MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Tuesday, November 18, 2008

Kisah Benar ni

Semalam, lepas papa solat maghrib kat surau tetiba papa balik ajak mama naik tgkt 3. Ada kenduri katanya. Mama pun pelik, tak ada jemputan pun mana bleh pi makan suka2 je. Kata papa makcik indon yg sapu sampah tu punya rumah dia ajak jemaah surau. Papa kata lagi geng mama, iaitu Kak Zu tengah tunggu kita. Ha?? Klu kak Zu ada mesti la mama pun kena ada. Hahaha.. Mama pun cepat2 siap pakai baju kurung dgn tudung terus naik ke rmh Kak Zu kat tgkt 4. Memang diorang tgh tunggu kami. Apa citer ni kak zu?? Kak Zu kata dh di jemput, kita datang la. Kitorang, iaitu papa, mama, kakzu, abg faisal, putra, awra, dan abg Z pn turun ke tgkt 3. Bg salam, masuk, salam2 sume kami pun duduk la mcm kat rumah orang hehehe...tetiba tuan rumah kata malam ni buat jamuan untuk majlis AKAD NIKAH. Terperanjat la kitorang ni. Sape yang nk nikah?? Kata makcik tu, budak ni (indon gak) sambil tunjuk kat sorang pompuan berbaju hijau dan lelaki berbaju melayu kat depan tu. Aku dgn kakzu dah cuit mencuit. Apa hal plak ni... Yang datang tu hanya la kami je, yang lainnya sume kaum kerabat diorang (indon la). Kata makcik tu lagi, dia minta kami2 ni jadi saksi supaya takde masalah di kemudian hari. Pulak! Tak lama tu datang la sorang ni berkopiah mengaku tok imam nk menikah kan pasangan tu. Ada sorang tu pulak yang jadi saksi dan duk ajar itu ini kat pengantin. Kami2 ni dah saling tersengeh, macam takde rupe tok imam pun aku tengok heheheh. Acara akad nikah pun selesai...tukang ajar tu pun bersuara, kata nya klu ikut hukum agama mmg sah, tapi undang2 mmg salah. Nnt diorang akan nikah semula kat Indon. Pulak, lagi la kami ni konpius!!! Makan la apa yang patut...dah kenyang kami pun nak minta diri. Kata abg faisal, kami hanya datang makan...yang lain tak mau masuk campur. Heeee risau je aku,kot2 TERRR besubahat plak. Macam2 hal la diorang ni. Dah datang negara kita buat la ikut undang2 negara. Tok imam pun ntah dari mana2 la tu. Aku rasa mcm cerita dlm TV la...kelakar pun ada, gabra pun ada. Apa pun kami semua datang makan je...

4 comments:

Opie said...

bahay la derang nih main nikah2 jer...tok imam plak takde tauliah...takut2 ade masalah di belakang hari kan..

Opie said...

farra, awak tlh ditag...sile ke blog saya...tq

Ietams said...

ngeri je cerita ni..
mcm dlm drama sindeket kahwin

Fara said...

Tu la pasal...risau je kot2 terbesubahat.Tapi kitorg dtg mkn je.

IKLAN