MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday, September 1, 2010

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

Entry merdeka pun ko xsempat buat Fara? Apa nak jadi...bizi mcm menteri. Hihihi....
Yer...saya memang menteri, menteri kewangan merangkap menteri pertahanan bagi kerajaan Suhaimin ;)

Sebelum terlambat dan ketinggalan terus...SELAMAT HARI MERDEKA KE 53...1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI. Sama2 lah kita jaga negara kita ;) Di luar negara tuh suka hati mak bapak dorang je pijak2 bendera kita.

Malam merdeka...korang gi mana? Kitorang gi shopping baju raya la....hihihihi. Pastu ingat nak singgah Dataran tgk bunga api, tapi tak sanggup nk redah lautan maknosia. Mat rempit pun ramai, ah tak kuasa makcik. balik rumah tido lagi bagus. Esok pagi bangun ngadap tv layan sambutan merdekat kt Bukit Jalil aman....


Puasa tahun ni memang pecah rekod sebab saya masak sepenuhnya. Erk...tidak juga setakat ni baru sekali berbuka buffet ( saya belanja) dan sekali kat KFC tu pn sbb nak shopping baju raya ;)

Saya ada duit ke nk blanja en roomate buffet? Erkkk..

Dah nak raya....baju dh beli ker?

Assalamualaikum...
Lagi seminggu nak balik kampung. Yehuuuuu!!!! Persiapan raya dh siap ke? Kitorang biasa la selamba jer. Plan tema lain jadi tema lain...hihihi. Hantam saja la labu asalkan raya ni berbaju raya dan yg paling penting kerjasama sedondon. Tu dah settle....kejap je kitorang pilih baju raya, masuk satu butik ni kebetulan pulak kaler baju papa minat tu ada sama dgn baju budak. Test baju budak, ngam dgn size Putra. Last size plak tu, memang rezeki kami ;) Baju saya pn ader...tapi kt tempat lain la.... Tak payah susah2 nk terjah jalan TAR. Tak kose dah makcik ni. Dulu masa xder anak memang terjah skg ni minta maap ler...

Baju unt raya pertama dh settle...raya seterusnya insyaAllah kita serang jasko plak ujung minggu ni. Baju untuk Putra je pun, papa dgn mama xpayah la kot kan? Hihihihi...Ermm kasut raya Putra belum beli lagi. Mama pulak terover dh rembat dua pasang. Apa pun kita tgk la kt jasko nanti, takpun last minit shopping kt kg pn best jugak. Bleh pau maktok ;)

Ok kuih raya pulak....saya dh berjaya tempah beberapa jenis. Dan ada yg dh sampai pun. Siap saya rasmi itu kuih raya. Hihihi....Ada yg saya suruh makcik kt kampung buat. Nanti balik siapkan bekas je isi pastu bawa balik sini. Kehkehkehkeh....

Ayat pn dh berterabur....kepala pusing pikir ptg ni nak masak ape. Haish!! dh ujung2 pose ni xtau dh nk masak ape. Rasa mcm nk masak nasi minyak....Setakat ni den berjaya tidak menjejak kan kaki ke PARAM. Banggah weh ;)
.



Saturday, August 28, 2010

Hari ni punya menu berbuka....

Burpppp!!! Alhamdulillah...
Hihihi, buruk perangai mak budak ni yer. Kekenyangan ai cakap yu...Hari ni mcm weekend lepas, berbuka sorang2 di temani si kecik bucuk ni. Papa Putra masih ke Bangi ada function lagi =)
Malas nk masak lebih-lebih....ini je la yg saya makan berbuka tadi

  •  






  •  



Mee Goreng
Ayam sambal
Air asam + kerang rebus
Sardin roll ~ jiran pulangkan pinggan
Sirap ~ ahhhhh lega
 
Ini lah yang terhidang di atas meja saya tadi...banyak jugakkan? Ermmmm....InsyaAllah jap lagi en suami saya tu balik mesti dia nak jugak makan walaupun dia baru balik dari tempat makan ;)





Thursday, August 26, 2010

Dah berapa hari tak menghupdate ini belog....
Tuan tanah kedaung ni asyik tak sempat jer....
Padahal dlm henfon dh penuh gambar menu berbuka...
Kononnya nak sharing dgn kengkawan....
Sudah nya tak kemana...
Siang hari perut lapar, nk mengarang pun ala-ala lemau gitu
Malam pulak dah kenyang dh jadi ular sawa...hihihi
Keje rumah pn banyak sgt pending ni...hihihi mcm keje opis pulak ada pending2.
Kalau sempat malam baru nk mengadap segunung intan kain nak melipat, sebab siang melepet...
Hurmmm...

Sunday, August 22, 2010

Berbuka sorang2 jugak hari ni

Hari ni buka pose sorang2 lagik. En roomate masih kena handle function kat Bangi nun...Memang tersangat malas nak masak...Dah pukul 5 lebih baru masuk dapur sambil mengintai kat peti ais ada apa yg boleh di masak. Dan yang paling penting...paling senang nk masak. Hihihi

Talapia berlada
Ayam Kuzi...panas kan je...en suami bw blk smlm ;)
Kacang panjang + telur
Mee bandung....(jiran pulangkan mangkuk...)
Mee bandung...yummy
Sedia untuk di makan

Banyak jugak kan atas meja saya tu. Sila abaikan set pinggan saya yang bercampur tu. Hihihi..Saya cuma masak ikan talapia dan goreng sayur je. Pastu panaskan ayam kuzi tu. Last2 saya hanya makan mee bandung je. Nasi belum makan lagi. Kenyang dah...Tu ayam dua ketul tu Putra punya dgn sup.

Kejap lagi encik roomate saya balik, kalau dia nak makan nasi saya tumpang sekaki, kalau tak makan nanti sahur...senang, tak yah masak dah.

IKLAN