MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Thursday, September 30, 2010

Bila hujan turun...

Hari ni nak membebel ... hobi baru barangkali ;p
Ekceli...ececeh ckp omputih. Padahal bukannya terror pun....
Pasal apa nk membebel ni...?
Pasal ape? Cuba habaq mai...

Ni haaa...KL ni hari2 hujan.
Tempat korang hujan tak...? Tak hujan?
Aik? Ohhhh...korang duk Aloq Setaq. Bukan KL....
Ermmm...

Tu...kain dalam bilik pakaian tu dah segunung jerai
Tak kering!!!!! .
Tension makcik ni. Dah la rumah atas angin, nak sidai kat mana....?
Kat yard belakang pun kalau hujan lebat...basah dol.

Hujan kat sini lain macam sikit
Siap angin, guruh, kilat semua...
Pulak tu hujan tetiba, angin kencang tetiba.
Lagi la aku beraaangiiiiinnnnnnnnn.......

Disebabkan kain segunung intan tak kering
Maka aku isytiharkan harini MALAS nak masak...!!!!!
Ada kena mengena ke...masak dengan kain.
Errrrkkkk....rasanya tak berkaitan pun

  • moral of the story : perasan lagi ckp omputih. gunalah clothes drier.... ekekekeke.
 Gigih aku snap.
Bayang2 hitam yg korang nampak tu...adalah gantungan2 kain baju yg tak kering.

Ada kemudah tapi tak pernah guna. Giler ko. Kalau aku guna menatang ni, sure bil letrik aku naik tinggi jugak macam gunung jerai.
 

Monday, September 27, 2010

Balik kampung mesti pekena ni

Sape yg dh lama kenal aku sure dah tau. Kalau aku balik kampung tak singgah makan bihun sup utara memang tak sah. Hari raya lepas pun aku singgah juga makan bihun sup ni. Kalau tak silap masa hari raya ke4. 
Ni lah kedai tu. 
Jangan konpius pulak. 
Specialty dia maybe Mee Rebus la. 
Tapi aku suka bihun sup dia ;)

Ini budak bukan mau makan. 
Mainan je yg dia nak. 
Nasib baik kat kampung, maktok dia punya wang. 
Hahahahahaha 

Ok....ini dia my peberito!!!! Sedap tak terhingga... 

Mee Rebus En Roomate punya. Aku tak makan daging, harap maklum.

 Kalu  tak makan bihun sup ni konpom dari Kedah sampai KL mulut aku bising, hahahahaha. Silap haribulan mggu depan kena balik semula semata-mata nk mkn bihun sup ni. Hihihihi...tak senonoh pny perangai kan.

Posted by Picasa

Sunday, September 26, 2010

RAYA 2010 :: Reunion

Cerita dah basi....
Tapi ku nk cerita jugak ;p
Reunion sekolah rendah berjaya jugak akhirnya...
Penat mulut menalipon kengkawan. Letih jari2 duk sms sana sini...
Alhamdulillah...thn ni lebih ramai dr thn lepas....
Raya ketiga di rumah Amalina...korang kenal ker? Oh!! Bukan Amalina Ah! Ah! Dangdut tu...
Ni Amalina manager Jco...@ Queensbay. Promote ker ni?
Layan pic jom...
3 dara pinggitan.... 
single but NOT AVAILABLE....harap maklum ;)
Sorang Engineer, sorang lg Lecturer, Sorang lagi tu Manager ... 
Yg mn satu korang teka lah sendiri. Kalau betul dpt hadiah ...hihihi
Ni "bujang senang..." 
Mr. Zack...blum abis belajar tapi bini dah 3. 
Ada kosong lagi 1. Sape nak sila minta borang dgn ai ;) 

Tuan rumah tgh isi perut.....mkn mee. Sllu dia makan donut je. 
Hari ni dia goreng mee kat kami. 

Picture credit to cik selamah kundang
Sessi gelak2 kutuk2 gossip2....tak hengat dunia.

  • Tahun depan kita jumpa lagi yer...InsyaAllah.


Posted by Picasa

Friday, September 24, 2010

Bersambung...






Inilah kisah...

....kejadian malam tadi....
Nenek ai datang yu. Bkn datang sorang...
Dengan Makusu n famili daa....
Nenek ai mana tau bawa kete,
Naik kete tau laaa....tu pn kena ada yg pimpin
Sian nenek kena naik tangga.
Nasib baik tingkat2 je. 
Kalau tingkat lima ntah la.
Macam dah ai war-war kan kat Fb Nak masak Mee Bandung....
Lalalalalalala... Jemput la yer...;)

~Mee Bandung Jitra Mai~
Tuan yang masak ni mai dari Jitra...hihihihi
Yang manis bertudung tu la nenek ai...
bukan yg tudung merah tu la!!!! Hish!!!
Tu sepupu ai la. Yayah. Baru je abis UPSR, klu berkenan sila PM ai yer ;)
Nenek ai ayukan....mcm cucu dia ;p

Nnt ai cerita lagi yer, dapat sms from my kupu-kupu kat Port Klang ondaway dtg rumah ai. Masak mee bandung lagi laaa...Encik roomate yg request ;)
Posted by Picasa

Thursday, September 23, 2010

Salam...
Amaran keras : jangan korang tanya bila nk upload gambar raya okeh...

Ni pun kira ok berukben belum jadi mampusben. Kalau tak lagi haru.
Tadi pakusu ai sms kata nak datang malam ni. Yahoooo....sejak pindah sini dorang belum penah datang lagi.
Haruslah ada acara makan2 kan. Nenek pun sure ikut sebab nenek tinggal dgn usu. Terfikir....nak masak ape yer?


Godek2 peti, godek2 dapur....Erm...mee bandung ok ni. Nenek bleh makan ;) Oooppps!!! Nenek ai bukan xder gigi yer puan2 tapi kureng gigi...hihihihi.

Call Encik Roomates yang tengah discussion ( mana la ai tau kan)
Saya   : Abang malam ni usu datang nak masak ape...?
Suami : Mee ada kat rumah kan. Syg buat je mee bandung.
Saya   : Ok. Tapi ada bahan tak cukup ni. Abang beli yer.
Suami : Syg order je la...takut nanti jalan jem lambat pulak.
Saya   : Ok lah ;)

Sepakat!!! So teruslah ai dail kedai suruh hantar barang. Malam ni jadilah hendaknya mee bandung ;)


Tuesday, September 21, 2010

Harap maaf....siaran tertunda kejap ;)

Kat luar tu hujan....gelap gulita ni. Tenet pun dah ala-ala siput sedut hidup segan mati pun segan. Aku sedang berusaha untuk upload gambar masa gi jumpa ex roomtates hari tu.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Ermmmm sampai esok pn xleh load. Harap maaf yer.

Friday, September 17, 2010

Open house dah mula....

~Tengah bersiap-siap nak attend open house my bff kat OUG Condominium ;) Yahuuuu...dpat jumpa ex roomates yang lain. Hiks!!! Entah ape la yang dia masak. Ai memang dah sediakan perut ni. Isi tengahari tadi jer. Hahahaha....tak senonoh. =P

Sila jangan buat2 tak pecaya ye. Saya bukan begitu. Saya contol ayu gitu. Hahahahaha. Tunggu je la esok lusa saya apdet ini cerita. Kalau ada gambar pun sure saya kasi up. Sesekali jumpa kawan lama....dah boleh imagine apa yg bakal terjadi. ;)

Yang penting malam ni pinggan mangkuk sudu belanga kuali cawan semua kasi simpan. Hakhakhak...tetiba gelak orang kaya.

Saya yang bersalah

Ni gambar anakanda ku masa gi beraya rumah maklang aku di batu 3 Gurun. Ada kisah di sebaliknya....tak boleh nak storymory kt sini. byk hati nak kena jaga. Maklang dan paklang yang dah aku anggap macam mak ayah sendiri. Paklang sangat baik...maklang sangat memahami aku ;)

Putra pulak pegi macam dah biasa padahal ni first time dia jumpa maklang. Hihihi....siap mandi tido bagai kat situ. Aku dah lama tak balik jenguk maklang, sian maklang....tapi tahun ni aku tunaikan janji aku untuk jumpa paklang dan maklang. Gembiranya dorang memang jelas nampak. Berkali-kali paklang pesan, nanti datang lagi kalau balik sini. Jangan risau paklang...;)

Terrkadang aku terfikir....kenapa bila ada insan yang sayang kat aku, selalu aku jauhkan diri. Padahal mereka ikhlas. Apa yang aku takut sebenarnya? Hati siapa yang aku nak jaga sehingga kadang2 hati sendiri yang terluka. Susah nak jawab.... 

Yang penting aku dah jejak kaki kat rumah baru maklang setelah 5 tahun tak jumpa. Kesian maklang...selalu calling aku tanya. Apa salah maklang sampaikan Na jauhkan diri dari maklang. Maklang sedih. Huhuhuhu..... Sekarang maklang dah tahu, maklang takde salah...kami yang bersalah tak jenguk maklang :(



Posted by Picasa

Wednesday, September 15, 2010

Pagi raya

Assalamualaikum...
Raya sakan lagi ke korang? Den dah abis raya...hihihi tetiba. En roomate dah start keje 2 hari lepas. Boring dowh duk je kat rumah  ni. Tapi apa nak buat :(

Ni nak story mory cerita pagi raya. Kitorang tiap2 tahun kalau balik beraya di kampung mesti akan gi semayang raya kat masjid. Best...barulah terasa hari raya. Tapi tahun lepas ai tak semayang raya sebab bawa si kecik tu.Asyik berjalan sana sini, almaklum baru dpt kaki time tu. Tahun ni, sebab dia dah semakin besar dan dah faham arahan, makan ai memberanikan diri.


 
Muka tanpa mekap...haruslah sebab ada wudhuk 

 
My mom, makcaq n si budak gomok yg xmo enterprem
The hero......sangat2 well behave time mama solat. Tapi last2 masa tahiyyat akhir tu dia ternampak spek maktok dia. Berusaha gigih nak pakaikan kt maktok. Hihihihi.......nasib baik maktok dapat tahan gelak. Kalau tak, sia-sia.
Selesai solat...kami ziarah pusara yang telah mendahului...tokwan, pakcik dan tok2 sedara yg lain. Lepas tu gerak balik ke rumah mentua pulak.

ps: baju raya tema merah...tapi lupa daaa nk snap family potret.

Saturday, September 11, 2010

Salam Syawal~
Mcm mana raya pertama semalam, best ker...? Kitorang biasa2 jer. Pepagi raya bangun pekena ketupat rendang dulu. Pastu gerak gi semayang raya kat masjid ;) Ziarah kubur tokwan, pakcik, dan sedara2 lain yang dah pergi dulu. Sedih...pakcik dah 13 tahun pergi, tapi setiap kali aku ke "rumah" dia pasti air mata ni laju je mengalir. ~Rindu kat dia~ Al fatihah.


Lepas tu gerak balik rumah mentua. Kat sana memang meriah sebab penuh rumah geng2 paklang Putra datang. Campur geng pakteh Putra lagi...sampai ada yg kena duduk kat luar ;) Meriah sangat!!!
Rmh mak mentua memang best sebab sanak sedara duduk berhampiran, rumah sebeleh menyebelah je. Kitorang jalan dari satu rumah gi satu rumah. Hihihihi...best sangat. Putra dapat banyak duit raya.


Ptg tu balik rumah tok balik....Malam datang balik rmh mentua. Hihihihi....rumah mak mentua dgn rumah tok kat kampung dekat je. Dalam 15 minit je perjalanan. Malam tu, bawa mak mentua gi jenjelan rumah adik beradik dia pulak. Lebih kurang kul 10.30 mlm tadi balik rumah tok pulak ambik maktok Putra terus gerak balik Jitra. Korang faham ke...hihihhi.


Ok la jap lagi nak pegi rumah abang ipar kat Kulim nak gi ramai2 dgn adik beradik papa....daaaa

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya.....Jemput la datang rumah ;)

Salam petang Ramadhan yg ke 28. Uishhh lagi 2 hari nk raya. Tapi rasanya dh ramai yg gerak pulang ke kampung halaman. Oh, saya ada kampung dan halaman jugak. Esok petang insyaAllah bertolak. Tapi sebelum tu haruslah pegi menyopping dulu. Hihihihi....yer puan2 jgn tak tau ai belum abis menyopping lagi. Sila jgn buat2 tak percaya =)

Sessi sentap menyentap sebelum raya biasa sudah. Bukan berebut nak balik raya mana tapi...........ermmmm. Cuti raya yg panjang terpaksa di pendekkan . Huwaaaaaaaaaaa....ni bukan menangis tau, tapi suka. Sudah ku bilang suamiku ittew makan, tido, sakit, demam semuanya hanya untuk kerja !!!!!! Kalau bonus 5bulan ai relaaaa...ni hampeh. Tapi takpe jugak, ai nak melapuk lelama kat kampung tu bukannya ada apa pun. Adik beradik pun tak der...mama pun sibuk dengan bisnes dia jugak. Ermmm.....so, 13hb ai akan berada di sini yer. Sila jemput datang rumah ;) ~ positive thinking ~

Kan cik Farah dah melalut ke laut....tak pe, bukan ada yg baca pun. Suma dah balik kampung. Hihihihihi.....Sebenarnya ai hanya nak hantar kad raya untuk korang tetapi entah bagaimana...terlajak pulak perahu ni;) Anyway...






Selamat Hari Raya Maaf  Zahir dan Batin.... ;)

  • jgn ada pulak yg sentap menyentap pasal nk balik kg yer...

Sunday, September 5, 2010

Hari ni sudah genap 7 tahun ;)

Salam...

Harus bergerak pantas sebab masa untuk masak akan tiba =)

Entry ringkas jer ni. Nak kabor ke semua...hari ni dh genap 7 tahun kami menjadi suami isteri....peeeeewwwiiiit. Lama dah tu. Dah melepasi 5 tahun baru terasa betul2 kenal siapa pasangan kita, siapa diri kita. Tapi kan terasa begitu cepatnya masa...Umur pn dh semakin tua ;(

dah 7 tahun ker? Dia tanya aku mcm tu...

Ye la bang.....7 tahun dah la. kita kawin tahun berapa....? Aik sejak bila xpandai kira ni.

Ermmm rasa mcm baru je. (alasan sebab lupa tarikh akad nikah...)



Oh saya pn terasa mcm baru =). Alhamdulillah.

Lepas ni rasa nk wat entry jiwang2....sesapa yg nak baca harap sediakan payung sebelum hujan baldi  yer.

Ku godek2 xjumpa plak gambar akad nikah....terjumpa yg ini aje...



Saturday, September 4, 2010

Tak tau apa nk cakap....

Jom layan budak bucuk ni makan nasi minyak syurga cinta air tangan mamanya =)
Ini adalah kesinambungan entry sebelum ni yer...sila jgn buat2 pitam yer...hahahahaha.

Ok...sudah. The pictures tell everything....;)

Mama memang buat khas ayam masak kicap untuk beliau. Sebab tu beliau lajuuuuuu je makan. Berkali-kali tu puji mama...."sedap betulll mama macak "...ermmm memang drama king la anak mama ni. hihihihi....

Lagi...lagi menu =)

Assalamualaikum...
Salam sabtu....dh mkn tengahari ker? hihihihi soklan cepu gangsa. Org pompuan takpe...ada hari2 tertentu yg diizinkan ;)

Nak cerita menu berbuka lagi...hihihihi, jgn boring yer. Semalam masak gulai udang nenas. Encik roomate requested. So sebagai isteri mithali (sila jgn muntah oren ye =) ) saya pun gigih ke dapur.

Gulai udang + nenas....our peberet ;)
Kuih sagu
Ringkas je menu kami semalam.....sup ayam untuk my prince =) Papa Putra makan bertambah. Lepas berbuka kami keluar mencari barang persiapan raya, balik tu Papa Putra makan lagi =) Kata nk diet...hihihihi


Hari Khamis~
Jom layan apa ai masak ~
Dah lama tekak ni terasa nak makan nasi minyak nak tunggu kenduri budak ni entah bila la kan. So terpaksa la menggigihkan diri memasak sendiri ;) Tak senang you memasak sambil mata ni melirik ke TV. Sungguh tak leh konsentret !!!

Nasi minyak
Ayam masak merah
Jelatah / Acar timun nenas
Nasi Minyak Syurga Cinta

Hihihi...sebab tu lah nasi minyak ni ai beri nama Nasi Minyak Syurga Cinta. Sebab masa tgh masak ni mata duk melayan citer ni ;) Sib baik menjadi....Putra pun kemain lagi makan...nanti ai citer yer....

IKLAN