MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday, April 7, 2010

Kemana kami menghilang...?

Salam semua... Ramai dah bertanya...mana si Fara ni menghilang. Hihihihi...ramai ke? Bukan menghilang la kengkawan, tapi berehat je. Buat apa nak menghilangkan diri, bukannya kena jejak dengan Pak Polisi ke apa. Sebelum ni selalu kena kacau dengan orang gila pun tak menghilangkan diri pun. Hihihi...saja berehat. Minggu lepas kami balik kampung. Best sangat kat kampung. Lama pulak tu 5 hari. Memang puas la berjalan, dan makan. Sesape pun kalau balik kampung mesti nak makan macam-macam kan. Kami pun sama...bihun sup, nasi lemak Royale, cucur udang, macam-macam lagi lah. Hmmm...sebenarnya kami balik kampung bukan saja nak buang duit. Tapi memang ada hal lain yang nak di uruskan...Apa tu? Biarlah rahsia. Yang pasti semua berjalan lancar, dan berbalo-baloi. Hahahahaha. Korang layan je la gambar ni...ia menceritakan kegembiraan kami. Hihihi...poyos je.
  • notakaki: Rezeki Putra...insyaAllah ada.

2 comments:

Ietams said...

balik kampung mmg best kan..
ehem..ehem.. ape yg rahsia sgt tu...

Fara said...

hihihi...tu best sgt. yg xbestnya poket jer.

IKLAN