MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Monday, November 1, 2010

Uweekkkkkkkk.........uweeeeeekkkkkkkkkkkkkk

Tuan tanah kedaung kureng sihat...InsyaAllah tahun depan bulan June baru sihat agaknya ;p Lapar...tapi xder selera nak makan. Tapi bila time boleh makan memang saya akan makan tak hengat. Alhamdulillah tak buueeeekkk, cuma loya2 je. Tu pun boleh buat saya tak lena tido. Sebab perut n tekak rasa tak selesa.

Kalau nak masak memang kirim salam la cik yah....langsung tak boleh masuk dapur. Bau nasi mendidih pun saya dah lari masuk bilik tutup pintu. Ermmmm.....tapi kali ni better than Putra dulu. Lagi teruk waktu tu, langsung tak boleh makan. Asal makan je semua keluar balik sampai la perut 6 bulan baru ok sikit.

Skg ni rasa kesian kat en roomate saya dan Putra. Sebab saya tak leh masak, en.roomate memang tak suka makan kat luar. Putra pulak tengah "makan" tapi mama tak bleh masak, terpaksa la makan roti je :(


Friday, October 29, 2010

;)

Salam...gud morning everyone;) Muning lagi ker ni? Hahahahaha.........emosi terganggu skit sejak dua menjak ni. Yang add sy kat Fb sure dah tau kan....? Erm, yang belum tau, lambat laun tau jugak, hihihihi. Cett macam artis  le pulak kan. Perasan nau si Farah ni kan.

Pada yang tertanya-tanya tu....clue nya ialah....rezeki kami memang bertambah lagi untuk tahun depan ;)


Friday, October 22, 2010

Anne Ngasri selamat melahirkan anak ketiga

Berita baik buat keluarga Anne Ngasri, beliau selamat melahirkan anak ketiga, baby perempuan pada pukul 3 malam tadi bertempat di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur. Walaupun disambut dengan berita gembira, namun ada sedihnya juga. Kalau anda masih ingat, suaminya telah melafazkan cerai talak 3 buat Anne Ngasri semasa bayi tersebut masih dalam kandungan. Kalau mengikut hukum, maka jatuh’lah talak cerai dan bermula tempoh edah Anne Ngasri.
Bagaimanapun, Wafi (bekas suami Anne) masih melaksanakan tugasnya sebagai seorang gentleman dengan membawa Anne ke hospital, dan dia juga yang iqamat-kan bayi perempuan tersebut. Menurut sumber, emak Wafi turut hadir sama untuk menjaga Anne selama beberapa hari di hospital.
Kesian pada anak-anak yang masih kecil, dan belajar’lah tolak ansur sesama pasangan. Amin.

credit : ohbulan

Tuesday, October 12, 2010

Malas nya nak masak


Udang Masak Lemak Cili Padi ~
Malas nak masak hari ni...buat masak lemak je la yg paling senang. Pejam mata pn bleh. Hihihihi. Burp!!! Alhamdulillah. Campur buncis dan ubi kentang. Senang. Sayur pn xpayah masak. Malaskan saya? Nasib baik dah kawin kalau tak sure xde nak meminang. =)

  • Layan bola jom...Kedah vs Terengganu

Monday, October 11, 2010

Jangan menipu!!!

Salam geng...

Petang2 senin ni nak juga sharing2....td singah ke sini. Rasa mcm nk share dgn korang ;)
"Celakalah orang yang berbicara, padahal dia menipu, untuk sekadar membuat orang-orang tertawa, celakalah dia, kemudian celakalah dia." (Hadis ini sahih dalam Bulughul Maram oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqolani)"

Jangan lah kita jadi seperti ini, atau dlm hal2 lain juga.

Saturday, October 9, 2010

Kemana yer?

Ehem2...En roomate saya cuti seminggu. Sekolah cuti kan. Erk...ni international school jgn terkonpius plak yer. Memang tak sama dengan cuti sekolah biasa. Dalam hati ni menggedik-gedik nak berpoya-poya berjalan-jalan. Tapi tak tau nak kemana. En roomate ni tak abis2 nak gi PD. Tak sukeeee sebab dah byk kali pegi. Haih!!!

Tapi, kalau balik kampung takpe. Hahahaha....selalu pun tak pe. Putra pun baru sihat. Oh. Lupa nak story mory pasal anak bujang sorang tu. Nanti la ye.

Entah laaaa

"Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu."


Saja je nak letak quote ni. Untuk peringatan diri sendiri. Biasala kita sebagai manusia ni selalunya lalai. Bagusnya kalau dapat sahabat yang selalu memperbetulkan kita. Herm...

------------------------------------------------------------------------
Hihihi...nak juga berentry di hari Sabtu ni. Ye la, mata ni mengantuk je, malas nak layan sebab kejap lagi nak pegi open house. Ye, ada lagi open house. Malam ni pun rumah pakcik kat Meru buat open house jugak. So tghari tadi je la saya masak Nasi minyak dgn ayam masak merah. Petang dengan malam, rezeki kat luar, alhamdulillah.

Ok la bai

Friday, October 8, 2010

Bila Empat Cantik bertemu....part2

Sessi menggedik lagi....Macam kat dalam bilik kitorang dolu2...Mcm ni lah kami. Happening selalu.Oya, Chot, Nad dan Aku.

Dulu masa tgh kecoh pasal ada hantu, aku ajak si Oya ni la tido katil aku. Hahahaha, bayangkan single bed tu tido berdua. Kalau di kenang waktu tu rasa kelakar sangat. Aku penakut yang teramat sangat dari dulu smpai sekarang. Lagi satu kalau bilik air tu, aku lah penjaga setia. Bukan apa nk bagi peluang kat sahabat aku yg sorang tu mandi...dia kan sllu bngun lambat.

Si Nad pulak katil atas. Kalau dia bangun lambat je aku selalu jongket tilam dia dari bawah. Hahahahaha. Yg tak boleh tahan, si Nad ni bawa bantal bentuk jam. Besau giler. Pastu ada lekat gambar Bekem kat dinding. Agaknya berangan bila la abg bekem nk dtg meminang kot. Hihihihi

Si Chot plak...biasa la. Ratu bangun lambat. Hahahaha.Atas katil dia tu penuh dengan khazanah dia. Ntah mcm mana dia tido aku pn xtau.

Tulah kisah kami "adik-beradik". Sentiasa dalam ingatan. Tiap2 kali kami jumpa mesti cerita2 ni keluar pastu gelak ramai2.

Oya & Chot.
InsyaAllah aku harap silaturrahim kami dari dulu, kekal untuk selamanya. Kami sentiasa ingin bersama. Yang paling penting aku saaaaaaaaaaaayang kawan2 aku ni.



Posted by Picasa

Syukran, Alhamdulillah

 UPDATE: Setelah berbincang husband & wife dan dari hati ke hati. Picture tersebut telah saya DELETE. Tak nk la orang mengata nak menunjuk, sedangkan saya langsung tak berniat begitu. Pada yang terasa MAAF saya pinta. Tiada niat nak menunjuk hatta meninggi diri sama sekali. Sekadar rasa bersyukur sgt dgn limpahan rezeki drp Allah swt. Moga2 rezeki anda juga ditambah dan diberkati, amin



Salam...
Nak share berita gembira dengan korang. Alhamdulillah tahun ni rezeki kami bertambah lagi. Syukur sangat. Sungguh rasa terharu sebab sejak kelahiran Putra rezeki kami semakin bertambah dan semakin baik. Bukan niat nak menunjuk....korang pun bukannya tahu pun berapa amount nya kan? Tapi nak berkongsi je. Gembira dan bangga dengan En. Roomate saya. Usaha dia selama ni berbaloi.

Alhamdulillah...

Saya nak share juga 20 Amalan Menambahkan Rezeki. InsyaAllah.
Sumber : sini >>Peringatan unt diri sendiri juga ;)
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Kak Engku sah bercerai



Nampaknya rumah tangga Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Raja Azura telah sah bercerai dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman pada 28 September lalu. Kedua-duanya telah cuba menjalani kaunseling tetapi tetap gagal untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
Kami kagum dengan ketabahan Kak Engku yang tetap bertugas seperti biasa di konti Sinar Pagi walaupun telah bercerai hampir selama seminggu. Memang tabik respek. Salute. Sungguh cekal hati seorang wanita ini. Semoga di masa hadapan juga terus tabah dengan dugaan dan cabaran ini.
Raja Azura dan suami ada 3 cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4. Walaupun telah bercerai, kami berharap agar kasih sayang mereka berdua terhadap anak-anak tetap tidak akan berbelah bahagi. Jangan biarkan anak-anak yang menjadi mangsa.
Takziah kami ucapkan kepada Raja Azura atas penceraian ini.

Credit : Beautiful Nara

Please...

Guys...nak minta opinion.

Rasa mcm nk "lock" rumah ni. Atau tukar url. Atau macam mana...?Sebab ada "penyibuk" dari dulu dan selamanya duk mengintai. Bukan saya tak tahu selama ni, tapi buat2 tak tahu je. Ye la kalau dia setakat membaca dan blah tak kisah....ops, nak komen tak boleh. Hahahaha....tapi bila dah baca dia selalu PERASAN saya menulis untuk menunjuk2 dan tuju kepada dia. Padahal saya langsung tak de masa nk ingat pasal dia.  Sape dia pada saya...? Hahahaha. Sendiri mau ingat haaaaaaaaaaaa.

Apa yang saya nak menunjuk pun saya tak tau. Apa yg saya nk cerita pasal dia pun saya tak tau. Ermmmmm.....meroyan dah tu.

Yang penting SEMUA dalam bloglist saya tak terlibat. Orang lain,ok. 

Wednesday, October 6, 2010

Bila dia tak sihat

Owh...anakanda tercinta tak sihat hari ni. Di serang selsema dan batuk2. Kahak byk pulak tu. Nafas pn dah berbunyi. Mama dah risau ni.

Kalau dia sihat macam2 dia buat bagi darah mama naik dan bertukar jadi tarzan. Korang layan gambar ni.....

Nampak kan...?
Betapa darah saya akan naik dan mula menjadi tarzan betina.
Saya tengah sibuk masak kat dapur dia senyap2 masuk bilik selongkar beg makeup saya.
Dan beginilah jadinya.

Owh tidakkkkkkkkkkkkkk!!!!
Awak tu lelaki mana boleh pakai lipstik. Hadoiiiii.

Tapi, hari ni dia tak sihat. Diam jer....kesian pulak mama tengok. Adik cepat sihat yer, sunyi la rmh ni.


Posted by Picasa

Jalinan silaturrahim

Dengan nasihat yang begitu sederhana, Rasulullah saw. mengajarkan para sahabat tentang keunggulan silaturahim. Nabi saw. bersabda :-
“Siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah menyambung tali silaturahim.” (Muttafaq ‘alaih)

Bila terbaca ayat ni terasa macam...Alhamdulillah. Bersyukur sangat sebab silaturrahim antara keluarga dan sahabat2 baik yang nyata mahupun maya sentiasa terjalin. Dalam bulan Syawal ni, biasanya silaturrahim yang dah lama tak bersua kembali menyatu. Kita ziarah saudara mara, kawan2...semua ni semakin mengeratkan silaturrahim kan?

Terkadang saya terfikir kenapa silaturrahim tu terputus? Mesti ada puncanya, asbabnya. Apapun semua ada jawapan masing2. Apa yang penting....sambung kembali silaturrahim. Biar terlewat jangan langsung tidak.

Macam saya....kalau dah lama tak jumpa saudara mara, kawan2 dalam bulan Syawal ni lah seboleh nya saya nak jumpa. Kalau tak jumpa pun, kita akan call, paling tak pun SMS. Lagi senang kita berFB. Mudahnya jalinan silaturrahim sekarang kan? Tak ada alasan untuk tidak berhubung.


Tapi pastikan anda bersilaturrahim dengan orang yang boleh pakai. Kalau yang mendatangkan masalah, buat abis boreh jo....Erk...mcm tu ker?

Tuesday, October 5, 2010

Bila Empat Cantik bertemu....

Tuan2 dan Puan2..Presenting story dah basi. Huhuhu...Nak up jugak untuk kenangan di masa hadapan ;)


Masih ingat kisah yang ini. Kalau dah lupa xpe la. Memang dah basi  pun. Bukan salah ibu mengandung anda. Tapi salah bapa saya yang lambat nk load ini piccas. Jom layan pic kami yang menggedik tak hengat donia.


Aku sorang je pandang sana....
Loh...aku pandang sini korang pandang sana
Cun!!! Hihihihi
~Four Beauties~
Ni lah roomate aku dolu. Nad, Oya, dan Chot.
Kisah pelajar cemerlang gemilang terbilang....dan yang paling penting sekali bilik kitorang yang paling otai. 
Rindu saat2 itu. 
 Si chot memang ratu bangun lambat. hahahaha. Aku....?

  • korang jgn nk muntah ijau baca tajuk aku tu yer....hahahahaha

Posted by Picasa

Monday, October 4, 2010

Open house...perut kenyang ;)

Hai geng....
Sabtu ahad tadi ramai mesti ramai yg buat open house kan.Ye la dh nak last2 syawal ni...Kitorang pn ada jgk jemputan open house.

Sabtu
...........pepagi agenda buat sarapan kat en roomate. skg ni dia dh tak suka bawa kami sarapan kt luar. Mungkin wife dia masak sgt sedap, wahhhhhhhhhhhhhhh perasan jap. Pastu kemas rumah apa yg patut pastu pegi The Store shopping brg skit. Balik tu siap2 terus gi open house kt Kota Damansara.
Balik dari Kota Damansara singgah Giant pulak. Sopping lagi...tak abis2 lagi membeli. Barang dapur je pun.

.........malam open house kat rumah lama. Subang Impian....xbleh ckp apa, sembang kencang tup2 tgk jam dh berhimpun. Huh!!! Almaklum dah lama en roomate x jumpa geng.

Ahad
.............pukul 11 pagi gerak ke Banting. Konvoi 2 biji kete dgn pakcik. Nak ziarah pakteh  kat sana....Meriah beb. Hahahaha, terasa bahagia seketika dpt jumpa keluarga. Ye la ai kan miskin adik beradik, faham2 je la.

Dari tghari borak tak ingat donia...solat zohor pn dh dekat pukul 3. Hahahahaha. Makan2 borak. Makan lagi, borak lagi, makan lagi, gelak2 pulak. Macm tu la bila berkumpul. Best kan....

Balik dari Banting kitorang jejak pulak ke Pulau Indah. Rmh sekupu-kupu ai. Lama dah tak dtg sana. En roomate tu bizi sokmo ;)

Borak punya borak sampai ke malam. Kitorang smpai rmh dah kul 9pm. Gigih la pulak ai nak meng-iron baju keje en roomate tu. Smlm terlupa...byk sgt mkn agaknya.


  • apsal n3 ni bosan je ha...? apa pn tq sbb sudi baca ;)

Friday, October 1, 2010

Terharu

Owh...tacing jap. Member buat entry le. Memang betul dia bawakan cistat untuk ai. Huhuhuhu...terharunya. Yang penting cistat tu sgt delisyes. Ini Seriyes......(ala2 ming mng wonderpets tu). Rasa mcm nak lagi....huhuhuhu.

Ok...oleh kerana dia dengan baik hatinya...(selalunya tidak...ekekekeke) menghadiahkan sebekas cistat ini untuk ai. Maka ai akan tolong promote dia punya blog. Mana tau pasni dia bg kek chuggington idaman Putra tu. Hahahahaha...

Korang terjah la yer ke sini....Nanomi Bakery

Thursday, September 30, 2010

Bila hujan turun...

Hari ni nak membebel ... hobi baru barangkali ;p
Ekceli...ececeh ckp omputih. Padahal bukannya terror pun....
Pasal apa nk membebel ni...?
Pasal ape? Cuba habaq mai...

Ni haaa...KL ni hari2 hujan.
Tempat korang hujan tak...? Tak hujan?
Aik? Ohhhh...korang duk Aloq Setaq. Bukan KL....
Ermmm...

Tu...kain dalam bilik pakaian tu dah segunung jerai
Tak kering!!!!! .
Tension makcik ni. Dah la rumah atas angin, nak sidai kat mana....?
Kat yard belakang pun kalau hujan lebat...basah dol.

Hujan kat sini lain macam sikit
Siap angin, guruh, kilat semua...
Pulak tu hujan tetiba, angin kencang tetiba.
Lagi la aku beraaangiiiiinnnnnnnnn.......

Disebabkan kain segunung intan tak kering
Maka aku isytiharkan harini MALAS nak masak...!!!!!
Ada kena mengena ke...masak dengan kain.
Errrrkkkk....rasanya tak berkaitan pun

  • moral of the story : perasan lagi ckp omputih. gunalah clothes drier.... ekekekeke.
 Gigih aku snap.
Bayang2 hitam yg korang nampak tu...adalah gantungan2 kain baju yg tak kering.

Ada kemudah tapi tak pernah guna. Giler ko. Kalau aku guna menatang ni, sure bil letrik aku naik tinggi jugak macam gunung jerai.
 

Monday, September 27, 2010

Balik kampung mesti pekena ni

Sape yg dh lama kenal aku sure dah tau. Kalau aku balik kampung tak singgah makan bihun sup utara memang tak sah. Hari raya lepas pun aku singgah juga makan bihun sup ni. Kalau tak silap masa hari raya ke4. 
Ni lah kedai tu. 
Jangan konpius pulak. 
Specialty dia maybe Mee Rebus la. 
Tapi aku suka bihun sup dia ;)

Ini budak bukan mau makan. 
Mainan je yg dia nak. 
Nasib baik kat kampung, maktok dia punya wang. 
Hahahahahaha 

Ok....ini dia my peberito!!!! Sedap tak terhingga... 

Mee Rebus En Roomate punya. Aku tak makan daging, harap maklum.

 Kalu  tak makan bihun sup ni konpom dari Kedah sampai KL mulut aku bising, hahahahaha. Silap haribulan mggu depan kena balik semula semata-mata nk mkn bihun sup ni. Hihihihi...tak senonoh pny perangai kan.

Posted by Picasa

Sunday, September 26, 2010

RAYA 2010 :: Reunion

Cerita dah basi....
Tapi ku nk cerita jugak ;p
Reunion sekolah rendah berjaya jugak akhirnya...
Penat mulut menalipon kengkawan. Letih jari2 duk sms sana sini...
Alhamdulillah...thn ni lebih ramai dr thn lepas....
Raya ketiga di rumah Amalina...korang kenal ker? Oh!! Bukan Amalina Ah! Ah! Dangdut tu...
Ni Amalina manager Jco...@ Queensbay. Promote ker ni?
Layan pic jom...
3 dara pinggitan.... 
single but NOT AVAILABLE....harap maklum ;)
Sorang Engineer, sorang lg Lecturer, Sorang lagi tu Manager ... 
Yg mn satu korang teka lah sendiri. Kalau betul dpt hadiah ...hihihi
Ni "bujang senang..." 
Mr. Zack...blum abis belajar tapi bini dah 3. 
Ada kosong lagi 1. Sape nak sila minta borang dgn ai ;) 

Tuan rumah tgh isi perut.....mkn mee. Sllu dia makan donut je. 
Hari ni dia goreng mee kat kami. 

Picture credit to cik selamah kundang
Sessi gelak2 kutuk2 gossip2....tak hengat dunia.

  • Tahun depan kita jumpa lagi yer...InsyaAllah.


Posted by Picasa

Friday, September 24, 2010

Bersambung...






Inilah kisah...

....kejadian malam tadi....
Nenek ai datang yu. Bkn datang sorang...
Dengan Makusu n famili daa....
Nenek ai mana tau bawa kete,
Naik kete tau laaa....tu pn kena ada yg pimpin
Sian nenek kena naik tangga.
Nasib baik tingkat2 je. 
Kalau tingkat lima ntah la.
Macam dah ai war-war kan kat Fb Nak masak Mee Bandung....
Lalalalalalala... Jemput la yer...;)

~Mee Bandung Jitra Mai~
Tuan yang masak ni mai dari Jitra...hihihihi
Yang manis bertudung tu la nenek ai...
bukan yg tudung merah tu la!!!! Hish!!!
Tu sepupu ai la. Yayah. Baru je abis UPSR, klu berkenan sila PM ai yer ;)
Nenek ai ayukan....mcm cucu dia ;p

Nnt ai cerita lagi yer, dapat sms from my kupu-kupu kat Port Klang ondaway dtg rumah ai. Masak mee bandung lagi laaa...Encik roomate yg request ;)
Posted by Picasa

IKLAN