MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday, December 31, 2008

Enterprem Myra je

Mggu lepas aku g melawat kwn sekolah lama kat Damansara Damai. Datang nk tgk princess baru dia. Baby dah 2 bulan lebih baru nk balik sini. Lama sungguh balik duk Kelate. Yg aku enterprem ni anak sulung dia, Myra Adreanna. Comei kan?? Gambar baby?? Boleh nampak yg Cik Ah pangku tu. Den ni selalu je lupo klu jumpa geng lama. Mesti borak tak hengat dunia. Sampai lupa nk snap gambar Alya Qistina. Huhuhu...

Peringatan : Hati-hati di jalan raya

Hari Sabtu lepas masa ronda2 kat Shah Alam tetiba masa melalui roundabout kat Uitm tu ternampak la kejadian ini. Cepat2 la keluarkan henpon buruk ku ni nk snap gambo. Huhuhu...Boleh nampak kan yg dotdot kt gambar tu. Itu sebab aku zoom la jadi gitu. Biasa la henfon murah kan. Rasanya berita ni ada keluar dalam Harian Metro...tapi aku ni biasa la lambat nk update kat blog. Lupe da... Tapi kesian la kt owner ni...baru je accident 6 bulan lepas, ni accident lagi. Kete baru pulak tu. Lain kali hati-hati ye, dik.
Pada semua kawan-kawan yg memandu nk balik kampung ke, nk bercuti ke, nak pi kerja ke hati-hati la selalu.

"Sesungguhnya ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Tetapi sebagai manusia yang berakal bertindak lah dengan berhati-hati"

Tuesday, December 30, 2008

Apa dah jadi??

Salam. Aku sebenarnya nk GELAK kuat2. Geli hati pun ada bila ada org yg tetiba melenting kat aku. Dan yg paling BEST di luahkan keGERAMan nya melalui BLOG. Bak kata kawan yg seorang ni alam maya ni bukan la tempat nk bergaduh, berkelahi dan seangkatan dengannya. Tapi...OK aku tak kisah kerana siapa la kita nk menilai dan menjatuhkan hukum. Biar Yang Maha Berkuasa yg mengadilinya. So tak usah la aku nk memanjangkan dan melayan kisah bodoh dari org yang kolot, corot, dan herot akalnya. Apapun, dia mempromosikan blog aku ni...huhuhu sungguh tak ku sangka. Nk baca ke ape yg dia tulis tentang AKU?? Sila la google kat sini dan nilai la sendiri ye. Rasa menyesal pulak aku ajar dia cara2 nk buat blog. Last2 aku plak kena hentam. Hmmm macam melepaskan anjing, ops! kucing (la elok sikit ) yg tersepit. Alhamdulillah...semoga dia tidak mengganggu hidupku lagi, dan dpt hidup dengan aman lepas ni, amin.

Sunday, December 28, 2008

Tag dari Kak Opie

The rules:
Link to your tagger and post these rules.
List 8 random facts about yourself and tag 8 people.
Tagging:
3. Ieta 4. Sume yg baca blog ni
Fakta rawak tentang saya
  1. Seorang isteri kepada suami ku yg sangat pandai memasak
  2. Mama to my beloved son, Muhammad Darwisy Shahputra bin Suhaimin
  3. Aku ni anak manja @ terlalu di manja. Hahahaha. Sebab aku ni anak tunggal. Kuikuikui
  4. Tak suka la nk bermekap bagai, pendek kata aku ni seorang yg simple dimple gitu.
  5. Boleh di kategorikan sebagai peramah. Sbb bnyk jugak geng borak ptg2 kt sini.
  6. Sangat la meluat dgn org yg berlagak tak tentu pasal. WeeeeeKKKKKKK!!!!!!
  7. Sangat la bersederhana orangnya. Bak kata orang yg biasa2 jew

Myself

First name: Faranina

Name you wish you had: Memang aku nk nama ni. Itu pasal mama n abah aku bg nama ni, hahaha

What do people normally your name as: Kawan sekolah/U - Farah, Family-Nina, Blog- Fara

Birthday: 11 April 1984

Birthplace: Hospital Besar Kuala Lumpur

Time of birth: 8:45 am

Single or taken: Taken la...huhuhu

Zodiac sign : Aries

My apperiance
How tall are you: 152cm
Wish you were taller: Cukupla tu. Tak mo tinggi sangat. Mmg kuturunan ayam katik.
Eye color : Hitam dari dulu hingga kini
Current hair color: Hitam le...takkan putih pulok
Short or long hair: Short. Senang takyah kena tarik2 dgn Putra
Ever dye your hair a bizarre color: Never!!! Last time you did something dramatic with you hair: Potong pendek ni la. Tak penah sependek ni dulu.
Glasses or contacts: Glasses la senang...dolu2 leh la pkai contact
Do you wear make up: NO. Tak suke makeup. Lebih suka natural beauty :p
Paint your nails: Pakai inai masa kawen dulu
Shy or outgoing: Both. Tgk masa dan keadaan
Sexy or cute: Mmmmm...both kot, hehehe
Serious or fun: FUN. Memang suke senda gurau gitu.
A turn on: Ape yek??
A turn off: Sllu lupe nk off lappy, hahaha

This or That
Flowers or chocolates: Dua - dua boleh??
Pepsi or coke: Pepsi
Rap or rock: Gua Rock beb!!
Relationship or one night stand: Relationship la...selamat.
School or work: Sama mcm Kak Opie. Dua2 tak mo. Hahaha nk duk goyang kaki je
Love or money: Money and Love comes together. Tp klu terpaksa...ku pilih LOVE. Huhuhu
Movie or music: Music la...layan!! Movie ni malas nk concerntrate tgk.
Country or city: Ape2 je la.
Sunny or rainy days: Mmmm...sunny boleh gi jalan2. Klu rainy baju sidai lambat kering. Huhuhu
Friends or family: Both
Have you Everlied: Tipu sunat tu biasa la...huhuhu
Stole something: Never!! Tapi barang aku kena kebas ada la.
Smoked: Idak same sekali.
Hurt someone close to you: Ada kut.
Broke someone’s heart: Huhuhu penah la jugak
Wonder what was wrong with you: Sometimes
Wish you were prince or princess: Rasanya skg ni pun dh mcm princess to my mom. Hahaha
Like someone who was taken: Owh tak ada. Jgn ganggu rumahtangga orang
Shaved your head: Eeee tak mo botak
Used chopstick: Kadang2.
Sang in the mirror to yourself: Tak pernah rasenye
Favourites Flower: Ape ye?? Ape2 je la asalkan cantik...
Candy: Tak suka sgt gula2 ni
Song: Sume layan.
Color: Biru, merah, hijau, kuning
Movie: Comedy la.
Singer: Elyana, Ziana Zain, dan lain2. hahaha tak minat pun penyanyi, suka lagu jew.
Junk food: Giler kentang...Mister potato dan seangkatannya. Asalkan kentang
Website: myfara.blogspot.com
Location: Subang impian @ Subang 2
Animal : Dolu bela kucing sekarang idak lagi...
Ever cried over someone: Of course, huhuhu
Is there anything you wish you could change about yourself: Idak le rasenya. Syukur dgn nikmat yg Allah bg ni Do you think you’re attractive: Ye kot!
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose: Snowhite/Cinderella
Do you play any sports: Owh jarang sekali. Masa sekolah dulu je

Kat rmh Chot

Ni la gambar masa kt rumah Chot roomate aku dulu. Nama betul dia Aisyah, tapi biasa la zaman muda2 kan ada nama glemer. Mmg sempoi je dia, siap bw keluar kuali lg enterprem. Hahaha. Kawan aku yg sangat la suka memasak n buat kek. Tiap kali aku datang rumah dia mesti ada je mcm2 yg dia masak. Memang bertuah badan aku ni ada kawan sume pandai masak. Hahahaha, aku je yg tak pandai, adeh!! Dulu2 masa study kalau mlm2 rasa lapar mesti aku bodek si Chot ni masak kan megi. Standard la student kan...Hehehehe. Tengok tu, dia tahu aku nk datang siap buat cupcakes lagi. Ada nk order?? Boleh...sila la contact aku :)

Suami masak lagi

Masih ingat dgn entri yg sebelum ni?? Aku di jemput ke rumah Kak Nab. Ni lah antara gambar yg agak2 patut aku enterprem kan. Boleh nampak seorang pak lebai sedang masak?? Itu la suami kak nab, Abg Pisal...Memang kami ni bertuah sangat sebab dapat suami yg rajin dan pandai memasak. Terbalik ke dunia kalau suami yg masak?? Hehehe.
Mcm Abg Pisal ni dia memang rajin masak dan sangat la terror masak gulai. Mmmm memang sedap gulai ni sampai 3x tambah nasi tu. Putra pulak time ni la nk nenen. Yg aku pulak sempoi je pakai kain batik duk makan kacang. Dah macam rumah kakak sendiri la pulak. Abg Pisal siap suh tido situ. Alahai...bukannya jauh pun Meru dgn Subang. Tiap2 hari kami leh pi lepak sana. Lain kali la ye...

Friday, December 26, 2008

Jom jalan2

Semalam dgn harini kitorang beronda-ronda je. Menghabiskan minyak kete. Hehehehe. Tadi pagi lepas sarapan terus pegi rumah room mate aku masa study dulu kat Setapak Jaya. Tiap2 kali datang rumah dia mesti dia akan masak mcm2 kt kami. Siap buat cupcake lg. Adoi...bertuahnya badan aku ni dpt kawan mcm ko Chot. Pas balik dari rmh Chot cik abe belikan "sesuatu" yg x la berapa besar....tapi alhamdulillah. Terima kasih abang, ada rezeki lebih beli la lg. Pasni Kak Nab pulak ajak datang tgk rumah baru dia. InsyaAllah kejap lagi siap2 nk pegi la ke Meru. Lgpun Kak Nab keje kt LHDN balik kul 4.30 kan...Huh penat ni tapi dah di jemput mesti la kena datang. Kawan ramai la katakan :) Pulak tu dah macam sedara...

Nanti aku upload gambar apa yg patut ye :p

Thursday, December 25, 2008

:)

Ijul (yg aku bulatkan tu)...suka sgt dgn sambal belacan abang buat tadi. Sampai minta aku tapaw nk bawa balik, hehehe. Sedap sgt ke Jul??? Putra main Mickey mouse dgn Aqilah...Kiranya Qilah ni mak sedara Putra la. Sbbnya Qilah ni sepupu aku. Hahahaha...mudanya mak sedara Putra, lagi muda dr Putra.
Ni Putra dgn atok Alang Mamas. Atok Alang memang sayang sgt Putra. Cucu sedara ni...kata paklang mata Putra mcm mata arwah atuk dia. Ye ke??? Yg pastinya muka banjar kan?
Ni makusu...@ nenek Usu Putra. Hehehe muda2 lg dh jadi nenek ye. Kesian Qilah rambut botak lagi sbb bisul kt kepala tu jahat kan...Sayang Qilah tembam ni!!

Jom makan

Boleh nampak ke yg paling comel tu...pak lang aku dr Kelantan Yg kiri sekali bertudung hitam, nenek aku. Ibu kpd arwah abah aku
Pakusu, makusu, maklang, paklang, nenek, dan sepupu2 ku semua ni...
Inilah ahli keluarga ku yg tersayang dah sampai...Paklang n maklang ni sebenarnya dari Kota Bharu. Dah lama tak jumpa, so kebetulan paklang bercuti n kami pun tak jadi balik kampung, so dia pun datang la menziarahi kami. Masa raya haji haritu paklang tak dpt cuti sbb cuti anggota PDRM dibekukan sbb Kelate banjir. Ni baru dpt cuti bole la datang menjengok anak buah sorang ni, hehehe. Almaklumla abah aku kan dah takde so bapa2 n mak2 sedara ku ni sume memang ambik berat sgt la...lagipun hanya aku la 1 satunya anak arwah. Walau aku ni dah berkahwin beranak pun diorang ni masih layan aku ni mcm kanak2 riang jugak. Alhamdulillah...syukur dapat keluarga yg terlalu menyayangiku. InsyaAllah paklang klu ada masa kami sampai la ke Kelate ye.

Air tangan suamiku lagi

Tengah sarapan kat Mak Uda pagi tadi, tetiba ada sms masuk. Dari makusu...Usu nk datang rumah ni. Masak sedap2. Gitu la bunyi tulisannya hahaha. Huh!! Nk masak ape ni tuan chef...?Dah kenyang sarapan, berdesub pi kedai beli bahan2 unt masak. Menu ape?? Aku memang tak tau, itu chef yg akan masak...Lebih kurang beberapa jam selepas itu ini lah hasil sentuhan suami ku sekali lagi

Nanti la bila2 aku rajin, aku suh le suami terchenta ku ittew menulis tentang menu2 di atas ye. Buat masa ini cukuplah sekadar menjamu mata :) Malas sungguh suamiku ittew nk buat blog sendiri....

Waaaa tak sihat

Huwaaaaa!!! Sedihnya. Time cuti gini la aku ni nk demam, muntah segala. Ni semua pasal melantak masak lemak nangka semangkuk la ni. Sebelum ni Ok je, tapi kali ni taktau mana silapnya, terus aku demam. Plan nk gi bercuti pun terpaksa la cancel. Mam Besar tak sihat kan...Bukan setakat nk gi Mersing cancel, nk balik kg pun tak leh, nk ikut geng Subang Impian berpicnic pun tak dapek. Adoiiii... Tapi dah makan ubat semalam, hari ni rasa macam Ok sikit. Dah tak pening sangat. Selera nk makan pun dah datang balik. InsyaAllah nk gi sarapan kat Mak Uda jap lagi ni. Sebelum tu update blog dulu. Hehehe...OK, jom gi sarapan....

Saturday, December 20, 2008

Putra 11 bulan

Dah semakin membesar anakku ini. Sekejap je rasanya Putra dah pun 11 bulan. Alahai...rasa macam baru semalam mama melahirkan mu. Alhamdulillah anak mama semakin pandai dan bijak. Semoga terus menjadi anak yang baik untuk mama dan papa. Papa dan mama saaaaayang Putra!!!!

Thursday, December 18, 2008

Nur Qaseh

Comel takkk???? Nama nya Nur Qaseh. Kak Zu kata muka dia mcm Aishah Sinclair hehehehe. Anak sape la ni?
Saje nk tempek kat blog aku ni. Qaseh ni nenek tgk 3 yg jaga. Mak ayah dia gi keje. Kebetulan Awra pun nk duk dgn nenek Teh jugak bila kak Zu keje nanti. Memang comei sgt Qaseh ni...

Air tangan suamiku

Ni lah hasil kerja tangan suami ku. Alhamdulillah sedap...
Ketam ni rembat masa gi pasar malam hr sabtu. Klu aku yg masak sure aku buat ketam masak lemak cili api. Tu je la yg aku tau, hehehehe. Sayur campur tu biasa la buncis n karot dengan sotong. Sape nk resepi angkat tangan!!! Hehehehe.

Tuesday, December 16, 2008

Sehari bersama Kak Zu

Semalam 15hb December. Kami iaitu aku n Kak Zu telah pergi interview. Hehehe sebenarnya aku hanya teman kan kak zu sekali tu tumpang la sekaki...Anak2 kami iaitu Putra n Awra tinggal kejap kat rumah ibu yang jaga Putra dulu masa aku keje. Tapi ujung tahun mcm ni memang susah skit nk dpt keje, sekadar isi form n interview je la. Lagipun lari bidang la kak Zu. Dari Interior tetiba nk apply clerk. Hehehe...Apa pun memang pengalaman sangat untuk kami berdua ni. Mana taknya Kak Zu yang lesen kete lama ni jarang bawa kete so paham2 la apa yg jadi. Asal jumpa bumper je kete undur balik. hahahaha. Aku memang kecut perut, sampai menggeletar la tangan ni. Nk keluar parking pun siap kena baca doa dulu. Hehehehe...pengalaman untuk kak Zu jugak kan. Time nk masuk dlm kawasan apartment kita ni ada jugak tu yang marah2. Ye la kak zu berhenti kat tepi dulu supaya kete belakang jalan dulu. Lg pun parking kete rmh kami ni kena guna access card so menggelabah la sikit nk kona masuk lagi, nk touch card lg. Ye la....org baru belajar kete. Paham2 la kan. Tapi sayangnya kak zu gambar yg kita snap masa mkn mee rebus tu corrupted plak. Tinggal gambar ni je untuk kenangan kita. Apapun tahniah kerana berjaya drive kete dari rumah sehingga kita sampai balik ke rumah dengan selamat walaupun terketar-ketar jugak lutut ni. Hehehehe. Semoga Kak Zu dapat job yg sesuai, insyaAllah.

Gatal tangan

Gatainya tangan ni nk menukar template. Hehehehe....Kenapa la aku ni mudah bosan dgn sesuatu. Macam susun atur perabot kat rmh gak. Kejap aku tukar sini, kejap aku tukar sana. Sampaikan Kak Zu pun heran. Hehehehe...Nak buat macam mana, tangan ni gatai!!! Tapi takpe, jangan gatal perkara lain dah.

Sunday, December 14, 2008

Aktiviti kami

Biasa la pepagi Ahad gini kami memang selalunya breakfast kat luar aka restoran Mak Uda. Sesape yang duk area Subang 2 ni confirm tau kat mana restoran ni. So bangun pagi mandi kecuali Putra, belum mandi tuh, sejuuuukkk. Boleh nampak kan hanya tinggal kuah je...isinya telah di makan suami ku. Amboi laparnya. Dah habis 2 keping roti canai dia ambik plak pulut kuning ngan ayam sambal. Aduh!! Terpaksa la aku tumpang sekaki. Hahahaha!! Putra, kenapa tak nak duk dalam baby chair...?? Susah papa nk makan tu. Hari ni angin Putra lain skit...sbb ngantuk. Pepagi dh bangun...baru pukul 8.30am dh mula menguap. Pas dh habis sarapan pegi kedai beli bahan2 nk masak mee kari. Bukan aku yg masak tapi cik abe ku. Hehehe...aku sibuk nk menjait lagi kan. Petang sikit karaoke...pastu aku gi hantar mee kari kat kak Ida n Kak Zu. Sekali pot pet pot pet kat rmh kak Zu, tgk2 dh waktu asar. Cau dulu, balik sambung jait sikit lagi. Sambil tu papa mandikan Putra. Dah siap sume bagi Putra mkn multivitamin pastu bawa gi ronda2 kat luar. Sementara aku menyiapkan sisa2 tugas ku ini. Tadaaaaa!!! Kerja ku beres sumenya. Boleh join Putra n papa kat taman...Hmmm, suamiku nk pegi maghrib kat surau. Dh byk hari tak gi surau tu... Sekali nk kutip yuran bulanan surau unt blok ni. Itu lah aktiviti kami setakat petang hari Ahad ni. Tak de yang menarik tertarik. Sumenya yang biasa2 jew. Tapi , bermakna sangat!!!

Yahooooo!!!

Yahoooooo!!!!!
Siap jugak tugasan ku ini. Alhamdulillah. Esok nk hantar dah.
Harap pihak itu berpuas hati dengan kerja2 kami.

Saturday, December 13, 2008

Tak siap lagi...adoi!!

Adoiya!! banyak lagi baju nk kena jait butang ni. Huhuhu bisnes makin maju ni tapi penat sangat. Tambah lagi ada gangguan daripada si bujang ku itu, memang melambatkan lagi proses menyiapkan kerja2 aku. Due date hari Senin ni...huhuhu memang kena speed unlimited la aku. Kak Zu ape citer?? Banyak lg baju2 nk masuk ni...Kak Ina dah calling2 nk hantar baju. Hehehe diorang laju aku ni je yang mcm siput, adussss.
Ambil kesempatan suami ku bercuti Sabtu n Ahad kena la suh dia jaga Putra. Aku nk menyettlekan longgokkan "duit" ni dulu. Hehehehe...Sape kata sahm tak leh wat duit??
**kakzu @ xar yg baca entry ni tolong jgn gelak key!

Friday, December 12, 2008

Beriani gam ayam

Suamiku tetiba mengidam nasi beriani gam. Nasib baik hari itu ialah hari Rabu...so memang ada beriani gam ayam kat JM Beriani house. Lepas pegi check up Putra laju je papa drive menuju ke Tesco Shah Alam. Hari itu suamiku kerja, tetapi di sebabkan Putra kena pegi klinik, so dia balik awal daaa...pukul 10.00 pagi dh sampai rumah. Hmmm...memang dh lama tak mkn beriani kat JM ni. Lagi satu, suami ku itu suka sangat sirap bandung kat JM ni...memang sedap n lain sikit dari sirap bandung biasa. Walau harga dia pun best...tapi puas hati. Alhamdulillah, kenyang.
Ada sesape nk blanja kami makan beriani gam, di alu-alukan....hehehe

Bercuti kat PD

Saje nk tepek gambar masa gi holiday last week. Memang tak de plan pun nk bercuti tetiba je papa tu nk berholiday plak...Ingat nk gi Pangkor tapi memandangkan cuti pun ciput so pegi yang paling dekat je la. Klu cuti lama lagi best balik kampung.
So Port Dickson jadi piihan. Dah tak plan bagai, kena plak hari cuti campur lagi cuti raya so org memang la ramai, hotel pun byk yang penuh. Hajat hati nk kat Selesa Beach Resort...tapi penuh jugak. Seri Malaysia pun Ok harga pun Ok sesangat.
Tapi tak best la bercuti time gni...hujan je. So tak dapek la nk bermandi manda kat pantai. Sekadar jenjalan kat PD, n Seremban je la. Selebihnya tido kat hotel. Hahahaha!!!!
Anyway seronok la jugak dapat bersama dan melayan 2 orang hero hati ku itu. Hehehehe...Ole2 untuk kakzu, abg faisal n awra semestinya ada. Yang lain, sorry...next time Ok?

Tuesday, December 9, 2008

Byk nk story tapi...

salam semua...
Byk sangat aku nk story tp takdan la...baju menimbun nk kena jahit butang, Putra pun sibuk nk nenen...tunggu la ye!! hehehe

Friday, December 5, 2008

Mr Duck

Ini lah MR DUCK Putra. Papa belikan minggu lepas. Bukan main suka lagi bila nampak Mr Duck ni kat rumah. Masa papa pegi beli, Putra tido bila dia bangun terus mama tunjukkan kat dia.Terus senyum dan tak sabar2 nak naik. Pastu terus papa bawa dia keluar ronda dengan Mr Duck ni kat taman. Bukan main suka lagi dia...

Untuk suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah
pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh...amin

Tuesday, December 2, 2008

Senyuman di langit

Inilah ''senyuman di langit" semalam. Rupanya bulan dan planet...ku sangkakan bintang.
Dua objek bercahaya terang yang terlihat di atas bulan sabit itu sebenarnya bukanlah bintang. Masing-masing adalah Planet Venus yang ada di sebelah kiri dan Planet Jupiter di sebelah kanan. Triple conjuction ketiga objek membentuk sosok layaknya emoticon muka tersenyum.

Monday, December 1, 2008

Smiling face di langit

Smiling face di langit pada malam 1 Dec 2008. Memang pertama kali dalam hidup dapat lihat bulan dan bintang membentuk 'senyuman'. Tidak menghairankan...kerana Allah itu Maha Berkuasa.

Tips Cinta Suami Isteri

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. 2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir. 3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan. 4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur. 5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja. 6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan. 7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. 8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. 9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi. 10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. 11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. 12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami. 13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya. 14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. 15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga. 16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. 17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya. 18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut. 19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. p/s: sumber- 1001 rahsia diri

Putra berkaraoke

Hehehehe...Putra pn nak karaoke gak. Tgk la tu ada gaya Mas Idayu lagi. Bukan main suka kalau mama pasang lagu kuat2...siap goyang2 kepala lagi :)
Papa kena tolong pegang saya, sbb saya tak pandai duduk lagi, kang tumbang pulak...hehehe.

Sunday, November 30, 2008

Bersyukur lah

Sedar atau tidak, hidup manusia di alam fana ini tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah.Nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Ini jelas dinyatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud:-"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." -(Surah an-Nahl, ayat 18) Meneliti kejadian dan kurniaan anggota badan utama pada tubuh manusia seperti kaki, tangan, perut, mulut, telinga, hidung dan mata, sudah cukup bagi kita membuat kesimpulan betapa berkuasa, agung dan murahnya Allah serta betapa lemah dan tidak berdayanya manusia yang menghuni alam fana ini. Anggota badan itu pula dijadikan Allah dengan rapi dan lengkap serta dapat bergerak dan berfungsi serentak pada waktu sama. Sambil melihat, kita dapat bercakap, mendengar, menghidu, berjalan dan sebagainya.Imam Al Ghazali mendefinasikan nikmat itu sebagai: setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup 'ukhrawi' - 'hari akhirat yang kekal abadi.' Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah kepada setiap orang manusia dapat dibahagikan kepada dua iaitu: 1) Nikmat bersifat 'fitri' atau asasi iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika dilahirkan lagi .2) Nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan dari masa ke semasa. Nikmat bersifat fitri atau asasi itu digambarkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud:"Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih." - (Surah an-Nahl, ayat 78)Sesungguhnya manusia ini dilahirkan ke dunia dalam keadaan bertelanjang bulat. Tetapi dilengkapi dengan alat yang diperlukan dalam perjuangan hidup ini.Dalam ayat di atas, yang dimaksudkan dengan kelengkapan itu ialah telinga, mata dan hati (akal). Ada pun nikmat yang kedua iaitu nikmat yang dianggap mendatang itu ialah segala kenikmatan, kelazatan, kebahagiaan dan sebagainya yang diterima oleh manusia dalam perjalanan hidupnya.Segala sesuatu yang ada dalam alam ini, bermula daripada tanam tanaman sampailah kepada binatang ternakan dan barang logam, semuanya diperuntukkan supaya dapat dimanfaatkan oleh manusia.Keadaan dan kenyataan ini dijelaskan oleh Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:"Dan sebagai tanda untuk mereka ialah bumi yang mati (kering), Kami hidupkan dan Kami keluarkan dari dalamnya buah tanam-tanaman sebahagiannya mereka makan. Dan Kami adakan padanya kebun kurma dan anggur."Dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air supaya mereka dapat makan buahnya. Semua itu bukanlah (hanya) usaha tangan mereka. Mengapa mereka tidak bersyukur." - (Surah Yasin, ayat 31 hingga 35) Lumrahnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya (dicabut oleh Tuhan kembali).Andai kata matanya rosak sebelah, kakinya patah, kakinya kudung atau seumpama itu berlaku ke atas dirinya, maka ketika itu barulah berasa sungguh-sungguh bagaimana nikmatnya mempunyai dua biji mata, mempunyai kaki dan tangan tidak cacat. Sesungguhnya nikmat kesihatan betul-betul dirasai apabila kita sakit.Seorang yang berkuasa atau berpangkat akan berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat selepas jatuh atau dipecat daripada kekuasaan serta jawatan yang disandangnya hilang.Seorang hartawan apabila jatuh miskin dan melarat, maka akan rasa bersalah olehnya bagaimana besarnya nikmat kekayaan yang pernah dikecapinya itu. Oleh itu peliharalah setiap nikmat diperolehi. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya nikmat itu akan terus dikekalkan-Nya.Syukur dapat diertikan sebagai: Mengerti bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba, baik yang lahir mahu pun yang batin, semuanya daripada Allah sebagai pemberian daripada-Nya. Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila gembira wujudnya nikmat pada dirinya, yang melorongkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya.Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil saja.Sesungguhnya bersyukur kepada Allah adalah perbuatan wajib ke atas setiap manusia. Ini jelas daripada firman-Nya bermaksud:-"Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya." - (Surah an-Nahl, ayat 144) Lawan syukur ialah kufur. Seseorang yang menggunakan nikmat ini pada tempat bertentangan dengan tujuan penciptaannya, maka sebenarnya mengkufuri nikmat Allah yang menganugerahkan nikmat itu kepadanya. Seseorang yang memukul orang lain dengan tangannya, maka orang itu dikira mengkufuri nikmat, sebab tangan yang dijadikan Allah untuk mempertahankan diri daripada perkara yang mengancamnya bukan mencedera atau membinasakan orang lain. Seseorang itu dianggap tidak menggunakan nikmat matanya kerana mengkufuri nikmat mata apabila menggunakannya untuk melihat wajah perempuan yang bukan muhrimnya.Mata dijadikan Allah untuk melihat perkara mendatangkan kebaikan bagi agama dan dunia.Sebab itu mata hendaklah dipelihara daripada melihat perkara yang mendatangkan bahaya dan mudarat. Sikap syukur pula untuk keuntungan manusia sendiri. Tuhan tidak mendapat apa-apa keuntungan dengan perbuatan syukur yang dilakukan oleh hamba-Nya. Sebaliknya, Tuhan juga tidak akan rugi dengan sikap kufur dan engkar yang ditunjukkan oleh manusia.Perkara ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:"Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia." - (Surah al-Naml, ayat 40) Orang yang bersyukur jiwanya akan menjadi semakin bersih. Dia akan bertambah dekat kepada Tuhan dan semakin sedar bahawa nikmat itu adalah kurniaan Illahi yang perlu dipergunakan untuk kebaikan sesama manusia.Seseorang yang memperolehi kekayaan, maka kekayaan itu hendaklah digunakan pula untuk keperluan kebaikan seperti membantu fakir miskin, menolong orang yang memerlukan dan sebagainya. Orang berpangkat dan berkuasa hendaklah melakukan kebaikan terhadap orang di bawah atau rakyat jelata. Sesungguhnya bagi orang bersyukur maka nikmat yang diperolehinya semakin bertambah. Ini jelas dinyatakan Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7) Sedar akan pentingnya sikap ini, maka syukurilah nikmat kurniaan Allah kepada kita baik nikmat lahir atau batin.Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, maka nikmat itu akan kekal berterusan bersama kita dan hidup kita pula akan mendapat keredaan Allah baik di dunia atau akhirat. p/s: drp alghazali-ramdzan.

Saturday, November 29, 2008

~~Aku merapu~~

Salam semua... Entak kenapa sejak akhir2 ni aku dilanda kebizian yang melampau. Ahaks, bukannya bizi sangat pun tapi...entah mengapa ku rasakan masa untuk memblog ni semakin terbatas. Atau, mungkin penyakit M sedang menyerang. Hahaha...Bukannya apa, sebenarnya apa yang aku inginkan belum tercapai...so, mood pun ala2 kureng la. Sekarang ni aku sedang berusaha mencari dan mencapai impian dan keinginan itu sehingga aku betul2 puas hati! Walauapapun, aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada ni...Fuh!! Sebenarnya takde apa pun...aku tengah duk plan nk tukar langsir rumah je. Hahaha!!! Duk berbalah dengan cik abe la...Dia kata OK lagi, aku kata boring la...Kena susun strategi dulu baru la menjadi hehehe. Biasa la tu kan. Sekian la kemerapuan ku ni...ada ke bahasa macam tu?? Hahaha, layanzzzzzzz

Friday, November 21, 2008

Bayar hutang

Inilah hutang yang ku bayar untuk Kak OPIE. Tag tulisan tangan ku yang buruk, hehehe.
Kelam kabut dgn Putra dia pun nk tulis jugak :) Tapi sori la pic ni tak clear sgt, almaklum ambik guna kamera hp je.
Keterangannya spt di bawah:-
  1. Your name / username
  2. Right handed / Left handed
  3. Favourite letter yg suka tulis
  4. Least favourite letter yg korang suka tulis
  5. Tulis "The quick brown fox jumps over the lazy panda"
Dengan ini saya meneruskan TAG ni kepada calon -calon2 ialah :

Sekian, terima kasih

Thursday, November 20, 2008

Putra - Genap 10 bulan

Semoga anak kesayangan kami terus membesar dengan ceria. Mama dan papa sangat bahagia memiliki Putra. Anugerah Allah yang terindah buat kami, semoga menjadi anak yang soleh, amin.

Hutang

Hehehe...Fara ada hutang TAG dgn kak Opie. Nanti la ye, sekarang ni tak dan lg nk buat. Tunggu masa free sikit baru bleh nk wat tag ni. Agak susah dan mencabar, cewah! Hehehe

Tuesday, November 18, 2008

Kisah Benar ni

Semalam, lepas papa solat maghrib kat surau tetiba papa balik ajak mama naik tgkt 3. Ada kenduri katanya. Mama pun pelik, tak ada jemputan pun mana bleh pi makan suka2 je. Kata papa makcik indon yg sapu sampah tu punya rumah dia ajak jemaah surau. Papa kata lagi geng mama, iaitu Kak Zu tengah tunggu kita. Ha?? Klu kak Zu ada mesti la mama pun kena ada. Hahaha.. Mama pun cepat2 siap pakai baju kurung dgn tudung terus naik ke rmh Kak Zu kat tgkt 4. Memang diorang tgh tunggu kami. Apa citer ni kak zu?? Kak Zu kata dh di jemput, kita datang la. Kitorang, iaitu papa, mama, kakzu, abg faisal, putra, awra, dan abg Z pn turun ke tgkt 3. Bg salam, masuk, salam2 sume kami pun duduk la mcm kat rumah orang hehehe...tetiba tuan rumah kata malam ni buat jamuan untuk majlis AKAD NIKAH. Terperanjat la kitorang ni. Sape yang nk nikah?? Kata makcik tu, budak ni (indon gak) sambil tunjuk kat sorang pompuan berbaju hijau dan lelaki berbaju melayu kat depan tu. Aku dgn kakzu dah cuit mencuit. Apa hal plak ni... Yang datang tu hanya la kami je, yang lainnya sume kaum kerabat diorang (indon la). Kata makcik tu lagi, dia minta kami2 ni jadi saksi supaya takde masalah di kemudian hari. Pulak! Tak lama tu datang la sorang ni berkopiah mengaku tok imam nk menikah kan pasangan tu. Ada sorang tu pulak yang jadi saksi dan duk ajar itu ini kat pengantin. Kami2 ni dah saling tersengeh, macam takde rupe tok imam pun aku tengok heheheh. Acara akad nikah pun selesai...tukang ajar tu pun bersuara, kata nya klu ikut hukum agama mmg sah, tapi undang2 mmg salah. Nnt diorang akan nikah semula kat Indon. Pulak, lagi la kami ni konpius!!! Makan la apa yang patut...dah kenyang kami pun nak minta diri. Kata abg faisal, kami hanya datang makan...yang lain tak mau masuk campur. Heeee risau je aku,kot2 TERRR besubahat plak. Macam2 hal la diorang ni. Dah datang negara kita buat la ikut undang2 negara. Tok imam pun ntah dari mana2 la tu. Aku rasa mcm cerita dlm TV la...kelakar pun ada, gabra pun ada. Apa pun kami semua datang makan je...

Makan2 lagi

Semalam, (Ahad) kitorang pegi mkn2 rumah kak Mas dan abg Zam. Tak habis2 makan je kan. Nk buat mcm mana dh dijemput makan, so pegi la makan. Mcm2 makanan ada...lemang, rendang, ikan bakar, kerang rebus, murtabak, bubur kacang merah, dan macam2 lagi. Sampai tak terkata kenyangnya. Kata kak Mas saje buat kenduri arwah. Meriah jugak la majlis tu. Mama mcm biasa, klu dh makan lupa nk ambik gambar ke apa. Ingat makan je...hehehe.

Monday, November 17, 2008

Aktiviti hujung minggu papa

Kalau hari cuti hujung minggu ni lah aktiviti papa. Cuci kete...rajinkan?? Patutla lama benor rasanya papa ni cuci kete rupenya dia siap borak2 dgn dia punya geng. Nasib baik la rumah kitorang ni bawah skali, so nk cuci kete pn senang, sbb tu la papa tu buat2 rajin nk cuci sdri.
Mama ambik gambar ni dari bedroom rumah, sambil ngintai, hehehe.

Sunday, November 16, 2008

Gift from CIMB

Papa dapat gift daripada CIMB kerana register CimbClicks. Ingatkan dapat benda apa, kotaknya macam besar la jugak. Excited giler mama buka. Sekali....ini la dia. Bukannya kitorang guna pun bendalah ni. Tapi dh dapat, simpan je la. Anyway thanks to CIMB kerana mengotakan janjinya, hehehe.

IKLAN