MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Thursday, November 28, 2013

Senyum je

 
Inilah hobi masa lapang saya. Punggah mainan. Senyum je walau kena bebel dengan mama.
 
Satu tong penuh mainan. Tak terdaya saya nak kemas apa lagi nak susun yang kecik bekas lain yang besar bekas lain. Longgok je dalam tu janji tak serabut mata memandang. Tapi kan...hari tu saya ada nampak kotak yang cantik kat Mr.DIY :)
 
Kotak merah ni saya beli kat Tesco dah berapa tahun lepas. Sangat berjasa. Lepas ni saya nak pindahkan semua mainan dalam kotak Mr DIY. Nanti kita cerita ye.
 


Wednesday, November 27, 2013

Tolong!!! Idea anda diperlukan

Cam best jer. Cam menarik jer. Tadi singgah "rumah Sue" . Dia tengah mencari idea warna cat dinding. Wahhhh...boleh cedok idea  ni. Selalunya idea dan susunatur dia memang terbaik!!! Memandangkan keseluruhan villa nabila damyra ni memang seadanya. Warna cat asal je. Bosan tahap gaban dah ni. Dalam kepala ting tong sana ting tong sini. Kejap nak warna soft grey. Kejap rasa warna kuning cair. Kejap warna merah pulak. Haish!!!

Sesungguhnya saya memang buta warna bab mendeko. Konsep lambak longgok janji kemas bersih dan tersusun. Boleh gitu?

 Korang sila bayangkan....Nak match dgn sofa warna merah hati corak bunga putih. Kerusi jati anggur. Karpet dan tikar buluh warna coklat muda. Kabinet tv zaman jepun warna coklat muda jugak. Aduh...semuanya warna-warna tanah kan.

Apakah warna yang sesuai untuk dinding ruang tamu saya???

Sila-silakan memberi idea :)





Tuesday, November 26, 2013

"Abang nak solat tahajjud."

Malam itu sekitar jam 10.00 malam. Kisah kejadian bermula.

"Mama...abang (Putra) nak tido sekejap. Nanti malam mama kejut abang tau. Abang nak bangun solat"

"Malam-malam abang nak solat apa...?" soal mama menduga tahap pemikiran si anak.

"Abang nak solat tahajjud, macam papa!" Jawapan si abang tepat kena batang hidung mama.

Hambik kau!!!

Ya Allah...malu nya dengan diri sendiri. Si kecil berumur 5 tahun dah mula pasang niat nak bangun solat malam, tapi saya yang tua bangka ni terkadang liat sekali nak bangun bila suami kejut untuk solat.

Semoga menjadi anak yang soleh wahai anak. Suatu hari nanti bila kamu buka dan baca tulisan mama ini, ketahui lah kamu bahawa mama dan papa sentiasa mendidik kamu menjadi anak yang soleh. Jangan pernah meninggalkan solat dan melanggar larangan Allah. Kamu bijak. Kamu nampak apa yang kami buat dan kamu juga nak sama buat. Teruskan niat suci kamu hingga dewasa ye anak.



                                                          Semoga menjadi ahli syurga:)
                                           Gaya macam panglima, tapi dalam hati ada iman :)




Thursday, November 21, 2013

"Indah sayang Ikam...?"

Salam semua :)
Dah lama tak story mory pasal Indah kan? Dia dah besar tau sekarang ni, dah 2 tahun 5 bulan. Dah pandai cakap dah pandai mengajar mama apalagi mengarah mama buat itu ini. Pandai gaduh dan berebut barang dengan abang pun ye jugak. Selaunya Indah la yang menang kan...abang kan abang mesti la mengalah. Hehehe...

Indah ada kawan baik tau. Nama dia Ikram. Kawan baik tapi selalu gaduh. Acaner tu? Hehehehe. Yang bestnya pasal Ikam ni kan...Ikam selalu tanya Indah.

"Indah sayang Ikam...?" Sweetnya laaaa. Hahahaha

Satu hari nanti mama nak record dan upload kat sini. Biar bila dorang dah besar esok tengok, tersipu-sipu malu.  hakhakhakhak.
 
Peace :)
 
 
 

Wednesday, November 20, 2013

Projek susun atur : Tudung

 
 
Salam semua:)
Harini saya nak kongsi susun atur tudung saya. Rasanya ramai dah buat susun atur macam ni kan. Nampak lebih kemas dan cantik. Kaedah "sebelum" tu memang sangat semak dan menyakitkan hati dan mata den.
Korang tengok pun sakit mata kan...?
 
 
Dah la berterabur. Hanger pun carca marba. Adoiiii laaa.
Tak semua tudung saya gantung macam ni sebenarnya. Hanya tudung yang selalu di pakai je, tudung yang jarang di pakai macam layer2 bagai tu saya gantung guna hanger tudung macam kat kedai tu. Nanti - nanti kita cerita ye.
 
p/s : hanger tudung ni saya beli kat Nilai 3.
 

Tuesday, November 19, 2013

Projek susun atur : Laundry area

Projek susun atur pertama dalam blog ni. Ngeee...Nak jugak kan. Dah berjangkit dengan geng2 home organizing pulok. Otai2 sila beri tunjuk ajar ye :)


Laundry Area (kononnya)
 

Beginilah keadaan mesin basuh dan segala pencuci. Saya letakkan bekas yang di beli kat Cosway tu di antara mesin basuh dan peti ais. Bekas 2 tier pull out ni memang muat isi segala macam pencuci yang saya ada. Makin mudah dan senang keje saya. Bagi yang tak de masa nak mendrill mcm encik suami saya tu boleh la cuba kaedah ni. Yang penting tak sakit mata kan. Kemas je.


p/s: Tapi satu hari saya memang nak pasang wall rack jugak untuk sabun-sabun ni. Hehehehe












Monday, November 18, 2013

Hari Anugerah si anak

Salam semua.
Fuhh lega harini dapat bersiaran langsung dengan laptop kesayangan. Laju sikit jari-jemari ni kan. Harini nak cerita pasal hari Anugerah Cemerang Abang Putra Jumaat lepas. Alhamdulillah walaupun tak dapat top 3 dalam kelas Abang Putra dapat juga hadiah saguhati. Prestasi dan peratus menaik dan mama rasa bersyukur dengan kejayaan abang.
Yang paling mengujakan mama dan papa malam tu ialah abang Putra dapat anugerah yang memang tidak disangka-sangka dan langsung tak ada dalam aturcara majlis. Nak tau apa...? Jom kita tengok gambar di bawah.





 
Tara.....!!!
Anugerah Budi Pekerti Mulia.
Alhamdulillah. syukur sangat.
 
 
Tamat majlis, mamanya yang sedia teruja ni apa lagi tanya la dengan cikgu kelas abang macam mana Putra boleh terpilih. Kata cikgu...Shahputra dapat anugerah Budi Pekerti Mulia ni sebab dia selalu cakap "terima kasih cikgu" setiap kali salam nak balik. Selalu ucap "insyaAllah, Alhamdulillah" kalau cikgu pesan apa-apa pada dia.
 
Alhamdulillah...syukur sangat mama dengar. Senyum sampai telinga. Hadiah mahal atau murah itu tak penting. Yang penting dia akan lebih bersemangat lepas ni. Semoga abang Putra terus menjadi anak yg berpekerti mulia, insyaAllah  :)
 
 
Malam tu abang Putra masuk persembahan nasyid dan silat. Nanti-nanti kita cerita pulak ye :)
 
 

Friday, November 15, 2013

Harini last sekolah. Malam ni ada hari anugerah cemerlang tadika anak saya. Mak paknya terlebih eksited. Maklum la anak sulung kan. Abang Putra masuk persembahan katanya. Puas dah berlatih duk suruh mak pak tgk. Asyik2 lupa je..."ala nanti mama tengok la kat sekolah. Kat rumah abang lupa la macam mana". Alasan!!!

Result periksa dan kad laporan pun dah dapat. Alhamdulillah prestasi ada sedikit peningkatan. Syukur. Walaupun sebenarnya mak paknya langsung tak mengharapkan apa2 sekadar nak dia belajar bergaul, pegang pensil dan conteng2 je. Bersyukur sangat bila dia boleh buat lebih dari tu.

Mak pak plak rasa berdebar-debar nak tgk persembahan anak malam ni. Rasa teruja gilerrr. Hahahaha. Itu baru anugerah cemerlang tadika, belum sekolah rendah belum sekolah menengah apa lagi kalau konvo kat U nanti. Itu lah ragam mak pak beranak sulung ni kan.

Nanti esok saya update kesah abang Putra ye. Jadi ke idok persembahannya tu.

Thursday, November 14, 2013

Aku kembali di sini

Assalamualaikum.
Tuan tanah dah kembali. Bersawang berdebu berhabuk sudah blog ku ini. Ya ampun.
Semenjak dua menjak ni rasa malas bebenor nk menghupdate blog ni. Tapi....tapi..blog korang aku rajin terjah dan yg pasti korang memang tak tau pn aku terjah sbb langsung aku tak meninggalkan jejak. Hehehe

Blog Sue suka susunAku Bukan BidadariRumah Comel Kami dan lain-lain. (Letih nak menaip pakai henfon ni). Blog2 korang memang selalu aku singgah tau. Di sebabkan itu jugak lah aku dh berjangkit home organizing dgn korang2 nih.

Nanti aku gagahkan diri ye menghupdate blog kesayangan aku ni sbb aku pn nk berkongsi juga dgn korang. takde benda pun nk kongsi sebenornya saja suka2 je. Hehehe.

Ok sampai jumpa lagi ;)








IKLAN