Baru ada chance nak update cerita hari sabtu...huhuhu. Sungguh ketinggalan masa. Tak per la asalkan update. Insyaallah nanti dapat jugak anak cucu cicit baca kan. Hihihi......
Sebenarnyakan kami ni kalau berjalan memang susah nak ada plan. Asal start je enjin kete...ikut je la kemana stereng tu pusing. Rasa berkenan...singgah. Ha, gitu lah keluarga En Suhaimin ;)
Macam tu juga kejadian pada hari kejadian ni. Kami sebenarrnya ke Taman Sri Putra, Banting. Saja je la menziarah pakteh den yang baru pindah ke sana. Lagipun dah lama sangat tak ziarah ahli keuarga sejak mula bisnes. Bizi sangat...Oleh kerana minggu ni je agak free...(xder makna free nya.)dapat la mengular dan menghabiskan boreh yang ado ;)
Mula2 tu ingat nak ke Pantai Morib jer...pastu nak terus balik rumah, berehat. Sekali Pantai Morib tengah dalam construction. Ala...tak best. Tuan stereng pun terus kan lagi perjalanan sehingga la kami sampai ke sini....
Gold Coast Australia Pantai Bagan Lalang.
Tengok lah muka cik Puan tu...penat ( ala mcm la i yg drive). Putra pulak tertido...yer la waktu kami sampai ni dalam pukul 2.30mcm tu. Papa dh excited nak jadi cameraman cabuk. Biarkan Pura tido...sambil mama layan makan2. Hahahaha......
Dari air belum pasang sampai la air pasang ke pantai ni kami kat sana. Bayangkan lah...Bila Putra dah bangun dia pulak excited nak mandi bila nampak air. Tapi ada satu masalah....Putra taknak jalan atas pasir. Dia kata kotor. Hihihihi....Papa siap belikan pelampung, dengan mainan lagi. Nasib baik ada bawa baju untuk Putra kalau tak memang haru.
Tengok tu.....cantik kan. Kalau datang dengan family picnic memang best. Mama ada nampak jugak family yang datang siap buat bbq lagi. Oh...best tu. Pantai bersih. Lagi satu yang best kat sini ialah tandas awam yang bersih. Cukup bersih. Tak caya? Datang la sendiri.
...........................................................
***Oh hampir i forgot!!! Hihihi....ada satu peristiwa di sini. Waktu aku nak keluar dari kereta ke tandas. Aku ternampak sepasang merpati manusia jantan dan betina sedang berdating di bawah pokok. Mereka tidak perasan akan kehadiran aku melalui situ kerana yang si jantan sedang asyik merab@ t3t3k si betina itu. Dengan sekuat tenaga hati aku berdehem. Maka terkejut lah dua ekor beruk itu lalu yang si jantan bangun duduk agak jauh sedikit daripada si betina.
Setelah selesai ke tandas, aku keluar dan perhatikan dua ekor beruk tadi, masih di situ...dan yang si jantan itu memerhatikan aku dengan "semacam". Lama jugak aku tunggu kat situ. Kot2 dia datang nak sound aku. ( mcm berani...). Rupanya tak...si betina tu tetiba jadi pening....tak sihat kot. Ataupun mengantuk tahap gaban. Dia masuk berehat dalam kereta Kancil yang parking selang sebuah dari kereta kami. Apa yang terjadi seterusnya...? Biarlah kami saja yang tahu. Hihihihi
Moral of the story : Jangan lah rosakkan keindahan alam ini dengan pencemaran akhlak. Yang lebih menyedihkan aku....perempuan tadi bertudung. Anak sapa la tu?