MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Friday, August 28, 2009

Jimat tak?

Semalam (6 Ramadhan) gigih ku balik masak. Kelam kabut balik dari keje. Bulan puasa ni ofis ku bagi balik pukul 4.30. Dah la hujan lebat pulak petang semalam. Redah je la nak ke kedai beli bahan nak masak. Cadangnya nak buat kerabu taugeh, ayam masak pedas, kobis masak lemak. Tapi...bahan nak buat kerabu tak de pulak. Ku turn ke kedai sebelah beli kerabu mangga ready made. Balik rumah gegas masak ayam masak pedas and masak lemak. Senang je kan.

Oh lupa ku beli jugak...pengat pisang. Teringin...dah siap semua tunggu nak berbuka aje, datang pulak jiran aku menghantar bihun goreng semangkuk setupperware. Rezeki...

Air Ribena and teh o panas sejag. Alhamdulillah kenyang. Jumlah wang yang aku belanjakan semalam ialah: RM 7.50 jimat kan? Dapat makan sampai ke sahur.

Hari ni cadang nak masak mee goreng. Lauk semalam yg masih ada boleh panaskan.

notakaki: semangat nak berjimat :) sesungguhnya pembaziran itu amalan syaitan.

Wednesday, August 26, 2009

Tak nak membazir

Dah mula rasa pembaziran berlaku walau baru 5 hari ni kita berpuasa. Pegi param je macam-macam teringin. Suami pun sama...macam-macam dia nak. Bawa balik letak atas meja. Haaaa penuh. Tapi...lepas minum air, dah kenyang. Semua yang beli tu...dah tak larat nak masuk perut. Last2 panas buat sahur. Tak habis pun untuk sahur. Ye la, sahur pun bukannya selera sangat nak makan kan...

Akhirnya masuk perut tong sampah. Sedihkan??

Semalam discuss dengan hubby...macam mana ni? Esok tak nak dah membazir macam ni. Ye la lauk yg beli, pastu jiran pun bagi jugak tak habis...buang je. Sayang kan. So hari ni...aku nk pegi param beli murtabak je. Air, kuih, lauk pauk...tak payah beli. Boleh ke?( soal diri sdri...) Nak masak...tak sempat kot. Tapi cadang hari ni nak buat cucur udang. Nyum nyum. Kawan2...korang berbuka makan ape?

  • notakaki: semalam ku buat kek batik...gambar upload kemudian ye.

update: nak jadi cerewet macam seseorang. so tak yah ke PaRam and at the same time boleh berjimat. buleh ke aku??

Monday, August 24, 2009

Putra - 19 bulan

Pejam celik dah setahun tujuh bulan usia Putra. Dah semakin lasak...dan yang paling penting, dah suuuuuuuusah sangat nk pandang kamera. Tgk je la gambar kat ats tu. Kan langsung tak nak pandang kamera. Tapi mulut tetap menten ramah....asyik bercakap je. Walau entah apa yang dia cakap pun mama langsung tak faham...tapi iye kan jugak la. Tapi ade jugak beberapa perkataan yang memang dah boleh di fahami...contoh:-
  • nasi - acik
  • minum - num
  • sedap - dap
  • sakit - atit (sambil tunjuk kt tmpt yg sakit)
  • cantik - atik
  • maktok - atok

Ader lagi...tapi mama punya memori hari ni kekurangan ingatan la. Adusss....Apa yang penting....Putra sekarang teramat lah nakal...kuat mengamuk, kuat merajuk dan seangkatan dengannya. (ikut perangai sape la tu....) Teramat menguji kesabaran mama yang sememangnya tak sabar langsung ni.

Apa pun itu semua yang mewarnai kehidupan kita. Gelak tangis Putra yang memberi kebahagiaan untuk mama dan papa.

notakaki: org kata...klu anak dah mula buat perangai, tu maknanya dia nak adik ye?? sape ader jawapan?

Demam lagi

Assalamualaikum.... Korang semua sihat ke? Hari ni ku berblogging dari rumah...bukan dari office seperti selalu, ok. Hari Sabtu...lepas berbuka, aku tetiba je kena demam panas. Terus kena batuk, selsema dan sakit-sakit badan. Heran betul aku...sejak akhir-akhir ni aku selalu je kena demam mengejut. Hari Ahad tu, pagi2 lagi suami ajak pegi hospital terus. Sebelum tu...hantar Putra dulu kat rumah pengasuh sebab takut nak bawa di pegi hospital dalam keadaan macam ni. Terus ke hospital...aku kena refer kat khemah untuk kes H1N1. Cuak jugak...check up...demam 37.5C. Pastu kena masuk dalam bilik lain pulak...check up dgn Doktor. Soal jawab itu ini...Alhamdulillah H1N1 free. Just demam biasa. Dapat ler MC untuk hari ni...kena rest secukupnya. Kurangkan aktiviti luar...minum air masak sebanyak mungkin. Ohhhh....bahagianya hari ni ku dapat rehat kat rumah tanpa gangguan sesiapa. YM dengan bebudak opis dari rumah...emmmm best.
  • notakaki: menu berbuka? aduhai...demam balik nk memikir

Saturday, August 22, 2009

Sahur ape?

Salam Ramadhan semua... Sahur ape korang pagi tadi? Aku untuk 1st day...masak yang paling simple je. Sambal tumis ikan bilis n telur dadar. Ku masak awal...sambil layan Nur Kasih. Nasi pun ku masak sekali. Senang... . Then, bangun pagi tadi dalam kul 5, cuma panaskan dan en suami tolong goreng telur. Kurma? Belum beli...hari ni baru nak pegi cari.
  • notakaki: korang terawikh ker semalam?

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan untuk semua

Selamat berpuasa...kepada semua sahabat, muslimin dan muslimat. Jom kita makmurkan bulan ini dengan amalan penuh ibadah.

Malam ni...ramai-ramai kita bangun sahur.
  • notakaki: nak makan ape yer untuk sahur?

Thursday, August 13, 2009

Belangsungkawa - Ustaz Asri (RABBANI)

  • Ku baru jer terbaca di sini.
  • Innalillahhiwainna ilai hirojiuunn...
  • Kepada Ustaz Asri (RABBANI) smg roh nya bersama dgn para salihin.

  • notakaki: Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku... (ustaz asri...)

Thursday, August 6, 2009

Belasungkawa

  • Al Fatihah buat tok sedara ku yang baru saja menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi. Lebih kurang jam 12.30tghari. Nak balik....jauh nun di Kedah. Kalau balik pun dah tentu tak sempat nk tengok, sebab diorang nak kebumikan sebelum asar (mungkin).

  • Pemergian dia (tok wa) kakak sulung pada tokwan (atuk) aku ni tak lah ku rasa terlalu sedih atau meratapi sangat kerana aku sendiri rasa sedih dan tersiksa tengok masa hidup dia. Yelah...umur pun dah dekat 100tahun mungkin lebih. Dah bongkok tiga pun. Nak bergerak pun dah tak larat, mata dah kelabu, telinga pun dah tak dengar. Dengan anak cucu, sedara mara pun dah tak berapa nak ingat/kenal.

  • Kebetulan sedara aku (cucu tokwa) ni ada sorang duk kat Port Klang...dia yg bgtau berita sedih ni. Dan sekarang ni dia ondaway balik ke Kedah. Sempat la ku pesan...jangan drive laju2...nak jumpa mmg tak sempat jumpa dah. Dan aku...kali terakhir ku jumpa, bersalam, dan cium dia ialah pada beberapa bulan lepas.

  • Semoga dia tenang dan berbahagia di sisi Nya.

  • notakaki: hargailah setiap insan yang anda kenali. tak kira siapa pun dia

Monday, August 3, 2009

Kenduri kat Putrajaya

Semalam (Ahad) kitorang menyenget ke Putrajaya. Makan kenduri kat Presint 8.

Putra tengok aper tu???

Dah garu-garu kepala...
Oh...tengok pengantin yer?
Pengantin....jauhnyer, x nampak pun
  • Balik dari makan kenduri...kitorang meronda ke Alamanda. Ingat lepas tu nak singgah Dataran Putra tapi.......

Letih sangat la tu....
  • notakaki : tersangat la letih, dan lapar lagi:)

IKLAN