MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Thursday, November 6, 2008

Kesian

Kesian kat ABBY ABADI...td tgk WHI. Nampak Abby mmg berpatah arang berkerat rotan dah dgn Norman Hakim. Sekali berlaku...boleh di maafkan. Tapi terjadi yang lebih teruk lagi buat kali kedua memang babai la. Itu artis biasa la dengan benda gini...tapi kesian la jugak. Tambah lagi baru je dapat baby girl. Sedih nya... Kenapa la dgn orang lelaki ni kan. Dah ada bini lawa pn nk cari yang lain. Dah ada rumahtangga cukup lengkap pn nk berseronok kat luar jugak. Tak faham sungguh dunia sekarang ni. Kebetulan semalam masa ondaway nak g Rawang, hubby tetiba bercerita pasal kawan baik dia ni. Rumah kwn ni kat Rawang. Tapi kitorg nk p jumpa adik hubby bkn g rmh member ni.
Hubby : Tau tak sebenarnya kan si xx tu ada awek
Aku : Ha, betul ke? Abg ni jgn pepandai nk ckp pasal org
Hubby : Betul...td dia cerita kt abg. Masa dia kawen hr tu pn dia ada 3 org awek lg.
Aku : Biar betul...bini dia tak tau ke??
Hubby : Hari tu bini dia dpt tangkap. Slalunya hp dia tak bg bini dia tgk. Tp hari tu dia tgh solat
ada SMS masuk. Kantoi la...
Aku : Ye ke...habis tu?
Hubby : Perang la...bini dia siap p serang pompuan tu. Brp lama bini dia tak tegur dia.
Aku : Pastu tak berani buat dah kot
Hubby : Tak berani apa...la ni pn ada awek gak. kt ofis siap bergayut tipon hari2. La ni dia lg
bijak...dia tak pkai hp. Dia guna public phone. hahaha
Aku : Ingat kan serik...abang pun sama gak ni. Nasihat la dia.
Hubby : Hari2 abg nasihat...tp dia selalu cakap boring la, bini dh gemukla, mcm2 la.
Aku : Kesian kat bini dia
Panjang lagi sebenarnya perbualan kami...tapi cukup di situ. Hubby aku ni mmg suka bercerita. Susah la klu dia nak berahsia apa2. Aku siap pesan dgn hubby, esok abang p cakap kat dia..."Klu bini gemuk cari ubat untuk bg kurus, bukan p cari pompuan lain ". Geram pulak rasanya. Aku selalu ingatkan dia supaya sentiasa ingat anak dan susah payah yang dah dilalui bersama. Ingat rezeki yang Allah bagi ini...jangan sampai ditarik balik gara-gara mengkhianati isteri yang setia ni. Lagi satu, amalkan membaca doa pengasih yang ustazah Siti Nurbaya ajar tu. InsyaAllah...Sebenarnya, aku dh lama amalkan doa ni sejak mula2 kawen dulu. Hubby pun sama. Harap-harap tak berlaku pada kita semua perkara2 yang tak elok. Semoga hubungan suami isteri (kita semua) kekal bahagia hingga ke syurga, Amin **Klu bini plak buat hal, macam mana?? nantikan N3 seterusnya...hehehe

4 comments:

Ietams said...

saye dpt gak tengok Abby kat WHI, tengok kat kaunter SOCSO..x dengar suara. Dpt tengok je la muke ABBY, tu pon dah nampak kesian..

ummi said...

ayat apa yg Fara amalkan tu? leh share tak ngan kengkawan?

Fara said...

Lin,
Yang baik mesti la boleh kongsi...amalkan "Kul in kun tum...."pernah dgr tak ayat ni??

Knp ada yg nk marah2 ni terasa ke?? Hahahaha sape mkn cili rasa pedas la.

Fara said...

ye la ita, mmg sedih...

IKLAN