MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Tuesday, May 11, 2010

Geram dengan Nationwide



Geram...geram...geram...memang geram sangat dengan NATIONWIDE SHAH ALAM. Semalam 10 May 2010 dalam jam 7.35 malam. Aku bersama dengan suami telah pergi ke NATIONWIDE SHAH ALAM. Untuk apa? Mesti la nak hantar barang...takkan saja2 nak buang minnyak kereta dari Subang ni ke Shah Alam kan...

Sampai je kat sana En suami yang masuk ke dalam sambil membawa kotak lebih kurang seberat 9kg. Apa yang menyakitkan dan membuatkan aku geram ialah...En Suami keluar dan datang semula ke kereta sambil membawa kotak tadi. Apa hal? Kata suami...person incharge tu pukul 9 baru masuk. Aik??? Last 2-3 days kita dtg sini dalam jam macam ni jugak kan. Ada jer orang tu...Oh hari ni person incharge masuk lewat...Sebelum tu memang en Suami telah bertegang urat dengan staff di dalam. Hanya satu-satu nya manusia di Nationwide ni yang boleh buat kerja ni? Oh...........memang la kami bayar cash belum ada account. Tapi korang yang kerja kat situ tak de sistem ker? Dah orang tu masuk lambat...takkan seorang pun tak boleh replace tempat dia. Apa susah sangat ker?

Ok fine...En suami kata pukul 9 kita datang lagi. Terpaksa datang sebab barang ni urgent!!!Barang bisnes okeh. Kenapa gedik sangat nak guna Nationwide ni? Tak de ke courier lain...? Mungkin kawan2 akan kata begitu. Sebab nya ialah...barang ni kami hantar sampai ke Nation.wide Jitra sahaja. self-pick up by my mom...Courier service lain tak ada di Jitra. Nak ke Alor Setar...? Kesian mak aku. Jauh sikit dia nak drive. Hantar je la sampai rumah....? Masalahnya, kat rumah tak de orang.


Kami pun pergi pusing-pusing dulu cari barang lain. Lebih kurang jam 8.40 kami sampai lagi di NATION. WIDE SHAH ALAM. Terpaksa....Korang tahu apa staff situ cakap...? Person incharge EL. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa? Baru nak bgtau. Jadi parcel kami ni tak boleh hantar lah?  Sampai macam tu sekali. Alasan yang di bagi ialah...kami tak tahu password. Wallahualam...password komputer ke password sistem ke. Tapi yang aku hairan...takkan sorang manusia je yang boleh buat keje?

Terpaksa lah kami balik rumah....dan barang bisnes pun tak dapat hantar. Rugi...? Memang rugi, tapi insyaAllah Allah ganti balik, mudah-mudahan. Hari ni terpaksa pergi hantar lagi. Mak aku nak jugak guna Nation.wide ni sebab senang dia nak pick up sendiri barang. Kalau courier lain jauh...pastu delivery kat rumah tak ada orang.



Fikir-fikirkanlah....wahai pihak pentadbiran Nation.wide...



2 comments:

~ As ~ said...

tak payah ko letak nation.wide...letak je NATIONWIDE... senang nak google yg komen buruk...ahahaha

Fara said...

yer ker...hahaha........

IKLAN