MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Tuesday, June 30, 2009

Dinner kami

Nilah yg aku masak suami ku beli petang semalam untuk dinner kami. Gulai lemak kepala ikan merah dan ikan keli sambal. Fuhhh!!! best. Kenyang...Kalau korang beli, agak2 2 jenis lauk ni berapa hengget? Gulai lemak kepala ikan merah tu, 2 ekor ye, puan-puan. Cuba teka berapa hengget?? Sape dapat jawab betul...aku bg hadiah. Jeng jeng jeng....

Tengok...penuh semangkuk kuah dia. Rasa pun sodap. Bayangkan kalau aku yang malas rajin ni balik keje nak masak mcm ni. Hmmm....mungkin hari ni baru dapat makan. Hahahaha...lagi2 Putra pun "tolong" sekali. Kompom mlm ni br dapat makan. Kan kan?
notakaki: lapar...pagi ni sarapan biskut kering jer

Monday, June 29, 2009

Cerita hari Ahad

Mingggu lepas penuh dgn aktiviti...Jumaat malam meeting perlantikan AJK wanita. Hari Sabtu...ku keje 1/2 day. Ahad...pepagi dah bangun sidai baju. Terus pegi dewan. Ada ceramah kekeluargaan. Dalam kepala aku mesti yg datang ni ustazah n ustaz ke. Tuptup... Ikuti sambungan di sini.... Huhuhuhu...

notakaki: ku nk buat-buat buat keje :)

Saturday, June 27, 2009

Meeting kaum ibu part 2

Gambar sekitar Mesyuarat Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa untuk Biro Wanita dan Keluarga.
Tarikh: 26/06/2009
Jam: 8pm
Tempat: Dewan Komuniti Tmn Subang Impian
Penerangan daripada pengerusi persatuan penduduk
Berbincang....

Undi......

Angkat tangan tinggi-tinggi

Buntal....pun join undi ke?

Awra pun ader....mkn burger lagi!!

Dan inilah hasil undian....pencalonan yg berjaya memegang jawatan. Tahniah...hihihi (yg tudung n bj purple tu aku yg calon. Tak sangka menang ketua blok E. Tahniah Kak Ida...ko jgn cekek aku yer)

notakaki: gambar kurang jelas...jurugambar profesiyonal guna kamera hp jer, hahaha.

Friday, June 26, 2009

Sila la klik kat "sini"

Korang, tempat tinggal korang ade ke buat majlis hari ibu ker, gotong - royong ker...? Hihihi soklan mcm poyos je kan? Best tau kalau tempat korang ada buat macam2 program macam kat tempat aku ni. Tapi kena korban la sikit hujung minggu nak pegi join semua aktiviti tu kan. Kekadang tu kena la basuh baju malam...sebab esok pagi nak bangun awal nak join apa yg patut. Macam aku yang ada anak ticit ni...lagi la kena dukung anak, nak layan karenah dia lagi, jap gi dia plak berjalan ke sana sini. Kena kejar la dia lagi. Huuhh!! penat. Tapi demi nak bermasyarakat...aku buat tak kisah je la semua tu. Ape yang penting...dapat join n tau ape program dan dapat la mengeratkan silaturrahim sesama kami. (cewah!! ayat... sape gelak aku ketuk kepala)

Yang latest ni kitorang buat gotong-royong. Tapi kaum bapak je la...kaum ibu tak mampu nk angkat berat2 kan. Kaum ibu, malam ni...ada meeting untuk program hari Ahad ni. InsyaAllah...kalau Putra tak tido mesti aku join sekaki. Nanti ku snap gambo yer. Tak pun korang rajin kan la melawat kat sini.Macam - macam ader...Hihihihi (poyo lagi).

Sekian, aku nak buat keje. Sesungguh setengah hari ni ku dah makan gaji buto. Ampun bos!!!

notakaki: malam ni meeting. huhuhuh esok keja plak

Micheal Jackson meninggal dunia

Michael Jackson yang baru-baru ini dikatakan telah memeluk Islam telah menghembuskan nafas terakhir dirumahnya di Los Angeles.Sekiranya benar berita yang mengatakan beliau telahpun memeluk Islam, Al-Fatihah buatnya.Kehidupannya juga merupakan satu pengajaran kepada umat manusia betapa jangan dicabar dan diubah kejadian dan ciptaan Allah yang sememangnya sempurna.Michael Jackson telah beberapa kali cuba mengubah rupa parasnya dan juga warna kulitnya.
Michael Jackson dies in LA hospitalLOS ANGELES: Michael Jackson, the sensationally gifted "King of Pop" who emerged from childhood superstardom to become the entertainment world's most influential singer and dancer before his life and career deteriorated in a freakish series of scandals, died Thursday, a person with knowledge of the situation told The Associated Press. He was 50.
The person said Jackson died in a Los Angeles hospital.The person was not authorized to speak publicly and requested anonymity.The circumstances of his death were not immediately clear.Jackson was not breathing when Los Angeles Fire Department paramedics responded to a call at his Los Angeles home about 12:30 p.m. local time (3:30 EDT, 19:30 GMT), Capt. Steve Ruda told the Los Angeles Times.
The paramedics tried to resuscitate him and took him to UCLA Medical Center, Ruda told the newspaper.Jackson's death brought a tragic end to a long, bizarre, sometimes farcical decline from his peak in the 1980s, when he was popular music's premier all-around performer, a uniter of black and white music who shattered the race barrier on MTV, dominated the charts and dazzled even more on stage.His 1982 album "Thriller" - which included the blockbuster hits "Beat It," "Billie Jean" and "Thriller" - remains the biggest-selling album of all time, with more than 26 million copies.
He was perhaps the most exciting performer of his generation, known for his feverish, crotch-grabbing dance moves, his high-pitched voice punctuated with squeals and titters.His single sequined glove and tight, military-style jacket were trademarks second only to his ever-changing, surgically altered appearance.As years went by, he became an increasingly freakish figure.
His skin became lighter and his nose narrower.He surrounded himself with children at his Neverland ranch, often wore a germ mask while traveling and kept a pet chimpanzee named Bubbles as one of his closest companions.In 2005, he was cleared of charges he molested a 13-year-old cancer survivor at Neverland in 2003.
He had been accused of plying the boy with alcohol and groping him.The case took a fearsome toll on his career and image, and he fell into serious financial trouble.Hundreds of people gathered outside the hospital as word of his death spread.
The emergency entrance at the UCLA Medical Center, which is near Jackson's rented home, was roped off with police tape.In New York's Times Square, a low groan went up in the crowd when a screen flashed that Jackson had died, and people began relaying the news to friends by cell phone."No joke. King of Pop is no more. Wow," Michael Harris, 36, of New York City, read from a text message a friend sent to his telephone."It's like when Kennedy was assassinated. I will always remember being in Times Square when Michael Jackson died." - AP

notakaki: yang hidup pasti mati...

kredit: sini

buka puasa

Tomyam Seafood...yummy!!

Paprik pun ader...
Semalam menu berbuka aku adalah....TOMYAM. Hmmm hilang kempunan dapat makan tomyam yang sedaaaaappp. Tapi kawan2 aku yang rajin semalam tak jadi nak ke dapur sebab suami terchenta ku ittew offer nak beli aje tomyam kat Deen Tomyam. Hooooreyyyy!!! Putra pun hepi sebab mama tak yah bangun, so dia boleh ngempeng teruss.
Putra tumpang sekaki nk buka pose dgn mama...
Sukanya Puta dapat mamam...
Enterprem lagi...baju pun tak sempat nk pakai.

notakaki: gambar sengaja ku kecik kan...malu muka kepenatan br balik keje huhuhuhu

Thursday, June 25, 2009

Nak makan ape ye?

Sesungguhnya aku telah berjaya melawan nafsu makan, minum, mengumpat, dan seangkatan dengannya hari ini. Horeeeeyyy!!! aku berjaya puasa sunat. Alhamdulillah, lagi berapa jam je nk berbuka. Hmmm nak makan aper yer? Tekak ni rasa macam nak makan tomyam. ( akibat melawat 'rumah' cik Mat Gebu tadi) Macam sedap jer rasanya. (pada pandangan mataku tadi)Huhuhuu, tapi hati ni berdetik...nak masak sendiri ke, nak makan kat kedai. Kalau penyakit M datang jap lagi, ke kedai la jawabnya. Kalau mood R mari...ke dapur la aku. Ada sesape nak belanja aku buka puasa? Sila angkat tangan... notakaki: kalau en suami masak pun ok kan? hihihih

Tag - As

Minta maaf bebanyak AS. Aku baru perasaan perasan ko tag aku daaa. Hihihihi... Sori la yek. Tag yang sungguh seeeeeeenang. Hanya copy n paste jer. Tu pun lambat nk menyambut yer. Biasala aku kan buat-buat sibuk memanjang. Jangan serik nk tag aku As.

notakaki: aku memang selalu buat2 sibuk. sape tahu, angkat kaki? hahaha.

Wednesday, June 24, 2009

Promosi pembukaan

Kawan-kawan, sila merajinkan diri ke http://www.mdsbutik.blogspot.com/ . Ader jualan murah. Sempena pembukaan. Jangan malu2 nak rembat. Terima kasih.

Putra - 17 bulan

Putra dah genap 1 tahun 5 bulan pada 20hb june lepas...tp aku lambat nk update. Almaklum, mama dia buat2 busy. Hihihi...bulan ni papa n mama dh decide tak yah beli kek mcm bulan2 lepas. Sebab nya, nak jaga badan. Lg pun tak elok mkn kek selalu ni. Pulus pun dapat la dijimatkan. Jom kita tengok apa yang dah Putra pandai...
  1. kalau tanya mana eyes...? dah pandai kelip2 mata.
  2. kalau nk minta sesuatu...dah pandai sebut ''nak''
  3. tak nak...nanak (sambil geleng kepala)
  4. makan...mamam
  5. nampak ikan jer....terus sebut fish ( yg dgrnya shhhhh jer, hihihi)
  6. bila mama ajak pakai pampers...terus ambil pampers baring kt tilam
  7. kalau tanya mana "nonet"....sambil tepuk2 pampers yg dia pakai.
  8. sebut jom mandi...terus masuk bilik, ambik towel bg papa.( sbb tiap2 pagi dia mandi dgn papa)
  9. tgk papa pakai baju jer...mula la nangis, nak brooom (naik motor ler) takut papa tggl dia
  10. kalau nk keluar rumah mesti cari shoes Bent 10. Shoes lain, nanak.
  11. dengar azan...dia pun angkat dua2 belah tgn ke kepala sambil mulut sebut Allah (bahasa dia la)
  12. tgk papa solat...dia pun siap meniarap atas sejadah. kononnya sujud la tu...
  13. suka tengok gambar baby...album dia masa kecik2. pastu sibuk mulut tu duk sebut baby, baby.
  14. iklan...Anm*m. Ini bentuk aper... Putra jawab : tita (segitiga)
  15. iklan dutch la*y. Sape nk jawab...? terus dia angkat tgn sambil sebuat yeaaa.
  16. kalau di tanya, sape nama Putra? terus angkat tangan sambil sengeh.
  17. dah pandai panggil papa...mama...abu(ibu)
  18. kalau papa ajak...jom minum Scot...terus bangun pegi buka peti ais ambik bg papa
  19. kalau makan ke minum...mesti sebut dap dap (sedap)
  20. petang2 mesti makan keropok lekor...nak yg besar jer kecik nanak.
  21. dah tau kete dia...kalau tny mn kete Putra?? cari dulu...pastu dh nmpak terus tunjuk.
  22. jumpa pak guard (uncle) jer mesti...tatata sambil lambai tgn
  23. klu naik mtr dgn papa...mesti tatata mama siap buat flying kiss lg.
  24. pepagi...kalau mama galas beg merah je, dia dh tau nk pegi rmh ibu. terus cari shoes, nk salam papa, pastu tata Nadiah kat sebelah rumah.
  25. dah boleh kenal...ball, car, remote, hello (henfon)

Rasanya banyak lagi yang Putra dah pandai dan faham, tapi cukup la setakat di sini jer yang mama list down. Penat dah nk recall. Apa pun, Putra memang semakin membesar dengan ceria, cerdik...dan anak yang baik. Papa n mama saaaaaayang Putra.

notakaki: Putra nanak adik lagi...

Bulan Rejab ~ banyak kelebihannya

KELEBIHAN BULAN REJAB
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
*Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
*Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
*Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
*Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
*Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

*Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.

*Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.

*Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun! dan diberi minum air dari Syurga
*Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
*Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orangyangmeminta ampun dan bertaubat kepada Allah.
Kelebihan berpuasa di bulan Bulan Rejab :
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah.
Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap:
Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekas! ihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu.
Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar) Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim. Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH. REJAB bulan menabur benih. SYA'ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYA'ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA'ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
P E R H A T I A N Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Monday, June 22, 2009

cadar baru

Tgklah Putra berposing atas tilam. Yang mana sebenarnya mama dia nk tayang cadar baru...hihihi. Kak Ina (Zuharina) kalau baca entry ni sila jgn perasan tilam anda ye. Sebab cadar kita mmg serupa kan?? Hihihi....

***punya la hepi si bujang sayang aku ni, sampai nampak pusat dia.

hepi father's day

Happy Father's Day....untuk Papa Putra...dan semua yang bergelar ayah. Jadi ayah yang baik untuk contoh ikutan anak-anak.

Monday, June 15, 2009

Sekitar Sambutan hari ibu

Sekitar Majlis sambutan hari ibu....
Best Ustazah ni ceramah...tak mengantuk sebab best dan byk aksi...
Ibu tunggal warga emas turut diaraikan...
Ibu - ibu nak potong pulut kuning...
***Best, meriah...dan mengeratkan silaturrahim. Sedang kaum ibu seronok mendengar ceramah, kaum bapa sibuk di dapur masak nasi ayam...
Tempat korang ada ke majlis macam ni?? Jom la kongsi cerita.

Meeting kaum ibu

Sekitar mesyuarat kaum ibu blok 5 Apartment Subang Impian...
Harap maaf...gambar kurang terang. Almaklum...rumah nya berlampu romantik. Meeting ni diadakan minggu lepas...

IKLAN