MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday, October 29, 2008

Metrojaya Sale

Hari Isnin lepas sempat la mama ajak papa singgah kt stadium shah alam, Metrojaya Sale tu...orang punya la ramai. memang sale dia ''gila'' pun. Tapi apa kes mama ni jadi ''perak'' pulak. Tak reti nak beli dalam keadaan sesak gitu. Pegang itu tak kena pegang ini tak kena. Nampak sangat tak pernah pegi warehouse sale...hehehe. Tengok kat kaunter bayar pun, masyaAllah manusia...mcm semut. Lagi bertambah pitam la mama. Last2 keluar je la...tak beli apa pun. Putra je dapat sample nestle, isi form dpt gift sudu n bip. OK la tu... Jom balik, nak makan open house rumah Cik Nik plak. Hehehehe...tak abis2 makan je.

Putra tak sihat

Sejak open house rmh Cik Zu hari Ahad tu Putra tak sihat. Memula selsema je. Pastu papa pulak minum air ais dia bg pulak si bujang tu rasa. Terus demam la. Kebetulan je tu kot. Memang dia dah nak demam...badan dia panas sangat. Dah mula batuk berkahak. Malam Isnin tu terus mama bawa gi Doktor...Hari ni nampak macam OK sikit. Panas badan pun dah kurang...batuk pun dak kurang sikit. Harap2 anak mama cepat la baik.

Sunday, October 26, 2008

Open house lagi

Hari ni open house rmh cik Zu kt 4th floor. Ada spagetti (papa masak) lontong, ketupat, rendang n kek coklat kukus. Comei je kek tu...sedap pn sedap. Mama la antara tetamu yg terawal datang, hehehe. Sambil tu tolong2 sikit apa yg patut. Papa pula ada last minute function so petang baru papa dtg makan. Gelabah jugak la Cik Zu ye...first time wat open house la katakan. Biasa la tu. Tahun depan mesti tak gelabah dah. Hehehe... Hari ni itu je la yang kita lalui...balik tadi Putra dah kepenatan. Mama mandikan dia...layan TV kejap pastu dah tertido pun dia. Tapi anak mama hari ni ada batuk sikit. Kesian dia. Papa pulak pepagi pegi keje, pastu balik pi mkn2. Balik tu pi surau solat maghrib, balik rmh layan berita jap. Pi surau pulak solat isya'. Ni belum balik dari surau lagi sebab pi rumah Cik Zu lagi. Ada buat tahlil sikit mlm ni... Hmmm mama dh penat. Mata pun nk pejam je, tapi baju dh penuh bakul kena la tunggu smpai mesin basuh tu siap membasuh baru dapat tido. Esok ada open house lagi...gantung periuk la kita. Hehehehe....

Friday, October 24, 2008

Hari ini kenapa la rasa mcm jam tu lambat sangat berputar. Heran sungguh!! Selalunya mcm cepat je masa tu. Tp hari ni lain sikit apasal yek?? Apa daaa...dinner tadi mama masak paprik ayam dan telur dadar. Request from papa. So mama dengan senang hati menyediakannya, hahaha. Semalam pun mama masak menu yang sama tapi papa lepas solat isya kat surau, ada org buat open house. Menyenget la papa g makan. Mama makan la sorang2 kt rmh. Mama pun tak tau rumah sape, ahli jemaah surau la kot. So mlm ni kena la masak lagi. Huh sedap tu...(puji diri sendiri) tak dan nak ambik gambar dah licin pinggan papa makan. Esok ada open house rumah atuk Usu mama kat Paya Jaras. Tak payah masak le nampaknya. Hahaha...hari ahad rumah cik Zu pulak. Cik Zu minta papa masak spagetti unt open house rumah dia. Hari tu masa open house rumah kita sampai licin pinggan dia mkn. Sedap sangat la tu. Hehehe...So sape2 nak buat open house ke, birthday ke, apa-apa je la jangan segan-segan kalau nak order,OK. Hahaha...buat bisnes la pulak. Oklah mama nakg sidai baju. Papa dah siap basuh tu. Sebenarnya mesin yang basuh...papa tolong tekan 'start' je. Apa pun terima kasih banyak suamiku.

Tuesday, October 21, 2008

Dinner kat luar

Apa yg boleh saya makan ni??
Ni mama punya...
Ni papa punya...
Bruuuppp...alhamdulillah.
Ini je la kek yang mama beli. Cukup la unt kita 3 beranak. ** kesian Putra, dapat tgk je. Mama bg rasa je sikit. Nnt dh besar boleh makan sampai kenyang ye.

Monday, October 20, 2008

Putra - Genap 9 bulan

Anak kesayangan papa dan mama hari ni genap 9 bulan. Papa balik nanti kita beli kek ye! Semoga Putra membesar dengan ceria...sentiasa sihat dan jadi anak yang soleh. Amin.
***muka baru bangun tido. belum mandi pun

Jamuan Hari Raya - 19 Oct 08

Dah ready nak pegi makan2 @ jamuan hari raya
Dah kenyang...

Putra dapat duit raya...

Sukanya dapat main belon...

Bestnya...main belon dgn cik Zu n adik cik Zu

Sempat posing lg...

Papa makan untuk round ke berapa ni??

Saturday, October 18, 2008

Putra lagi...

Si bujang sorang ni...ptg tadi buat hal tak nak tido pulak dia. Tido tengah hari tadi je kejap lepas tu dah tak nak tido dah petang. Nak main je dia. Terpaksa layan papa dengan mama. Papa nak rehat pun tak leh. Nasib baik la papa half day je hari ni. Apa boleh buat...semakin besar, semakin nakal ni...asyik nak panjat2 badan orang je. Pastu minta dukung. Alahai anakku sorang ni. Layan je la!!! suka sangat panjat2 belakang papa panjat la lagi Putra ...sambil tu urut2 skit belakang papa ni :) panjat mama la pulak... ni mata dah layu tapi tak mau tido jugak papa layan je la anak mu itu... sayang anak papa...nape tak mau tido ni?? jom la kita keluar g playground! Last2 keluar pi ronda2 dgn papa...tunggu dia tido, tak mau tido jugak. al kisahnya, mama pun tak dapat le nak g menolong gotong royong kat surau. Pi tunjuk muka je la...Esok kan nak buat Jamuan Hari Raya...esok kita pi makan sudah la.

Friday, October 17, 2008

Si bujang mama dan papa

Assalamualaikum...
Hari ni mama nak cerita pasal anak kesayangan papa dan mama ni, Putra. Dah lama tak story pasal anak manja sorang ni. Sejak balik rumah lepas sebulan puasa kat kampung, mama tengok anak mama makin bulat...nampak berisi...berat pn dah 7.5kg. Lagi?? makin pandai merap mama. Susah la mama nak buat keje rumah. Asyik nak dukung je...tu la kat kampung maktok asyik dukung je. Gini la jadinya. Awal-awal pagi lagi maktok dah bawa keluar dukung siram pokok bunga la...dah balik sini mana la mama sempat nak layan mcm tu. Pulak tu sambung papa cuti panjang...apa lagi papa asyik melayan dia je la.
Dah minggu ni papa dah start keje balik...mula la dia asyik merengek je nak minta dukung. Alahai anak mama sayang...mama nak masak, nak basuh pinggan mangkuk, nak basuh baju, nak sidai baju, nak sapu sampah, nak kemas rumah, banyak lagi keje mama nak buat. Mana la mama dapat dukung je selalu. Tapi mama layan je dia main-main sampai la dia mengantuk. Pastu nenen terus tido...dapat la meneruskan keje mama yang tak la banyak sangat pun. Hehehe
Apa lagi pasal si bujang sorang ni ye??? Dia dah pandai belajar berdiri. Asal jumpa kerusi, katil, ape ape je mesti nak panjat berdiri pastu lepas tangan. Risau mama...yela dah banyak kali ni tumbang. Tu pun sebab mama tengah buat keje dia pun sibuk nak buat keje jugak. Kat kaki mama ni pun dia nak panjat jugak. Tak sempat mama sambar tangan dia terlentang ke lantai la jawabnya...Walker pun dah tak nak duduk lagi. Pagi ni mama tengah basuh tudung dalam bilik air, dia pun laju je datang...terus terbalik walker tu. Lantai bilik air rendah sikit sebab tu senang terbalik. Nasib baik la tak de apa-apa anak mama. Memang membahayakan la duduk walker kalau tak perhatikan betul-betul. Menangis kejap je dia tapi mama yang menangis lebih-lebih. yelah risau dia sakit kat mana-mana. Pastu mama urut sikit kaki dengan tangan dia. Alhamdulillah tak de apa.
Lagi satu pagi-pagi kalau baru bangun tido Putra mesti panjat badan mama, pastu panjat badan papa pulak. Nak tido kat tengah kalau letak tido kat tempat dia tak mau. Pandai dia panjat balik sambil nangis. Hehehe...
Itulah kisah anak bujang mama sorang ni. Mama dan papa bahagia sangat dapat tengok Putra membesar tiap-tiap hari. Tapi bab makan...NOOOO belum bersedia kot. OK mama tunggu sampai dia betul-betul nak makan baru mama bagi makan nanti. Apapun badan menten...berat tiap kali timbang mesti naik punya.
tengok la aksi-aksi Putra..
Hencem tak saye??
Dah penat main-main. Isi minyak pulak...nenen je kejenya.

Sunday, October 12, 2008

Open the door je

Assalamualaikum... Hari ni ramai sangat yang buat rumah terbuku @ open house. Yelah hari minggu ramai yang bercuti. Sebenarnya mama dgn papa tak plan pun nak buat open house. Tapi kita open the door je la. Kebetulan nenek mama dgn makusu, dan pakteh semua nak datang kira open house jugak la ni. Sekali tu jemput Cik Wasi, Cik Seni, dan Kak Zu semua dtg satu family. Pagi tadi kita makan kat open house rumah Cik Gayah tingkat atas ni. Sedap...ada laksa dengan nasi impit. Kuah kacang dia best la mama rasa...Pastu rumah Cik Ida pulak. Rumah Cik Ida pun best jugak. Ada mee kari...Kenyang mama makan. Petang sikit kita datang rumah Acik Sabariah. Ada mee jawa, dan nasi minyak. Kenyang sungguh mama dengan papa hari ni. Balik dari rumah Acik Sabariah singgah kejap rumah Acik Manap. Mkn kuih raya je. Sesaje datang beraya ni. Ops lupa plak. Kek lapis sarawak kat rumah Cik Gayah memang sedap. Kat rumah kita ada apa ye?? Oooo Papa buat spagetti dengan nasi impit. Ada rendang ayam Minang jugak...Mama ingat nak buat mee tapi banyak sangat dah sana mee sini laksa. So kita buat lain dari yang lain. Hahaha...western and eastern gitu. Lupa pulak nak snap gambar. Maklum la sibuk melayan tetamu. Alhamdulillah...seronok tengok diorang makan bertambah-tambah. Sedap katanya. Tahun depan insyaAllah kalau ada rezeki boleh buat besar sikit. Dapat jemput ramai lagi. Kawan2 dalam blog minta maaf banyak ye. Dapat cerita je la. Maklum la bajet pun ciput...hehehe.
Putra pun sibuk jugak melayan tetamu. Tengok la gambar dia tu. Dengan Nana dan Kak Wardah. Ni dah tido keletihan la tu. Mama dengan papa dapat la kemas rumah. Hehehe bestnya hari ni...Oklah badan pun letih mata pun ngantuk ni. Nak tunggu mesin tu siap membasuh baju2 Putra pastu dapat la tido. Amin...selesai la sudah hari yang memenatkan tapi amat la menggembirakan untuk kita sekeluarga.

Thursday, October 9, 2008

Jalan-jalan beraya

Hari ni 3hari berturut-turut kita jalan beraya. Almaklum papa cuti...Hari selasa kita jalan sampai ke Pulau Indah Port Klang. Kita pegi rumah makcik Seni. Huhu tengok Nana dah besar...bulat pipi dia. Geramnya!! Hari rabu, lepas check up Putra kita pegi rumah auntie Echot kat Sunway. Sedap...auntie masak nasi ayam kat kita. Bertambah mama dgn papa makan. Putra tengok je...hehehe nanti dah pandai makan suruh auntie masak lagi ye. Lama kita duk rumah auntie Chot. Putra seronok main2 dengan abg Nabil. Balik dr tu kita terus pegi Meru. Rumah nenek usu jumpa moyang Putra. Penat jalan seharian Putra sampai tertido dalam kereta. Lenguh mama meriba dia... Hari ni kita beraya kat Meru lagi. Rumah cik Milah n Cik Nora plak. Kenyangnya dapat makan2...Cik Milah beraya sakan la. Bisnes dah maju...Bila la kita nak maju mcm tu ye?? Hehehe... Ini baru sampai rumah. Mama nak pasang langsir yg baru mama siap jahit semalam. Raya ke 9 baru nk tukar langsir?? Hahaha...OK la tu. Nenek Usu Putra lagi la. 20hb ni baru siap langsirnya. kehkehkeh...

Monday, October 6, 2008

Cerita 6 Syawal

Huhuhu hari ni papa dah start keje. Boringnya kena duk kat rumah dengan Putra je. Papa pn bukan main "bercinta" lagi nak bangun pagi tadi. Mood raya tak abis lagi katanya. Putra pun meragam awal2 pagi nak papa dukung dulu. Amboi... Hari ni baru 6Syawal tapi mama rasa badan ni macam ala ala kembang gitu. Macam mana ni...ada banyak lagi open house nak p ni. Next week rumah acik Sabariah, next week lagi rumah atok usu. Kalau macam ni konpem naik berkilo-kilo jadinya. Hahaha...tak pe lepas habis raya slim balik kot. Hmmm tadi mama dapat call dari papa ada berita gembira katanya. Papa dapat offer baik ...Alhamdulillah rezeki anak la tu. Insyaallah kalau confirm papa terima offer tu kita celebrate la. Doakanlah yang terbaik buat kami ye. Oklah mama nak siapkan makanan kejap lagi En Chef balik nak makan. Mlm ni mama masak asam pedas ikan kembung dengan timun, dan sayur buncis.

Sunday, October 5, 2008

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri untuk semua...dah lama mama tak update blog ni. Sedar2 hari ni dah 5syawal...mesti semua masih terasa seronok beraya dengan keluarga. Papa,mama dan Putra beraya kat sini je...kita bertolak balik dari rumah maktok 2hari sebelum raya. Raya tahun ni memang banyak sangat kenangan pahit dan manis untuk kita sekeluarga. Kesian tok tak dapat nak beraya dengan cucu baru ni. Insyaallah raya haji kita beraya rumah tok papa pulak.
Selamat hari raya maaf zahir batin dari kami sekeluarga.

IKLAN