MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Monday, June 1, 2009

Tolong bagi pendapat

Kawan2 sebenarnya aku dh start keje la. Hihihi...dh lama rasanya duk rumah. Nak keje la plak. Tapi kesian Putra...kena tinggal dgn ibu (bbsitter). Putra masih nyusu badan. Aku dah try belikan susu perisa coklat tapi dia tak nak. Susu badan pun aku pam tapi bila dalam botol dia tak nak isap. Dia nak minum air ribena je...Tapi bila dh petang sampai ke malam la dia ngempeng tak hengat. Penat jugak...tapi apa nak buat dah mamanya nak jugak keje. Tu la aku nk tanya pendapat korang...tak pe ke Putra minum ribena je? Makan...memang dia kuat makan. Aku bekalkan nasi, kuih, buah, biskut macam2 lg la. Apa cadangan korang???

8 comments:

Bro. B said...

alahai Putra tak nak minum EBM ke?? boleh masuk forum susuibu.com.. kat sana ada bincang topik ni... gud luck..
selamat bekerja

Siti @ nurie said...

fara,,,,siti rasa bab air ribena tu ok juga...cuma kalau setiap hari mcm tak bagus kot....kasi je susu badan tu,,...tak pun, try susu formula yg lain...tak manis sgt ke air ribena tu...

¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

ribena tak elok minum kan..ada arak skit..ntahlah..
danish dulu suka sgt minum ribena..
danish minum susu coklat fernleaf 3+

selamat bekerja..

Fara said...

bro B...okeh bro!!

nurie: fara x letak gula. tu la fara suh bbsitter tu bg jugak EBM. tp dia x minum pon

yana: ye ke ada arak?? hisy!! seram ni

rizza said...

rebina ni bukan bagus sgt...lebih baik bagi mineral water je..
kalau nak ..blend je buah2 jadikkan jus.... lagi berkhasiat...
kalau ade roti ke bekal kan la..bagus bagi roti walaupun hanya roti kosong aje.... terutama gardenia... bagus tu..

ok .hanya cadangan yg tak seberapa dari saya

Fara said...

Rizza...idea awak mmg bagus...buat jus buah kan. mmg Putra suka makan buah. weekend ni fara try klu dia suka nnt boleh la buat tiap2 hari. Roti pn fara bekalkan jugak...takut la ankku itu kelaparan. anyway thankz Rizza :)

ummi said...

Awak keje mana Fara?

Fara said...

Lin... fara keje kat area rumah ni jer. kat subang 2. nak buat baju ape2 meh la tempah boleh bg best price...hihihi

IKLAN