MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Sunday, November 30, 2008

Bersyukur lah

Sedar atau tidak, hidup manusia di alam fana ini tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah.Nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Ini jelas dinyatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud:-"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." -(Surah an-Nahl, ayat 18) Meneliti kejadian dan kurniaan anggota badan utama pada tubuh manusia seperti kaki, tangan, perut, mulut, telinga, hidung dan mata, sudah cukup bagi kita membuat kesimpulan betapa berkuasa, agung dan murahnya Allah serta betapa lemah dan tidak berdayanya manusia yang menghuni alam fana ini. Anggota badan itu pula dijadikan Allah dengan rapi dan lengkap serta dapat bergerak dan berfungsi serentak pada waktu sama. Sambil melihat, kita dapat bercakap, mendengar, menghidu, berjalan dan sebagainya.Imam Al Ghazali mendefinasikan nikmat itu sebagai: setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup 'ukhrawi' - 'hari akhirat yang kekal abadi.' Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah kepada setiap orang manusia dapat dibahagikan kepada dua iaitu: 1) Nikmat bersifat 'fitri' atau asasi iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika dilahirkan lagi .2) Nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan dari masa ke semasa. Nikmat bersifat fitri atau asasi itu digambarkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud:"Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih." - (Surah an-Nahl, ayat 78)Sesungguhnya manusia ini dilahirkan ke dunia dalam keadaan bertelanjang bulat. Tetapi dilengkapi dengan alat yang diperlukan dalam perjuangan hidup ini.Dalam ayat di atas, yang dimaksudkan dengan kelengkapan itu ialah telinga, mata dan hati (akal). Ada pun nikmat yang kedua iaitu nikmat yang dianggap mendatang itu ialah segala kenikmatan, kelazatan, kebahagiaan dan sebagainya yang diterima oleh manusia dalam perjalanan hidupnya.Segala sesuatu yang ada dalam alam ini, bermula daripada tanam tanaman sampailah kepada binatang ternakan dan barang logam, semuanya diperuntukkan supaya dapat dimanfaatkan oleh manusia.Keadaan dan kenyataan ini dijelaskan oleh Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:"Dan sebagai tanda untuk mereka ialah bumi yang mati (kering), Kami hidupkan dan Kami keluarkan dari dalamnya buah tanam-tanaman sebahagiannya mereka makan. Dan Kami adakan padanya kebun kurma dan anggur."Dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air supaya mereka dapat makan buahnya. Semua itu bukanlah (hanya) usaha tangan mereka. Mengapa mereka tidak bersyukur." - (Surah Yasin, ayat 31 hingga 35) Lumrahnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya (dicabut oleh Tuhan kembali).Andai kata matanya rosak sebelah, kakinya patah, kakinya kudung atau seumpama itu berlaku ke atas dirinya, maka ketika itu barulah berasa sungguh-sungguh bagaimana nikmatnya mempunyai dua biji mata, mempunyai kaki dan tangan tidak cacat. Sesungguhnya nikmat kesihatan betul-betul dirasai apabila kita sakit.Seorang yang berkuasa atau berpangkat akan berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat selepas jatuh atau dipecat daripada kekuasaan serta jawatan yang disandangnya hilang.Seorang hartawan apabila jatuh miskin dan melarat, maka akan rasa bersalah olehnya bagaimana besarnya nikmat kekayaan yang pernah dikecapinya itu. Oleh itu peliharalah setiap nikmat diperolehi. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya nikmat itu akan terus dikekalkan-Nya.Syukur dapat diertikan sebagai: Mengerti bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba, baik yang lahir mahu pun yang batin, semuanya daripada Allah sebagai pemberian daripada-Nya. Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila gembira wujudnya nikmat pada dirinya, yang melorongkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya.Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil saja.Sesungguhnya bersyukur kepada Allah adalah perbuatan wajib ke atas setiap manusia. Ini jelas daripada firman-Nya bermaksud:-"Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya." - (Surah an-Nahl, ayat 144) Lawan syukur ialah kufur. Seseorang yang menggunakan nikmat ini pada tempat bertentangan dengan tujuan penciptaannya, maka sebenarnya mengkufuri nikmat Allah yang menganugerahkan nikmat itu kepadanya. Seseorang yang memukul orang lain dengan tangannya, maka orang itu dikira mengkufuri nikmat, sebab tangan yang dijadikan Allah untuk mempertahankan diri daripada perkara yang mengancamnya bukan mencedera atau membinasakan orang lain. Seseorang itu dianggap tidak menggunakan nikmat matanya kerana mengkufuri nikmat mata apabila menggunakannya untuk melihat wajah perempuan yang bukan muhrimnya.Mata dijadikan Allah untuk melihat perkara mendatangkan kebaikan bagi agama dan dunia.Sebab itu mata hendaklah dipelihara daripada melihat perkara yang mendatangkan bahaya dan mudarat. Sikap syukur pula untuk keuntungan manusia sendiri. Tuhan tidak mendapat apa-apa keuntungan dengan perbuatan syukur yang dilakukan oleh hamba-Nya. Sebaliknya, Tuhan juga tidak akan rugi dengan sikap kufur dan engkar yang ditunjukkan oleh manusia.Perkara ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:"Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia." - (Surah al-Naml, ayat 40) Orang yang bersyukur jiwanya akan menjadi semakin bersih. Dia akan bertambah dekat kepada Tuhan dan semakin sedar bahawa nikmat itu adalah kurniaan Illahi yang perlu dipergunakan untuk kebaikan sesama manusia.Seseorang yang memperolehi kekayaan, maka kekayaan itu hendaklah digunakan pula untuk keperluan kebaikan seperti membantu fakir miskin, menolong orang yang memerlukan dan sebagainya. Orang berpangkat dan berkuasa hendaklah melakukan kebaikan terhadap orang di bawah atau rakyat jelata. Sesungguhnya bagi orang bersyukur maka nikmat yang diperolehinya semakin bertambah. Ini jelas dinyatakan Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7) Sedar akan pentingnya sikap ini, maka syukurilah nikmat kurniaan Allah kepada kita baik nikmat lahir atau batin.Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, maka nikmat itu akan kekal berterusan bersama kita dan hidup kita pula akan mendapat keredaan Allah baik di dunia atau akhirat. p/s: drp alghazali-ramdzan.

Saturday, November 29, 2008

~~Aku merapu~~

Salam semua... Entak kenapa sejak akhir2 ni aku dilanda kebizian yang melampau. Ahaks, bukannya bizi sangat pun tapi...entah mengapa ku rasakan masa untuk memblog ni semakin terbatas. Atau, mungkin penyakit M sedang menyerang. Hahaha...Bukannya apa, sebenarnya apa yang aku inginkan belum tercapai...so, mood pun ala2 kureng la. Sekarang ni aku sedang berusaha mencari dan mencapai impian dan keinginan itu sehingga aku betul2 puas hati! Walauapapun, aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada ni...Fuh!! Sebenarnya takde apa pun...aku tengah duk plan nk tukar langsir rumah je. Hahaha!!! Duk berbalah dengan cik abe la...Dia kata OK lagi, aku kata boring la...Kena susun strategi dulu baru la menjadi hehehe. Biasa la tu kan. Sekian la kemerapuan ku ni...ada ke bahasa macam tu?? Hahaha, layanzzzzzzz

Friday, November 21, 2008

Bayar hutang

Inilah hutang yang ku bayar untuk Kak OPIE. Tag tulisan tangan ku yang buruk, hehehe.
Kelam kabut dgn Putra dia pun nk tulis jugak :) Tapi sori la pic ni tak clear sgt, almaklum ambik guna kamera hp je.
Keterangannya spt di bawah:-
  1. Your name / username
  2. Right handed / Left handed
  3. Favourite letter yg suka tulis
  4. Least favourite letter yg korang suka tulis
  5. Tulis "The quick brown fox jumps over the lazy panda"
Dengan ini saya meneruskan TAG ni kepada calon -calon2 ialah :

Sekian, terima kasih

Thursday, November 20, 2008

Putra - Genap 10 bulan

Semoga anak kesayangan kami terus membesar dengan ceria. Mama dan papa sangat bahagia memiliki Putra. Anugerah Allah yang terindah buat kami, semoga menjadi anak yang soleh, amin.

Hutang

Hehehe...Fara ada hutang TAG dgn kak Opie. Nanti la ye, sekarang ni tak dan lg nk buat. Tunggu masa free sikit baru bleh nk wat tag ni. Agak susah dan mencabar, cewah! Hehehe

Tuesday, November 18, 2008

Kisah Benar ni

Semalam, lepas papa solat maghrib kat surau tetiba papa balik ajak mama naik tgkt 3. Ada kenduri katanya. Mama pun pelik, tak ada jemputan pun mana bleh pi makan suka2 je. Kata papa makcik indon yg sapu sampah tu punya rumah dia ajak jemaah surau. Papa kata lagi geng mama, iaitu Kak Zu tengah tunggu kita. Ha?? Klu kak Zu ada mesti la mama pun kena ada. Hahaha.. Mama pun cepat2 siap pakai baju kurung dgn tudung terus naik ke rmh Kak Zu kat tgkt 4. Memang diorang tgh tunggu kami. Apa citer ni kak zu?? Kak Zu kata dh di jemput, kita datang la. Kitorang, iaitu papa, mama, kakzu, abg faisal, putra, awra, dan abg Z pn turun ke tgkt 3. Bg salam, masuk, salam2 sume kami pun duduk la mcm kat rumah orang hehehe...tetiba tuan rumah kata malam ni buat jamuan untuk majlis AKAD NIKAH. Terperanjat la kitorang ni. Sape yang nk nikah?? Kata makcik tu, budak ni (indon gak) sambil tunjuk kat sorang pompuan berbaju hijau dan lelaki berbaju melayu kat depan tu. Aku dgn kakzu dah cuit mencuit. Apa hal plak ni... Yang datang tu hanya la kami je, yang lainnya sume kaum kerabat diorang (indon la). Kata makcik tu lagi, dia minta kami2 ni jadi saksi supaya takde masalah di kemudian hari. Pulak! Tak lama tu datang la sorang ni berkopiah mengaku tok imam nk menikah kan pasangan tu. Ada sorang tu pulak yang jadi saksi dan duk ajar itu ini kat pengantin. Kami2 ni dah saling tersengeh, macam takde rupe tok imam pun aku tengok heheheh. Acara akad nikah pun selesai...tukang ajar tu pun bersuara, kata nya klu ikut hukum agama mmg sah, tapi undang2 mmg salah. Nnt diorang akan nikah semula kat Indon. Pulak, lagi la kami ni konpius!!! Makan la apa yang patut...dah kenyang kami pun nak minta diri. Kata abg faisal, kami hanya datang makan...yang lain tak mau masuk campur. Heeee risau je aku,kot2 TERRR besubahat plak. Macam2 hal la diorang ni. Dah datang negara kita buat la ikut undang2 negara. Tok imam pun ntah dari mana2 la tu. Aku rasa mcm cerita dlm TV la...kelakar pun ada, gabra pun ada. Apa pun kami semua datang makan je...

Makan2 lagi

Semalam, (Ahad) kitorang pegi mkn2 rumah kak Mas dan abg Zam. Tak habis2 makan je kan. Nk buat mcm mana dh dijemput makan, so pegi la makan. Mcm2 makanan ada...lemang, rendang, ikan bakar, kerang rebus, murtabak, bubur kacang merah, dan macam2 lagi. Sampai tak terkata kenyangnya. Kata kak Mas saje buat kenduri arwah. Meriah jugak la majlis tu. Mama mcm biasa, klu dh makan lupa nk ambik gambar ke apa. Ingat makan je...hehehe.

Monday, November 17, 2008

Aktiviti hujung minggu papa

Kalau hari cuti hujung minggu ni lah aktiviti papa. Cuci kete...rajinkan?? Patutla lama benor rasanya papa ni cuci kete rupenya dia siap borak2 dgn dia punya geng. Nasib baik la rumah kitorang ni bawah skali, so nk cuci kete pn senang, sbb tu la papa tu buat2 rajin nk cuci sdri.
Mama ambik gambar ni dari bedroom rumah, sambil ngintai, hehehe.

Sunday, November 16, 2008

Gift from CIMB

Papa dapat gift daripada CIMB kerana register CimbClicks. Ingatkan dapat benda apa, kotaknya macam besar la jugak. Excited giler mama buka. Sekali....ini la dia. Bukannya kitorang guna pun bendalah ni. Tapi dh dapat, simpan je la. Anyway thanks to CIMB kerana mengotakan janjinya, hehehe.

Tuesday, November 11, 2008

Bergambar dgn "Milo"

Masa ni kitorang kat Tesco Setia Alam. Ternampak plak menatang Milo ni duk berjalan-jalan. Hehehe sempat je papa tu nak bergambar dgn Milo ni. Putra pandang je, sib baik tak menangis dia. Ada budak2 yang menangis nampak Milo ni datang kat dia, hehehe. Jawab 3 soalan...betul!! dapat la hadiah beg satu.

Anak tunggal

Sape kat sini anak tunggal? Jadi anak tunggal ni kadang2 best, kadang tak best. Best sebab ape...sebab nak apa sume dapat. Tak payah nak berebut dgn orang lain. Harta kita mmg sah la harta benda kita, tapi yang mak bapak kita pun boleh anggap yang kita punya gak...hehehehe. Tapi yang tak best nya, kalau raya...kita la kena buat semua, kita je la yang ada kat rumah tu. Nak makan pun...ala macam tak meriah la. Mcm nak raya hr tu...papa la kena cat rumah, kena tolong itu ini. Klu tak sape lagi nak buat. Mama ni bukannya ada adik beradik. Tiap2 tahun sejak mama kawin dgn papa kalau balik kampung mesti tido rumah mak mama. Sbb papa kata kesian kat mak mama...Mama selalu tanya papa best ke ada adik beradik ramai. Papa adik beradik dia 5 org. Papa yg kedua. Papa kata best la...tgk klu nak raya, yg ni beli tu, yg ni beli ni, penuh rumah. Riuh rendah klu berkumpul. Masa kecik2 dulu gaduh2 rebut2 best ooo, kata papa. Dapat tumpang riuh rumah papa pun jadi la. Tetiba sedih plak. Huhuhu...tak sesuai!!

Monday, November 10, 2008

Tag

Kahkahkah...br lepas mandi ni. Rambut baru i tu, hehehe tak sikat lg tau. Kena plak tag dgn ita. Jadilah rupa ini. Ambil pun guna webcam je. Betul ita, kalau kena ambil full page body lagi haru, hehehe.
Law & Order
1. Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now
2. Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture
3. Post that picture with NO editing
4. Post these instruction with your picture
5. Tag 10 people to do this :- Mimi, Shais, Lin, Ammie Arif
Nak tag sampai 10 mcm ramai sgt, cukup yg tu dulu.
kawan2 yang di sebut, sila la ye...buat jangan tak buat.

Sunday, November 9, 2008

Ronda2 Sabtu Ahad

Assalamualaikum... Hari Sabtu dan Ahad papa bawa mama dan Putra pegi jalan2. Kita ronda-ronda, pegi shopping2, makan-makan. Pagi Sabtu tu papa keje, papa balik tu rehat kejap pastu baru kita keluar. Kitorang ni kalau hari cuti je mesti nak berjalan. Mula2 tu mama ajak papa rehat je kat rumah. Tapi papa kesian kat Putra, mcm boring je asyik main playground depan rmh, papa bawa la keluar jalan2...Mama sebenarnya tak plan nak gunting rambut, tapi tetiba je rasa macam nak gunting bg pendek. Lgpun rimas la...Skg ni rambut mama dh pendek, hahaha mcm rambut papa je. Papa bawa kita makan satay kat Meru. Sedap...masa mama duk Meru dulu selalu la makan satay kat situ. Pusing sana, pusing sini hari pun malam. Yelah keluar pun dah petang. Hari ni (Ahad) kita keluar breakfast kat kedai. Mama mkn lontong papa mkn nasi lemak. Pastu terus gerak ke Meru lagi. Nak mkn satay lg ke? Taklah. Kita pegi rumah pakcik mama. Tadi duk borak2 rumah pakcik mama sampai petang la jugak. Balik rumah, mama masak ala kadar je. Esok hari baru minggu baru. Kenapa la kalau monday je mama pulak yang terlebih blues, papa relax je. Hehehe.

Laser sikit

Tetamu tak di undang kalau kena masa dan ketika, betul adab dan cara boleh kita terima. Tapi, kalau tetamu yang di undang pun datang dengan cara dan adab yang salah boleh kena halau jadinya. Apa hal tetiba aku cakap gini?? Geram sangat bila ada yang cuba menegakkan benang yang basah...Hehehe terasa aku ni laser la pulak. OK next n3 kita back to normal. Peace!! V

Saturday, November 8, 2008

Penipu

Sekarang bulan November maknanya bulan 11 la. Ok, klu ada ibu2 yang sedang mengandung -+ sebulan, (lebih kurang sebulan) ikut logiknya bila dia akan bersalin?? Klu ikut akal yang betul, dia akan mengandung selama 9bulan 10hari kan. Klu ikut aku yang tak berapa pandai ni kira...due date dia dalam bln JULY (7) . Tapi boleh ka terima akai kalau dia kata due date dia hujung bln 8, atau awal bln 9. Mungkin dia ni bunting harimau kot...tak pun gajah. Hehehe. Manusia ni banyak jenis kan?? Yang ni nak kategori apa ye?? Hairan bin pelik dengan orang yang suka cakap menipu ni. Kut ya pun teringin sangat nk mengandung agak2 la. Biar dh ada isi br pi jaja kt org. Ni buat org gelak je....Tak pun kira dulu baru buat cerita. PEACE!! V

Friday, November 7, 2008

Nauzubillah

Geli geleman rasa bila ingat balik ada satu cerita si isteri wat hal. Betul ke tidak entah la, tapi yg di dengari ni pn dr mulut sedara-mara dia gak. Boleh ke si XX ni lari ikut jantan lain, tinggal suami dengan anak gitu. Bawa lari brg kemas, kad kredit, kad ATM bagai semua di angkut. Dengar citer pompuan ni bukan la lawa sangat, tak pasti la betul atau tidak sbb aku memang tak kenal dia. Dan tak ingin nk kenal pompuan gini. Geli aku!!Kesian laki dia susah payah cari duit senang2 bini kebas bawa lari dengan jantan lain. Isteri ke apa mcm ni?? Gedebuk gedebak bagai aku pn tak berapa nk interested sgt dgn citer gini. Dengar pun gitu2 je...Last sekali pompuan ni di ceraikan suami dia. Tetiba merayu pulak nk balik kat laki dia. Jantan yang hari tu dah kebas sume, babai la. Laki dia balik dgn dia ke tak aku pun tak tau...
Pada aku la...bila dah ada suami, anak maksudnya rumahtangga yang lengkap la kan, cukuplah. Rezeki tu kena usaha la insyaAllah kalau niat yang baik Allah mesti permudahkan. Tak ada dah perasaan nak berkenalan dgn lelaki lain, nak enjoy2 kat luar dgn org lain. Sume tu dah buang jauh2. Nauzubillah kalau perkara ni terjadi pada kita. Minta di jauhkan la. Renung-renungkan Tet!!! kes ni tidak mention pun nama, tempat segala yg berkenaan. Dan anda yang baca pun tak tau sape kan?? So, jangan cepat melatah ye!

Thursday, November 6, 2008

Kesian

Kesian kat ABBY ABADI...td tgk WHI. Nampak Abby mmg berpatah arang berkerat rotan dah dgn Norman Hakim. Sekali berlaku...boleh di maafkan. Tapi terjadi yang lebih teruk lagi buat kali kedua memang babai la. Itu artis biasa la dengan benda gini...tapi kesian la jugak. Tambah lagi baru je dapat baby girl. Sedih nya... Kenapa la dgn orang lelaki ni kan. Dah ada bini lawa pn nk cari yang lain. Dah ada rumahtangga cukup lengkap pn nk berseronok kat luar jugak. Tak faham sungguh dunia sekarang ni. Kebetulan semalam masa ondaway nak g Rawang, hubby tetiba bercerita pasal kawan baik dia ni. Rumah kwn ni kat Rawang. Tapi kitorg nk p jumpa adik hubby bkn g rmh member ni.
Hubby : Tau tak sebenarnya kan si xx tu ada awek
Aku : Ha, betul ke? Abg ni jgn pepandai nk ckp pasal org
Hubby : Betul...td dia cerita kt abg. Masa dia kawen hr tu pn dia ada 3 org awek lg.
Aku : Biar betul...bini dia tak tau ke??
Hubby : Hari tu bini dia dpt tangkap. Slalunya hp dia tak bg bini dia tgk. Tp hari tu dia tgh solat
ada SMS masuk. Kantoi la...
Aku : Ye ke...habis tu?
Hubby : Perang la...bini dia siap p serang pompuan tu. Brp lama bini dia tak tegur dia.
Aku : Pastu tak berani buat dah kot
Hubby : Tak berani apa...la ni pn ada awek gak. kt ofis siap bergayut tipon hari2. La ni dia lg
bijak...dia tak pkai hp. Dia guna public phone. hahaha
Aku : Ingat kan serik...abang pun sama gak ni. Nasihat la dia.
Hubby : Hari2 abg nasihat...tp dia selalu cakap boring la, bini dh gemukla, mcm2 la.
Aku : Kesian kat bini dia
Panjang lagi sebenarnya perbualan kami...tapi cukup di situ. Hubby aku ni mmg suka bercerita. Susah la klu dia nak berahsia apa2. Aku siap pesan dgn hubby, esok abang p cakap kat dia..."Klu bini gemuk cari ubat untuk bg kurus, bukan p cari pompuan lain ". Geram pulak rasanya. Aku selalu ingatkan dia supaya sentiasa ingat anak dan susah payah yang dah dilalui bersama. Ingat rezeki yang Allah bagi ini...jangan sampai ditarik balik gara-gara mengkhianati isteri yang setia ni. Lagi satu, amalkan membaca doa pengasih yang ustazah Siti Nurbaya ajar tu. InsyaAllah...Sebenarnya, aku dh lama amalkan doa ni sejak mula2 kawen dulu. Hubby pun sama. Harap-harap tak berlaku pada kita semua perkara2 yang tak elok. Semoga hubungan suami isteri (kita semua) kekal bahagia hingga ke syurga, Amin **Klu bini plak buat hal, macam mana?? nantikan N3 seterusnya...hehehe

Wednesday, November 5, 2008

Wahai anakku

nyenyak tido dlm buai
kesiannya anak mama Saya batuk, muntah dan demam... Layunya mata dia.
Sedihnya hati tatkala melihat wajah anak ku ini. Selama 9 bulan engkau hadir di sisi mama dan papa, inilah kali pertama engkau demam, batuk dan muntah. Pilunya hati mama waktu itu melihat anak mama hanya baring kelesuan...tiba-tiba anak mama batuk, lalu muntah dengan banyaknya. Yang keluar hanyalah air susu...Dengarlah suara tangisan mu yang minta di bantu. Sayang, mama tahu engakau sakit...tapi tahukah engkau bahawa mama lagi sakit melihat derita mu itu. Kalau bisa di ganti, biarlah mama yang menanggungnya.
Saban malam mama dan papa berjaga menjelum kepala mu agar kurang panas itu. Dan setiap kali engkau menangis mama pun turut bersedih. Anak mama susah nak bernafas...hingus yang tersumbat di hidung mu belum pandai kau buang. Benarlah kasih papa begitu hebat untuk mu wahai anak...Papa sanggup menyedut hingus mu itu dengan mulut papa sendiri. Bayangkanlah betapa begitu kasih dan sayangnya kami pada mu.
Menanti anak ku sihat umpama beban yang terlalu berat. Doa kami untuk mu setiap saat. Ya Allah semoga anakku cepat sembuh ya Allah...Doa kami itu telah Kau makbulkan. Alhamdulillah...Amin Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, November 4, 2008

Surat CINTA

Myspace Lover Letter
Saja syok2 wat benda ni...almaklum tak dak keja nak buat. BTW terima kasih la pada yg sudi singgah kat sini. Rajin2 la menyinggah ye. Jgn lupa mengomen setiap n3 ku, hehehe. "Saya budak baru belajar..."

Sunday, November 2, 2008

Sate kajang

Lets the pictures do the talking
Memang best la...tgk Putra pn dh ngamuk. Kenyang makan sate...nk balik tido la Thankz pada Kak Wasi n Abg Damat.

Sabtu yang BEST

Hari sabtu...mama memang plan nak pi makan nasi rumah sepupu mama. Ye ke sepupu?? ala lebih kurang la kupu-kupu jugak la. Rumah cik seni la...kat Pulau Indah. Melihatkan Putra pun dah semakin sihat kita pn gerak la. Sampai je tengok cik E (suami Seni) dah makan dulu. Lapar kot baru balik keje. Hahaha...kami sampai agak lewat sikit, kelaparan la nk menunggu tu. Potpetpotpet...teringat nak pi rumah cik Wasi plak. SMS abg Damat..."aku memancing bwh jambatan ni" begitulah kata sms nya. Kak wasi ada je di rumah menanti kehadiran tetamu yang istimewa ni, hehehe. Dia dh siap masak mee goreng, sedap gak...Mee goreng ala Sabah gitu. Dah kenyang makan...dah borak itu ini, gerak pulak pi Tesco Klang. Sesaja nk menyoping apa yg patut. Dah habis shoping, ingatkan nak gerak balik rumah. Tapi Kak Wasi ajak makan sate Kajang pulak...Layan je la. Sedap gakye sate samuri ni. tak penah rasa lagi, ni 1st time mkn sate kat situ..TQ very very much kak wasi n abg damat belanja kami makan. Alhamdulillah...sampai rumah terus pengsan, hahaha.

Muhammad Darwisy Shahputra bin Suhaimin

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Amacam my hero, OK ke?? Dah sihat pun dia...hehehe mama suka tiru cik Wasi yg comei tu. Nk jugak gambar Putra keluar magazine, ahaks!!

IKLAN