citer ni panjang lagi...macam-macam cerita yang akan berlaku. Episod semalam...Katrina balik, dengan pakai hijab. Apa yang akan terjadi pada episod akan datang? Sama-sama kita nantikan. Yang penting...lagi suspen, lagi akan buat kita menangis, geram dengan perangai Sara.h...dan layan!!!



Alhamdulillah sedap jugak...berapa kali tambah yer dah tak ingat.

Kangkung goreng belacan.