MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Friday, May 7, 2010

Kak Sarah...tabahkan hati mu




Assalamualaikum....sahabat2 ku. Sihat ker? Aku sentiasa mendoakan korang sihat dan sentiasa dirahmati Allah. Pagi ni aku jadi agak sedih...sedih mengenangkan ajal maut memang tak di duga. Sekelip mata insan yang di sayangi Allah ambil. Itulah ujian paling besar yang terpaksa sahabat aku lalui. Aku tahu aku sedar, aku bukan sahabat yg terbaik. Aku dah lama tak bercampur gaul dengan jiran-jiran sejak sekian lama. Aku sibuk...dengan anak, suami, dan bisnes. Tapi aku langung tak melupakan korang sahabat2 ku.

Ya Allah aku terkedu dapat berita anak kesayangan nya dah pergi selamanya. Aku tahu anaknya, Adam sakit. Aku rancang esok nak pergi melawat. Tapi Tuhan lebih sayangkannya. Aku dah lama tak berYM dengan sahabatku ini...berita ni pun dapat dari kawan yang lain. Kesian Kak Sarah.

Kak Sarah ni...sahabat dan jiran aku. Kami agak rapat, macam kakak dan adik. Aku selalu juga bercerita-cerita dengan dia. Almaklum la aku kan tak de kakak. Dia baik...Yang aku tahu untuk mendapatkan Adam pun hampir  8 tahun usia perkahwinannya. Begitu lama saat untuk bergelar ibu. Aku faham bagaimana perasaannya. Terlalu kasih kerana itulah satu-satunya permata hati yang terlalu lama didambakan. Tapi, Allah pinjamkan Adam  hanya 3 tahun. Terlalu singkat...Ya Allah...aku doakan kak Sarah kuat, tabah menerima takdir dan ujian yang maha hebat daripada Mu.

Apa yang aku tahu...Adam sihat. Tetapi tiba-tiba je berpenyakit di dalam otak. Dalam masa sesingkat 8hari...dia pergi selamanya. Kak Sarah...kuatkan hati. Ini ujian Allah. InsyaAllah ada hikmah semua ni.
Kawan-kawan ku sekalian, aku mohon jasa baik kalian, sedekahkan al Fatihah buat ADAM dan doakan kesejahteraan sahabat ku, Kak Sarah dan suami. Adam sentiasa dalam kenangan...6 may 2010 kau tenang di sana. Amin





2 comments:

Ietams said...

salam takziah

Fara said...

harap sangat dia kuat .

IKLAN