Thursday, November 28, 2013
Senyum je
Wednesday, November 27, 2013
Tolong!!! Idea anda diperlukan
Sesungguhnya saya memang buta
Korang sila bayangkan....Nak match dgn sofa warna merah hati corak bunga putih. Kerusi jati anggur. Karpet dan tikar buluh warna coklat muda. Kabinet tv zaman jepun warna coklat muda jugak. Aduh...semuanya warna-warna tanah kan.
Apakah warna yang sesuai untuk dinding ruang tamu saya???
Sila-silakan memberi idea :)
Tuesday, November 26, 2013
"Abang nak solat tahajjud."
"Mama...abang (Putra) nak tido sekejap. Nanti malam mama kejut abang tau. Abang nak bangun solat"
"Malam-malam abang nak solat apa...?" soal mama menduga tahap pemikiran si anak.
"Abang nak solat tahajjud, macam papa!" Jawapan si abang tepat kena batang hidung mama.
Hambik kau!!!
Ya Allah...malu nya dengan diri sendiri. Si kecil berumur 5 tahun dah mula pasang niat nak bangun solat malam, tapi saya yang tua
Semoga menjadi anak yang soleh wahai anak. Suatu hari nanti bila kamu buka dan baca tulisan mama ini, ketahui lah kamu bahawa mama dan papa sentiasa mendidik kamu menjadi anak yang soleh. Jangan pernah meninggalkan solat dan melanggar larangan Allah. Kamu bijak. Kamu nampak apa yang kami buat dan kamu juga nak sama buat. Teruskan niat suci kamu hingga dewasa ye anak.
Semoga menjadi ahli syurga:)
Gaya macam panglima, tapi dalam hati ada iman :)
Thursday, November 21, 2013
"Indah sayang Ikam...?"
Dah lama tak story mory pasal Indah kan? Dia dah besar tau sekarang ni, dah 2 tahun 5 bulan. Dah pandai cakap dah pandai mengajar mama apalagi mengarah mama buat itu ini. Pandai gaduh dan berebut barang dengan abang pun ye jugak. Selaunya Indah la yang menang kan...abang kan abang mesti la mengalah. Hehehe...
Indah ada kawan baik tau. Nama dia Ikram. Kawan baik tapi selalu gaduh. Acaner tu? Hehehehe. Yang bestnya pasal Ikam ni kan...Ikam selalu tanya Indah.
"Indah sayang Ikam...?" Sweetnya laaaa. Hahahaha
Satu hari nanti mama nak record dan upload kat sini. Biar bila dorang dah besar esok tengok, tersipu-sipu malu. hakhakhakhak.
Wednesday, November 20, 2013
Projek susun atur : Tudung
Tuesday, November 19, 2013
Projek susun atur : Laundry area
Beginilah keadaan mesin basuh dan segala pencuci. Saya letakkan bekas yang di beli kat Cosway tu di antara mesin basuh dan peti ais. Bekas 2 tier pull out ni memang muat isi segala macam pencuci yang saya ada. Makin mudah dan senang keje saya. Bagi yang tak de masa nak mendrill mcm encik suami saya tu boleh la cuba kaedah ni. Yang penting tak sakit mata kan. Kemas je.
p/s: Tapi satu hari saya memang nak pasang wall rack jugak untuk sabun-sabun ni. Hehehehe
Monday, November 18, 2013
Hari Anugerah si anak
Fuhh lega harini dapat bersiaran langsung dengan laptop kesayangan. Laju sikit jari-jemari ni kan. Harini nak cerita pasal hari Anugerah Cemerang Abang Putra Jumaat lepas. Alhamdulillah walaupun tak dapat top 3 dalam kelas Abang Putra dapat juga hadiah saguhati. Prestasi dan peratus menaik dan mama rasa bersyukur dengan kejayaan abang.
Yang paling mengujakan mama dan papa malam tu ialah abang Putra dapat anugerah yang memang tidak disangka-sangka dan langsung tak ada dalam aturcara majlis. Nak tau apa...? Jom kita tengok gambar di bawah.
Friday, November 15, 2013
Result periksa dan kad laporan pun dah dapat. Alhamdulillah prestasi ada sedikit peningkatan. Syukur. Walaupun sebenarnya mak paknya langsung tak mengharapkan apa2 sekadar nak dia belajar bergaul, pegang pensil dan conteng2 je. Bersyukur sangat bila dia boleh buat lebih dari tu.
Mak pak plak rasa berdebar-debar nak tgk persembahan anak malam ni. Rasa teruja gilerrr. Hahahaha. Itu baru anugerah cemerlang tadika, belum sekolah rendah belum sekolah menengah apa lagi kalau konvo kat U nanti. Itu lah ragam mak pak beranak sulung ni kan.
Nanti esok saya update kesah abang Putra ye. Jadi ke idok persembahannya tu.
Thursday, November 14, 2013
Aku kembali di sini
Tuan tanah dah kembali. Bersawang berdebu berhabuk sudah blog ku ini. Ya ampun.
Semenjak dua menjak ni rasa malas bebenor nk menghupdate blog ni. Tapi....tapi..blog korang aku rajin terjah dan yg pasti korang memang tak tau pn aku terjah sbb langsung aku tak meninggalkan jejak. Hehehe
Blog Sue suka susun, Aku Bukan Bidadari, Rumah Comel Kami dan lain-lain. (Letih nak menaip pakai henfon ni). Blog2 korang memang selalu aku singgah tau. Di sebabkan itu jugak lah aku dh berjangkit home organizing dgn korang2 nih.
Nanti aku gagahkan diri ye menghupdate blog kesayangan aku ni sbb aku pn nk berkongsi juga dgn korang. takde benda pun nk kongsi sebenornya saja suka2 je. Hehehe.
Ok sampai jumpa lagi ;)
Monday, March 18, 2013
Jemput singgah ke kedai saya ;)
Ada tudung terbaru...jemputlah jamu mata. Terima kasih;)
http://farraelzahra.blogspot.com/2013/03/tudung-syria-polos-rasha.html
Wednesday, March 13, 2013
Jemputan
Wednesday, February 6, 2013
Anugerah, amanah dan rezeki
Syukur kerana saya antara insan terpilih yg dipilih oleh Allah s.w.t menerima anugerah, amanah dan rezeki ini. Sempurna tanpa setitik cela. Alhamdulillah ya Allah.
Kamu2 yg masih mengharapkan anugerah, amanah dan rezeki ini jangan mudah putus asa. Berusaha dan bersangka baik lah kepadaNya. Saya juga puas menanti sebelum di beri rezeki.
Eh eh...malam jumaat ek! Haippp!!! Jom baca yasin la...korang nih.
Bagai terasa ingin bermula semula. Di sini. Biar telah lama ditinggalkan. Biar seakan sudah melupakan. Sungguh aku terasa sunyi tanpa mu. Rindu sering bertandang. Tetapi masa sering menghalang. Kini aku bangun melangkah semula biar bertatih kembali asal aku masih di sini.
Salam silaturrahmi wahai sahabat :)
Wordless Wednesday
Rindu sama kamu di sini.
Biarlah wednesday tidak berkata tp aku tetap mahu berkata-kata.
Boleh gitew...?