MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday, September 1, 2010

Dah nak raya....baju dh beli ker?

Assalamualaikum...
Lagi seminggu nak balik kampung. Yehuuuuu!!!! Persiapan raya dh siap ke? Kitorang biasa la selamba jer. Plan tema lain jadi tema lain...hihihi. Hantam saja la labu asalkan raya ni berbaju raya dan yg paling penting kerjasama sedondon. Tu dah settle....kejap je kitorang pilih baju raya, masuk satu butik ni kebetulan pulak kaler baju papa minat tu ada sama dgn baju budak. Test baju budak, ngam dgn size Putra. Last size plak tu, memang rezeki kami ;) Baju saya pn ader...tapi kt tempat lain la.... Tak payah susah2 nk terjah jalan TAR. Tak kose dah makcik ni. Dulu masa xder anak memang terjah skg ni minta maap ler...

Baju unt raya pertama dh settle...raya seterusnya insyaAllah kita serang jasko plak ujung minggu ni. Baju untuk Putra je pun, papa dgn mama xpayah la kot kan? Hihihihi...Ermm kasut raya Putra belum beli lagi. Mama pulak terover dh rembat dua pasang. Apa pun kita tgk la kt jasko nanti, takpun last minit shopping kt kg pn best jugak. Bleh pau maktok ;)

Ok kuih raya pulak....saya dh berjaya tempah beberapa jenis. Dan ada yg dh sampai pun. Siap saya rasmi itu kuih raya. Hihihi....Ada yg saya suruh makcik kt kampung buat. Nanti balik siapkan bekas je isi pastu bawa balik sini. Kehkehkehkeh....

Ayat pn dh berterabur....kepala pusing pikir ptg ni nak masak ape. Haish!! dh ujung2 pose ni xtau dh nk masak ape. Rasa mcm nk masak nasi minyak....Setakat ni den berjaya tidak menjejak kan kaki ke PARAM. Banggah weh ;)
.



2 comments:

Ietams said...

nak terjah jalan TAR memang azab kan.
kalu berheret anak kecik lagi, hazab..

Fara said...

yer betul sgt...jgn kata nk nk masuk jalan TAR, lalu depan Sogo tu pn dh azab....hihihihi

IKLAN