MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Friday, October 17, 2008

Si bujang mama dan papa

Assalamualaikum...
Hari ni mama nak cerita pasal anak kesayangan papa dan mama ni, Putra. Dah lama tak story pasal anak manja sorang ni. Sejak balik rumah lepas sebulan puasa kat kampung, mama tengok anak mama makin bulat...nampak berisi...berat pn dah 7.5kg. Lagi?? makin pandai merap mama. Susah la mama nak buat keje rumah. Asyik nak dukung je...tu la kat kampung maktok asyik dukung je. Gini la jadinya. Awal-awal pagi lagi maktok dah bawa keluar dukung siram pokok bunga la...dah balik sini mana la mama sempat nak layan mcm tu. Pulak tu sambung papa cuti panjang...apa lagi papa asyik melayan dia je la.
Dah minggu ni papa dah start keje balik...mula la dia asyik merengek je nak minta dukung. Alahai anak mama sayang...mama nak masak, nak basuh pinggan mangkuk, nak basuh baju, nak sidai baju, nak sapu sampah, nak kemas rumah, banyak lagi keje mama nak buat. Mana la mama dapat dukung je selalu. Tapi mama layan je dia main-main sampai la dia mengantuk. Pastu nenen terus tido...dapat la meneruskan keje mama yang tak la banyak sangat pun. Hehehe
Apa lagi pasal si bujang sorang ni ye??? Dia dah pandai belajar berdiri. Asal jumpa kerusi, katil, ape ape je mesti nak panjat berdiri pastu lepas tangan. Risau mama...yela dah banyak kali ni tumbang. Tu pun sebab mama tengah buat keje dia pun sibuk nak buat keje jugak. Kat kaki mama ni pun dia nak panjat jugak. Tak sempat mama sambar tangan dia terlentang ke lantai la jawabnya...Walker pun dah tak nak duduk lagi. Pagi ni mama tengah basuh tudung dalam bilik air, dia pun laju je datang...terus terbalik walker tu. Lantai bilik air rendah sikit sebab tu senang terbalik. Nasib baik la tak de apa-apa anak mama. Memang membahayakan la duduk walker kalau tak perhatikan betul-betul. Menangis kejap je dia tapi mama yang menangis lebih-lebih. yelah risau dia sakit kat mana-mana. Pastu mama urut sikit kaki dengan tangan dia. Alhamdulillah tak de apa.
Lagi satu pagi-pagi kalau baru bangun tido Putra mesti panjat badan mama, pastu panjat badan papa pulak. Nak tido kat tengah kalau letak tido kat tempat dia tak mau. Pandai dia panjat balik sambil nangis. Hehehe...
Itulah kisah anak bujang mama sorang ni. Mama dan papa bahagia sangat dapat tengok Putra membesar tiap-tiap hari. Tapi bab makan...NOOOO belum bersedia kot. OK mama tunggu sampai dia betul-betul nak makan baru mama bagi makan nanti. Apapun badan menten...berat tiap kali timbang mesti naik punya.
tengok la aksi-aksi Putra..
Hencem tak saye??
Dah penat main-main. Isi minyak pulak...nenen je kejenya.

2 comments:

::Umi Sufira:: said...

Fara. tang isi minyak tu yang comel...siap garu2 kepala lagi...syok sgt tuh=D

Fara said...

Mimi
tu dari baby memang habit dia. klu nenen je mesti garu pale...hadoi...klu tak garu tak leh. hehehe

IKLAN